Apa Cerita Tentang Krismas | Pr Jack Ling episode artwork

EPISODE · Dec 11, 2022 · 33 MIN

Apa Cerita Tentang Krismas | Pr Jack Ling

from Acts Seri Kembangan · host Flatfish Media

Kelahiran Yesus1Pada masa itu Kaisar Agustus menitahkan semua penduduk di seluruh dunia dibanci. 2Ketika pembancian pertama dilaksanakan, Kurenius menjadi gabenor di Siria. 3Dalam pembancian tersebut, setiap orang perlu kembali ke tempat lahir masing-masing untuk mendaftarkan diri.4Oleh itu, Yusuf terpaksa berangkat dari bandar Nazaret di Galilea ke kota Daud yang bernama Betlehem di Yudea kerana dia daripada keturunan Daud. 5Dia pergi untuk mendaftarkan diri bersama Maria, tunangnya yang sedang hamil. 6Sewaktu mereka di sana, tibalah masanya untuk dia bersalin. 7Dia melahirkan seorang anak lelaki, iaitu anak sulungnya. Dia membedung anak itu lalu membaringkan-Nya di dalam sebuah palung kerana tidak ada tempat bagi mereka di rumah tumpangan.Gembala dan malaikat8Di daerah itu ada beberapa orang gembala yang bermalam di padang kerana menjaga domba mereka. 9Tiba-tiba malaikat Tuhan muncul di hadapan mereka dan kemuliaan Tuhan menerangi mereka, lalu mereka ketakutan. 10Tetapi malaikat itu berkata kepada mereka, "Jangan takut! Aku membawa kepadamu berita baik yang akan memberikan sukacita besar kepada seluruh umat. 11Pada malam ini di kota Daud telah lahir seorang Penyelamat bagimu, iaitu Kristus, Tuhan. 12Inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang anak yang dibedung dan dibaringkan di dalam sebuah palung."13Tiba-tiba malaikat itu disertai oleh satu angkatan syurga yang besar memuji-muji Allah:14"Kemuliaan bagi Allah di tempat yang maha tinggidan damai sejahtera di bumi bagi orang yang berkenan pada hati-Nya."15Setelah malaikat-malaikat itu meninggalkan mereka untuk kembali ke syurga, gembala-gembala itu berkata sesama sendiri, "Marilah kita pergi ke Betlehem untuk melihat kejadian yang telah berlaku itu seperti yang diberitahu Tuhan kepada kita."16Mereka pergi dengan segera lalu menjumpai Maria dan Yusuf serta bayi itu yang sedang terbaring di dalam palung.17Setelah melihat bayi itu, mereka pun memberitahu segala yang telah dikatakan kepada mereka tentang anak itu. 18Semua yang mendengar berasa kagum tentang apa yang dikatakan oleh gembala-gembala itu kepada mereka; 19tetapi Maria menyimpan segala perkara ini dalam hatinya dan merenunginya. 20Kemudian gembala-gembala itu pulang sambil memuji-muji Allah atas segala yang didengar dan dilihat mereka. Segalanya seperti yang dikatakan kepada mereka.*** Lukas 2:1-20 ***

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Dec 11, 2022

Embed this episode

Ready to play

Apa Cerita Tentang Krismas | Pr Jack Ling

0:00 33:41

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Acts Seri Kembangan?

This episode is 33 minutes long.

When was this Acts Seri Kembangan episode published?

This episode was published on December 11, 2022.

Can I download this Acts Seri Kembangan episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!