PODCAST · education
Nona Superwoman - SEENI Podcast [BM]
by SEENI Podcast
Nona Superwoman Award kembali untuk 2022! Nona Superwoman Award mengiktiraf para wanita yang berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2022. Mari dengarkan temuduga ekslusif bersama penerima anugerah bersama hos anda Kiffy Razak dalam Nona Lifestyle : Superwoman Edition!Dibawakan oleh Majalah Nona, Realiti Impian Wanita!Nona Lifestyle : Superwomen Edition merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!Youtube Majalah Nona : https://www.youtube.com/@nonamyofficial
-
17
Ep17 | Jangan sesekali sentuh family I - Marion Caunter | Nona Superwoman 2022
Setiap kali melangkah, mata yang memerhati pasti terpukau. Setiap majlis dihadiri hidup kerana auranya. Acap kali penampilan jarang sekali mengecewakan, menjadikan wanita ini antara individu berpengaruh dalam arena fesyen Malaysia. Marion tidak pernah tampil biasa. Setiap kandungan yang dirakam pasti menjadi tatapan dan bualan mereka yang mengidolakan fesyen mewah dan eksklusifnya. Itulah pesona Marion Caunter! Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh majalah Nona.
-
16
Ep16 | ’Hati Emas’ Datin Nana Bantu IKS Jadi Inspirasi | Nona Superwoman 2022
Orangnya penuh dengan wawasan dan berjiwa murni. Sanggup bertungkus-lumus jalin kolaborasi dengan pelbagai pihak, segala jerih perih dan lelah tidak dihiraukan Datin Adzliana Prof. Dato’ Sri Dr Hasan asalkan usahawan IKS kekal berjaya depani cabaran pasca pandemik. Kesungguhan Ketua Pegawai Eksekutif USANITA SDN BHD ini memang patut jadi inspirasi! #majalahnona #nonasuperwoman #inspirasinona #usanita Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh majalah Nona.
-
15
Ep15 | ’GULA’ BAWA TUAH BUAT NOR ARIENI ADRIENA MOHD RITZAL | Nona Superwoman 2022
Bermula sebagai sebuah impian, perniagaan yang diasaskan bersama ahli keluarga, siapa sangka kini ia mempunyai beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan kini semakin berkembang maju dan dikenali ramai. Mensasarkan 500 kek untuk dijadikan pilihan para penggemarnya, nampaknya Gula Cakery sememangnya mewakili jenama lokal dalam mengetengahkan jenama F&B ulung melalui NONA BEST HOMEGROWN F&B AWARD. Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI. Dibawakan oleh majalah Nona.
-
14
Ep14 | Dua Wanita Tercantik Kebanggaan Che Puan Juliana Evans | Nona Superwoman 2022
Berwajah Pan Asia dan berketurunan Melayu-England merupakan anugerah terindah buat Che Puan Juliana Evans sehingga diiktiraf sebagai ‘Top 100 Most Beautiful Woman’. Dua wanita tercantik dalam hidup CP Juliana ialah ibu serta ibu mentuanya. Bagi Juliana kedua-duanya wanita tabah. “Wanita dengan karakter yang tabah itulah sebenarnya wanita cantik. Mereka ini saya anggap sebagai a respectful woman dan terlalu sempurna.” Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh majalah Nona.
-
13
Ep13 | Cucu YDP Agong Ke-10, Pesona YM Tengku Asra Jehan | Nona Superwoman 2022
“Ayahanda dan bonda sentiasa ajar kami sikap merendah diri. Bersandarkan status yang saya bawa ini, saya perlu bijak pilih pergaulan dan juga aktiviti sosial supaya tidak mengundang persepsi negatif,” YM Tengku Asra Jehan. Terpikat dengan sikap merendah diri dan keanggunan personaliti diraja Pahang dan Negeri Sembilan ini. #majalahnona #nonasuperwoman #inspirasinona Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh majalah Nona.
-
12
Ep12 | ”Bila ‘Rendah’kan Suami, Rezeki Susah Nak Berterusan!” - Wawa Zainal | Nona Superwoman 2022
Pernah diuji sampai jatuh terduduk masa awal perkahwinan, Wawa Zainal bangkit bergelar usahawan dan kini berjaya lahirkan ramai jutawan. Tetap merendah diri walau mampu miliki segalanya, fokus utama Wawa hari ini ialah bantu lebih ramai orang menikmati kesenangan hidup. Inspirasi! #majalahnona #nonasuperwoman #inspirasinona Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI. Dibawakan oleh majalah Nona
-
11
Ep11 | Ifa Raziah ’Buat Havoc’ Untuk Diingati | Nona Superwoman 2022
Kerana sering membawa watak antagonis, jelmaan 'wanita jahat' itu membayangi diri Ifa Raziah. Tapi siapa sangka kalau sebaliknya beliau adalah seorang wanita yang sangat kelakar, malah lebih dari itu bergelar usahawan event management yang sangat hebat. Dan baru tahu sekarang kenapa Ifa suka 'buat havoc', rupa-rupanya ia lebih diingati! Nantikan detik kemuncak Nona Superwoman Award 2022! Nona Superwoman 2022 merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI! Dibawakan oleh Majalah Nona.
-
10
Ep10 | “Duit Tak Jatuh Dari Langit” -CHRISTY NG | Nona Superwoman 2022
“Saya lahir sebagai anak kampung. Semasa umur 9 tahun, saya dah mula belajar berniaga. Pergi stesen LRT duduk tepi jalan jual bunga. Itulah pekerjaan pertama saya. Bapa kerja sebagai tukang cuci aircond saja. Sebagai anak sulung saya berusaha bantu keluarga sebab sedar kami bukan keluarga senang. Duit tak jatuh dari langit…” -CHRISTY NG Kenali pengasas jenama beg dan kasut terkenal, Christy Ng secara dekat, susah senangnya memulakan bisnes. Pernah berniaga kasut di pasar malam termasuk dipandang rendah oleh saudara sendiri. Kini, jenama Christy Ng bertapak lebih 10 tahun di Malaysia dengan 11 cawangan. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
9
Ep9 | Ustazah Asma’ Harun Enggan Berdakwah Syok Sendiri | Nona Superwoman 2022
Katakan yang benar walaupun pahit. Memakai pendekatan 'Di mana orang ramai berada, maka di situlah dakwah Islam perlu dilakukan', ceramah Ustazah Asma' Harun di media sosial sering meraih perhatian. Seorang yang terbuka, banyak teguran beliau yang relevan dan menginsafkan sekaligus menarik minat generasi moden agar terus mendapat manfaat agama di ruang siber. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
8
Ep8 | “Nak Berjaya, Perlu Yakin Dengan Diri Sendiri! Confidence Itu Seksi Ya” – Datuk Nora A Manaf | Nona Superwoman 2022
Memiliki pengalaman lebih dari 20 tahun dalam kepimpinan di syarikat multinasional dan organisasi besar, memerentasi beberapa sektor termasuk akademik, telekomunikasi, tekonologi dan perkhidmatan kewangan, Datuk Nora Manaf adalah definisi seorang wanita yang cekal dan profesional, dan kini beliau memegang portfolio Ketua Pegawai Modal Insan Kumpulan Maybank. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
7
Ep7 | Terima Mesej Ugutan 100 Kali Sehari, Cabaran Aktivis Kanak-Kanak | Nona Superwoman 2022
Naluri keibuan menebal terhadap kanak-kanak kurang bernasib baik membuatkan pengasas Yayasan Chow Kit ini ambil 6 anak angkat daripada pertubuhan amalnya. Walau ada PhD, Dato’ Dr Hartini selesa bergelar aktivis kanak-kanak dan sertai bidang kebajikan demi membela nasib anak kecil berkenaan meskipun berdepan ugutan serta cabaran tiap hari. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
6
Ep6 | “Dekat 20 Jam Kerja Sehari,” Dzuleira Korban Masa Demi Negara” | Dzuleira Abu Bakar | Nona Superwoman 2022
Kredibiliti Dzuleira Abu Bakar cukup mengagumkan. Awal kerjaya ketika usia 24 tahun dia dah ‘terbang’ ke Amerika Syarikat dan bertemu usahawan teknologi, Elon Musk. Kini, dia menerajui Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di samping berperanan membangunkan bidang sains dan teknologi negara ke tahap global! Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
5
Ep5 | “Andai Kak Gee Tak Ada Nanti, Kak Gee Nak Sangat…” – Ziana Zain | Nona Superwoman 2022
Mengharungi kehidupan sebagai seorang anak seni yang juga manusia biasa, kehidupan Ziana Zain juga tidak lekang dari diduga. Sebagai seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan empat orang cahaya mata, betapa cekal dan tabahnya penyanyi legenda ini. Ketika diajukan bagaimana beliau ingin dikenang andai satu masa nanti dirinya tiada lagi di dalam industri, ini jawapannya. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
4
Ep4 | “Wanita Jangan Terlalu Berdikari, Kena Ada Support System” -DR MALAR SANTI | Nona Superwoman 2022
Bergelar seorang doktor dan influencer telah membawa perubahan besar dalam kehidupan figura media sosial, Dr Malar Santhi Santherasegapan. Dek penangan populariti yang mencanak beliau sendiri pernah alami depresi dan burnout. Kenali secara dekat siapa sebenarnya Dr Malar yang merupakan Pegawai Perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia Cheras Kuala Lumpur. Nantikan kemuncak Nona Superwoman Award 2022! Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
3
Ep3 | Cari Duit Lagi Banyak Bantu Orang Lain | Nona Superwoman 2022
Diuji alami kemalangan ngeri hingga pernah lumpuh setahun, perjuangan Datuk Faridah Hanim Haron cetus inspirasi. Bangkit dari kesulitan, bakat Ibu Hanim diangkat syarikat ternama seperti PETRONAS dan kini sukses sebagai Pakar Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan. Nantikan detik kemuncak Nona Superwoman Award 2022! Solekan: Ann Karim Tajaan Lokasi: Sheraton Petaling Jaya Hotel Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
2
Ep2 | Wanita, Jangan Sekali Takut Terjun Dalam Bidang Sukan... - Datuk Leong Mun Yee | Nona Superwoman 2022
Sekitar awal tahun lalu Datuk Mun Yee secara rasminya mengumumkan persaraannya dalam sukan berprestij itu dan temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 menjadi pentas terakhirnya. Mengakui sukar membuat keputusan tersebut, namun dirinya akur dengan takdir dan percaya pada perancangan Tuhan untuknya. Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
-
1
Ep1 | Orang panggil saya isteri banduan - Dato’ Seri Dr Wan Azizah | Nona Superwoman 2022
42 tahun berumah tangga, baru tahu rupa-rupanya Dato' Seri Dr Wan Azizah jarang ambil peduli tugas-tugas Dato' Seri Anwar Ibrahim kecuali kalau perlu. Memang penyayang dan profesional sungguh bekas doktor hebat yang juga isteri Perdana Menteri Malaysia ke-10 ni, paling layak diangkat Nona Superwoman 2022! Nak lagi konten menarik? Search je SEENI di Spotify! Segalanya di SEENI! YouTube Nona: @nonamyofficial Pautan Video Asal: Tonton sekarang!
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Nona Superwoman Award kembali untuk 2022! Nona Superwoman Award mengiktiraf para wanita yang berjasa dan cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang 2022. Mari dengarkan temuduga ekslusif bersama penerima anugerah bersama hos anda Kiffy Razak dalam Nona Lifestyle : Superwoman Edition!Dibawakan oleh Majalah Nona, Realiti Impian Wanita!Nona Lifestyle : Superwomen Edition merupakan sebahagian daripada SEENI Podcast. Segalanya di SEENI!Youtube Majalah Nona : https://www.youtube.com/@nonamyofficial
HOSTED BY
SEENI Podcast
CATEGORIES
Loading similar podcasts...