EPISODE · Apr 12, 2021 · 1H 15M
12. BORAK SINI HABIS SINI: BERSAMA VANESSA REYNAULD, DARI CERIA POPSTAR, THE MASKED SINGER, KINI JADI PENYANYI & TIKTOKER
from BORAK SINI HABIS SINI · host BUDIEY ISMA
Ikuti temubual eksklusif bersama bintang tamu di BORAK SINI HABIS SINI iaitu Vanessa Reynauld yang makin menyinar di persada dunia seni suara. Penglibatan Vanessa Reynauld dalam industri nyanyian bukannya baharu bermula. Namun penglibatannya dalam program The Masked Singer Malaysia (TMSM) telah membuka mata ramai tentang bakat gadis berusia 20 tahun itu. Bergelar naib juara, Vanessa yang menyarung kostum Rajah Brooke dalam program itu tidak menunggu lama untuk muncul dengan lagu baharu berjudul Putus. Vanessa mulai mencuri perhatian dalam bidang seni suara selepas mewakili Malaysia dalam pertandingan Water Cube Cup Worldwide Chinese Singing Competition di Beijing, China di mana dia mendapat naib juara. Penyanyi ini turut mencuba nasib dalam pertandingan Astro Ceria Megastar. Corak nyanyiannya yang bertaraf antarabangsa dan imej rambut yang unik turut mendapat perhatian ramai pengikutnya di media sosial. Dengan jumlah pengikut lebih 74,000 di Instagram, dia turut popular di TikTok.
Embed this episode
Ready to play
12. BORAK SINI HABIS SINI: BERSAMA VANESSA REYNAULD, DARI CERIA POPSTAR, THE MASKED SINGER, KINI JADI PENYANYI & TIKTOKER
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.