Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline

EPISODE · Sep 3, 2025 · 7 MIN

Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗘𝗞: 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘?Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan?Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, malah mungkin dikecam sebagai 'berhati tisu'.Sedangkan, tindakan berkenaan diambil mungkin atas pertimbangan lain. Kita perlukan persekitaran yang selamat untuk berbincang.𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡Kajian menunjukkan membaca maklumat faktual dalam talian boleh membetulkan sebahagian kepercayaan salah, tetapi kesannya kecil dan mudah dipengaruhi faktor lain. Semakan fakta mengurangkan kepercayaan terhadap maklumat salah secara sederhana (Walter et al., 2021), namun maklumat salah berkaitan sains lebih sukar diperbetulkan (Walter & Murphy, 2023), dan dakwaan palsu terus mempengaruhi walaupun telah dibuktikan salah; fenomena 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙 𝙞𝙣𝙛𝙡𝙪𝙚𝙣𝙘𝙚 𝙚𝙛𝙛𝙚𝙘𝙩 (Lewandowsky et al., 2012).Pendedahan berulang meningkatkan persepsi kebenaran terhadap maklumat palsu (𝙞𝙡𝙡𝙪𝙨𝙤𝙧𝙮 𝙩𝙧𝙪𝙩𝙝 𝙚𝙛𝙛𝙚𝙘𝙩) (Fazio et al., 2015), manakala confirmation bias dan belief perseverance menyebabkan fakta bercanggah ditolak atau disalah tafsir (Nickerson, 1998).Di media sosial, 𝙚𝙘𝙝𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙢𝙗𝙚𝙧 dan 𝙛𝙞𝙡𝙩𝙚𝙧 𝙗𝙪𝙗𝙗𝙡𝙚 𝙖𝙡𝙜𝙤𝙧𝙞𝙩𝙢𝙖 menguatkan polarisasi dan menyukarkan pembetulan diterima (Cinelli et al., 2021; Flaxman et al., 2016).Kandungan berbentuk emosi atau penceritaan lebih berkesan daripada fakta semata-mata (Bavel et al., 2022), dan pemikiran analitik meningkatkan kesediaan mengubah kepercayaan (Unkelbach & Rom, 2024).𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘Saya mengendalikan perbincangan dalam talian secara aktif semenjak tahun 1998. Itu sudah hampir tiga dekad. Pertimbangan saya ialah, keutamaan mengekalkan suasana sihat dalam perbincangan lebih utama, berbanding 'memberi peluang' dan 'hak kebebasan bersuara', tatkala individu gagal menjaga baseline.Baseline yang saya maksudkan ialah, setuju atau tidak setuju, berbahasalah dengan baik. Kita tidak perlu kelayakan akademik atau ilmu agama tinggi untuk berbahasa baik.Apabila komen jatuh dalam kategori kecelaan lisan yang agama Islam turut mengkelaskannya sebagai mazmumah yang banyak menghantar manusia ke Neraka, memadam komen malah ban netizen seperti ini adalah cara kita membantunya. Membantunya berhenti membuat zalim, aniaya, dan dosa.قال رسول الله صلى الله عليه وسلم‏:‏ “انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا” فقال رجل‏:‏ يا رسول الله أنصره إذا كان مظلومًا أرأيت إن كان ظالمًا كيف أنصره‏؟‏ قال‏:‏ ‏"‏تحجزه -أو تمنعه- من الظلم فإن ذلك نصره” ‏(‏‏(‏رواه البخاري‏)‏‏)𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 ﷺ 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢, "𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘮𝘶, 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪." 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢: "𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩! 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪?" 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 ﷺ 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢, "𝘒𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘯. 𝘐𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢." [𝘩𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘳𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘢𝘭-𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪]#netizen #tazkirah #muhasabah #hasrizal

NOW PLAYING

Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline

0:00 7:14

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

URL copied to clipboard!