PODCAST · society
Hasrizal
by Hasrizal Abdul Jamil
PODCAST.HASRIZAL.COM📌Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal
-
300
Tsunami Pembohongan di Era DJT 2.0
𝗧𝗦𝗨𝗡𝗔𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗘𝗥𝗔 𝗗𝗝𝗧 𝟮Soal percaya atau tidak percaya kepada sesuatu yang bersifat abstrak kita maklum ia rumit bagi sesetengah orang. Namun bersediakah kita untuk berdepan dengan suatu zaman di mana mata melihat sesuatu yang jelas, namun manusia diminta menafsirkan sebaliknya?Inilah yang menakutkan saya apabila melihat senario yang sedang berlaku.Ia bukan hal Amerika Syarikat semata-mata.Apabila kita meneliti pendidikan, budaya, politik, dan media dalam sejarah masyarakat tersebut, kita akan nampak “ramuan” yang membawa kepada keadaan hari ini. Dan yang membimbangkan, ramuan yang sama turut dijamah oleh masyarakat kita, walaupun dalam bentuk dan kadar yang mungkin berbeza.🔴 Baca artikel penuh di pendidikanjalanislah.substack.com#hasrizalabduljamil #iqra2026 #pendidikanjalanislah #pemikiran
-
299
Cabaran Zaman Suci Dalam Debu
Kita mengingatkan diri tentang keadaan akhir zaman yang penuh dengan keterbalikan, apabila kebohongan diraikan dan kebaikan dipandang buruk. Kita melihat bagaimana amanah dan pengkhianatan semakin mengelirukan dalam masyarakat, lalu menuntut kita untuk mencari pedoman yang benar agar tidak hanyut dalam kekacauan nilai. Kita turut menyedari kewujudan golongan yang menyesatkan, memberikan panduan tanpa ilmu. Kritikan As-Sana’ani terhadap tahun-tahun yang menipu mengingatkan kita bahawa peranan Ahlul Haq sering tidak dimainkan, sedangkan kitalah umat yang dipertanggungjawabkan untuk menegakkan yang benar dan menolak yang salah.Dalam konteks hari ini, kita juga berhadapan dengan pengaruh algoritma dan media sosial yang membentuk wacana serta cara maklumat tersebar, seiring perubahan pengalaman internet daripada era Web 1.0 kepada Web 2.0. Platform yang dahulunya menjadi ruang diskusi yang sihat semakin merosot fungsinya.Sejajar dengan kegelisahan ini, saya cuba meneroka persoalan tersebut melalui buku baharu yang bakal terbit bersama IMAN pada tahun 2026 nanti. Mudah-mudahan usaha ini menjadi manfaat untuk kita saling menguatkan, menghadapi ujian zaman yang ibarat ‘suci dalam debu’. Kita memohon doa agar proses penerbitan berjalan lancar dan memberi kebaikan kepada semua.#hasrizalabduljamil #bukuiman #bukuhasrizal #bukuhasrizal2026 #pendidikanjalanislah
-
298
Pendidikan Kita Maju Apabila Pelajar Lemah Dibantu
Mus’ab ibn Saad ibn Abi Waqqas RA menceritakan bagaimana bapanya Saad RA pada satu ketika pernah beranggapan kelebihan yang ada pada dirinya merupakan faktor kemenangan pihak Muslim. Ia disanggah oleh Nabi ﷺ dengan penegasan bahawa kita umat Islam beroleh kemenangan dan rezeki bukan kerana itu, tetapi apabila kita santuni golongan-golongan lemah yang memerlukan bantuan.Pada zaman itu, orang miskin, rendah taraf sosial, OKU, tidak mempunyai kedudukan dalam masyarakat, tidak mendapat pendidikan dan tidak signifkan untuk apa-apa.Sebab itulah Abu Jahal dan beberapa pemuka Quraish pernah mensyaratkan kepada Nabi Muhammad ﷺ andai baginda mahu dakwahnya mereka pertimbangkan, Rasulullah ﷺ hendaklah menyingkir kelompok ‘low class’ berkenaan kerana pembesar Quraish itu tidak selasa bergaul dengan golongan sedemikian. Kisah berkenaan menjadi latar belakang turunnya ayat 28 surah al-Kahf yang menjadi peringatan kepada baginda dan umatnya agar dalam urusan mendidik, jangan terpesona dengan peluang dan prospek hingga mensesiakan golongan yang ‘marginalised’ ini. Islam sahaja ketika itu yang membela golongan terpinggir tanpa diskriminasi, merealisasikan Islam sebagai agama yang benar-benar rahmatan lil alamin.“Kita menang dan beroleh rezeki kerana pembelaan kita ke atas golongan lemah” ini mengukuhkan lagi anjakan paradigma bahawa formula maju bukan pada melimpahkan sokongan dan peluang kepada golongan berprospek, kemudian pada masa yang sama mengabaikan mereka yang memerlukan bantuan.Inilah sisi paling rumit sepanjang advokasi saya untuk pendidikan adil dan saksama semenjak zaman sebelum mengenengahkan pendidikan inklusif lagi.Kita masih sangka kekuatan murid 20% teratas itu yang memajukan negara. Tetapi kalau tekuni sirah Nabi Muhammad ﷺ, kita menang dan beroleh rezeki hanya apabila kita santuni murid kelas belakang, murid OKU, murid yang tidak cukup dokumen untuk ada akses kepada pendidikan dan semua golongan yang dunia kata mereka beban lagi menyusahkan. Hanya Nabi Muhammad ﷺ sahaja yang kata mereka kunci kemenangan dan kemajuan kita.#pendidikaninklusif #inclusiveeducation
-
297
Pendidikan Yang Mengabaikan Sebuah 'Abasa
“Aduhai, seorang lagi!” keluh seorang guru.Muridnya ramai. Tanggungjawabnya banyak.Hari ini, kelasnya menerima seorang murid berkeperluan khas.Maknanya, kelas akan kacau. Beban kerja bertambah.Mujurlah keluh guru tadi sekadar rengus di dalam hati. Tidak terluah dek lidah, kerana beliau tahu akan tanggungjawabnya. Mudah-mudahan murid tadi dan ibubapanya yang kelihatan cemas itu tidak ternampak dahinya yang berkerut.“Bukankah senang, kalau ajar budak pandai-pandai sahaja!” kata hati guru tadi.Namun Allah ﷻ takdirkan di kelas itu, murid sedia ada sedang mengaji. Ada yang membaca Surah ‘Abasa. Surah menegur. Teguran dari langit menggegar bumi. Menggegar hatinya. Hati seorang guru yang seharusnya tidak lupa kepada teguran Allah kepada mahagurunya, Nabi Muhammad ﷺ.SURAH ‘ABASASurah Abasa sering kita dengar, tetapi jarang kita tekuni dengan penuh kesedaran terhadap konteksnya. Ia bukan sekadar kisah seorang sahabat yang buta. Ia peringatan santun tetapi tegas tentang bagaimana manusia, termasuk seorang pendidik, boleh tersilap memposisikan keutamaan.Teguran ini ditujukan kepada insan paling mulia, Nabi Muhammad ﷺ.Bukan kerana Baginda mengasari Abdullah ibn Umm Maktum RA.Baginda ﷺ tidak mengangkat suara, tidak menghina, dan tidak sekali-kali meremehkan beliau.Namun teguran turun, kerana pada saat itu terdapat satu detik kecil – kerutan kening, gangguan hati – yang dalam timbang tara langit dianggap besar.https://saifulislam.com/pendidikan-yang-mengabaikan-sebuah-abasa/#PendidikanInklusif #tadabbur #inklusif #adhddewasa #ADHDMalaysia
-
296
Kenapa Pendidikan Karakter? Mengapa Tidak Amalkan Pendidikan Islam?
Kenapa guna pendidikan karakter? Mana pergi pendidikan Islam? Begini…Pendidikan karakter bukan lawan pendidikan Islam. Pendidikan karakter adalah istilah bidang pendidikan. Ia bermaksud, untuk bentuk akhlak (yang Islam ambil berat), ada strategi tertentu disediakan untuk mencapainya.Jemput dengar. Pertanyaan dan maklum balas saya alu-alukan. Komen tidak berakhlak, saya padam dan ban demi kebaikan kita bersama.#pendidikankarakter #charactereducation #shapingexcellentcharacter #khalifahmethod #pendidikanislam
-
295
Hijrah Sebab Nak Kaya Walaupun Nabi ﷺ Larang?
Komen 'Passive Agressive' Mengenai Hijrah ke Negara non Muslim Benarkah orang berhijrah kerana mengutamakan harta dan tidak mementingkan Akhirat?Apakah kefahaman yang betul mengenai hadis larangan Nabi ﷺ umat Islam tinggal bersama non Muslim?Luangkan masa empat minit anda mengikuti perbincangan ini.
-
294
Surah al-Kahf Ayat 15: Musibah Era Kepercayaan Tidak Lagi Mementingkan Bukti
Dalam beragama, soal kepercayaan bukan hanya membabitkan APA yang kita percaya, tetapi BAGAIMANA mempercayainya. Surah al-Kahf ayat 15 mengingatkan kita bahawa sebelum mempercayai sesuatu, kita kena hadirkan bukti. Ia disebut sebagai ‘Sultan Bayyin’. Video ini menjelaskan karakter bukti menurut istilah ini dan bagaimana percaya berasaskan bukti mencorakkan perangai kita dalam kehidupan seharian. Apabila kita abaikan perkara ini, ia menjadi musibah.Era pasca kebenaran. Post truth era.Kebenaran sudah tidak penting. Bukti sudah tidak perlu. Manusia mendakwa, bercakap, menuduh sesuka hati. Dan mendatangkan hujah kebenaran tidak dapat mengubah pendirian.Kita masuk ke era fitnah Dajjal yang Nabi ﷺ amarankan.#ibrah #surahalkahf #alkahf #kebenaran #muhasabah
-
293
Delete dan Ban Komen Jelek: Hati Tisu Atau Jaga Baseline
𝗣𝗔𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗡 𝗞𝗢𝗠𝗘𝗡 𝗝𝗘𝗟𝗘𝗞: 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗧𝗜𝗦𝗨 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘?Apabila pengunjung halaman meninggalkan komen buruk, adakah pengurus atau pemilik halaman patut biarkan sahaja, atau sorok (FB Page), padam, dan/atau 'ban' penulis komen berkenaan?Dilemanya ialah, jika tindakan diambil ke atas komen tersebut, ia lazim dianggap menyekat kebebasan bersuara, tidak terbuka terhadap perbezaan pendapat, malah mungkin dikecam sebagai 'berhati tisu'.Sedangkan, tindakan berkenaan diambil mungkin atas pertimbangan lain. Kita perlukan persekitaran yang selamat untuk berbincang.𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗝𝗜𝗔𝗡Kajian menunjukkan membaca maklumat faktual dalam talian boleh membetulkan sebahagian kepercayaan salah, tetapi kesannya kecil dan mudah dipengaruhi faktor lain. Semakan fakta mengurangkan kepercayaan terhadap maklumat salah secara sederhana (Walter et al., 2021), namun maklumat salah berkaitan sains lebih sukar diperbetulkan (Walter & Murphy, 2023), dan dakwaan palsu terus mempengaruhi walaupun telah dibuktikan salah; fenomena 𝙘𝙤𝙣𝙩𝙞𝙣𝙪𝙚𝙙 𝙞𝙣𝙛𝙡𝙪𝙚𝙣𝙘𝙚 𝙚𝙛𝙛𝙚𝙘𝙩 (Lewandowsky et al., 2012).Pendedahan berulang meningkatkan persepsi kebenaran terhadap maklumat palsu (𝙞𝙡𝙡𝙪𝙨𝙤𝙧𝙮 𝙩𝙧𝙪𝙩𝙝 𝙚𝙛𝙛𝙚𝙘𝙩) (Fazio et al., 2015), manakala confirmation bias dan belief perseverance menyebabkan fakta bercanggah ditolak atau disalah tafsir (Nickerson, 1998).Di media sosial, 𝙚𝙘𝙝𝙤 𝙘𝙝𝙖𝙢𝙗𝙚𝙧 dan 𝙛𝙞𝙡𝙩𝙚𝙧 𝙗𝙪𝙗𝙗𝙡𝙚 𝙖𝙡𝙜𝙤𝙧𝙞𝙩𝙢𝙖 menguatkan polarisasi dan menyukarkan pembetulan diterima (Cinelli et al., 2021; Flaxman et al., 2016).Kandungan berbentuk emosi atau penceritaan lebih berkesan daripada fakta semata-mata (Bavel et al., 2022), dan pemikiran analitik meningkatkan kesediaan mengubah kepercayaan (Unkelbach & Rom, 2024).𝗕𝗔𝗦𝗘𝗟𝗜𝗡𝗘Saya mengendalikan perbincangan dalam talian secara aktif semenjak tahun 1998. Itu sudah hampir tiga dekad. Pertimbangan saya ialah, keutamaan mengekalkan suasana sihat dalam perbincangan lebih utama, berbanding 'memberi peluang' dan 'hak kebebasan bersuara', tatkala individu gagal menjaga baseline.Baseline yang saya maksudkan ialah, setuju atau tidak setuju, berbahasalah dengan baik. Kita tidak perlu kelayakan akademik atau ilmu agama tinggi untuk berbahasa baik.Apabila komen jatuh dalam kategori kecelaan lisan yang agama Islam turut mengkelaskannya sebagai mazmumah yang banyak menghantar manusia ke Neraka, memadam komen malah ban netizen seperti ini adalah cara kita membantunya. Membantunya berhenti membuat zalim, aniaya, dan dosa.قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “انصر أخاك ظالمًا أو مظلومًا” فقال رجل: يا رسول الله أنصره إذا كان مظلومًا أرأيت إن كان ظالمًا كيف أنصره؟ قال: "تحجزه -أو تمنعه- من الظلم فإن ذلك نصره” ((رواه البخاري))𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩 ﷺ 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢, "𝘉𝘢𝘯𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘢𝘶𝘥𝘢𝘳𝘢𝘮𝘶, 𝘴𝘢𝘮𝘢 𝘢𝘥𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪 𝘢𝘵𝘢𝘶 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪." 𝘚𝘦𝘰𝘳𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘭𝘢𝘬𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘵𝘢𝘯𝘺𝘢: "𝘞𝘢𝘩𝘢𝘪 𝘙𝘢𝘴𝘶𝘭𝘶𝘭𝘭𝘢𝘩! 𝘈𝘬𝘶 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘪𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪, 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘢𝘬𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘮𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘵𝘪𝘬𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘪?" 𝘉𝘢𝘨𝘪𝘯𝘥𝘢 ﷺ 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘢𝘣𝘥𝘢, "𝘒𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘰𝘭𝘦𝘩 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘩𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪𝘱𝘢𝘥𝘢 𝘮𝘦𝘭𝘢𝘬𝘶𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘻𝘢𝘭𝘪𝘮𝘢𝘯. 𝘐𝘵𝘶𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘯𝘵𝘶𝘢𝘯𝘮𝘶 𝘬𝘦𝘱𝘢𝘥𝘢𝘯𝘺𝘢." [𝘩𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘳𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘢𝘭-𝘉𝘶𝘬𝘩𝘢𝘳𝘪]#netizen #tazkirah #muhasabah #hasrizal
-
292
Solidariti Yang Hakikatnya Jahiliah
𝗝𝗮𝗵𝗶𝗹𝗶𝗮𝗵 𝟮.𝟬: 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝗘𝗺𝗼𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗔𝘀𝗮𝘀 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻Nabi ﷺ pernah mengecam satu tindakan yang baginda namakan sebagai seruan jahiliah, iaitu apabila berlaku konflik, lalu orang mula memanggil geng, kaum, atau kelompoknya untuk menyokongnya bukan kerana kebenaran, tetapi kerana kesetiaan kelompok.Dalam Sahih Muslim, diceritakan satu peristiwa ketika Perang Bani al-Mustaliq. Seorang Muhajirin, Jahjah bin Qais, menampar punggung seorang Ansar, Sinan bin Wabarah. Sinan marah dan melaungkan: “Wahai Ansar!” Jahjah pula membalas: “Wahai Muhajirin!”Nabi ﷺ terus campur tangan dan bersabda:“Apa hal dengan seruan jahiliah ini? Tinggalkannya. Ia busuk!”Perkara ini disaksikan oleh Abdullah bin Ubay, ketua munafik. Beliau tahu makna konflik ini. Ia resepi perpecahan dan kelemahan. Lalu dia berkata: “Mereka sudah lakukannya. Jika kita pulang ke Madinah, yang mulia akan mengusir yang hina.” Yang dimaksudkannya “hina” ialah Nabi ﷺ sendiri.Umar RA ingin membunuhnya, namun Nabi ﷺ menolak: “Biarkan. Jangan nanti orang kata Muhammad membunuh sahabatnya.”Pengajarannya? Konflik kecil menjadi besar apabila kita mula menilai orang berdasarkan kumpulan, bukan tindakan. Kita menyeru “solidariti”, tetapi sebenarnya sedang meniup api ’asabiyyah.Hari ini, kita ulang kesilapan yang sama. Bila berlaku isu, kita cepat melabel: dia geng mana? aliran apa? parti mana? Maka konflik peribadi berubah jadi peperangan puak.Islam datang untuk menamatkan ini. Sebelum kita menyertai mana-mana pihak, tanyalah:Adakah tindakan ini mendamaikan? Atau aku sedang menyeru seruan jahiliah, versi digital?Jangan ulang jahiliah dengan wajah baharu. Nabi ﷺ sudah membanterasnya 1400 tahun lalu.#solidariti #jahiliah #tazkirah #muhasabah #hasrizalabduljamil
-
291
Sekolah Wajib Tetapi Gagal
Walaupun solat lima waktu itu wajib dan solat berjemaah amat dititikberatkan, masjid tidak pernah menjadi institusi yang diwajibkan ke atas kita. Sekolah, sebaliknya, adalah satu-satunya institusi yang diwajibkan ke atas setiap individu, namun sering kali gagal berfungsi seperti yang sepatutnya. Seperti yang diungkapkan oleh Neil Postman di dalam Teaching as a Subversive Activity, sekolah hari ini ibarat memandu kereta mewah dengan kelajuan tinggi sambil hanya memandang ke cermin pandang belakang. Kita terpesona dengan kelengkapan teknikal, kecanggihan kemudahan, dan pencapaian akademik, tetapi kehilangan arah tuju yang sebenar; untuk apa pendidikan itu diwujudkan, dan ke mana ia seharusnya membawa generasi akan datang.Sistem pendidikan moden sering menumpukan perhatian kepada angka pencapaian, penguasaan peperiksaan, dan perlumbaan mengejar kemajuan material, tetapi kurang memberi ruang untuk membentuk daya fikir kritis, keupayaan menyelesaikan masalah, dan kesedaran sosial yang mendalam. Dengan segala teknologi, silibus padat, dan inovasi pendidikan, kita seperti mempercepat perjalanan tanpa memastikan destinasi itu memberi makna kepada kehidupan dan kesejahteraan pelajar.Postman memberi amaran bahawa kegagalan memahami hala tuju pendidikan ini adalah tanda kita sedang menunggu sebuah “pelanggaran besar”. Kita membesarkan anak-anak dalam sistem yang indah pada rupa luaran tetapi rapuh pada fungsinya, satu pelaburan besar yang berisiko merugikan masa depan masyarakat. Sekolah tidak lagi sekadar tempat belajar fakta, tetapi menjadi cerminan ke mana arah peradaban kita, dan jika hala tuju itu kabur, maka pendidikan yang diwajibkan ke atas setiap individu tidak lebih daripada satu kewajipan tanpa visi.#neilpostman #teachingasasubversiveactivity #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #Pendidikan
-
290
Tak Tahu Kenapa Cemerlang: Strategi Belajar Berasaskan Sains Pembelajaran
𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗞𝗘𝗡𝗔𝗣𝗔 𝗖𝗘𝗠𝗘𝗥𝗟𝗔𝗡𝗚: 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗦𝗔𝗦𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗜𝗡𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 Alhamdulillah, baru-baru ini kami sekeluarga bersyukur apabila salah seorang anak kami memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Leaving Certificate. Peperiksaan ini setaraf dengan A-Level atau STPM dan merupakan langkah penting untuk melanjutkan pengajian di peringkat tertiari.𝗠𝗘𝗠𝗕𝗜𝗡𝗔 𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗘𝗧𝗔𝗛𝗨𝗔𝗡Saya cuba memahami bagaimana anak kami mencapai keputusan cemerlang, saya kumpulkan beberapa teknik yang digunakan tanpa disedari oleh beliau sendiri. Antara kaedah yang beliau gunakan adalah membina bank pengetahuan menggunakan aplikasi Notion. Setiap kali selepas kelas, beliau mencatatkan apa yang telah dipelajari, topik yang diliputi, dan isu yang timbul. Teknik ini membantu beliau menguruskan pembelajaran dalam jangka masa panjang.𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗡𝗢𝗧𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗟𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡Selain itu, beliau menggunakan iPad dengan Apple Pencil untuk mencatat nota. Kajian menunjukkan bahawa menulis nota dengan tangan membantu memproses maklumat secara mendalam dan ada makna (meaningful) kerana nota ditulis menggunakan ayat sendiri. Ia membantu memindahkan maklumat dari memori jangka pendek ke memori jangka panjang. Ini kerana penulisan tangan memerlukan pelajar untuk menafsir dan meringkaskan maklumat dengan kata-kata sendiri. Nota yang ditaip berisiko menjadikan kita menaip terus apa yang didengar tanpa melalui proses memaknakannya dalam minda.𝗞𝗘𝗣𝗘𝗡𝗧𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥𝗔𝗡 Semasa menulis nota, si anak juga mencatat soalan-soalan yang terlintas dalam fikirannya. Kemahiran ini penting kerana ia murid tidak mudah menyedari apa yang dia tidak tahu, belum tahu, hendak tahu. Soalan, adalah petanda terjadinya 'berfikir' semasa belajar. Ia antara 'permata yang hilang' dalam pembelajaran hari ini. Menulis nota dalam bentuk soalan-soalan adalah satu cara untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kritis dan reflektif.𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔𝗡 𝗜𝗠𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔Sempat juga saya berleter menekankan bahawa kejayaan bukan hanya bergantung kepada usaha semata-mata, tetapi juga merupakan rezeki daripada Allah ﷻ . Oleh itu, penting untuk menjaga amalan seperti solat dan berbuat baik kepada ibu bapa. Sifat bertanggungjawab dan peka dengan persekitaran juga adalah nilai yang penting untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡Keseluruhan pengalaman ini memberi kami pelajaran berharga yang boleh dikongsi dengan anak-anak lain. Kejayaan dalam peperiksaan tidak hanya diukur melalui markah, tetapi juga melalui pengajaran dan kebaikan yang terbit daripadanya. Barakah bermaksud kebaikan yang melimpah dan berganda. Tanda rezeki itu ada barakah, ialah apabila satu kebaikan melahirkan kebaikan-kebaikan yang lain.Sisi bagusnya juga ialah benda-benda ini si anak teroka dan bina sendiri. Bukan ikut-ikut atau saya suruh. Namun sebagai pendidik yang pernah mengajar subjek study skills dahulu, kemahiran belajar berasaskan sains pembelajaran adalah benda yang sentiasa saya beri perhatian dan ambil berat. Ia ada asas kukuh dan boleh dilatih.Mudah-mudahan, dengan berkongsi pengalaman ini, anak-anak lain dapat mengambil manfaat dan berjaya dalam pelajaran mereka.Keputusan peperiksaan hanya untuk meneruskan perjalanan seterusnya dalam hidup. Ia tidak harus pergi berlebih-lebihan pada mendefinisi harga diri sesiapa.Wallahualam.#pendidikanjalanislah #hasrizalabduljamil #khalifahmethod #peperiksaan #pendidikan
-
289
Alangkan Terkentut Semasa Solat Jemaah Pun Ada Akhlaknya
𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗞𝗘𝗡𝗧𝗨𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔 𝗦𝗢𝗟𝗔𝗧 𝗝𝗘𝗠𝗔𝗔𝗛 𝗣𝗨𝗡 𝗔𝗗𝗔 𝗔𝗞𝗛𝗟𝗔𝗞𝗡𝗬𝗔“Alamak, terkentut pulak!” rungut Ali di dalam hatinya.Mujur tidak berbunyi. Kalau tidak, segan juga dibuatnya.Sebaik sahaja Ali hendak melangkah ke luar meninggalkan saf, beliau dihalang oleh salah seorang jemaah yang bersolat. Maklum sahaja, berjalan di hadapan orang bersembahyang, adalah perbuatan yang dilarang agama.Ali teringat hadis Nabi ﷺ :إِذَا أَحْدَثَ أَحَدُكُمْ فِي صَلاَتِهِ فَلْيَأْخُذْ بِأَنْفِهِ ثُمَّ لْيَنْصَرِفْ“𝘈𝘯𝘥𝘢𝘪 𝘴𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘥𝘪 𝘬𝘢𝘭𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘩𝘢𝘥𝘢𝘴 𝘥𝘪 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵𝘯𝘺𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘱𝘦𝘨𝘢𝘯𝘨𝘭𝘢𝘩 𝘩𝘪𝘥𝘶𝘯𝘨𝘯𝘺𝘢 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘥𝘪𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘭𝘶𝘢𝘳.” (𝘚𝘶𝘯𝘢𝘯 𝘈𝘣𝘪 𝘋𝘢𝘸𝘶𝘥 : 1114)Baru beliau perasan di mana silapnya.Beliau perlu proaktif mengelak daripada jemaah lain terganggu. Pada masa yang sama, air muka terjaga sama. Tidaklah malu dan mengundang gossip liar jemaah:“Ishh, kentut pulak mamat tu. Makan petai ke apa?”Kalau di Ireland dahulu, baked bean!Ali mengambil semula wuduk, dan segera menyertai jemaah menyempurnakan solat beliau.Usai bersolat, Ali terkenang kitab kecil tulisan Abbas al-Sisi rahimahullah, yang beliau pernah baca. Abbas al-Sisi memetik hadis ini untuk membincangkan tentang kepentingan akhlak sebagai agenda besar usaha dakwah dan perjuangan Islam. Sebagai pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun ketika itu, beliau mengingatkan para pejuang Islam, betapa tingginya tatatertib hidup kaum Muslimin yang Nabi Muhammad ﷺ ajar.Hingga soal terkentut semasa solat Jemaah pun ada tatasusilanya.Memegang hidung, seolah-olah hidung berdarah. Hidung berdarah atau disebut sebagai رُعاف (ruʻāf), adalah perkara yang turut membatalkan wuduk. ‘Berpura-pura’ hidung berdarah dengan memegang hidung itu tidak dianggap menipu. Sekadar strategi yang cukup untuk menjaga aib muka sendiri, dan mengekalkan keharmonian komuniti. Terpulang apa yang hendak jemaah sangkakan andai terlihat seseorang memegang hidung semasa keluar meninggalkan saf. Apa yang penting, sesama Muslim dan Mukmin itu, benang-benang yang menjahit mereka menjadi tenunan ummah yang indah, adalah pada akhlak.Tiada yang terlalu kecil untuk baginda ﷺ santuni.Mudah-mudahan apabila kita ingat semula hadis ini, kita kembali menghargai agama Nabi Muhammad ﷺ yang begitu indah. Jauh daripada jerit pekik, malu memalukan, ghairah melihat orang buat salah, hingga didikan yang baginda ﷺ tinggalkan tercemar dan jarah.HasrizalNaas, Ireland
-
288
Ibrah 'Republic of Virtue': Tatkala Politik Bersilang Wakil Moral
𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛 𝗘𝗥𝗔 '𝗥𝗘𝗣𝗨𝗕𝗟𝗜𝗖 𝗢𝗙 𝗩𝗜𝗥𝗧𝗨𝗘': 𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗟𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 '𝗪𝗔𝗞𝗜𝗟' 𝗠𝗢𝗥𝗔𝗟 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗔𝗡Politik berkaitan dengan usaha memperbaiki urus tadbir masyarakat dan mengharuskan fokus pada kompetensi dalam pengurusan.Penggabungan politik dengan moral dan kebenaran boleh membawa risiko apabila ia mengaitkan pihak yang menentang dengan menentang kebaikan dan kebenaran.Sejarah menunjukkan contoh, seperti di Perancis, di mana perjuangan untuk moral dan kebaikan berubah menjadi pemerintahan autoritarian.Fokus utama dalam politik haruslah pada integriti dan kompetensi, bukan semata-mata pada penggabungan agama dengan politik.Salah faham mengenai pemisahan agama dan politik boleh membawa kepada ekstremisme dan keganasan. 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔𝗡𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗼𝗿𝗮𝗹Pembabitan dalam politik adalah usaha untuk memperbaiki urus tadbir demi kebaikan masyarakat. Namun, apabila politik digabungkan dengan moral dan kebenaran, ia membawa risiko besar. Keadaan semasa di Amerika Syarikat dengan parti Republican dan MAGA di bawah Trump menunjukkan bagaimana nilai dan moral yang dipromosikan boleh dilihat sebagai mewakili kebenaran mutlak. Ini menimbulkan bahaya apabila sesiapa yang menentang dilabel sebagai menentang kebaikan dan kebenaran.𝗖𝗼𝗻𝘁𝗼𝗵 𝗦𝗲𝗷𝗮𝗿𝗮𝗵: 𝗥𝗲𝘃𝗼𝗹𝘂𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗶𝘀Sejarah menawarkan pengajaran melalui contoh Revolusi Perancis di bawah Robespierre. Perjuangan untuk moral dan keadilan sosial bertukar menjadi pemerintahan autoritarian berdarah. Lebih 40,000 orang dibunuh dalam tempoh singkat (1793-1794) untuk mempertahankan ‘kebaikan’ yang ditentukan oleh pihak berkuasa. Robespierre berpendapat bahawa ‘terror’ diperlukan untuk mengekalkan virtue, menunjukkan bahaya apabila politik disamakan dengan kebenaran mutlak.Katanya:“𝘐𝘧 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘢𝘴𝘪𝘴 𝘰𝘧 𝘱𝘰𝘱𝘶𝘭𝘢𝘳 𝘨𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘪𝘯 𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘰𝘧 𝘱𝘦𝘢𝘤𝘦 𝘪𝘴 𝘷𝘪𝘳𝘵𝘶𝘦, 𝘵𝘩𝘦 𝘣𝘢𝘴𝘪𝘴 𝘰𝘧 𝘱𝘰𝘱𝘶𝘭𝘢𝘳 𝘨𝘰𝘷𝘦𝘳𝘯𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘪𝘯 𝘵𝘪𝘮𝘦 𝘰𝘧 𝘳𝘦𝘷𝘰𝘭𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘪𝘴 𝘣𝘰𝘵𝘩 𝘷𝘪𝘳𝘵𝘶𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘵𝘦𝘳𝘳𝘰𝘳.”𝗙𝗼𝗸𝘂𝘀 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗼𝗺𝗽𝗲𝘁𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗨𝗿𝘂𝘀 𝗧𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿Kisah ini menekankan pentingnya kompetensi dalam urus tadbir politik. Politik yang berasaskan kepercayaan dan moral peribadi tidak harus mengorbankan kebolehan untuk mengurus dengan baik. Sebaliknya, akhlak dan keimanan harus menjadi urusan peribadi yang membantu membentuk integriti, tetapi bukan sebagai asas untuk mendakwa pihak lain menentang kebaikan, jika mengkritik kompetensi urus tadbirnya.𝗥𝗶𝘀𝗶𝗸𝗼 𝗖𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸Campuran agama dan politik boleh membawa kepada salah faham dan ekstremisme. Menyatakan bahawa menolak satu idea politik bermakna menolak agama atau kebenaran boleh membawa kepada ekstremisme yang berbahaya. Kesedaran terhadap sejarah dan pemisahan antara urusan politik dan agama adalah penting untuk mengelakkan keganasan dan pemerintahan autoritarian.Memisahkan secara total agama dengan politik lazim ditakrifkan sebagai sekularisme. Sedangkan pada masa yang sama, gagal melihat garis daerah antara agama dan urus tadbir, ia sama seperti menganggap muamalat = akidah. Ia mengundang musibah.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #ibrah
-
287
Semalam Jahil, Lusa Jahil Semula
📖 Imam Birgivi(البركوي) membahagikan al-Jahl (kejahilan) kepada dua:1️⃣ al-Jahl al-Basīṭ (sederhana) – tidak tahu dan sedar dirinya tidak tahu. Ubatnya: belajar.Ada juga jahil yang terjadi kerana percanggahan hujah. Ia mencetuskan bingung, ragu, berbelah bagi, atau terhenti berpendirian. Ubatnya: aplikasi proses berfikir dengan logik & qawa'id akal.Jahil yang kompleks memerlukan upaya berfikir yang baik. Tanpanya, ia sukar diselesaikan.Jahil dalam perkara yang kita tidak ada keperluan tahu, tidak mengapa. Jahil yang salah dan keji ialah apabila kita tiada ilmu di dalam perkara yang kita kena ada ilmu mengenainya.Maknanya, sebelum buat satu-satu perkara atau hendak bercakap mengenainya, periksa dahulu kita ada ilmu mengenainya atau tidak. Mengadakan ilmu berkenaan adalah keutamaan dan keselamatan. Melangkauinya dan main belasah aje, terjebak dalam kehinaan dan kesesatan, lebih daripada sesatnya haiwan ternak.2️⃣ al-Jahl al-Murakkab (kompleks)Jahil bencana ialah jahil berlapis-lapis, tidak peduli kepadanya, bahkan tidak rasa ia salah dan bermasalah. Jahil kategori ini, ada ancaman dunia dan ada azab Akhirat yang menanti.#birgivi #imambirgivi #البركوي #hasrizalabduljamil #ustazhasrizal
-
286
Buli Siber: Dakwah 'Tikus Baik Labu'
𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗦𝗜𝗕𝗘𝗥: 𝗗𝗔𝗞𝗪𝗔𝗛 '𝗧𝗜𝗞𝗨𝗦 𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗟𝗔𝗕𝗨'[Baca artikel penuh di blog: https://saifulislam.com/buli-siber-dakwah-tikus-baik-labu/]Semalam, di halaman Facebook saya, timbul satu pertanyaan menarik berhubung statistik yang meletakkan Malaysia antara negara tertinggi di dunia terlibat dalam buli siber. Pengunjung tersebut bertanya, adakah apabila kita melihat orang melakukan maksiat, seperti tidak menutup aurat, lalu kita menegur, perbuatan itu dikategorikan sebagai buli siber? Dan jika kita tidak mahu termasuk dalam statistik tersebut, maka bila nampak maksiat kita perlu biarkan sahaja?Soalan ini berat. Ia menggambarkan bahawa niat yang baik sahaja tidak cukup untuk mengislamkan perbuatan kita, jika ia tidak diserlahkan melalui cara yang baik dan menatijahkan kebaikan.Memang Nabi ﷺ mengajarkan bahawa apabila kita melihat kemungkaran, kita perlu bertindak.“𝘚𝘦𝘴𝘪𝘢𝘱𝘢 𝘢𝘯𝘵𝘢𝘳𝘢 𝘬𝘢𝘮𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘮𝘦𝘭𝘪𝘩𝘢𝘵 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯, 𝘩𝘦𝘯𝘥𝘢𝘬𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘶𝘣𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘵𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 (𝘬𝘶𝘢𝘴𝘢); 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘭𝘪𝘥𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢 (𝘯𝘢𝘴𝘪𝘩𝘢𝘵); 𝘥𝘢𝘯 𝘫𝘪𝘬𝘢 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘮𝘢𝘮𝘱𝘶 𝘫𝘶𝘨𝘢, 𝘮𝘢𝘬𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘩𝘢𝘵𝘪𝘯𝘺𝘢 (𝘣𝘦𝘯𝘤𝘪 𝘬𝘦𝘮𝘶𝘯𝘨𝘬𝘢𝘳𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶); 𝘥𝘢𝘯 𝘪𝘵𝘶 𝘢𝘥𝘢𝘭𝘢𝘩 𝘴𝘦𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩-𝘭𝘦𝘮𝘢𝘩 𝘪𝘮𝘢𝘯.” [𝘙𝘪𝘸𝘢𝘺𝘢𝘵 𝘔𝘶𝘴𝘭𝘪𝘮]𝘙𝘶𝘫𝘶𝘬𝘢𝘯: 𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 34, 40 𝘏𝘢𝘥𝘪𝘴 𝘢𝘯-𝘕𝘢𝘸𝘢𝘸𝘪Hadisnya menyebut perkataan فَلْيُغَيِّرْهُ (maka hendaklah dia mengubah), bukan sekadar يُنْكِرُهُ (menegur). Perkataan fal-yughayyirhu menuntut perubahan yang membawa hasil: yang salah menjadi betul, yang buruk menjadi baik.Maknanya, nahi mungkar bukan sekadar berkata, “Aku dah tegur, kalau kau tak terima, itu nasib kau.” Walaupun teguran itu betul, jika disampaikan dengan cara yang mendatangkan mudarat atau menimbulkan kemungkaran baharu, itu bukanlah nahi mungkar. Pepatah Melayu menyebut, bagai tikus membaiki labu.Dakwah yang tidak memelihara maruah orang dan gagal membezakan antara buli siber dengan nahi mungkar lebih banyak merosakkan daripada membawa kebaikan.Dakwah tikus baik labu.Hakikatnya ia buli siber.Allah ﷻ dan Rasulullah ﷺ tidak suka.#pendidikanjalanislah #dakwah #hasrizalabduljamil
-
285
Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus?
Ubat Atau Makanan Atasi Masalah Anak Tak Faham Silibus?#hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #khalifahmethod #pendidikanfatamorgana
-
284
Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah
Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku.Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya daripada rutin kebiasaan yang anak sudah biasa di rumah.Akan tetapi, jika anak balik dari sekolah tidak gembira, ibu bapa perlu semak:Pertama, faktor anak sendiri. Mungkin ada penyesuaian diri perlukan bantuan. Malah mungkin anak rasa tak selesa mahu buang air kecil dan besar di sekolah, menahan hingga balik ke rumah. Dapatkan maklumat dan sembang dengan anak.Kedua, kita tinjau faktor sekeliling anak. Jika faktor tandas tadi wujud, boleh juga terjadi tandas di sekolah tidak bersih atau ketinggian tidak sesuai, anak tidak tahu macam mana hendak menghadapinya.Lihat juga ada isukah antara anak dengan kawan-kawannya, dengan cikgu, dengan silibus dan aktiviti pembelajaran di sekolah.Apa yang utama, menghantar anak ke sekolah bukan bermaksud memindahkan tanggungjawab mendidik kepada sekolah dan guru. Ia melengkapkan keperluan anak dan menambah apa yang ibu bapa ada kekangan menambah sendiri di rumah.Anak perlu gembira dengan pengalaman awal persekolahannya. Jika sebaliknya, ibu bapa perlu ambil tahu dan buat sesuatu mengenainya.#ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #khalifahmethod
-
283
Tauhid Itu 'Simple Tapi Bukan Simplistik
TAUHID ITU SIMPLE TAPI BUKAN SIMPLISTIKAsas agama kita ialah Tauhid, mentauhidkan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya. Tauhid mudah difahami, namun tidak menjadikan agama ini simplistik. Ia tetap menuntut kita berfikir, memahami kerencaman ideologi, dan menguasai ilmu.Dalam Fiqh Sirah, Muhammad Sa‘id Ramadan al-Būṭī memetik pandangan Abul Hasan Ali an-Nadwi dalam Mādzā Khasira al-‘Ālam bi Inhithāt al-Muslimīn, bahawa keadaan Semenanjung Tanah Arab ketika kebangkitan Islam lebih stabil berbanding kekacauan falsafah dan ideologi yang melanda Rom dan Parsi. Masyarakat Arab Jahiliyyah, walaupun rosak dari segi akidah dan moral, masih memiliki pemikiran yang teratur, sehingga mudah menerima kebenaran apabila dijelaskan. Ibn Khaldun turut mengulas pandangan ini.Hari ini, kita berdepan masyarakat dengan pemikiran bercampur-campur antara Timur dan Barat, lama dan moden. Untuk menyampaikan Tauhid dalam konteks ini, kita perlu memahami kekeliruan yang berlaku dan menguasai pelbagai disiplin: ilmu agama, sejarah Islam dan tamadun dunia, perkembangan teknologi, serta kajian tentang kecelaruan kognitif, bias pemikiran, dan kerosakan reasoning. Kita hidup di era di mana cabaran beragama bertambah dengan akal yang semakin tidak sihat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾
-
282
Reaksi 'Terpaling Lantang' Yang Nabi ﷺ Tak Suka
𝐑𝐄𝐀𝐊𝐒𝐈 "𝐓𝐄𝐑𝐏𝐀𝐋𝐈𝐍𝐆 𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍𝐆" 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐍𝐀𝐁𝐈 𝒔.𝒂.𝒘 𝐓𝐀𝐊 𝐒𝐔𝐊𝐀Bersikap lemah lembut terhadap manusia dan berinteraksi dengan mereka secara sopan santun adalah antara permata dalam rantaian akhlak Islam, dan ia merupakan sifat kesempurnaan. Allah سبحانه وتعالى Maha Lembut, dan Dia menyukai kelembutan daripada hamba-Nya.Dalam hadis ini, Ummul Mukminin ʿĀ’ishah RA menceritakan bahawa orang-orang Yahudi datang menemui Nabi ﷺ lalu berkata: “al-sāmu ʿalaykum”, seolah-olah memberi salam Islam kepada Baginda ﷺ dan para sahabat, sedangkan hakikatnya mereka sedang mendoakan keburukan. “Al-sām” bermaksud kematian dan kebinasaan. Namun Nabi ﷺ menyedari maksud sebenar ucapan mereka, lalu Baginda menjawab: “wa ʿalaykum” (dan ke atas kamu juga). Maksud jawapan Baginda ialah: ke atas kamu seperti apa yang kamu ucapkan sebagai doa.Ā’ishah RA juga memahami maksud ucapan mereka, lalu berkata: “Al-sāmu ʿalaykum, semoga Allah melaknat kamu dan murka kepada kamu.” Beliau membalas dengan lafaz dan kata-kata yang sama, bahkan menambah doa keburukan kepada mereka. Maka Rasulullah ﷺ menegurnya: “Bertenanglah, wahai ʿĀ’ishah. Hendaklah engkau berpegang dengan kelembutan,” iaitu bersabar, berhemah dan berhati-hati dalam tindakan. Baginda melarang beliau daripada bersikap kasar atau melampau dalam kata-kata. “Kekasaran” di sini bermaksud ketegasan yang berlebihan ketika berinteraksi, manakala “melampau” bermaksud keterlaluan dalam ucapan dan jawapan, bukan semata-mata kata-kata yang buruk.Dalam riwayat al-Sahihain disebut: “Sesungguhnya Allah menyukai kelembutan dalam setiap perkara,” iaitu Allah mengasihi hamba-Nya yang berwatak lunak, mudah berurusan dan tidak bersikap keras atau kasar. Dengan kelembutan, tujuan dapat dicapai dan maksud menjadi mudah, sesuatu yang tidak dapat diperoleh dengan kekerasan.Ā’ishah RA berkata kepada Nabi ﷺ: “Tidakkah engkau mendengar apa yang mereka katakan?!” Beliau ingin menarik perhatian Baginda kepada ucapan mereka. Maka Nabi ﷺ menjawab: “Tidakkah engkau mendengar apa yang aku katakan?” merujuk kepada ucapan Baginda sebelum itu: “wa ʿalaykum” – “Aku telah membalas ucapan mereka.” Perbezaan antara jawapan Nabi ﷺ dan jawapan ʿĀ’ishah RA ialah Baginda membalas setimpal dengan perbuatan mereka tanpa menambah kekasaran, sedangkan ʿĀ’ishah RA menambah doa keburukan dan memilih kelantangan dalam membalas.Baginda menjelaskan: “Doaku terhadap mereka akan diperkenankan, manakala doa mereka terhadapku tidak akan diperkenankan.” Apabila kita berlebih-lebihan bertindak balas terhadap perkara yang dilihat mengancam atau mencemar agama, kita bersikap seolah-olah Islam ini tidak ada Tuhan. Bergantung kepada keupayaan kita memaksimumkan tindak balas, sedangkan ia sudah jatuh ke daerah buruk yang agama tidak suka. Jika kita tidak halusi perincian Sirah, dan jika kita tidak kenal siapa 'lelaki itu', silap-silap, Nabi Muhammad ﷺ itu sendiri menjadi sasaran kecaman dan label-label jelik kita kerana menganggapnya tidak mencapai 'standard' kita. Walhal 'standard kita' itu adalah manifestasi kejahilan serta perangkap ego yang membinasa. #Saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland #tazkirah #muhasabah
-
281
Bahaya Gaduh dan Debat Berlebih -lebihan Dalam Agama
🎯 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮:▪️Menulis dan bercakap melibatkan risiko kesilapan, tetapi ini tidak bermaksud kita harus berhenti. Pembetulan dan pengakuan adalah kunci penting.▪️Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah sikap berbahaya dan dilakukan bukan demi Allah, tetapi kerana dorongan hawa nafsu.▪️Pertengkaran dalam isu agama boleh membawa kepada kemunafikan dan melemahkan hati, seperti yang diingatkan oleh Ja’far ibn Muhammad dan Nabi ﷺ.▪️Berdebat tanpa tujuan yang jelas hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak, menurut al-Imam Syafi’i dan Ibnu Rejab.▪️Ilmu yang benar perlu digabungkan dengan akhlak yang baik untuk mendapatkan keredhaan Allah dan hati yang tenang.🔍 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀𝗮𝗻▪️𝗠𝗲𝗻𝘂𝗹𝗶𝘀, 𝗕𝗲𝗿𝗰𝗮𝗸𝗮𝗽, 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻Kesilapan adalah perkara biasa dalam proses menulis dan bercakap, tetapi ia tidak seharusnya menjadi halangan. Apabila kesilapan berlaku, langkah terbaik adalah membetulkannya dan mengakui kesilapan tersebut untuk memperbaiki diri.▪️𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗻𝗼𝗻𝗷𝗼𝗹𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗶𝗹𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗢𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗟𝗮𝗶𝗻Menonjolkan kesilapan orang lain secara berlebihan adalah tindakan yang tidak bermanfaat dan berbahaya. Ia sering dilakukan bukan untuk memperbaiki keadaan tetapi kerana dorongan peribadi yang salah, menyebabkan niat kita tersasar dari tujuan asal iaitu kerana Allah.▪️𝗣𝗲𝗿𝘁𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗜𝘀𝘂 𝗔𝗴𝗮𝗺𝗮Dalam isu agama, pertengkaran sering mengatasi akal dan lebih melibatkan emosi. Ja’far ibn Muhammad menasihatkan agar menjauhi pertengkaran dalam agama kerana ia melemahkan hati dan menimbulkan kemunafikan. Nabi ﷺ juga menegaskan bahawa pertengkaran membawa kepada kesesatan selepas menerima petunjuk.▪️𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗮 𝗨𝗹𝗮𝗺𝗮 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗲𝗯𝗮𝘁𝗮𝗻Al-Imam Syafi’i dan Ibnu Rejab menyatakan bahawa berbalah dalam isu ilmu hanya akan mengeraskan hati dan mengurangkan sifat warak. Para salafusaleh lebih memilih diam dalam perdebatan kerana ilmu dan rasa takut mereka kepada Allah, berbanding generasi selepas mereka yang cenderung banyak bercakap kerana kekurangan sifat warak.▪️𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸Akhirnya, adalah penting untuk menggabungkan ilmu yang benar dengan akhlak yang baik. Penyebaran ilmu tidak seharusnya dilakukan melalui pertengkaran yang merosakkan adab dan akhlak. Kombinasi ini penting untuk menjadi hamba Allah yang mendapat keredhaan dan memiliki hati yang sejahtera. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾
-
280
Palestin dan Ireland: Rakyat Sokong, Kerajaan Bohong
🍉 𝗗𝗔𝗡 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗: 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗢𝗛𝗢𝗡𝗚𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝘂 𝗥𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱Sokongan rakyat Ireland terhadap 🍉 dapat dilihat dengan jelas melalui demonstrasi yang diadakan secara konsisten, terutama pada hari Sabtu di Dublin dan kawasan lain. Selain itu, parti politik kiri seperti Sinn Féin, People Before Profit, dan Social Democrats terus mendesak kerajaan Ireland agar bertindak selari dengan kehendak rakyat.𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗜𝗿𝗲𝗹𝗮𝗻𝗱 𝗱𝗮𝗻 𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗟𝘂𝗮𝗿 𝗡𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮Walaupun rakyat bersolidariti dengan perjuangan di 🍉, lain pula cerita dengan kerajaannya. Walaupun kerajaan Ireland telah mengeluarkan kenyataan keras mengkritik Israel, tindakan sebenar yang mempunyai impak besar masih belum direalisasikan. Isu utama yang dibincangkan adalah penglibatan Central Bank of Ireland dalam urusan jual beli bon Israel yang digunakan untuk membiayai peperangan. Di samping itu, rang undang-undang Occupied Territories Bill yang bertujuan untuk mengharamkan import dan eksport barangan dari wilayah yang dijajah, khususnya Israel, masih belum diluluskan.𝗞𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗸𝗮𝗱𝗲𝗺𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 𝗜𝗺𝗽𝗹𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻Satu lagi isu penting adalah kerjasama akademik antara universiti di Ireland dan institusi di Israel. Trinity College Dublin baru-baru ini mengambil langkah untuk tidak lagi bekerjasama dengan universiti Israel, satu langkah yang dilihat sebagai kemenangan besar oleh masyarakat akademik di Ireland. Namun, kerjasama serupa yang baru ditandatangani oleh sebuah universiti lain di Ireland menimbulkan kebimbangan dan kemarahan di kalangan rakyat.𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻Sentimen rakyat Ireland terhadap perjuangan 🍉 amat tinggi, tetapi terdapat perbezaan ketara antara sentimen ini dan pendirian kerajaan. Usaha berterusan dari pelbagai pihak amat diperlukan untuk memastikan tindakan konkrit dapat diambil. Walaupun tragedi di 🍉 amat menyedihkan, peningkatan kesedaran global memberi harapan bahawa perubahan positif dapat dicapai.Jangan mengalah!#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾
-
279
Akibat Bermuka-muka dalam Beragama: Iktibar dari Ireland
𝗔𝗞𝗜𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗞𝗔-𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗕𝗘𝗥𝗔𝗚𝗔𝗠𝗔 : 𝗥𝗘𝗙𝗟𝗘𝗞𝗦𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗜𝗥𝗘𝗟𝗔𝗡𝗗 𝗞𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔Sebagai seorang Muslim Melayu yang menetap di Republic of Ireland, banyak pelajaran dapat diambil daripada situasi sosio-agama di negara ini. Ireland, yang dahulunya dikenali sebagai negara Katolik yang kuat, kini menyaksikan peralihan di mana ramai rakyatnya meninggalkan tradisi keagamaan. Ini terutamanya disebabkan oleh salah laku yang dilakukan oleh orang-orang agama dalam institusi yang diamanahkan kepada mereka seperti gereja, sekolah, dan hospital.Salah laku ini, termasuk penderaan seksual dan penjualan anak-anak yang dilahirkan di luar nikah, telah menghakis kepercayaan terhadap orang agama dan institusi agama. Semasa orang ramai mengadu dan mendesak penyelesaian, suara mereka ditekan. Pendekatan yang lebih diutamakan adalah menggunakan undang-undang serta penguatkuasaan untuk damage control, mengawal naratif, malah mendiamkan suara yang menyoal.Refleksi ini membawa kita kepada situasi di Malaysia. Hari ini, orang kita semakin agresif dalam beragama, kurang upaya toleransi dan merosot harmoni antara kaum dan agama. Ayat-ayat golongan anti Muslim dan anti pendatang di sini pakai untuk mengacau bilaukan masyarakat, menjadi ayat sama yang orang kita pakai terhadap orang yang tidak sebangsa, seagama dan seasal usul kita.Sedangkan Malaysia bertuah menjadi sebuah negara majmuk. Kemajmukan itu adalah karakter masyarakat Muslim di zaman Nabi Muhammad ﷺ. Dalam satu keluarga, ada adik beradik lain agama, jiran tetangga berbeza agama, malah bangsa asing turut menjadi sebahagian daripada kehidupan bermasyarakat. Ia memberi peluang kita menghayati model sebenar yang ditampilkan oleh sirah baginda, berbanding masyarakat yang solid 'kita-kita aje'.𝗦𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺𝗮𝗻Jangan kita terbiasa menyorokkan masalah dalaman, sebaliknya selesaikan ia dengan jujur. Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan aku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan cantikkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan sesatkan mereka semuanya. Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hamba-Mu yang ikhlas". (al-Hijr 15: 39-40)Satu-satunya jenis manusia yang terselamat daripada racun Iblis adalah manusia yang ikhlas dalam beragama. Keikhlasan dalam beragama jauh daripada sibuk menjaga imej luaran, tetapi lebih kepada memastikan amalan dan tindakan luar dalam kita selari dengan ajaran agama yang sebenar.Ikhlas dalam beragama menjadikan kita mengutamakan substance berbanding form. Kita lebih bersungguh menyelesaikan masalah sebenar, berbanding menyembunyikan demi menjaga maruah dan air muka. Ikhlas juga menjadikan kita bertindak seperti yang sepatutnya, bukan menunggu satu-satu perkara viral baru tergerak. Seolah-olah persepsi manusia lebih dibimbangkan berbanding reda dan murka Allah.Jangan kita jadi manusia yang kalau buat benda salah kita tidak kisah, tapi kalau benda salah yang kita buat itu orang cakap, kita marah.Ia merosakkan diri dan masyarakat seluruhnya.Jangan ulang kesilapan yang ibrahnya sudah terbentang di depan mata semua.Sebelum terlambat.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland
-
278
Selama Mana Buli Menjadi Darah Daging dan Kebiasaan Kita
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗨𝗟𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗗𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗚𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗕𝗜𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔🎥 Video ini merujuk kepada tragedi yang menimpa anakanda Zara Qairina baru-baru ini. Beliau bukan sahaja mangsa kepada pelaku jenayah buli, tetapi juga mangsa kepada sistem dan budaya yang membiarkan buli terus hidup.🚨 Kita semua maklum buli tidak terhad berlaku hanya di sekolah, asrama atau universiti. Ia juga hidup subur dalam dunia profesional dan korporat:👩⚕️ Doktor senior vs junior✈️ Budaya ‘taruk’ dalam kru penerbangan🌐 Dan kita sendiri , para netizen, membina komuniti yang berbahasa dengan bahasa buli, berinteraksi dalam dinamika buli yang sama.🕌 Sedangkan kita berasal daripada bangsa yang berbudi bahasa, dan agama kita, Islam, adalah agama yang mengharamkan walau sekadar menampar muka seseorang.❗Maknanya, budaya dan agama kita masih belum berjaya mengikis jahiliah daripada diri.😔 Tragedi buli tidak akan diambil serius, kerana kita menormalisasikannya melalui kata-kata seperti:🗣️ “Aku ok je”🗣️ “Anak aku ok je!”🗣️ “Kena sikit pun nak bising ke?”📖 Tapi lihat bagaimana Rasulullah ﷺ menangani situasi Abu Zarr r.a. Apabila Abu Zarr memanggil Bilal r.a. sebagai “anak perempuan hitam”, Nabi ﷺ tidak membiarkannya. Baginda berkata:“Wahai Abu Zarr, pada diri kamu itu ada jahiliah!”🔍 Jika kita benar-benar insaf, kita mesti mulakan dengan muhasabah diri:❓Adakah dalam diri aku ada jiwa pembuli?❓Adakah aku menggunakan bahasa pembuli?❓Adakah tindak tanduk aku mengulang budaya buli yang diwarisi?💡 Hanya individu yang menolak buli secara menyeluruh; dengan jiwa, kepercayaan, pemikiran, malah KEIMANAN, akan benar-benar berusaha menghapuskan buli daripada sistem dan kehidupan yang kita kongsi di dunia yang sementara ini.🤲 Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk memerangi kejahilan dalam diri, dan menjadikan kita hamba-Nya yang membina, bukan membinasa.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾 #buli #jenayahbuli
-
277
Nasib Orang Suruhan Diktator: Teladan Surah al-Buruj
𝗡𝗔𝗦𝗜𝗕 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗨𝗥𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗞𝗧𝗔𝗧𝗢𝗥: 𝗜𝗕𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗨𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟-𝗕𝗨𝗥𝗨𝗝Kritikan Trump Terhadap PenyokongnyaSemalam, Presiden Donald Trump telah membuat kenyataan yang mengejutkan dengan memanggil Republican dan MAGA penyokong-penyokongnya “stupid.” Ia menjadi topik hangat kerana menonjolkan satu aspek penting dalam hubungan antara pemimpin dan pengikut. Ini membuka peluang untuk mengkaji pelajaran berharga dalam sejarah dan teks agama mengenai bagaimana pemimpin yang zalim berinteraksi dengan pengikut mereka.𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗔𝗹-𝗤𝘂𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗻𝗮𝗵Kisah dalam Surah Al-Buruj dan hadis Sahih Muslim memberi contoh klasik mengenai pemimpin zalim yang memanipulasi pengikutnya untuk kepentingan diri sendiri. Raja zalim dalam kisah ini memerintahkan pengikutnya untuk menyingkirkan al-ghulam, seorang anak muda yang beriman, malah prodigi raja berkenaan, tatkala beliau enggan patuh. Apabila usaha mereka gagal, raja dengan segera mengabaikan orang suruhannya yang tidak berguna itu,menunjukkan sikap lepas tangan dan manipulatif pemimpin zalim.ما فعل أصحابك؟"Apa yang berlaku kepada orang-orang kamu?"Eh, walhal yang dimaksudkan itu adalah orang suruhan beliau. Tetapi beliau menisbahkan pasukan gagal itu kepada si ghulam, disowned mereka daripada dirinya.Sikap pengikut yang terus menyokong pemimpin zalim walaupun kesalahan pemimpin itu jelas, boleh membawa kepada kerugian besar. Pengikut yang menjadi “kaki bodek” dan menyokong pemimpin walau dalam keadaan salah akhirnya mungkin akan ditinggalkan apabila mereka tidak lagi bermanfaat. Pelajaran dari kisah ini adalah pentingnya tidak terjebak dalam ketaatan membuta tuli dan mempertahankan integriti serta prinsip moral dalam menghadapi pemimpin yang tidak adil.𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗿𝗮𝗻Contoh Trump ini mengingatkan kita bahawa pemimpin yang hanya setia kepada diri sendiri tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan pengikutnya apabila mereka tidak lagi berguna. Dalam konteks ini, adalah penting bagi pengikut untuk berfikir secara kritis dan tidak menjadi alat bagi pemimpin yang hanya mementingkan diri sendiri. Pengajaran ini memberi peringatan bahawa kebijaksanaan dan keberanian adalah penting dalam mempertahankan prinsip yang benar dan menolak kezaliman.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾 #surahalburuj #alburuj #ibrah
-
276
Fasa Bosan - Bahaya Untuk Pelajar ADHD
𝗙𝗮𝘀𝗮 𝗕𝗼𝘀𝗮𝗻 - 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮 𝗨𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗷𝗮𝗿 𝗔𝗗𝗛𝗗🎯 𝗞𝗲𝘆 𝗧𝗮𝗸𝗲𝗮𝘄𝗮𝘆𝘀𝗖𝗼𝗿𝗲 𝗣𝗼𝗶𝗻𝘁𝘀:▪️Menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan adalah bahagian yang lebih menyeronokkan dalam pengajian sarjana saya sebagai individu ADHD.▪️Bahagian paling mencabar bagi saya adalah penulisan disertasi, khususnya dalam analisis data kualitatif.▪️Saya menggunakan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis), yang menekankan interpretasi temubual.▪️Proses analisis saya melibatkan temubual dengan sampel kecil dan memerlukan pendengaran transkrip secara perlahan.▪️Saya tidak mengutamakan coding data, tetapi saya memerlukan pemahaman mendalam dan nota terperinci.▪️Saya memerlukan disiplin untuk menyiapkan kerja dalam tempoh yang singkat, di tengah cabaran kehilangan fokus.🔍 𝗦𝘂𝗺𝗺𝗮𝗿𝘆𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗿𝗷𝗮𝗻𝗮 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 𝗔𝗗𝗛𝗗Sebagai individu ADHD, saya sering mengalami keseronokan dalam menghadiri kelas dan menyelesaikan tugasan kerana adanya kaedah terkini yang lebih berkesan. Namun, cabaran sebenar timbul bagi saya ketika tiba di fasa penulisan disertasi, khususnya bahagian analisis data. Ini adalah aspek yang memerlukan ketelitian dan fokus yang tinggi, yang boleh menjadi sukar bagi saya.𝗣𝗿𝗼𝘀𝗲𝘀 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗗𝗮𝘁𝗮 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗶𝘁𝗮𝘁𝗶𝗳 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗥𝗲𝗸𝗮 𝗕𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗜𝗣𝗔Penggunaan reka bentuk IPA (Interpretative Phenomenological Analysis) dalam kajian kualitatif adalah fokus utama saya. Reka bentuk ini menekankan interpretasi mendalam temubual dengan sampel kecil, di mana saya hanya menemubual tiga individu. Ini memerlukan saya mendengar transkrip dengan teliti dan membuat nota terperinci. Keunikan IPA berbanding reka bentuk lain ialah ia memerlukan penafsiran berterusan terhadap apa yang dikatakan oleh peserta temubual, serta refleksi terhadap pemikiran saya semasa mendengar.𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝘁𝗿𝗮𝘁𝗲𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝗞𝗲𝗯𝗼𝘀𝗮𝗻𝗮𝗻Kebosanan adalah musuh utama saya sebagai individu ADHD, terutama ketika berhadapan dengan proses yang panjang dan berulang seperti mendengar semula transkrip dan mencatat nota. Ini memerlukan strategi disiplin dan fokus yang tinggi untuk saya mengatasi kebosanan. Saya tidak mengutamakan penggunaan aplikasi teknologi untuk coding data, sebaliknya saya menekankan kepada proses interpretasi dan penghasilan laporan ideografik yang berasingan bagi setiap peserta sebelum penggabungan.𝗣𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹Masa adalah faktor kritikal bagi saya dengan hanya sebulan setengah tinggal untuk menyelesaikan penulisan disertasi. Disiplin diri dan sokongan dari rakan-rakan adalah penting dalam memastikan kejayaan saya dalam menghadapi cabaran ini. Doa dan harapan dari rakan-rakan menjadi sumber motivasi tambahan untuk saya menempuh tempoh yang mencabar ini.#mytcdjourney🇲🇾🇮🇪 #qualitativeanalysis #ipa #adhddewasa #adhdmalaysia #adhdresearch
-
275
Rosak di Bawah Sebelum Terzahir Rosak di Atas
🎯 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗕𝗔𝗪𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗧𝗘𝗥𝗭𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗥𝗢𝗦𝗔𝗞 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦▪️Bagaimana individu seperti Trump boleh dipilih dan apa yang terlebih awal berlaku di kalangan pengundinya?▪️Penting untuk memahami perubahan terjadi di dalam masyarakat yang membawa kepada keputusan politik sedemikian rupa.▪️Pelajarannya, adalah untuk kita memahami pula kejadian-kejadian sekeliling kita.▪️Fenomena program-program tidak masuk akal seperti eHati baru-baru ini, bukan sekadar siapa kepalanya, tetapi mengapa ada khalayaknya.▪️Kita perlu memeriksa budaya dan sistem nilai yang menyokong program tidak masuk akal sejelas itu.▪️Pendidikan, menekankan islah dari bawah ke atas berbanding perubahan politik semata-mata.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif #jomkeireland🇮🇪🇲🇾 #eHati
-
274
Bencana Zaman Tahu Sikit-sikit
𝗕𝗘𝗡𝗖𝗔𝗡𝗔 𝗭𝗔𝗠𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧-𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧Tujuh orang buta berbalah tentang hakikat gajah. Bukan kerana mereka jahil, tetapi kerana masing-masing hanya tahu secara serpihan — fragmented knowledge.Jika tidak tahu, ubatnya mudah: belajar. Tetapi tahu sedikit-sedikit, lalu menganggap diri sudah tahu segalanya, itu bahaya. Ia menjadikan seseorang sombong, terhenti daripada terus menuntut ilmu. Inilah kesan Dunning-Kruger Effect.Musa `alayhi al-salam adalah Rasul yang berilmu. Namun Allah ﷻ tetap menegur baginda dan memerintahkannya berguru dengan seorang hamba Allah yang memiliki rushd (petunjuk yang menyuluh) — ilmu yang tidak misteri, tetapi penuh rahmat dari sisi Allah (al-Kahf 18:65–66).Ilmu seperti ini menuntut rendah diri, kesungguhan, dan perjalanan panjang yang tidak mengenal noktah. Musa `alayhi al-salam beriltizam mencari ilmu walau harus menempuh tempat di mana dua lautan bertemu, lambang kepada keazaman menuntut ilmu tanpa syarat masa dan jarak.Hari ini, ramai tahu sedikit-sedikit. Namun mendabik dada seolah-olah sudah tahu segalanya. Mereka bukan buta seperti dalam 1984 Orwell — yang dihalang dari melihat kebenaran. Mereka celik, tetapi memilih tidak mahu melihat seperti dalam Brave New World Huxley — kerana melihat itu menyakitkan.Sesungguhnya, buta yang sebenar bukanlah buta mata, tetapi buta hati yang di dalam dada.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #pendidikaninklusif #pendidikanjalanislah #mekanismeiqra #mekanikiqra #jomkeireland 🇮🇪🇲🇾
-
273
Proses Membuat Pendirian Tatkala Iran Diserang
𝗣𝗥𝗢𝗦𝗘𝗦 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗧𝗞𝗔𝗟𝗔 𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗦𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚 Iran dan rakyat tidak terkesan dengan pendirian kita. Lainlah jika kita seorang Perdana Menteri atau Presiden. Tetapi proses kita membuat pendirian ini, adalah proses yang sama kita gunakan tatkala ada orang sekeliling kita yang dianiaya. Bagaimanakah kita tentukan sikap dan tindakan sama ada mahu menolong atau tidak andaikata orang itu berbeza agama, berbeza mazhab, atau berbeza aliran dengan kita.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #pendidikaninklusif
-
272
Preskripsi Nabawi Semasa Ummah Dilanda Fitnah
🎯 𝗜𝗦𝗜 𝗞𝗛𝗨𝗧𝗕𝗔𝗛📍 Newbridge Town Hall, Ireland📅 20 Jun 2025Tema: Ummah sedang sakit — Kembali kepada Nabi Muhammad ﷺ sebagai “doktor” yang memberi preskripsi.🩺 𝗔𝗻𝗮𝗹𝗼𝗴𝗶:Nabi ﷺ diibaratkan sebagai doktor yang memberikan preskripsi ketika umat berada dalam krisis — seperti fitnah akhir zaman. Dua hadis sahih dari Sunan Abi Dawud dijadikan rujukan.📜 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗧𝗔𝗠𝗔:Apabila perjanjian diabaikan dan amanah dipermain, Nabi ﷺ menyarankan:◾ Duduk di rumah◾ Kawal lidah◾ Pegang yang makruf, tinggalkan yang mungkar◾ Fokus pada hal diri, bukan urusan orang“الزم بيتك، واملك عليك لسانك…”📜 𝗛𝗔𝗗𝗜𝗦 𝗞𝗘𝗗𝗨𝗔:Baginda ﷺ memberi amaran tentang zaman di mana masyarakat menjadi seperti “sisa ayakan”:◾ Tiada lagi amanah◾ Banyak perselisihan◾ Pegang apa yang dikenali, tinggalkan yang mungkar◾ Fokus pada urusan peribadi, tinggalkan urusan umum“يُوشِكُ أَنْ يَأْتِيَ زَمَانٌ يُغَرْبَلُ النَّاس…”🧠 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟 𝗗𝗜𝗥𝗜 | 𝗙𝗢𝗞𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗕𝗔𝗗𝗜Jangan cepat mengulas, jangan jadi punca kekeliruan.◾ Kurangkan komen yang sia-sia◾ Utamakan introspeksi◾ Diam itu juga ibadah◾ Elakkan gosip dan kecaman media sosial🧭 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗠𝗣𝗨𝗟𝗔𝗡:▪️Kedua-dua hadis adalah preskripsi Rasulullah ﷺ dalam menghadapi zaman penuh fitnah.▪️Berpada-pada dalam berkata.▪️Berhati-hati dalam bertindak.▪️Berfokus kepada pembinaan diri.📖 Sunan Abi Dawud, Hadis 4342Disahihkan oleh Al-Albani📌 Wallahu’alam.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #pendidikanjalanislah #pendidikaninklusif #jomkeireland 🇮🇪🇲🇾 #khutbahjumaat #tarbiyyahzamanfitnah
-
271
Mekanisme Iqra: Politik Bodoh Bukan Bahan Ketawa
Mekanisme Iqra: Politik Bodoh Bukan Bahan Ketawa #mekanismeiqra #mekanikiqra
-
270
Gejala Readicide Jadikan Membaca Kita Bukan IQRA
𝗚𝗘𝗝𝗔𝗟𝗔 𝗥𝗘𝗔𝗗𝗜𝗖𝗜𝗗𝗘 𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗖𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗤𝗥𝗔 🎯 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮𝗜𝘀𝗶 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴:▪️Wahyu pertama “IQRA” bukan sahaja menekankan kepentingan ilmu tetapi juga hubungan kita dengan Pencipta.▪️Konsep “IQRA” melibatkan penghimpunan makna dan penulisan, bukan sekadar membaca teks.▪️Dalam pendidikan formal, membaca kadangkala boleh menjadi kontra produktif, menghilangkan minat dan tabiat membaca kita.▪️Aktiviti membaca di sekolah perlu difokuskan kepada menanam keseronokan dan menghargai kandungan, bukan sekadar memenuhi silibus atau persediaan peperiksaan.▪️Pengajaran yang terlalu menumpukan kepada analisis teks boleh menghalang kita daripada menikmati dan menghargai permata di dalam karya sastera serta pengalaman membacanya.▪️Kita perlu sentiasa bermuhasabah terhadap amalan membaca untuk memastikan ia sejajar dengan objektif wahyu pertama “IQRA”.🔍 𝗥𝘂𝗺𝘂𝘀𝗮𝗻𝗞𝗲𝗳𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗽 “𝗜𝗤𝗥𝗔”Wahyu pertama yang diterima oleh Nabi Muhammad ﷺ menekankan kepada perintah “IQRA,” yang sering dianggap sebagai seruan kepada pembelajaran dan ilmu. Namun, “IQRA” sebenarnya merujuk kepada lebih daripada sekadar membaca teks; ia mencakupi penghimpunan makna dan maklumat yang menghubungkan kita dengan Pencipta. Pengertian ini melangkaui debat sama ada Nabi Muhammad ﷺ boleh membaca atau tidak, dan menekankan pentingnya kita memahami “IQRA” sebagai suatu proses yang lebih luas.𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗔𝗺𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮Aktiviti membaca, terutama dalam konteks pendidikan formal, seringkali tidak mencapai tujuan sebenar “IQRA.” Ini kerana sistem pendidikan yang lebih memfokuskan kepada prestasi peperiksaan berbanding menanam tabiat membaca dan menghargai ilmu. Kelly Gallagher dalam bukunya “Readicide” menekankan bahawa sistem ini seringkali membunuh minat membaca, dengan aktiviti membaca menjadi sekadar tuntutan silibus tanpa memberi ruang untuk kita menikmati dan menghayati bahan bacaan.𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮Pendidikan yang terlalu tertumpu kepada analisis teks dan persediaan peperiksaan juga menyumbang kepada hilangnya keseronokan dalam membaca. Pengajaran sastera, sama ada Melayu atau Inggeris, yang berorientasikan peperiksaan tidak memberi ruang kepada murid untuk benar-benar merasai dan menghargai karya sastera. Oleh itu, adalah penting untuk kita menyemak dari semasa ke semasa pendekatan membaca dalam pendidikan dan memastikan ia selaras dengan semangat wahyu “IQRA,” yang menghubungkan kita dengan makna yang lebih tinggi, mendalam dan kekal.𝗞𝗲𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗠𝘂𝗵𝗮𝘀𝗮𝗯𝗮𝗵Adalah penting bagi kita untuk sentiasa bermuhasabah mengenai amalan membaca dalam kehidupan seharian. Membaca haruslah menjadi alat yang menghubungkan kita kepada makna dan pengetahuan yang lebih luas, sesuai dengan tuntutan “IQRA.” Dengan memahami tujuan sebenar di sebalik wahyu ini, kita boleh menilai sama ada amalan membaca masyarakat pada hari ini benar-benar memenuhi objektif yang diinginkan atau tidak. Ini memerlukan perbincangan berterusan dan kesedaran untuk menyesuaikan pendekatan kita agar lebih bermanfaat dan sejajar dengan tujuan Rabbani.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #iqra #readicide #muhasabah #tabiatmembaca #membaca #baca
-
269
Kiamat Apabila Tapak Kaki Ganti Muka
📲 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗶𝗹𝗺𝘂. 𝗞𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗴𝗲𝗹𝗮𝗺 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗲𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴𝗮𝗻.Di ruang digital hari ini, komen negatif lebih cepat menjadi tular. Kandungan yang ringan, remeh, atau memecah belah lebih mudah mendapat perhatian berbanding ilmu yang benar dan bermanfaat.Topik yang membina tenggelam. Yang merosak, diangkat.Rasulullah ﷺ telah memperingatkan keadaan ini sebagai salah satu 𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮-𝘁𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗮𝗸𝗵𝗶𝗿 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻:لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَظْهَرَ الْفُحْشُ وَالْبُخْلُ، وَيُخَوَّنَ الْأَمِينُ، وَيُؤْتَمَنَ الْخَائِنُ، وَيَهْلِكَ الْوُعُولُ، وَيَظْهَرَ التُّحُوتُTidak akan berlaku kiamat sehingga tersebarnya kekejian dan kebakhilan:◾ orang amanah dianggap khianat,◾ pengkhianat diberi kepercayaan,◾ orang-orang mulia binasa,◾ dan orang-orang hina tampil ke depan.”(𝗥𝗶𝘄𝗮𝘆𝗮𝘁 𝗮𝗹-Ṭ𝗮𝗯𝗮𝗿ā𝗻ī 𝗱𝗮𝗻 𝗔ḥ𝗺𝗮𝗱)Inilah zaman ketika 𝗺𝗮𝗸𝗿𝘂𝗳 dan 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗿 bertukar tempat.Yang benar disenyapkan. Yang batil dimuliakan.🌐 Generasi muda hari ini membesar dalam dunia yang menghidangkan kandungan tanpa sempadan. Jika kita tidak peka, 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗶𝗮𝘀𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘀𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻.💭 Pernahkah anda rasa... kebenaran makin asing, dan suara ilmu makin tenggelam?#HadithNabi #AkhirZaman #DigitalFitnah #MakrufDanMungkar #TarbiahDigital #MediaBijak #Reminders #IlmuBermanfaat #TazkirahMaya #UstazHasrizal #RefleksiZaman #TandaAkhirZaman #fypislamik #islamicreel
-
268
Pembentuk Akal Fikiran Pemandu Bas dan Kita Semua
🎯 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗘𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗔𝗞𝗔𝗟 𝗙𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗗𝗨 𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔𝗣𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝗧𝗲𝗿𝗮𝘀:▪️Pendidikan menyeluruh harus diterapkan untuk mengintegrasikan pelajar dari pelbagai latar belakang dalam satu sistem yang inklusif.▪️Sistem pendidikan perlu memupuk pemikiran kritis dan keupayaan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengurangkan risiko kerosakan sosial.▪️Jurang pendidikan antara pekerjaan profesional dan pekerjaan biasa perlu diatasi dengan pengalaman persekolahan yang seragam.▪️Sistem pendidikan harus dirancang untuk menghasilkan individu yang bijak berfikir tentang kehidupan, bukan sekadar menilai pencapaian akademik.▪️Pendidikan menyeluruh dapat mengurangkan perbezaan kualiti pemikiran antara individu dengan kerjaya berbeza, mempromosikan masyarakat yang harmoni.🔍 𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗦𝗔𝗡▪️𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗜𝗻𝗸𝗹𝘂𝘀𝗶𝗳 𝗱𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺𝗶𝗸Perbincangan utama dalam videi ini menekankan pentingnya pendidikan menyeluruh yang menyatukan pelajar dari pelbagai latar belakang sosial, ekonomi, dan keupayaan dalam satu sistem pendidikan. Meninjau sistem pendidikan di Finland, pelajar diajar bersama tanpa diskriminasi latar belakang, pelbagai manfaat jangka panjang dapat diperoleh. Ini termasuk pembentukan masyarakat yang harmoni, apabila interaksi pelajar dari pelbagai latar belakang dapat memupuk pemahaman dan kerjasama yang lebih baik di kalangan mereka.▪️𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗔𝗹𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹Selain itu, video ini juga membincangkan bagaimana pendidikan dapat mengurangkan jurang sosial antara individu dengan kerjaya berbeza. Misalnya, dengan pengalaman persekolahan yang sama, seorang jurutera dan pemandu bas boleh mempunyai kualiti pemikiran yang tidak jauh berbeza, terutamanya dalam berfikir tentang kehidupan. Sistem pendidikan harus memastikan bahawa semua individu mampu mencapai potensi mereka dan bukan hanya menilai pencapaian akademik semata-mata.▪️𝗣𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗷𝗮𝗵𝘁𝗲𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁Sistem pendidikan yang baik harus mampu memupuk pemikiran kritis dan kebolehan pembelajaran sepanjang hayat. Ini bukan sahaja mengurangkan risiko masyarakat menjadi perosak, tetapi juga memastikan setiap individu, tidak kira pekerjaan mereka, boleh menyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan masyarakat. Pengalaman pendidikan yang inklusif dan holistik ini adalah penting untuk membentuk individu yang seimbang dan masyarakat yang lebih aman dan sejahtera.▪️𝗥𝗲𝗳𝗹𝗲𝗸𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺𝗶𝗸Refleksi mengenai keadaan pendidikan dan impaknya perlu dilakukan secara sistemik. Ini bukan tentang menyalahkan pihak tertentu tetapi lebih kepada memahami dan membina sistem pendidikan yang lebih baik. Penekanan perlu diberikan kepada pendidikan yang mampu menjayakan manusia sebagai KHALIFAH di muka bumi, dengan keupayaan untuk belajar dan berfikir secara berterusan.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana
-
267
My Reflection on Irish Leaving Certificate Exam: Pressure, Hope, and Strive
🎓 TODAY: First day of the Leaving Cert in Ireland — the exam that marks the end of school and the start of university dreams.Today, Imad sits for English Paper 1, a subject he finds challenging. And rightly so. Language takes time, and there are no shortcuts — something I’ve reminded my children right from their early schooling years.As a parent, I’ve seen how tough this exam is. Our two eldest went through it in 2023. Many Irish friends recall those years with stress, not joy. The pressure is real — six or more subjects, all for points to enter university.It often feels less about learning and more about mastering the ‘points game’. Medicine at Trinity? 700+ points. Psychology elsewhere? Maybe 400–500. The focus understandably shifts from deep learning to survival strategy.To Imad and every student out there — take care of your mind, health, and heart. Exams matter, but you matter more.#LeavingCert2025 #ParentPerspective #IrishEducation #ExamsAndWellbeing #ADHDParenting #EducationWithHeart #pendidikanjalanislah
-
266
Pendidikan Inklusif dan Ibrah Surah 'Abasa
Bengkel Duta LaunchPAD dan muhasabah peribadi saya mengenai Islam dan Pendidikan Inklusif berdasarkan Surah ‘Abasa dan kisah Abdullah ibn Umm Maktum RA:📹 Penerangan VideoDalam video ini, saya berkongsi dua perkara yang berbeza tetapi saling berkait:1️⃣ Pengalaman saya sebagai salah seorang Duta LaunchPAD dalam bengkel intensif dua hari yang dianjurkan oleh AHEAD, dan2️⃣ Muhasabah peribadi saya sebagai seorang Muslim mengenai pendidikan inklusif, berpandukan kisah Surah ‘Abasa dan Abdullah ibn Umm Maktum RA.🌍 Tentang Bengkel Duta LaunchPADBaru-baru ini, saya telah mengikuti bengkel dua hari untuk Duta LaunchPAD — sebuah inisiatif oleh AHEAD dan National Disabled Postgraduate Advisory Committee (NDPAC), yang bertujuan meningkatkan penyertaan pelajar pascasiswazah berkeperluan khas di Ireland.Saya adalah salah seorang daripada lapan duta dari seluruh Ireland. Kami membincangkan pelbagai topik termasuk dasar pendidikan tinggi, penyertaan pelajar dengan disabilities, dan peranan duta dalam membawa suara minoriti ke peringkat nasional.🕌 Muhasabah Islam & Pendidikan Inklusif: Surah ‘Abasa sebagai CerminanSepanjang bengkel ini, saya merenung secara mendalam akan kedudukan pendidikan inklusif dalam Islam. Kisah teguran Allah SWT terhadap Nabi Muhammad ﷺ dalam Surah ‘Abasa, apabila baginda mengutamakan tokoh-tokoh Quraisy berbanding Abdullah ibn Umm Maktum RA, menjadi asas kepada muhasabah saya.Saya bertanya kembali: Adakah kita sedang mengulangi kesilapan yang ditegur itu apabila kita meminggirkan pelajar dengan keperluan khas demi “efisiensi” sistem pendidikan kita?Kisah ini bukan sekadar peristiwa sejarah — ia adalah prinsip asas dalam menilai semula keutamaan dan keikhlasan kita dalam mendidik. Islam telah lama mengenali prinsip mengangkat beban (رفع الحرج), rukhsah (الرخصة) dan azimah (العزيمة), yang semuanya mengarah kepada pendekatan yang fleksibel dan penuh rahmat, termasuk dalam pendidikan.💡 PenutupSaya percaya bahawa kerangka seperti Universal Design for Learning (UDL) dan Trauma-Informed Practice bukan hanya alat pedagogi Barat. Jika dilihat dalam kerangka maqasid syariah dan roh pendidikan Islam, pendekatan-pendekatan ini boleh menyuburkan lagi misi kita untuk mendidik semua — tanpa mengira kemampuan zahir dan batin.Semoga video ini menjadi pencetus kepada perbincangan lebih luas tentang bagaimana kita, sebagai pendidik Muslim, memahami dan melaksanakan pendidikan inklusif dengan nilai, ilmu dan hikmah yang sejati.#IslamicEducation #InclusiveEducation #UDL #SurahAbasa #LaunchPAD #ADHDAwareness #DisabilityInclusion #MaqasidSyariah #TraumaInformedPracticeArtikel penuh di https://saifulislam.com/surah-abasa-dan-kisah-abdullah-ibn-umm-maktum-ra-cerminan-islam-dalam-pendidikan-inklusif/
-
265
Luka’ Ibn Luka’: Si Bodoh Bahagia dan Berkuasa Sebagai Tanda Kiamat
Fenomena kebodohan tidak terhad kepada rakyat biasa, malah telah menembusi lapisan kepimpinan. Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump menjadi contoh bagaimana seseorang yang sering mengeluarkan kenyataan yang tidak masuk akal masih boleh mendapat sokongan dan menjadi pemimpin negara. Kebodohan bukan sahaja diterima, malah diangkat dan diraikan.Ini adalah petanda bahaya. Apabila masyarakat merelakan pemimpin yang dangkal dan tidak berintegriti, maka seluruh sistem sosial akan terdedah kepada kerosakan. Ia membuka ruang kepada polarisasi, ketidakadilan, dan penindasan berselindung di sebalik retorik populis.Ia menjadi medan perang yang senjatanya bukan pedang, peluru atau bom, tetapi akal yang songsang dan kebodohan yang meracun.Mangsa boleh terkorban dalam keadaan tercekik dengan ketawa. Seumpama katak yang mati direbus kerana tidak sedar air semakin panas perlahan-lahan dengan seribu satu justifikasi bahawa tiada masalah dan “tak mengapa!”𝗞𝗲𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗦𝗼𝗿𝗼𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗱𝗶𝘁𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 ﷺIslam sejak awal lagi memberi perhatian kepada bahaya kebodohan. Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:وَإِذَا رَأَيْتَ الْحُفَاةَ الْعُرَاةَ الصُّمَّ الْبُكْمَ مُلُوكَ الأَرْضِ فَذَاكَ مِنْ أَشْرَاطِهَا“Dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, tuli dan bisu menjadi raja-raja di bumi, maka itu antara tanda-tanda Kiamat.”(Sahih Muslim, Kitab al-Iman, Hadith 7)Begitu juga dalam riwayat Musnad Ahmad:يُوشِكُ أَنْ يَغْلِبَ عَلَى الدُّنْيَا لُكَعُ بْنُ لُكَعٍ“Akan datang masa di mana dunia akan dikuasai oleh ‘Luka’ bin Luka’ (yakni orang bodoh yang tidak berkelayakan).”(Musnad Ahmad, Hadith 23651)Kebodohan bukan sekadar kelemahan individu, tetapi ancaman kepada kemanusiaan. Ia mencacatkan martabat manusia dan meruntuhkan peradaban. Islam, meskipun agama yang benar dan sempurna, tidak menjamin umatnya terpelihara daripada bencana kebodohan ini jika mereka sendiri lalai dan tidak mengambil iktibar. Kebenaran Islam tidak secara automatik membebaskan umat Islam daripada kemungkinan terjerumus ke dalam fenomena ‘Idiocracy’ ini.Janganlah kita leka mentertawakan kebodohan orang lain, sedangkan kita sendiri mungkin sedang perlahan-lahan melangkah ke arah kemusnahan yang sama. Fenomena ini tidak mengenal sempadan bangsa atau agama – ia menyerang sesiapa sahaja yang meninggalkan ilmu, menolak hikmah, dan memuliakan yang dangkal.Kita tidak boleh lagi berdiam diri. Kebodohan yang menular dalam pelbagai bentuk – dari televisyen, media sosial hingga ke parlimen – mesti ditangani dengan ilmu, hikmah dan tindakan. Masa depan anak-anak kita bergantung kepada keberanian kita untuk menolak kebodohan dan menegakkan kebenaran.Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menjadi masyarakat yang berilmu, berakhlak dan bertanggungjawab. Amin.https://saifulislam.com/luka-ibn-luka-si-bodoh-bahagia-dan-berkuasa-sebagai-tanda-kiamat/#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana
-
264
Mudarat Menjadikan SPM Sebagai KPI Pelbagai Pihak Selain Murid
𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗞𝗲𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗽𝗲𝗿𝗶𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗣𝗮𝘁𝘂𝘁 𝗝𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗔𝗿𝗮𝘀Pendidikan di Malaysia sering kali dikaitkan dengan keputusan peperiksaan. Keputusan seperti SPM dan STPM dianggap sebagai penentu utama kejayaan akademik. Namun, adakah wajar menjadikan keputusan peperiksaan sebagai KPI untuk pelbagai pihak selain pelajar?Salah satu sebab utama mengapa keputusan peperiksaan tidak sepatutnya menjadi KPI adalah risiko dan manfaat pihak yang terlibat. Apabila keputusan pelajar menjadi KPI bagi guru, pengetua, atau pihak pendidikan, terdapat potensi untuk manipulasi data. Ini kerana keputusan peperiksaan dijadikan penanda aras mengukur perkara-perkara yang terpisah daripada pembelajaran murid. Ada pelbagai faktor lain yang mempengaruhi, tetapi dikesampingkan dengan memberi fokus hanya kepada markah dan gred murid.Lebih buruk lagi, apabila mekanisme semakan dan pentaksiran tidak telus, ketidakpercayaan terhadap integriti keputusan peperiksaan tercetus. Dalam usaha untuk mencapai KPI yang ditetapkan, ada kemungkinan berlaku manipulasi keputusan peperiksaan. Ini boleh menyebabkan penyimpangan dalam penilaian sebenar prestasi pelajar dan guru. Kepercayaan terhadap keputusan peperiksaan akan terjejas apabila masyarakat mula percaya kepada khabar angin dan hilang kepercayaan terhadap integritinya.Pihak bertanggungjawab tidak menghampiri solusi apabila tindakan mempersoal perkara ini diselar dengan label-label yang tidak munasabah sedangkan masyarakat berhak mengetahui perinciannya kerana ia membabitkan masa hadapan anak-anak mereka. Kementerian berada di posisi berkhidmat kepada rakyat dengan membekalkan maklumat yang diperlukan.𝗠𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗔𝗹𝘁𝗲𝗿𝗻𝗮𝘁𝗶𝗳: 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝘀𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘀𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗸𝗼𝗹𝗮𝗵Negara seperti Finland telah mengadaptasi sistem pentaksiran yang lebih organik. Mereka tidak membandingkan keputusan peperiksaan antara sekolah atau negeri. Sistem ini mengutamakan integriti penilaian oleh guru dan tidak menekan guru untuk mengubah keputusan pelajar demi memenuhi KPI mana-mana pihak.𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗦𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗙𝗶𝗻𝗹𝗮𝗻𝗱 𝗕𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮1. Kepercayaan Terhadap Guru: Di Finland, guru diberi kepercayaan penuh untuk menilai pelajar. Ini kerana penilaian mereka dianggap berintegriti dan profesional. Guru tidak mempunyai sebab untuk tidak telus mentaksir murid di bawah didikannya.2. Fokus pada Perkembangan Pelajar: Penilaian di Finland lebih tertumpu kepada perkembangan harian pelajar, bukan semata-mata keputusan akhir peperiksaan.3. Budaya Pendidikan yang Holistik: Masyarakat Finland tidak mengagungkan keputusan peperiksaan, sebaliknya melihatnya sebagai satu aspek kecil dalam perjalanan pendidikan.4. Sistem pendidikan yang efektif bukan sahaja bergantung kepada struktur pentadbiran tetapi juga kepada budaya masyarakat dan prinsip pegangan sistem yang beroperasi.Mengubah sistem pendidikan untuk tidak disibukkan oleh sentimen seputar keputusan peperiksaan adalah langkah untuk kita maju ke hadapan. Ia bukan sahaja membantu meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap pendidikan tetapi juga membolehkan pelajar menikmati proses pembelajaran yang lebih bermakna dan holistik. Pelajar memerlukan keputusan peperiksaan yang menjelaskan realiti sebenar mereka. Apatah lagi untuk mereka keluar daripada persekitaran pembelajaran tempatan yang terkawal, kepada persekitaran antarabangsa yang bakal mendedahkan standard sebenar masing-masing.Pendidikan adalah amanah daripada Allah SWT.Amanahlah dalam menunaikannya.Ia jalan islah.https://saifulislam.com/mudarat-menjadikan-spm-sebagai-kpi-pelbagai-pihak-selain-murid/#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana #spm #spm2024
-
263
Muhasabah SPM: Pendidikan Untuk Semua Atau Kecemerlangan Sebahagian Murid?
Video ini dihasilkan menggunakan generative AI tool Notebook LM oleh Google pada membincangkan artikel saya di blog www.saifulislam.com.Ia menganalisis perbandingan sistem pendidikan menengah di Finland, Malaysia, Korea Selatan, dan Amerika Syarikat, memfokuskan perbezaan falsafah antara sokongan inklusif untuk semua pelajar dan penekanan kecemerlangan melalui persaingan. Perbandingan ini mengkaji bagaimana setiap negara merangka dasar dan pelaksanaannya, serta kesannya terhadap hasil peperiksaan dan nilai pembelajaran lain seperti kesejahteraan pelajar. Ia membincangkan kejayaan dan cabaran setiap pendekatan, serta kritikan awam terhadap isu seperti tekanan akademik, ketidaksamaan, dan kesan sistem peperiksaan berisiko tinggi. Artikel ini menyimpulkan dengan menekankan pentingnya mencari keseimbangan antara kecemerlangan dan kesaksamaan serta menjadikan kesejahteraan pelajar sebagai metrik utama kejayaan pendidikan.Artikel penuh boleh dibaca di https://saifulislam.com/muhasabah-spm-pendidikan-untuk-semua-atau-kecemerlangan-sebahagian-murid/
-
262
Akibat Mengabaikan Makna Sebenar NIAT Dalam Amalan
Khutbah Jumaat hari ini memberi penekanan yang mendalam tentang kepentingan niat dalam setiap amalan, menjelaskan bahawa niat merupakan asas dan tiang utama dalam segala perbuatan dalam Islam. Imam menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa niat yang baik dan ikhlas boleh membawa ganjaran besar daripada Allah walaupun tindakan tersebut belum dilaksanakan sepenuhnya. Dalam kehidupan seharian, umat Islam digalakkan untuk sentiasa melakukan introspeksi dan menilai niat mereka sendiri, memastikan bahawa setiap tindakan dilakukan dengan niat yang suci dan murni. Mereka diingatkan agar tidak terpengaruh dengan pandangan orang lain, sebaliknya harus menjaga hubungan dengan diri sendiri dan Allah dengan penuh kesedaran.Istighfar dan taubat, dua amalan penting dalam Islam, memerlukan kesedaran mendalam dan keikhlasan yang tulen. Taubat merupakan satu proses penting yang menuntut penyesalan yang sebenar dan pengampunan daripada Allah. Dengan niat yang betul dalam taubat, seseorang dapat mencegah kemunafikan dan memperolehi ganjaran serta rahmat daripada Allah yang Maha Pengampun.Dalam satu hadis, Nabi Muhammad ﷺ menegaskan kepentingan niat yang ikhlas dalam setiap amalan. Baginda ﷺ menyatakan bahawa terdapat tiga jenis individu yang ditegur oleh Allah kerana niat mereka tidak ikhlas; mereka beramal semata-mata untuk mendapat pujian manusia dan bukan kerana Allah. Hal ini jelas menunjukkan bahawa keikhlasan dalam niat adalah amat penting dan Allah Maha Mengetahui niat sebenar setiap hamba-Nya. Walaupun seseorang itu mungkin dipandang tinggi sebagai seorang yang pemurah, berilmu, atau mati syahid, jika niatnya tidak ikhlas kerana Allah, maka dia mungkin akan menerima ganjaran yang negatif di akhirat kelak. Oleh itu, menjaga keikhlasan dalam setiap amalan adalah amat penting bagi setiap individu Muslim, supaya setiap perbuatan yang dilakukan mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah.Artikel penuh ada di https://saifulislam.com/akibat-mengabaikan-urusan-niat-dalam-amalan/
-
261
Perangai Online dan Offline Kita Dalam 'Rumah Ankabut' (Sang Labah-labah)
Perangai Online dan Offline Dalam Rumah AnkabutKita sering mendengar ungkapan bahawa zaman ini adalah zaman digital, zaman maya, zaman jaringan. Kita bergerak dalam dunia fizikal, tetapi kita juga bernafas, berinteraksi, dan memberi reaksi dalam dunia dalam talian. Ada satu perkara yang saya amati: apabila bersemuka, kita sangat menjaga adab dan kesopanan. Namun dalam ruang digital — mengapa seolah-olah segalanya berubah? Kita yang Bertindak, Kita yang Bertanggungjawab Kita perlu mengakui bahawa komen, ciapan, hantaran, dan segala bentuk komunikasi dalam talian tetap datang daripada manusia. Ada yang ditaip sendiri, ada juga yang dijana oleh teknologi. Namun teknologi itu juga kita yang cipta, kita yang guna, dan kita yang kawal. Hakikatnya, semuanya tetap berbalik kepada kita. Tambahan pula, semakin lama, kehidupan kita dalam talian semakin dominan. Masa yang kita habiskan dalam dunia digital semakin panjang. Aktiviti di ruang ini memberi kesan mendalam kepada siapa kita, bagaimana kita berfikir, dan bagaimana kita memperlakukan orang lain. Dalam diam, kita hidup dalam dua alam — dunia nyata dan dunia maya. Dan dalam dunia maya itu, adab dan batasan seolah-olah terangkat.Artikel penuh boleh dibaca di https://saifulislam.com/perangai-online-dan-offline-kita-dalam-rumah-ankabut-sang-labah-labah/ #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah
-
260
Pengaruh Ibu Bapa atau Persekitaran? Teori Ekologi Bronfenbrenner
Anak jadi macam ini kerana kegagalan ibu bapa mendidik ke?Atau kerana tinggal di negeri Orang Putih?Kenapa azan lima kali sehari berkumandang pun, perangai macam orang tak ada didikan agama?Dalam era yang serba canggih ini, ibu bapa menghadapi cabaran yang semakin kompleks dalam mendidik anak-anak. Mereka bukan sahaja perlu bertindak sebagai guru pertama, tetapi juga harus memahami pengaruh pelbagai faktor seperti budaya, polisi, amalan masyarakat, dan teknologi, terhadap perkembangan anak. Di sinilah teori ekologi perkembangan kanak-kanak menjadi panduan penting.Teori ini, seperti yang diperkenalkan oleh Bronfenbrenner, menekankan pentingnya interaksi dalam Mikrosistem, yang merangkumi hubungan langsung anak dengan ibu bapa. Ini adalah hubungan asas yang membentuk peribadi dan nilai moral mereka. Pada masa yang sama, faktor dalam Eksosistem dan Makrosistem, seperti urusan kerja ibu bapa dan isu-isu komuniti, turut memberi pengaruh tidak langsung tetapi signifikan kepada perkembangan anak.Kita juga dapat mengambil inspirasi daripada kisah tokoh-tokoh seperti Nabi Adam, Nuh, dan Ibrahim, alayhi al-salam, serta nasihat bijak daripada Luqman, yang semuanya menekankan pentingnya panduan hidup dan kebijaksanaan dalam mendidik anak-anak. Didikan di rumah menjadi tiang utama dalam membentuk jati diri anak, tetapi ia tidak menjamin anak 'menjadi' seperti yang diharapkan. Faktor yang mempengaruhi anak menuju dewasa sangat rencam.Cabaran terbesar ibu bapa zaman kini adalah impak internet dan persekitaran digital. Telefon pintar dan media sosial telah mengubah cara anak-anak berkomunikasi dan memahami dunia. Jika diperkenalkan terlalu awal, ia boleh mengurangkan pengaruh ibu bapa dalam kehidupan anak-anak. Oleh itu, memahami teori Sistem Ekologi Bronfenbrenner membantu ibu bapa menavigasi persekitaran digital dengan lebih baik.Walaupun anak-anak berada di rumah, di dalam mikrosistem milik ibu bapa, wujudnya telefon pintar di tangan anak mengubah secara fundamental, definisi mikrosistem berkenaan. Ibu bapa bersaing dan berisiko kalah, dengan pengaruh dunia luar, lebih awal berbanding era-era sebelum ini. Renungi perkongsian kali ini. Maklum balas dan pertanyaan untuk menambah dalam perbincangan, saya alu-alukan untuk melanjutkan diskusi kita mengenainya.📌Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah
-
259
Gelaja Curi Harta Intelek Video Youtube Che Nom
Video masakan yang dihasilkan oleh @Che Nom menjadi rujukan utama bagi tukang masak keluarga saban hari, termasuk saya sendiri. Terutamanya selepas kami sekeluarga berhijrah meninggalkan tanahair.Video Che Nom menyediakan panduan dan tip yang sangat berguna, meskipun sesetengah resipi asas telah maklum bagi sesetengah kita.Namun, di sebalik populariti dan manfaat yang diberikan oleh video-video ini, terdapat isu serius yang tidak boleh dipandang ringan iaitu kecurian harta intelek. Tindakan tidak bertanggungjawab ini berlaku apabila video beliau diambil tanpa kebenaran dan dimuat naik ke platform lain seperti TikTok dengan tujuan komersial.Perbuatan sedemikian jelas sekali adalah satu bentuk kecurian kerana video tersebut merupakan sumber pendapatan utama bagi pemilik asal, iaitu Che Nom sendiri. Perbuatan mencuri adalah jenayah, dosa, dan mendatangkan mudarat serta aniaya. Ia salah di dunia, dan salah di akhirat.Oleh itu, adalah amat penting untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai isu halal dan haram dalam konteks ini, seiring dengan kepentingan kita memahami soal halal-haram dalam pemakanan. Kesedaran ini perlu disemarakkan agar lebih ramai yang faham implikasi moral dan undang-undang yang terlibat.Sensitiviti kita dalam bab ramuan halal haram, mestilah datang daripada cetusan IMAN. Bukan taksub kelompok atau sentimen anti 'orang lain'. Seandainya ia datang daripada iman, sensitiviti halal haram itu juga harus memberi kesan kepada perbuatan mencuri harta intelek orang lain, dan menjana pendapatan pula daripada modal yang bukan milik kita.Che Nom menceritakan sendiri, bagaimana beliau mengalami penurunan pendapatan akibat video curi yang disebarkan tanpa izin. Tindakan mencuri hak orang lain ini bukan sahaja merugikan dari segi material, tetapi juga menjejaskan identiti Islam seseorang. Memalukan kita semua.Ini menuntut kita semua untuk menilai semula sentimen terhadap apa yang halal dan haram, bukan hanya dalam konteks pemakanan tetapi juga dalam semua aspek kehidupan.Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghentikan penyebaran video curi dan memberikan sokongan penuh kepada pembuat kandungan yang memberi ilmu dan manfaat kepada masyarakat. #saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah
-
258
Pengkhususan Guru Sekolah Rendah dan Menengah di Finland
Pengkhususan guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Finland, serta amalan 'homeroom teacher' di negara berkenaan.Artikel blog di https://saifulislam.com/program-pendidikan-guru-sekolah-rendah-dan-menengah-di-finland/#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana
-
257
Ulasan Drama ADOLESCENSE di Netflix: Memahami Isu 'The Boy Crisis'
𝗗𝗿𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗱𝗼𝗹𝗲𝘀𝗰𝗲𝗻𝗰𝗲 𝗱𝗶 𝗡𝗲𝘁𝗳𝗹𝗶𝘅: 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗶 ‘𝗧𝗵𝗲 𝗕𝗼𝘆 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀’Adolescence bukan sekadar drama, tetapi refleksi mendalam terhadap realiti sosial hari ini. Saya menggalakkan penonton untuk menontonnya dengan minda terbuka dan kesedaran tentang isu-isu yang diketengahkan. Drama ini memberi peringatan bahawa cabaran remaja hari ini tidak boleh dipandang ringan. Jika kita gagal memahami mereka, akibatnya boleh menjadi lebih serius daripada yang kita sangka.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah
-
256
Hati-hati Berbincang Bandar Mana Puasa Paling Panjang
𝗕𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗣𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗘𝗸𝘀𝘁𝗿𝗶𝗺: 𝗞𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗠𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵-𝗺𝘂𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻?Pada tahun ini, perbincangan mengenai lokasi umat Islam yang akan berpuasa paling panjang di dunia sepatutnya tidak timbul kerana bulan Ramadan jatuh pada bulan Mac. Ini menyebabkan mereka yang berada di hemisfera utara dan selatan tidak lagi mengalami situasi ekstrim seperti berpuasa terlalu pendek pada musim sejuk atau terlalu panjang pada musim panas. Namun, perbincangan ini masih berterusan dan tersebar luas. Isu ini menarik minat ramai, terutamanya bagi mereka yang tidak mengalaminya tetapi ingin mengetahui lebih lanjut.Apa yang menjadi kebimbangan adalah perbincangan ini sering membawa kepada kefahaman yang tidak selari dengan semangat syariat Islam dan hukum fiqh.Terdapat kecenderungan di dalam masyarakat kita untuk menganggap bahawa memilih kemudahan dalam beragama bermaksud seseorang itu kurang berpegang kepada Islam. Malah terlanjur pula melabel sebagai bersikap liberal. Sebagai contoh, dalam isu musafir yang melakukan perjalanan untuk tujuan maksiat, terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ulama mengenai kebolehan mereka untuk menjamak dan mengqasarkan solat. Sebahagian ulama berpendapat bahawa syarat musafir tidak bergantung kepada tujuan perjalanan tetapi hanya kepada hakikat perjalanan itu sendiri. Pendapat ini bukan datang daripada ulama yang ingin mempermudah-mudahkan agama, jauh sekali ‘ulama liberal!Tetapi ia berdasarkan prinsip fiqh bahawa hukum yang bersumber daripada nas umum tidak boleh dikhususkan kecuali ada dalil lain yang mengkhususkannya.𝗖𝗮𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗶 𝗞𝗮𝘄𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗘𝗸𝘀𝘁𝗿𝗶𝗺Dalam konteks puasa di bulan Ramadan, khususnya di kawasan yang mengalami siang yang sangat panjang, terdapat pelbagai fatwa yang dikeluarkan.Sebahagian ulama berpandangan bahawa waktu puasa harus tetap bermula dari fajar hingga terbenam matahari, walaupun tempohnya mencapai 23 jam. Namun, realitinya, mereka yang berpuasa dalam tempoh yang panjang ini menghadapi kesulitan yang besar, terutamanya golongan yang kurang berdaya seperti wanita, orang tua, dan kanak-kanak. Malah, terdapat kes di mana anak-anak mengalami kemudaratan sehingga menimbulkan isu di sekolah dan media.Itu antara senario yang saya sekeluarga sendiri alami selama kami bermastautin di Oulu Finland, antara tahun 2016 hingga 2020.Sebaliknya, beberapa ulama kontemporari telah memberikan pandangan yang lebih sesuai dengan situasi di kawasan ekstrim ini. Antaranya ialah Prof. Muhammad Hamidullah, yang berpandangan bahawa bagi mereka yang berada di kawasan 45 darjah utara atau lebih, mereka boleh berpuasa mengikut waktu Mekah atau bandar Islam yang berdekatan dengan tempoh puasa yang lebih munasabah. Satu lagi pandangan adalah untuk menetapkan tempoh maksimum puasa kepada 16 jam. Pandangan lain yang dikemukakan oleh Prof. Dr. Jasir Audah pula menetapkan bahawa bagi kawasan yang berada lebih daripada 48 darjah utara, di mana malam tidak mengalami kegelapan sempurna, tempoh puasa maksimum sepatutnya tidak melebihi 18 jam.Terdapat juga ulama yang berpegang kepada pandangan bahawa sekiranya puasa menjadi terlalu berat, maka umat Islam boleh mengambil rukhsah (keringanan) dengan berbuka dan menggantikannya di luar bulan Ramadan. Namun, pandangan ini tidak terpakai bagi mereka yang menetap secara tetap di kawasan ekstrim ini.𝗞𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻Nilai sesuatu amalan di sisi Allah SWT bergantung kepada keikhlasan dan ketakwaan, bukan kepada tahap kesukarannya. Islam tidak mengukur kehebatan ibadah melalui kepayahan, tetapi melalui kemampuannya untuk meningkatkan iman. Dengan memahami prinsip ini, kita dapat mengamalkan Islam dengan lebih lestari dan sesuai dengan fitrah manusia.Artikel penuh di https://saifulislam.com/berpuasa-panjang-di-kawasan-ekstrim-kemudahan-atau-memudah-mudahkan
-
255
Melihat Anak Murid Sebagai Bakal Ibu Bapa
Petikan Kuliah Maghrib terakhir di Surau al-Nur Bandar Baru Bangi pada 28 Julai 2016. Kuliah penuh ada di https://www.youtube.com/watch?v=Rvztka_ewlE📌Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal
-
254
Tidak Puasa Kerana ADHD?
Selepas seminggu di bulan Ramadan, saya masih menyesuaikan diri dengan strategi untuk berfungsi dengan baik. Ramadan sebelum ini membawa cabaran baharu selepas menerima diagnosis ADHD dan mengambil stimulan. Tahun ini, dengan Subuh sekitar 5:15 pagi, saya mengambil stimulan pelepasan berpanjangan ketika sahur, yang bertahan 8-10 jam. Cabaran utama ialah kesukaran tidur selepas Subuh dan kesan stimulan hilang sekitar pukul 3 petang, menjadikan tugasan akademik lebih sukar.Seperti cermin mata bagi rabun, stimulan membantu saya fokus, tetapi apabila kesannya hilang, tumpuan merosot. Menjelang petang, saya menghadapi kesukaran membaca dan menulis serta kemalangan kecil semasa menyediakan juadah berbuka. Untuk mengatasinya, saya mencuba stimulan pelepasan segera ketika berbuka, yang bertahan 4 jam, tetapi ia menyukarkan tidur malam.Dengan tidur hanya 3-4 jam setiap malam, kurang tidur memberi kesan besar terhadap fungsi kognitif. Ramai individu ADHD menghadapi cabaran ini. Saya tidak menghukum mereka yang memilih untuk tidak berpuasa kerana ADHD. Cumanya, ADHD bukan penyakit. Ia kondisi sepanjang hayat. Jika puasa membawa kemudaratan besar, ia boleh difahami. Justeru kita harus mencari strategi mengatasinya.Kita perlu terus berusaha, membaca kajian terkini, dan meneroka strategi berkesan kerana kesan ADHD berbeza bagi setiap individu. Tidak harus untuk kita meninggalkan ibadah puasa dengan ADHD yang tidak diurus kerana kita tetap mukallaf dan ibadah puasa itu wajib diusahakan sedaya upaya. Insya-Allah ada jalannya.Mudah-mudahan Allah mengurniakan kesejahteraan dan kekuatan kepada kita untuk meneruskan ibadah Ramadan. Kesabaran individu ADHD bukan sekadar kesabaran biasa tetapi dipandang oleh Allah dan dijanjikan oleh Nabi ﷺ dengan ganjaran syurga.ARTIKEL PENUH DI: https://saifulislam.com/tidak-berpuasa-kerana-adhd/#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #adhdmalaysia #adhddewasa
-
253
Strategi Anak Membaca Berpandukan Nasihat Sultan Murad dan Jalaluddin al-Rumi
Artikel penuh di https://saifulislam.com/strategi-anak-membaca-berpandukan-nasihat-sultan-murad-dan-jalaluddin-al-rumi/
-
252
Pendidikan Bebas Politik: Meninjau Semula Laporan JKDPN 2018/2019
𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗕𝗘𝗕𝗔𝗦 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗧𝗜𝗞: 𝗠𝗘𝗡𝗜𝗡𝗝𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔 𝗟𝗔𝗣𝗢𝗥𝗔𝗡 𝗝𝗞𝗗𝗣𝗡 𝟐𝟎𝟏𝟖/𝟐𝟎𝟏𝟗Bismillah. Lanjutan Dialog Minda minggu lalu bersama Dr Anuar Ahmad dan Dr M Tazli Azizan, saya tinjau semula laporan JKDPN dan saya kongsikan di sini serba sedikit maklumat daripada laporan berkenaan mengenai mekanisme pelaksanaan transformasi pendidikan kita. Khususnya berkaitan pendidikan BEBAS POLITIK. Mungkin banyak cadangan di dalam laporan berkenaan sudah 'outdated'. Isi utama yang ingin diketengahkan ialah, kita ingin tahu bagaimanakah jentera sistem pendidikan kita di daerah, negeri dan pusat, melakukan perubahan untuk menjayakan Kurikulum Persekolahan 2027 itu nanti. Laporan JKDPN menyebut:JKDPN mengesyorkan:𝗮) 𝗣𝗲𝗻𝘂𝗯𝘂𝗵𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝘂𝗮𝗵 𝘂𝗻𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗻𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻, 𝘀𝘄𝗮𝘀𝘁𝗮, 𝗡𝗚𝗢 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗰𝘂, 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗷𝘂𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗸𝗮𝗶𝘁𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻;i. Unit bebas ini bekerjasama secara terus dengan kementerian lain dalam hal berkaitan pendidikan seperti agama, perpaduan, vokasional, komunikasi, adat-resam;ii. iii. Unit bebas ini melapor terus kepada Perdana Menteri;Unit bebas ini diketuai oleh seorang yang bertaraf Menteri (yang bukan lantikan politik) dan pasukannya terdiri daripada mereka yang berkemahiran tinggi dalam pengurusan program dari kalangan sektor awam dan swasta;iv. Unit bebas ini melaksanakan strategi libat urus dan komunikasi berkesan dengan pihak berkepentingan dalam pendidikan;v. Peruntukan bajet khusus (dedicated budget) yang dijamin mengikut jangka masa transformasi pendidikan kepada unit bebas ini;𝗯) 𝗰) 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗸𝘀𝗮𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗳𝗼𝗿𝗺𝗮𝘀𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗱𝗶𝗸𝗮𝗻;Pelaksanaan cadangan dasar secara berperingkat terutamanya bagi cadangan yang melibatkan perubahan di sekolah; bermula dari peringkat prasekolah dan mengikut perkembangan kohort tersebut; dand) Sistem pendidikan menjalani penanda aras terbuka dan telus bagi membandingkan prestasi pendidikan dengan negara-negara lain (misalnya TIMSS dan PISA).𝗝𝘂𝘀𝘁𝗶𝗳𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶1. Memastikan hasrat transformasi pendidikan berjaya dicapai.2. Membolehkan golongan pendidik untuk bersedia ke arah transformasi pendidikan3. Elakkan gangguan dalam proses pendidikan yang sedia ada dan pelajar.4. Berikan masa bagi pemimpin pendidik dan pendidikan untuk merancang dan bersedia untuk perubahan.5. Memberi masa untuk ibu bapa menyesuaikan diri dengan sistem baru.6. Menarik bakat terbaik kembali ke pendidikan.𝗗𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗦𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗱𝗮Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Prasekolah hingga Lepasan Menengah) 2013 – 2025 Bab Pelaksanaan & Pelan TindakanBerbincanglah baik-baik. Terutamanya di bulan Ramadan yang penuh kemuliaan ini.#saifulislamdotcom #ustazhasrizal #hasrizaljamil #HasrizalAbdulJamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #pendidikanfatamorgana
-
251
Angkuh dan Tiada Malu President AS: Bencana ke Atas Diri dan Dunia
Memerhatikan gelagat Presiden Donald Trump semenjak berada di Oval Office mengingatkan saya kepada dua hadis Nabi ﷺ untuk kita renungkan demi manfaat kita sendiri. Hadis pertama terdapat dalam Sahih Muslim, di mana Rasulullah ﷺ bersabda:“Tidak masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya ada walaupun sebesar zarah sifat sombong, takabur.”Hadis kedua pula diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari:Kata Nabi ﷺ, “Antara perkara yang maklum diketahui oleh sekalian manusia daripada pesanan kenabian yang terdahulu ialah jika sudah tidak ada rasa malu, buatlah apa sahaja yang diinginkan.”Betapa dahsyatnya implikasi sifat sombong. Baginda ﷺ menjelaskan bahawa sifat ini merangkumi sikap memandang rendah kepada manusia serta meremehkan kebenaran. Selain itu, sifat malu berperanan menghalang seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Jika sifat malu telah hilang, tiada lagi kawalan dalam diri untuk mengelakkan perbuatan yang terang-terangan mengaibkan.Presiden Donald Trump sering dikaitkan dengan kejahilannya, seperti tidak memahami fungsi tarif dalam ekonomi negaranya dan gagal membezakan antara “asylum” yang merujuk kepada pemohon suaka dengan “asylum” sebagai tempat kurungan bagi mereka yang menghadapi masalah mental. Kebodohan ini pernah saya sentuh dalam video terdahulu, mengingatkan kita kepada filem Idiocracy, yang menggambarkan bagaimana selebriti dan duta produk menjadi ahli politik lalu menghancurkan Amerika Syarikat pada masa hadapan.Trump secara terang-terangan berbohong mengenai bantuan Eropah kepada Ukraine. Kali pertama, kenyataannya dibetulkan oleh Presiden Perancis secara berhadapan, dan kali kedua oleh Perdana Menteri United Kingdom yang terbaharu. Namun, apabila Presiden Perancis menjelaskan bahawa bantuan tersebut bukan pinjaman tetapi pemberian, wajah Trump jelas menunjukkan sikap meremehkan fakta sebenar, seolah-olah berkata “whatever” atau “lantaklah” di hadapan dunia.Tidak ada langsung rasa malu. Kita serahkan kepada rakyat Amerika Syarikat untuk menguruskan sendiri kesan daripada kepimpinan Trump.Cuma, keadaan ini seharusnya menjadi pengajaran penting kepada kita. Dua sifat ini – sombong dan ketiadaan rasa malu – bukan hanya membahayakan individu, tetapi juga boleh menghancurkan sebuah negara dan memberi kesan kepada dunia sekitarnya. Ia bukan penyakit eksklusif orang politik.Kita juga boleh ada penyakit berbahaya ini.Kita perlu bermuhasabah, adakah kita juga memiliki sifat sebegini? Apabila ditegur, adakah kita meremehkan teguran dan memandang rendah orang lain? Apakah kesombongan dalam diri kita begitu besar sehingga kita tidak lagi merasa malu melakukan perkara-perkara yang tidak masuk akal?Periksalah interaksi seharian kita di dalam hubungan suami isteri, di dalam keluarga, di tempat kerja, malah di media sosial.BOSNIA DAN HERZEGOVINAKebimbangan besar saya tentang perkembangan politik di Amerika Syarikat pada ketika ini adalah kestabilan politik di Bosnia dan Herzegovina. Amerika Syarikat merosakkan kerjasama NATO dan seterusnya mengukuhkan pengaruh Rusia di Republik Srpska, sebuah wilayah dalam Bosnia dan Herzegovina. Serbia dan sekutunya semakin bersemangat untuk mendesak agar Republik Srpska dikeluarkan daripada Bosnia dan Herzegovina, yang berisiko mencetuskan semula pertumpahan darah di rantau tersebut.Inilah yang diingatkan oleh Nabi ﷺ. Sifat sombong, walaupun sebesar zarah, boleh menghalang seseorang daripada masuk Syurga. Jadi perosak yang bukan sebarang perosak.Apabila sifat malu hilang, tiada apa yang dapat menghalang seseorang daripada melakukan keburukan. Terang-terangan, terbuka dan penuh bangga. Malah mengumpul penyokong untuk sama-sama rebah merebahkan.Menjelang bulan Ramadan ini, berdoalah agar keadaan ini tidak berlarutan, dan kita yang berada jauh mengambil teladan serta berusaha melakukan islah ke atas diri masing-masing. Wallahu a’lam.https://saifulislam.com/bencana-angkuh-dan-tiada-malu-kepada-diri-dan-dunia/
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
PODCAST.HASRIZAL.COM📌Terima kasih sahabat kerana menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.Patreon: https://www.patreon.com/hasrizalPaypal: https://paypal.hasrizal.comRevolut: https://revolut.me/hasrizal
HOSTED BY
Hasrizal Abdul Jamil
Loading similar podcasts...