PODCAST · news
Merentas Batas; Menganyam Nusa
by Kawah Buku
Memberi dan menyampaikan kejelasan secara bersepadu dalam isu-isu sosiopolitik dan sosioekonomi yang melingkari Malaysia, bermula daripada kupasan tokoh, peristiwa, unsur kebudayaan dan hubungan etnik, sehinggalah kepada politik antarabangsa menerusi usaha dan dasar luar Malaysia, yang secara langsung memberi dampak kepada politik domestik.
-
2
ASEAN, Diplomasi Ala Kampung & Kepengerusian Malaysia
"... linking between nations within ethnological and ideological groups," demikian Rizal memetik idea yang menjadi asas kepada penubuhan ASEAN, antara lain. Dalam episod kedua, Rizal Hamdan, Mad Koy dan Azan Safar melumati sejarah dan masa depan ASEAN, dari era Perang Dingin, idea 'The Greater Malay' dan cabaran penyatuan, hinggalah kepada peranan kepengerusian Malaysia dan dilema dasar tidak campur tangan. Antara lain, episod ini turut membincangkan projek budaya ASEAN, jurang ekonomi dan ideologi, persaingan kuasa besar, serta konsep diplomasi ala kampung. Adakah sudah tiba masanya untuk ASEAN mereformasi mekanisme dan menjadi lebih proaktif? Perbincangan ini cuba meneliti masa depan ASEAN dan cabaran geopolitik yang dihadapinya.
-
1
Geopolitik, Palestin, Donald Trump, BRICS dan ASEAN
"Tahun yang tidak sepatutnya dinamakan," ujar Rizal Hamdan, sewaktu merangkulkan sorotannya untuk tahun 2024. Justeru, rakaman episod pertama ini bersifat sebagai membuka gelanggang untuk menempuh tahun 2025 dengan menyoroti semula beberapa peristiwa utama yang berlaku pada tahun sebelumnya bersama Azan Safar, Mad Koy dan Rizal Hamdan. Sebermula kancah peperangan di Palestin dan Ukraine, siri pilihanraya utama seluruh dunia termasuklah United Kingdom, Indonesia dan Amerika Syarikat, pemilihan semula Donald J. Trump ke White House, dominasi ekonomi China, sehinggalah kepada persoalan yang melingkari krisis tenaga, kemajuan teknologi AI, cip war—yang akhirnya, menjurus kepada ranah perbincangan, mengenai Malaysia menyandang kepengerusian ASEAN dan cabarannya.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Memberi dan menyampaikan kejelasan secara bersepadu dalam isu-isu sosiopolitik dan sosioekonomi yang melingkari Malaysia, bermula daripada kupasan tokoh, peristiwa, unsur kebudayaan dan hubungan etnik, sehinggalah kepada politik antarabangsa menerusi usaha dan dasar luar Malaysia, yang secara langsung memberi dampak kepada politik domestik.
HOSTED BY
Kawah Buku
Loading similar podcasts...