PODCAST · news
Agenda AWANI
by Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
-
1078
Agenda AWANI: Analisis dari Oxford mengenai Malaysia
Dunia berdepan risiko ekonomi dan geopolitik besar yang menuntut peranan negara membangun untuk capai kerjasama terbaik. Apakah peranan besar negara membangun termasuk Malaysia? #AgendaAWANI 9 mlm ini di @501Awani
-
1077
Agenda AWANI: Perang genosid Israel, apa Malaysia boleh lakukan?
Bagaimana Malaysia boleh mewujudkan satu duluan antarabangsa dengan memulakan prosiding perundangan di mahkamah tempatan untuk mendakwa Israel atas jenayah genosid? Diskusi 8.30 malam
-
1076
Agenda AWANI: Dunia multipolar dan kuasa-kuasa tengah
Mencari arah dalam arena global yang sarat dengan ketidaktentuan. Gema suara Nusantara di pentas kuasa besar. #AgendaAWANI 9mlm ini di @501Awani
-
1075
Agenda AWANI: Daftar PADU segera, elak tercicir bantuan
Apa cabaran pada sistem penyampaian pasca pelancaran Pangkalan Data Utama (PADU) ketika jumlah kemas kini melebihi 1.56 juta orang? Adakah trend pendaftaran akan terus melonjak naik apabila pelan subsidi bersasar diumumkan kelak? Diskusi 8.30 malam
-
1074
Agenda AWANI: Future energy | Connection the dots
Hidrogen, powered by renewable energy is taking centre stage in shaping the future of our planet. How can Gentari play a role in accelerating a systemic change around policies finances and infrastructures needed for a Just Transition? Tonight 9pm
-
1073
Agenda AWANI: Krisis Laut Merah - Israel Tertekan?
Apa yang perlu kita fahami tentang krisis yang berlaku di laluan Laut Merah pada ketika ini? Sejauh mana ia beri tekanan kepada rejim Israel dan impaknya terhadap krisis geopolitik di rantau Timur Tengah itu? Diskusi 8.30 malam
-
1072
Agenda AWANI: Masa lalu, masa kini dan masa depan
Bagaimana peristiwa masa lampau mengajar kita untuk mengharungi cabaran hari ini dan dijadikan asas kepada jangkaan peristiwa yang bakal ditempuhi di masa akan datang? Temu bual bersama Dr. Farish A. Noor di Davos sempena #WEF24 dalam #AgendaAWANI 9 mlm ini di @501Awani
-
1071
Agenda AWANI: PEMILU Indonesia 2024: Pilihan Raya ‘TikTok’?
Ketika kempen Pilihan Raya Umum Indonesia (PEMILU) 2024 berbaki kurang sebulan menjelang 14 Februari, siapa dilihat ‘juara’ di media sosial dan apa strategi calon dan parti untuk memikat hati pemilih anak muda? Diskusi 8.30 malam #PEMILU2024 #PILPRES2024 #PemilihanUmumIndonesia
-
1070
Agenda AWANI: Tadbir urus AI, bila lagi?
Tadbir urus Kecerdasan Buatan (AI), belum muktamad lagi. Adakah semakin lama dibiarkan, semakin tinggi risikonya dan boleh mengakibatkan krisis sistemik global? #AgendaAWANI dari Davos sempena #WEF24 9 mlm ini di @501Awani.
-
1069
Agenda AWANI: Adaptasi AI, apa untungnya kepada rakyat?
Sejauh mana pentingnya untuk rakyat perlu segera menerima perubahan semasa serta pantas menguasai bidang Kecerdasan Buatan (AI)? Diskusi 8.30 malam.
-
1068
Agenda AWANI: WEF24 | Risiko 'nyawa'dunia, ramai belum tahu
‘Global Risks Report 2024’ yang dikeluarkan oleh WEF menggariskan ancaman terhadap alam sekitar sebagai risiko No. 1 dunia yang perlu ditangani untuk dekad ini. Diskusi #AgendaAWANI dari Davos sempena Forum Ekonomi Sedunia #WEF24 9 mlm ini di @501Awani
-
1067
Agenda AWANI: Akta Parlimen Penggal Tetap - Satu keperluan?
Cadangan untuk mewujudkan Akta Parlimen Penggal Tetap, adakah bertentangan dengan amalan dan semangat demokrasi berparlimen? Mampukah ia mengurangkan langkah politik yang didakwa mengganggu pentadbiran sedia ada? Diskusi 8.30 malam
-
1066
Agenda AWANI: Hari tindakan global untuk Gaza
Dunia terus bersolidariti mendesak gencatan senjata terhadap perang Israel-Palestin yang memasuki hari ke-95 menjadikan ia perang paling lama berlaku di antara kedua-dua pihak. Menjelang Hari Tindakan Global untuk Gaza pada 13 Januari, apa perlu dilakukan? Diskusi 9 malam.
-
1065
Agenda AWANI: Fokus urus negara, khidmat untuk rakyat
Apa cara nak pastikan pemimpin politik untuk terus beri perhatian dan ambil tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat sepenuhnya, berbanding menjadikan isu politik sebagai modal populis untuk kekal relevan? Diskusi 8.30 malam.
-
1064
Agenda AWANI: PEMILU Indonesia 2024 | Menilai sentimen rakyat
Apa yang mencorak sentimen pengundi menjelang Pemilihan Umum Indonesia (PEMILU) 2024 ketika perhatian lebih terarah kepada pengaruh dan prestasi calon presiden dan wakil presiden berbanding isu dan gagasan idea yang mahu diperjuangkan? Diskusi 9 malam
-
1063
Agenda AWANI: Format baharu isytihar harta
Apa yang perlu diberi perhatian dalam format baharu pengisytiharan harta oleh anggota pentadbiran kerajaan dan ahli parlimen yang dijangka lebih telus yang akan dikuatkuasakan semula? Diskusi 8.30 malam
-
1062
Agenda AWANI: Afrika Selatan dakwa Israel di ICJ, mampu hentikan genosid Gaza?
Apa yang perlu kita fahami tentang proses permohonan yang difailkan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung pencabulan Konvensyen Genosid 1948, yang dijadual didengar pada 11 dan 12 Januari? Adakah Israel boleh dihukum atas jenayah genosid yang dilakukan? Diskusi 9 malam #IsraelCuak
-
1061
Agenda AWANI: Misi bantuan banjir di Pahang, Johor
Perkembangan banjir di Pahang dan Johor; sejauh mana koordinasi antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan serta sukarelawan dilakukan dalam menggerakkan bantuan kemanusiaan di kawasan yang terjejas? Diskusi 8.30 malam
-
1060
Agenda AWANI: Suhu politik Indonesia menjelang PEMILU 2024
Indonesia bakal meraikan pesta demokrasi terbesar menjelang tanggal 14 Februari, namun apa yang mencorak sentimen pemilih ketika Pemilihan Umum (PEMILU) 2024 bakal didominasi dengan gelombang anak muda? Diskusi 9 malam
-
1059
Agenda AWANI: Gaza terus merintih, solidariti berterusan
Memasuki tahun baharu dan hampir genap tiga bulan perang Israel-Palestin, sejauh mana keperluannya untuk dunia terus bersolidariti bersama Palestin meskipun belum ada tanda-tanda genjatan senjata akan tercapai? Diskusi 8.30 malam
-
1058
Agenda AWANI: PADU | Bantuan, subsidi lebih tepat
Selain elak ketirisan dan memastikan penyaluran bantuan serta subsidi lebih tepat, sejauh mana Pangkalan Data Utama (PADU) ini dapat membantu untuk mempercepat agenda membasmi kemiskinan? Diskusi 9 malam
-
1057
Agenda AWANI: PADU | Bantuan, subsidi lebih tepat
Kerajaan melancarkan Pangkalan Data Utama atau PADU antara lain untuk menyediakan pangkalan data yang komprehensif dan bersepadu mengenai profil rakyat Malaysia. Namun, soal mengenai keselamatan data dan kesukaran akses kepada internet bagi pendaftaran, bagaimana ia boleh diselesaikan? Diskusi 8.30 malam
-
1056
Agenda AWANI: ANDALAN 2024 | Pembangunan bakat bumiputera
Pilih sambung pengajian bidang mana dan kerja apa selepas ini? Apa kehendak pasaran sekarang? Bagaimana untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan pembinaan keupayaan ke arah bakat Bumiputera yang mampan? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
-
1055
Agenda AWANI: Perkembangan bantuan kecemasan banjir
Perkembangan bantuan kecemasan banjir, bagaimana koordinasi antara semua pihak di lapangan serta apa cabaran yang dihadapi? #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di @501Awani
-
1054
Agenda AWANI: Monsun Timur Laut…jaga-jaga
Apa ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia mengenai cuaca negara dalam masa terdekat ini? Adakah situasi akan bertambah baik? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
-
1053
Agenda AWANI: Monsun… banjir semakin buruk?
Banjir semakin memburuk? Adakah terdapat sebarang corak atau perubahan iklim yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang boleh mengakibatkan situasi bertambah parah? #AgendaAWANI jam 830 & 9 mlm ini di @501Awani
-
1052
Agenda AWANI: Monsun… banjir semakin buruk?
Banjir semakin memburuk? Adakah terdapat sebarang corak atau perubahan iklim yang ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang boleh mengakibatkan situasi bertambah parah? #AgendaAWANI jam 830 & 9 mlm ini di @501Awani
-
1051
Agenda AWANI: ANDALAN 2024: Geopolitik dunia stabil atau makin meruncing?
Ketidaktentuan krisis geopolitik dunia menjelang 2024, apa impaknya terhadap Malaysia dan bagaimana harus bertindak dari segi diplomasi dan hubungan luarnya? Diskusi 9 malam.
-
1050
Agenda AWANI: Misi bantuan kecemasan banjir
Mengambil kira situasi banjir semasa, bagaimana koordinasi misi bantuan kecemasan digerakkan oleh NGO khususnya di kawasan yang sukar diakses akibat banjir? Elak penularan jangkitan COVID-19 di pusat pemindahan, bagaimana ia dilakukan?
-
1049
Agenda AWANI: Aksi bertindak | Kepung demi Palestin
Sekretariat Solidariti Palestin akan menganjurkan piket secara aman selama enam hari bermula malam ini. Piket yang melibatkan penyertaan NGO, kumpulan pelajar dan ahli politik itu adalah respon rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. #AgendaAWANI 9 mlm ini di @501Awani
-
1048
Agenda AWANI: ANDALAN 2024 | Hala tuju kepimpinan negara
Bagaimana seseorang pemimpin itu dapat mengukuhkan nilai integriti dan ketelusan dalam pentadbiran? Apa cabaran kepimpinan yang bakal ditempuh dalam memenuhi keperluan semasa dalam dan luar negara pada tahun 2024? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani
-
1047
Agenda AWANI: Afganistan: Taliban, healthcare & the future
Astro AWANI speaks to Afghanistan Public Health Minister, Dr Qalandar Ibaad Jan and Political Economy and International Relations Analyst Herizal Hazri, to begin thinking beyond the effects of obscure healthcare in a war-torn land that is poised to transform itself in the eyes of global civil society. Tonight 830pm on all Astro AWANI platforms.
-
1046
Agenda AWANI: Seiring dan Sejalan
Diskusi mengenai pentadbiran dan arena politik negara bersama Ahli Dewan Negara dan juga Naib Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.
-
1045
Agenda AWANI: Kenapa bising mengenai pilihan raya PBT?
Kerajaan sedang meneliti cadangan mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) khususnya di ibu negara. Mengapa perkara ini perlu diperhalusi secara mendalam? #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di @501Awani.
-
1044
Agenda AWANI: Andalan 2024: Tahun pilihan raya dunia
#Andalan2024 Tahun depan bakal mencatatkan sejarah di mana paling banyak pilihan raya akan berlangsung di beberapa negara di seluruh dunia. Bagaimana keputusan pilihan raya itu mampu mencorak pentas politik antarabangsa? #AgendaAWANI jam 830 mlm ini di @501Awani.
-
1043
Agenda AWANI: Kes COVID-19 tinggi, terkawal
Jangkitan #COVID19 menyaksikan peningkatan kepada 20,696 kes untuk tempoh 10 hingga 16 Disember. Bagaimanapun penilaian KKM terhadap situasi jangkitan baharu di negara ini mendapati ia masih dalam kawalan dan berada pada tahap pembendungan awal. #AgendaAWANI 9 mlm ini @501Awani
-
1042
Agenda AWANI: Kes langgar budak | Tiada 'double standard'
Tidak wujud layanan 'double standard' berhubung kawalan ketat terhadap pegawai kanan polis yang didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas tuduhan membunuh seorang pelajar lelaki. Bagaimana memahami dan mengikuti perjalanan kes sebegini? #AgendaAWANI 830 mlm ini di @501Awani
-
1041
Agenda AWANI: Musim hujan...Jaga-jaga
Hujan lebat berterusan, semua penduduk perlu terus berwaspada, terutamanya mereka yang berada di kawasan berisiko bencana. Diskusi #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di @501Awani
-
1040
Agenda AWANI: Malaysia-Jepun | Bergerak ke hadapan
Jepun merupakan rakan dagang dan pelabur keempat terbesar di Malaysia. Namun, bergerak ke hadapan apa peluang dan cabaran buat KL-Tokyo apatah lagi kedua-dua negara bersetuju untuk melaksanakan Perkongsian Komprehensif Strategik? Diskusi 8.30 malam
-
1039
Agenda AWANI Asia: Usaha lindungi bahan artifak
Nilai sejagat luar biasa sesuatu artifak amat penting bagi sejarah dan ketamadunan sesebuah negara. Sejauhmana usaha memulangkan artifak kepada negara asal dilakukan pihak berwajib? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI 9.00 malam ini.
-
1038
Agenda AWANI: Hala tuju dasar pendidikan digital negara
Dasar Pendidikan Digital Negara dilaksanakan antara lain bagi memastikan kefasihan digital dalam kalangan guru, murid dan pemimpin sekolah, selain sasaran untuk mengurangkan jurang digital antara sekolah-sekolah tidak kira sekolah agama, sekolah pinggir bandar, sekolah kurang murid. Diskusi 9 malam
-
1037
Agenda AWANI: Pemisahan peralihan tenaga, kelestarian alam - Lebih fokus?
Sejauh mana siginifkannya keperluan yang lebih berfokus bagi Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, dan bagaimana ia penting untuk keberkesanan dasar dan polisi kementerian sebelum ini? Diskusi 8.30 malam
-
1036
-
1035
Agenda AWANI: Lestari Alam | Wanita jaguh isu perubahan iklim
Bagaimana persidangan antarabangsa #COP28 yang menjadi medan utama membincangkan isu perubahan iklim dunia perlu ada wakil yang membawa suara wanita? #AgendaAWANI jam 9 mlm ini di @501Awani
-
1034
Agenda AWANI: Gaji penjawat awam naik: Kalau bukan sekarang, bila lagi?
Skim gaji baharu untuk penjawat awam, kenapa ia dianggap satu keperluan mendesak? Bukan hanya soal gaji, tetapi prestasi dan penyampaian perkhidmatan juga perlu terus ditambah baik?
-
1033
Agenda AWANI: Empowering communities | MEASAT bridging the digital divide
Recognised as the Regional Satcom Operator of the Year 2023, MEASAT demonstrates an unwavering commitment to collaborating with the government, ensuring that all Malaysians have access to crucial communication services, and empowering them with the tools for connectivity and progress. Join the discussion tonight at 8:30 pm.
-
1032
Agenda AWANI: COP28 | Apa Yang Dibawa Pulang?
#COP28UAE melihat Malaysia berada di pentas global dengan membawa suara dan hasrat negara dalam menangani isu perubahan iklim. Apa amalan terbaik negara luar yang boleh dibawa pulang? #AgendaAWANI 9 mlm ini bersama YB Nga Kor Ming di @501Awani
-
1031
Agenda AWANI: COP28 | Apa Yang Dibawa Pulang?
#COP28UAE melihat Malaysia berada di pentas global dengan membawa suara dan hasrat negara dalam menangani isu perubahan iklim. Apa amalan terbaik negara luar yang boleh dibawa pulang? #AgendaAWANI 830 mlm ini bersama YB Nik Nazmi Nik Ahmad di @501Awani
-
1030
Agenda AWANI: Gaji Progresif | Apa Mekanisme Naik Gaji?
Kerajaan akan melaksanakan Dasar Gaji Progresif bermula 2024 dengan tumpuan kepada syarikat tempatan terutama PMKS dengan projek rintis 1000 syarikat. Namun, apa model perlaksanaan, cabaran dan impaknya apabila ia dikuatkuasakan? Diskusi 9 malam
-
1029
Agenda AWANI: COP28 | Ini Masa Untuk Bertindak
Menjuarai isu perubahan iklim dan terbuka menjawab soalan. Ikuti temu bual eksklusif bersama KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Rabu, 6 Disember 2023 jam 830 mlm di semua platform Astro AWANI.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.
HOSTED BY
Agenda AWANI
CATEGORIES
Loading similar podcasts...