EPISODE · Jul 9, 2021 · 1H 35M
BM14 | 190313 | "Talkin Untuk Si Mati & John Travolta Kampung" - Ustaz Shamsuri Ahmad
from Zonkuliah · host Zonkuliah
Kuliah Bahrul Mazi Jilid 14 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah pada 19hb Mac 2013. ~ Nabi memerintahkan supaya dilemparkan 25 bangkai pembesar Quraisy kedalam lubang batu yang seumpama telaga yang menjijikan di badar ~ Kisah kejadian yang berlaku selepas tamatnya perang Badar ~ Tiga hari selepas kemenangan Islam ~ Sahabat-sahabat yang rasa nak tolong, tapi tak berani ~ Doa Nabi sebaik bangkit dari sujud ~ Tak pernah-pernah Nabi doa tak elok kepada bangsa sendiri sebelumnya ~ Ketar ketakutan dengar doa Nabi sebab hati kecil tau mustajabnya doa Nabi ~ Sekiranya doa diucapkan di bumi Mekah, maka doa itu mustajab ~ Setiap nama yang Nabi sebut, mati dalam perang Badar ~ Alangkah baiknya sekiranya sebelum mati, kamu taat kepada Allah dan Rasul ~ Kami telah melihat apa yang Allah janji, benar belaka ~ Umar tanya kenapa Nabi bercakap dengan mayat ~ Ulama yang otaknya macam mesin fotostat ~ "Aku tidak pernah sangka, Allah ada mencipta manusia sehebat kamu.." ~ Allah buka hijab supaya mayat boleh mendengar kata-kata Nabi ~ Dalil yang menjadi pegangan sebahagian ulama tentang talkin ~ Tazkirah untuk orang yang menghantar mayat ~ Binatang boleh dengar jeritan ahli kubur yang diseksa ~ Kisah dua orang perempuan Yahudi yang menceritakan tentang azab kubur kepada Aishah ~ Ceramah agama dalam radio Kedah - satu kampung boleh dengar suara azab mayat menjerit ~ "Apa punya pembohong punya Ustaz.." ~ Marah sebab ada orang tak mau buat talkin di kubur ~ Hadis yang menjadi hujah bahawa orang mati boleh dengar talkin ~ Kejadian yang berlaku pada salah seorang isteri Nabi ~ Doa yang "tidak berguna" - perkara yang telah Allah tentukan ~ Rezeki Allah dah tentukan, tapi kita disuruh berusaha ~ Doa yang terlebih baik - doa minta selamat dari azab neraka dan azab kubur ~ Kisah sahabat dari Iraq yang nak tanya berkaitan darah nyamuk ~ Cucu Nabi Hasan dan Husein adalah kebanggaan Nabi ~ Keutamaan, yang mana lebih penting daripada penting ~ Trend dalam masyarakat - dua ustaz saling bergaduh bab qunut subuh - bila nak selesai ~ Orang Islam ada banyak benda lain yang lebih penting perlu dibuat ~ Berlapang dadalah selagi mana apa yang dipegang ada sandarannya ~ Nabi jawab setiap selawat dan salam ~ Siapa yang tafsir Quran ikut sangka-sangka akalnya ~ Tak boleh memandai-mandai dalam menafsirkan Quran dengan akal tanpa ilmu ~ Jangan hidangkan cerita karut dalam masyarakat --- BAHRUL MAZI JILID 14 MUKA SURAT 10 --- ~ Masalah berlambat-lambat dan tidak gopoh ~ Dikerjakan sesuatu secara tekun satu persatu ~ Orang Islam kena kerja sistematik ~ Orang Islam kena steady ~ Berdosa jemaah sebab "khatib" tak baca dulu teks khutbah ~ Kena jadi seorang yang well prepared dan ready melaksanakan amanah ~ Style pengetua terbaik yang Ustaz kenal ~ Urus masa dalam mesyuarat setiap satu agenda dengan teliti ~ Hari mesyuarat PIBG karipap nak buat inti apa ~ Buat kerja terbengkalai dan tak berjaya - tidak dihargai sebab cincai ~ Bila buat kerja "sambil lewa" - akan kena "perleceh" dari orang ~ Berjimat cermat dalam membelanjakan harta ~ Simpan untuk waktu-waktu kecederaan (ada orang yang tak reti uruskan kewangan) ~ Tidak terlampau boros, dan tidak terlampau kedekut ~ Ais manis pun tak pernah minum - sebab sayang duit ~ Belanjakan harta dijalan yang betul ~ Zaman Elvis Presley dan Jonh Travolta Kampung ~ Tawar dengan dunia ~ Kisah sahabat Ustaz yang berubah selepas mengaji agama (karam dalam lautan Allah) ~ "Saya yang dok mengajar pun tak fana lagi.. dia fana dah.." ~ Allah ada dalam jubah dan poket dia.. ~ Kisah Wali Allah yang hebat sehingga tak perlu solat "wahdatul wujud" ~ Mengaji salah ambil dari tok guru ~ Berubah jadi seorang yang zahid - dunia tak melekat di hati ~ Nak taat kepada Allah tu bagus - tapi jangan sampai diri jadi macam tak cukup vitamin ~ Beramal secara sederhana, jangan melampau, over dan extreme ~ Nak terlibat dalam dakwah, jangan sampai mengabaikan keluarga ~ Sebaik-baik perkara adalah yang sederhana
Embed this episode
NOW PLAYING
BM14 | 190313 | "Talkin Untuk Si Mati & John Travolta Kampung" - Ustaz Shamsuri Ahmad
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.