EPISODE · Jun 27, 2021 · 1H 32M
Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja
from Waroeng Baru · host Waroeng Baru
Khabar golongan doktor kontrak akan mogok sedang hangat diperkatakan. Isu skim kontrak dan ketidaktentuan khususnya untuk generasi doktor muda ini telah berlarutan selama bertahun. Apabila keperluan perkhidmatan perubatan yang mencanak naik semasa pandemik, ramai yang telah sampai ke titik pecah. Ini bukan sahaja memberikan implikasi kepada masa depan doktor-doktor yang terkesan, tetapi juga kepada sistem dan kualiti perkhidmatan yang diberi di jangka masa panjang. Dalam episod ini, tetamu undangan Aisha Adam memberikan penjelasan tentang latar belakang isu ini, dan suasana sistemik yang masih belum dirawat sehingga hari ini. Kita juga membincangkan perkembangan terkini tentang perbahasan pembukaan semula Parlimen, dan sama ada ia hanya taktik melengahkan sedangkan penyelesaian perlu dicapai segera untuk mengubah kadar kematian, kehilangan pekerjaan, penutupan perniagaan yang semakin mengeruh. Episod ini juga melihat perkembangan terkini rang undang-undang di Amerika untuk mengawal dan memecah monopoli dalam kalangan syarikat gergasi teknologi, agar dapat mewujudkan lapangan persaingan yang lebih sihat. Sekiranya anda merasakan bahan daripada Waroeng Baru itu bermanfaat, apa kata anda berikan sumbangan melalui Patreon kami di www.patreon.com/waroengbaru Soalan minggu ini: Pekerjaan apa yang dipandang mulia dan mendapat layanan baik di Malaysia? Sampaikan jawapan anda melalui akaun social media kami di twitter (@waroengbaru). Episod ini dirakam pada 26 Jun 2021 Kandungan episod 1. Siapa boleh buka parlimen? 1:26 2. RUU pecah monopoli syarikat gergasi teknologi di USA 22:05 3. Hartal Doktor Kontrak 41:19 4. Latar belakang doktor kontrak 42:48 5. Terlebih graduan, kurang doctor 56:21 6. Pengalaman negara-negara lain 1:02:08 7. Kelestarian kerjaya perubatan 1:07:47 8. Solidariti untuk usaha melindungi pekerja 1:15:14 9. Cadangan-cadangan minggu ini 1:24:30 --- Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix
Embed this episode
NOW PLAYING
Doktor Kontrak Nak Mogok: Bersolidariti demi kelestarian sistem dan perlindungan pekerja
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.