PODCAST · fiction
KONFESI REMANG
by Acap STC
Sebuah laman konfesi yang memaparkan kisah sisi gelap dalam masyarakat. Kisah yang diterbitkan adalah berdasarkan kisah benar yang disampaikan bertujuan sebagai memberi iktibar dan juga pengajaran buat kita semua.
-
5
Sayang Ibu
memaparkan sebuah kisah yang diadaptasi daripada kisah benar seorang wanita bernama Maria. Maria adalah anak bongsu daripada empat orang adik beradik. Lahir dalam keluarga yang sederhana tetapi bahagia. Namun, semua itu berubah setelah kematian ayah Maria. Maria dianggap sebagai pembawa malang dalam keluarga. Bermula dari situ, Maria disisihkan oleh ibunya sendiri. Walaupun begitu, Maria tidak pernah berputus asa untuk mengejar cinta dan kasih daripada ibu kandungnya sendiri. Dapatkah Maria meraih kasih dan sayang dari ibunya itu?
-
4
KIFARAH SANG JUTAWAN (Bhg 2)
Apa yang jadi kepada Hafifi selepas dia terperangkap di satu ruang yang dia sendiri tidak tahu di mana? Dapatkah dia melepaskan diri? Siapa lelaki dan perempuan tua bersama seorang pemuda yang datang ke rumah Hafifi? Semuanya akan terjawab malam ini dalam KIFARAH SANG JUTAWAN Bhg 2.
-
3
KIFARAH SANG JUTAWAN (Bhg I)
Malam ini Konfesi Remang sekali lagi akan memaparkan sebuah kisah konfesi sisi gelap masyarakat. Kali ini kisah tentang Hafifi seorang usahawan dan jutawan muda yang sangat berjaya. Dia mengaut keuntungan dengan kelebihannya sebagai seorang PR dan melakukan apa cara sekalipun tak kira halal atau haram asalkan tujuannya tercapai.
-
2
Aku Bukan Dayus!
Azrif dan Miya adalah pasangan suami isteri. Mereka sepasang kekasih yang telah menjalinkan hubungan sejak dari bangku sekolah. Perkahwinan baik-baik sahaja sehingga mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Zafran. Namun, rumah tangga mana yang tidak dibadai ombak. Azrif dan Miya diuji dengan masalah kewangan yang sangat kronik selepas Azrif direntikan kerja sebagai Penyelia Kilang. Miya seakan tidak dapat menerima hakikat yang suaminya Azrif tak mampu lagi memberikan kemewahan seperti sebelum ini. Terjadi banyak konflik dalam kehidupan rumah tangga mereka selepas itu. Apa yang akan terjadi kepada mereka? Mampukah Azrif dan Miya menghadapi ujian dalam perkahwinan mereka?
-
1
Dibuli Jelmaan Sendiri
Azmi atau lebih dikenali sebagai Soga The Great adalah salah senior di sebuah sekolah berasrama yang sangat digeruni oleh semua pelajar disebabkan oleh sikap taikonya. Dia seorang pembuli tegar. Tiada siapa yang dapat menghalang apa yang dia ingin lakukan. Sehinggalah pada suatu hari, ada seorang junior tingkatan 2 baru melapor diri ke asrama. Budaknya lurus dan penurut lalu diberi nama samaran sebagai Kublai. Soga dan rakan-rakannya seronok membuli Kublai. Sampailah pada suatu hari, kejadian yang tak diingini berlaku. Soga dan rakan-rakannya diganggu dengan gangguan mistik sehingga menyebabkan mereka sangat ketakutan.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
Loading similar podcasts...