Kamar Remang: Podcast Kisah Seram

PODCAST · fiction

Kamar Remang: Podcast Kisah Seram

Sebuah Podcast Kisah Seram yang dibawakan oleh Si Tukang Cerita di mana memperdengarkan kepada anda semua peminat kisah seram tentang kisah-kisah mereka yang pernah melalui pengalaman seram dan mistik.#seramtak

  1. 110

    EKSPLORASI LOKASI TRAGEDI TANJUNG KUPANG

    Episod kali ni Wan Tiger kongsi kisah ketika beliau melakukan aktiviti eksplorasi dan kajian paranormal di beberapa lokasi termasuklah lokasi tragedi Tanjung Kupang. Ngeri bila dengar kisah kejadian tersebut tambahan lagi ada saksi serta footage asli ketika kejadian.

  2. 109

    SEMBAH AKU! AKU ALLAH!

    Episod kali ini Acap bawakan seorang tetamu dimana beliau adalah salah seorang pengamal rawatan alternatif dan juga explorer paranormal. Aktif di Tik Tok dan dikenali sebagai Wan Tiger. Wan Tiger kali ni berkongsi pengalaman sewaktu beliau menjalankan sesi rawatan kepada pesakit-pesakit beliau.

  3. 108
  4. 107

    PONTIANAK LURAH BILUT

    Kisah ini adalah pengalaman bapa salah seorang subscriber channel Si Tukang Cerita. Berlaku dalam perjalanan ke Lurah Bilut pada tahun 80 an. Bayangkan jalan gelap, bersimpang siur dan berbukit lalu disakat dengan mahkluk yang dipanggil Pontianak.

  5. 106

    PONTIANAK AJAK AKU RACE! | PUAKA JALAN BUKIT PUTUS | KISAH SERAM ABANG LORI

    Ada beberapa buah kisah pengalaman pemandu lori yang berdepan detik seram dan cemas sewaktu bertugas. Sampai ada yang demam berhari-hari.

  6. 105

    PUAKA HOMESTAY TU DUDUK SEBELAH ACAP!!!

    Acap cerita pengalaman kena ganggu kat homestay yang Acap sekeluarga sewa di Kuala Selangor. Seram dia lain macam.

  7. 104

    TERSAMPUK SAKA BENDANG WAKTU KAIL HARUAN

    Episod kali ni ada beberapa kisah dan pengalaman seram si kaki pancing.

  8. 103

    BILA PAK DIN SENYUM MESTI ADA YANG MENINGGAL! | Kebetulan atau Pak Din memang tahu?

    Pengalaman seorang doktor yang merawat seorang pesakit strok yang hampir lumpuh satu badan bernama Pak Din. Bila Pak Din senyum ke arah mana-mana katil di wadnya, pesakit itu mesti menemui ajal dalam masa terdekat.

  9. 102

    HANTU RAYA DI BALIK SAWAH | Tok Wan kata 'Dia' datang tuntut janji

    Kali ni kita cerita pasal hantu raya pula. Hantu raya ni biasanya orang jadikan belaan. Salah bela boleh makan diri.

  10. 101

    TANGKAL ANAK KERAK | Kau kaya, tapi gantinya D4R4H!

    Tangkal anak kerak ni salah ritual yang membuatkan sipemakainya kaya raya dalam sekelip mata. Namun, gantinya adalah DARAH.

  11. 100

    Si PEMBELA JIN Berdepan Azab Masa Nak M4t11 | Jalan Lama MARAN Ada Roh Tak Tenteram

    Cerita kali ni cerita pasal orang yang membela jin dan mengalami Azab waktu sakaratulmaut. Minta kita dijauhkan daripada perbuatan syirik begitu.

  12. 99

    BUNGA KERANDA UNTUK STEPHANIE | DIA TAHU BILA AKAN M4T1?

    Cerita kali ni jauh Acap bawa tau. Jauh mana? Cerita daripada Australia. Lain macam eh hantu Australia kacau orang. hehehehe

  13. 98

    Halau kami guna TANAH KUBUR | Kalau aku TAK DAPAT dia, TAK ADA SIAPA BOLEH DAPAT JUGA!

    Episod kali ni adalah himpunan kisah mangsa-mangsa sihir. Dengarkan kisah mereka, ambil iktibar dan pengajaran darinya.

  14. 97

    Mainan Anak ACAP BERGERAK SENDIRI! | Banyak GILA LANGSUIR KAT JALAN PARIT PANJANG

    Episod kali ni Acap kongsikan pengalaman seram yang Acap sendiri alami.

  15. 96

    Di KUNAK ada Keturunan SERIGALA JADIAN | Kemaluan 'Bertukar' Sebab SIHIR | PUAKA Ganggu SAMPAI M4T1

    Kisah kali ni dikongsikan oleh Subscriber daripada Sabah. Harap anda terhibur dengan keseramannya.

  16. 95

    Balik Dari SETAPAK RIA CONDO Yaya Kena Sampuk | Huru-hara Hidup Yaya Kerana GANGGUAN MISTIK

    Ini adalah video part 2 daripada Yaya. Kali ni Yaya kongsi cerita dia, suami dan anaknya mengalami gangguan mistik di rumah yang mereka tinggal sekarang.Kemudian, Yaya share juga yang dia pernah kena sampuk atau rasuk lepas balik daripada buat kerja gila Eksplorasi di Kondo Setapak Ria.

  17. 94

    Eksplorasi BALAI POLIS GOMBAK LAMA | Padah Cari Hantu Tengah Bandar

    Caller kita kali ni pengalaman dia dahsyat weh. Bukan kaleng-kaleng punya cerita. Bukan sembang kari. Siap ada real footage weh.Dia seorang wanita yang berani pergi redah tempat-tempat angker semata-mata nak merasai rasa seram tu. Hujungnya mendapatlah kan.....Jadi, jom kita dengar story daripada caller kita yang mesra disapa sebagai Yaya.

  18. 93

    Pengalaman Rizal Pergi Cari Hantu | Bukan Manager Kita Tu Dah Balik Ke?

    Kali ni brother Rizal Seram Kelam kita kongsikan pengalaman seramnya semasa dia dan rakan-rakan pergi buat benda gila iaitu cari hantu di suatu kawasan yang agak terpencil di Johor Bahru.Kemudian dia berkongsikan juga pengalaman seram dipejabatnya sewaktu dia bekerja di sebuah syarikat pengurus acara suatu ketika dahulu.

  19. 92

    3 Kisah Dari Sabah | BUNIAN GUA | HANTU RENTUNG | BALAN-BALAN

    Sahabat kita Rizal sekali lagi bersama kita berkongsikan kisah seram yang semuanya berlaku di Sabah. Bermula dengan kisah seorang guru yang berjumpa dengan bunian hanya semalam tapi didunia nyata beliau telah hilang berbulan-bulan. Kisah seterusnya berkaitan seorang lelaki yang membakar dirinya kerana tak boleh terima yang seluruh keluarganya dibunuh dengan kejam oleh kumpulan lanun. Kemudian yang paling seram kisah penanggal mengejar seorang ustaz yang bersama isterinya ketika itu sarat mengandung dalam perjalanan ke hospital.

  20. 91

    RAKAMAN MAKHLUK MISTERI DI PEJABAT

    Nadim kongsikan pengalaman dia lagi. Kali ni pengalaman sram dia sewaktu mengikuti mesyuarat di universitinya sewaktu dia sedang menuntut 10 tahun dulu. Macam-macam gangguan yang dia alami ketika itu. Nadim juga berkongsi pengalaman seramnya ketika dia bersendirian di pejabat. Kisah yang baru sahaja berlaku dan dia sempat merakam 'sesuatu' yang menyeramkan.

  21. 90

    ARWAH ADIK BERADIK NENEK DATANG? | Berada dalam dimensi yang lain

    Nadim ni kalau bercerita memang ralit kita mendengarnya. Pengalaman yang dia kongsikan semuanya best belaka. kali ni dia kongsikan pengalaman dia turun naik tangga tak habis-habis di sebuah pusat membeli belah di Johor Bahru. Kisah keduanya pula tentang dia melihat neneknya di datangi dua orang berjubah hitam yang Nadim tak kenal pun siapa.

  22. 89
  23. 88

    HANTU CAMERON HIGHLAND MAIN PINTU | PUAKA SHAH ALAM GELAKKAN ORANG TIDUR | Pocong IKUT BALIK

    Bukan senang nak dapat pergi bercuti. Bila dah ada peluang kena ganggu pula dengan segala jembalang, mambang, jin, setan ni memang betul-betul bikin rosak suasana. lagi-lagi dia ganggu tu dengan perbuatan yang menjengkelkan.

  24. 87

    JENAZAHNYA MENGAIBKAN | Kisah si kaki judi

    Judi ni memang perbuatan yang salah di sisi agama Islam. Perbuatan judi boleh menimbulkan pelbagai perkara buruk. Kadang sampai ada antara mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa dan bersekongkol dengan setan kerana judi.

  25. 86

    PENDAMPING TU DUDUK ATAS AKU!

    Sahabat Acap si Aziz berkongsikan kisah-kisah seramnya dengan Acap. Bermula dengan kisah pengalaman abangnya si Alim yang diganggu semasa dalam perjalanan dari German ke France sampailah kisah yang si Aziz ni ada benda yang 'mengikut'. Patutlah tayar motor Acap asyik pancit je bila bawa si Aziz ni. Hahahahaha

  26. 85

    LANGSUIR POKOK JAMBU | Dia panggil nama kakak berulang kali

    Kisah kali ni dikongsikan oleh dua orang subscribers. Tapi yang paling seram adalah cerita daripada Kak Halimah di mana pengalaman dia berdepan dengan gangguan langsuir ketika ibunya nak melahirkan adik lelakinya.

  27. 84

    'Dia' ikut dari R&R GUA TEMPURUNG | Gangguan SEPANJANG Hidup | HIJAB TERBUKA TANPA SENGAJA BHG 2

    Sambungan daripada video yang lepas, kali ini Nadim berkongsi pengalamannya diekori 'wanita' misteri setelah berhenti rehat di R&R Gua Tempurung semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Melaka. Nadim juga berkongsikan kisah-kisah gangguan yang dilalui sepanjang hidupnya selepas dia menerima isim kuda kepang yang dipelajarinya. Pengalaman yang Nadim kongsikan sangat menyeramkan dan menarik untuk didengar.

  28. 83

    HIJAB TERBUKA TANPA SENGAJA! | Padah Masuk Isim Kuda Kepang | Nak ikut awak balik boleh?

    Acap ada terima satu panggilan daripada seorang Subscriber. Seorang lelaki bernama Nadim. Nadim berkongsikan pengalamannya dengan secara tidak sengaja terbuka hijab matanya disebabkan oleh ‘isim’ yang dimasukkan ke dalam tubuhnya yang akhirnya cuba dibuang oleh datuknya namun hanya satu sahaja mampu dikeluarkan. Selepas kejadian yang tidak disengajakan itu, Nadim boleh melihat dan merasakan kehadiran ‘mereka’ di sekelilingnya. Banyak perkara pelik dan menyeramkan berlaku ke atas dirinya. Namun menurut Nadim, dia redha dan cuba untuk tidak mengendahkan makhluk-makhluk ghaib yang sering cuba untuk mengganggu beliau.

  29. 82

    BIBIK PUAKA | Mantera itu untuk Bapak sama Ibu sayang sama saya! | Surau Usang Depan Banglo

    Episod kali ni Acap bawakan kisah yang lain daripada yang lain. Kisah pasangan suami isteri yang menggajikan seorang pembanu rumah yang pada awalnya elok-elok saja tapi menjadi seorang yang PUAKA bila ketamakan menyelubungi diri. Seterusnya kisah seorang pemuda yang bernama Zairi. Seorang yang panas baran, kerja sambil lewa dan selalu merungut telah pergi ke Johor untuk melaksanakan tugas yang diarahkan kepadanya. Namun, dia telah melalui perkara misteri di sana.

  30. 81

    NAK kaya cepat sampai keluarga jadi taruhan | Balik waktu Maghrib kan POCONG dah ikut

    Episod kali ni Acap akan kongsikan kisah yang tak kurang hebatnya. Kisah yang dikongsikan oleh Azman apabila dia telah diekori oleh makhluk yang mengerikan semasa dia pulang ke rumah sebaik saja balik jogging. Azman kata pengalaman tersebut sangat memberikan pengajaran kepadanya. Kemudian Acap akan sampaikan kisah seorang lelaki yang dah penat hidup miskin dan kemudiannya mencari jalan untuk mengubah Nasibnya sekeluarga. Malangnya jalan yang dia pilih salah sehinggakan dia hilang segala-galanya.

  31. 80

    PONTIANAK di Changi Airport? | Sosok PEREMPUAN dalam Aerotrain | KISAH SERAM AIRPORT

    Episod kali ni lain macam sikit, KISAH SERAM di AIRPORT atau lapangan terbang. Sebenarnya Acap agak terkejut bila ada yang berkongsi kisah seram di airport ni. Ya lah, airport kan tempatnya canggih, cantik dan ramai pengunjung rupanya ada juga kisah seramnya ya.   Antara kisah yang dikongsikan adalah kisah jelmaan sosok Perempuan di sekitar kawasan Control Room di airport Changi di Singapura. Kemudian gangguan mistik di KLIA di mana ada jelmaan makhluk yang menakutkan dalam aerotrain. Terakhir, seorang penumpang berkongsikan pengalaman mistiknya semasa solat di surau KLIA 2.   Lain macam bukan?

  32. 79

    PUAKA SEKOLAH TEKNIK | Asrama 'MERIAH' masa budak cuti sekolah

    Kita selalu dihidangkan dengan pelbagai kisah seram di sekolah berasrama penuh. Ada begitu, ada begini. Tapi, kisah seram dan gangguan di sekolah berasrama penuh yang diceritakan oleh sahabat kita Rizal dari channel  @seramkelam  ni agak unik. Bermula dengan kisah kepala bergolek. Lepas tu pelajar lelaki histeria. Nak tambah seram, ada pelajar perempuan jumpa budak kecil minta tolong sampai satu sekolah semua berjangkit histeria. Tu tak masuk lagi cerita roh pelajar Perempuan bawa bayi bersenandung dalam bilik air. Memang lain macam sekolah ni. Akhir sekali Rizal Kongsi pengalaman Ustaz atau Warden asrama diganggu semasa tinggal bersendirian di asrama tatkala pelajar semua sedang cuti sekolah. Memang lain macam cerita dia.

  33. 78

    SUSAH NAK M4T11 sebab susuk | Aku jumpa JARUM EMAS dalam bilik

    Susuk. Ia ditakrifkan sebagai suatu bendasing yang dimasukkan ke dalam tubuh dengan cara tertentu untuk tujuan tertentu yang biasanya melibatkan amalan ilmu hitam. Amalan memasukkan susuk adalah kepercayaan tradisional, yang berkaitan dengan amalan khurafat dan syirik kerana ia memerlukan penglibatan Jin dan Syaitan. Ia lebih banyak mudaratnya berbanding kebaikan. Sepertimana yang dikisahkan oleh dua pencerita kali ni. Mereka sendiri berdepan dengan situasi di mana si pemakai susuk itu menderita akibat daripada kesan pemakaian susuk. Ada yang susah nak mati. Ada yang merana seumur hidup dek kerana melanggar pantang susuk.

  34. 77

    JENAZAH TU DUDUK BELAKANG ENCIK! | Pengalaman Pemandu Van Jenazah

    Acap perhatikan pendengar Podcast Kamar Remang memang suka sangat cerita pasal orang yang terlibat dengan pengurusan jenazah. Baik, kalau macam tu video kali ni untuk kalian. Ada tiga kisah perkongsian pemandu van jenazah sewaktu mereka sedang menjalankan tugas. Ada yang hampir meragut nyawa, ada kejadian yang aneh dan ada pula yang ‘ditumpang’ oleh sesuatu yang menakutkan. Macam mana ya mereka ni boleh berhati kental menhadapi kejadian-kejadian sebegitu rupa?

  35. 76

    TAK MASUK AKAL! 9 EKOR Jin Dalam Badan Mira | Punca menolak cinta.

    Episod kali ni Acap akan kongsikan perkongsian orang-orang yang penah kena sihir dan yang merawat sihir. Rata-rata pengalaman mereka sangat menakutkan geng. Orang yang menghantar sihir tu pulak kejam geng. Sampaikan yang terkena sihir tu sikit lagi nak gila, ada pulak tu rasa nak bunuh diri sebab tak tahan dengan kesakitan gangguan sihir. Acap harap perkongsian malam ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran dan iktibar buat kita semua. Jauhilah sihir geng.

  36. 75

    Tangisan Dalam KERANDA 'Aku Nak Balik!' | Muka JENAZAH TERKEJUT waktu dikebumikan

    Di hari Jumaat yang mulia ni Acap nak kongsikan beberapa buah kisah pengalaman mereka-mereka yang menjalankan tugas Fardhu Kifayah iaitu menguruskan jenazah. Antara pengalaman yang akan Acap kongsikan adalah pengalaman si penggali kubur yang menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan semasa mengebumikan jenazah seorang Wanita.   Kemudian kisah pemandu van jenazah yang melalui detik-detik cemas apabila sesuatu yang aneh berlaku semasa dia memandu van jenazah untuk menghantar jenazah ke suatu destinasi yang telah ditetapkan. Akhir sekali Acap akn Kongsi satu cerita seorang lelaki tua yang masa hidupnya miskin, tapi apabila tiba hari kematiannya, dia kaya raya.

  37. 74

    KENAPA asrama ni tak ada cermin? | Pontianak bertenggek atas meja

    Kali ni Acap akan berkongsikan pengalaman seorang yang bernama Wafie yang pernah diganggu semasa bekerja di sebuah kilang. Beliau juga berkongsikan kisahnya semasa tinggal di asrama suatu ketika dahulu. Dah terlanjur cerita pasal asrama tu, Acap kongsikan jugalah kisah di asrama Acap. Kalian tahu tak? Di asrama sewaktu Acap sekolah menengah dulu tak ada cermin. Semua tempat tak ada cermin termasuk di sinki di bilik air. Nak tahu kenapa?

  38. 73

    AZAB Makan Harta Anak Yatim | Dari Fail Pengurus Jenazah

    Salam Jumaat semua. Cerita yang Acap nak kongsikan kali ni datangnya daripada kenalan pengurus jenazah bernama Ustaz Sobri (bukan nama sebenar). Kisah tentang dia menguruskan jenazah seorang lelaki bernama Kamal (bukan nama sebenar). Sewaktu Ustaz Sobri menguruskan jenazah Kamal, pelbagai ujian dan dugaan telah dilaluinya. Berkat doa dari ahli keluarga dan Masyarakat, jenazah selamat dikebumikan. Tetapi ada kejadian aneh berlaku selepas selesai proses pengebumian yang hanya diketahui oleh Ustaz Sobri dan para pembantunya. Setelah selesai proses pengebumian, sekali lagi Ustaz Sobri terpinga apabila isteri Kamal, Sakinah (bukan nama sebenar) mendedahkan sesuatu yang sangat mengejutkan. Pendedahan ini ada kaitan dengan pendedahan oleh Sakinah. Apa sebenarnya yang terjadi kepada Kamal dan Sakinah sekeluarga? Pendedahan apa yang dibuat oleh Sakinah?

  39. 72

    MERANA BERTAHUN! Badan Dihuni 3 Ekor JIN.

    Bagaimana agaknya rasa bila jin menumpang dalam badan kita bertahun-tahun? Sudahlah menumpang si jin ni boleh pula buat fitnah. Begitulah yang terjadi kepada keluarga Pakcik Lan dan juga Mak Lin iaitu bapa dan juga ibu saudara Wak Long. Pada awalnya mereka sangka yang Mak Lin ni sakit biasa. Gastrik. Tapi semakin lama, semakin teruk. Tapi pakar perubatan tak dapat nak kesan apa sebenarnya penyakit Mak Lin ni. Akhirnya Pakcik Lan akur untuk menggunakan khidmat perawat kaedah alternatif untuk merawat Mak Lin. Dapatkah Mak Lin di rawat? atau makin teruk?

  40. 71

    BENDA HITAM tu dah ikut kita dari tadi! | Pengalaman Seram Pemandu VAN JENAZAH

    Geng, video kali ni adalah remake video yang pernah Acap muatnaik dua tahun lepas tentang dua Pengalaman Pemandu Van Jenazah. Namun begitu video tersebut mendapat banyak maklum balas negative terhadap kualiti visual dan audio. Makanya kali ini Acap rakam semula kisah tersebut dan Acap tambah baik kualiti visual dan audio untuk tontonan kalian. Kisah pertama adalah kisah dua orang yang Bernama Budi dan Arif bersama dua waris yang ikut bersama menghantar jenazah dari Kuala Lumpur ke sebuah kampung di Sungai Petani, Kedah. Macam-macam kejadian aneh berlaku sepanjang perjalanan mereka. Kisah kedua pula diceritakan oleh Abang Amin yang menghantar jenazah sendirian daripada Kuala Lumpur ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Perjalanannya lancar. Namun, selepas menghantar jenazah dia diminta untuk membantu menguruskan proses pengebumian jenazah. Selepas mengebumikan jenazah, Abang Amin terkedu dan badannya lemah hingga tak boleh memandu pulang dan dia tak boleh tidur sepanjang malam. Apa yang berlaku?

  41. 70

    SERAM GILA! Roh Pelajar GENTAYANGAN | Puaka Sekolah Teknik

    Rizal kembali dengan membawakan kisah yang pasti akan buat kalian meremang punya. Lebih lagi kalau kalian pernah tinggal di sekolah berasrama penuh dulu. Cerita Rizal kali ni dia kongsikan pengalaman waktu dia belajar di beberapa pusat pengajian suatu ketika dahulu. Pengalaman waktu dia pergi 'seekers', kemudian pengalaman 'fly'. Kisah pasal puaka sekolah teknik ni pula adalah pengalaman adik Rizal. Fuh! Lain macam pengalaman adik dia ni geng!

  42. 69

    Tolong Tok! PONTIANAK tu nak BUUNOH aku! | KESUMAT PONTIANAK

    Kisah kali ni dikongsikan oleh kenalan Acap yang nak dikenali sebagai Waklong. Lain macam kisahnya kali ni. Lengkap dengan seram, ngeri dan plot twist. Beliau menceritakan tentang kejadian di sebuah kampung yang aman damai dan kemudiannya kecoh dengan kejadian kematian misteri yang berturut-turut. Penduduk kampung juga dikejutkan dengan kehadiran pontianak yang mula mengganggu gugat kemakmuran kampung tersebut. Apa yang terjadi sebenarnya? Kenapa pontianak buat onar dekat kampung tu?

  43. 68

    AKHIRNYA! Kebenaran terbongkar... | Pendamping Waris Kerabat BHG 2

    Kali ini kita akan dengar sambungan kisah Cikgu Emi tentang pengalamannya berdepan dengan pendamping yang diwarisinya daripada keturunan terdahulu. Makhluk atau pendamping yang menghuni tubuh Cikgu Emi seolah-olah ingin memporak perandakan kehidupan Cikgu Emi dan seringkali mencuba menganggu jiwanya. Entah bagaimana, seorang pelajarnya juga terkait dengan gangguan makhluk pendamping ini sehingga membuatkan hubungan antara pelajar dan guru menjadi sedikit renggang. Apa yang makhluk itu mahukan? Apa kaitan Ajoi dalam cerita ini? Apa barang Ajoi pakai?

  44. 67

    'DIA' DAH SIAP PILIH | Pendamping Waris Kerabat (Bhg 1)

    Lain padang lain belalang. Lain orang lain pula pengalamannya. Kali ini pemanggil Acap adalah seorang pendidik yang dikenali sebagai Cikgu Emi. Beliau berkongsikan kisah di mana beliau berdepan dengan pelbagai gangguan yang dipercayai datangnya daripada makhluk yang kononya bertindak sebagai 'pendamping'. Makhluk tersebut telah lama menetap dalam tubuh Cikgu Emi tanpa beliau sedari sehinggalah satu kejadian yang melibatkan seorang pelajar yang bernama Ajoi.

  45. 66

    UDIN HILANG WEH!!! | Kami kena kejar dengan PONTIANAK bunyi burung

    Masa kecil-kecil dulu pernah tak kalian main sorok-sorok? Kalau pernah, pernah tak kalian alami pengalaman kena sorok betul-betul? Lepas tu, kalian pernah dengar suara pontianak macam burung? Semua persoalan akan terjawab dalam himpunan video Podcast kamar Remang kali ni. Lepas tu siap ada cerita pengalaman pengawal keselamatan nampak jenazah tengah meeting lagi tau. Kemudian diakhiri dengan kisah seorang makcik yang berperangai syaitan. Kalian wajib layan video kali ni.

  46. 65

    Acap Tidur dengan LEMBAGA HITAM

    Kali ni ada tiga cerita dan salah satunya kisah Acap sendiri. Cerita ni lama dah berlaku. Kalau tak silap tahun 2021 ketika Acap kerja luar kawasan di Alor Setar dan Pualau Pinang. Kejadian ni berlaku waktu Acap menginap di homestay yang disediakan oleh salah sebuah NGO. Homestay tu taklah menyeramkan. Cuma suasananya agak suram sebab dah lama tak dihuni.

  47. 64

    TERSERU 'GHANI' sebab main spirit of the coin | Pemanggil: Rizal

    Zaman remaja adalah zaman yang selalunya kita akan buat kerja gila. Kadang kala kerja gila yang dibuat tu mendatangkan padah. Lepas tu baru tahu takut dan menyesal. Hahaha. Episod kali ni Acap bersama dengan Rizal dari channel  @seramkelam  . Beliau akan kongsikan kisah pengalaman seram kerja gilanya ketika zaman belajar dan masih mudah remaja dulu.

  48. 63

    PUAKA HOMESTAY | Bila aku tak layan, dia MAIN pintu tandas pula!| Kisah Seram Pemanggil: Zul (BHG 2)

    Kisah kali ini dikongsikan oleh pemanggil kita saudara Zul sambungan daripada kisah yang lepas. Kali ni Zul menceritakan pengalaman seramnya ketika dia dan kawan-kawannya pergi hiking dan camping di sebuah bukit di Negeri Sembilan. Selama 3 hari 2 malam mereka di sana, terjadi beberapa perkara pelik dan misteri kepada mereka. Kemudian, dikongsikan juga pengalamannya sekeluarga bercuti di Langkawi. Keseronokan bercuti si Zul terbantut apabila dia telah diganggu oleh puaka homestay yang diinapinya bersama keluarga.

  49. 62

    POCONG tu hantukkan kepala dekat bawah katil! | Kisah Seram Pemanggil: Zul (BHG 1)

    Kisah kali ini dikongsikan oleh pemanggil kita saudara Zul. Zul menceritakan pengalaman seramnya ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di kampung juga semasa mereka dalam perjalanan ke Kota Bharu, Kelantan. Zul kongsi bagaimana detik seram yang dia dan sepupu-sepupunya lalui sepanjang malam selepas mereka pulang daripada Pantai Morib. Lain pula kisahnya semasa Zul dan keluarga dalam perjalanan ke Kota Bharu apabila berlaku adegan potong-memotong kenderaan semasa dalam perjalanan.

  50. 61

    Kami semua terkejut bila ARWAH BANGUN! (Sambungan Kisah Abang Aslan)

    Video kali ni adalah bahagian kedua kisah seram daripada Abang Aslan. Beliau nak kongsikan pengalaman seram beliau semasa ikut ekspedisi ke Gunung Jerai. Kemudian, kisah selanjutnya yang dikongsikan beliau sangat meruntun hati. Meremang bila Acap dengar kisah tentang arwah sahabat Abang Aslan bangun sewaktu nak disolatkan.

Type above to search every episode's transcript for a word or phrase. Matches are scoped to this podcast.

Searching…

No matches for "" in this podcast's transcripts.

Showing of matches

No topics indexed yet for this podcast.

Loading reviews...

ABOUT THIS SHOW

Sebuah Podcast Kisah Seram yang dibawakan oleh Si Tukang Cerita di mana memperdengarkan kepada anda semua peminat kisah seram tentang kisah-kisah mereka yang pernah melalui pengalaman seram dan mistik.#seramtak

HOSTED BY

oleh Si Tukang Cerita

CATEGORIES

URL copied to clipboard!