EP157 | Zafrul Sertai PKR, 2 Menteri Letak Jawatan, Prestasi Pelaburan KWSP, Pemaparan Harga Ubat episode artwork

EPISODE · Jun 6, 2025 · 1H 24M

EP157 | Zafrul Sertai PKR, 2 Menteri Letak Jawatan, Prestasi Pelaburan KWSP, Pemaparan Harga Ubat

from Keluar Sekejap · host Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Audio Siar Keluar Sekejap Episod 157 kali ini menampilkan hos jemputan, Zaidel Baharuddin, yang bergandingan bersama KJ dalam sebuah episod yang sarat dengan perbincangan isu semasa merangkumi politik, dasar kesihatan dan landskap ekonomi negara.Episod dibuka dengan analisis mengenai keputusan mengejut Tengku Zafrul meninggalkan UMNO dan menyertai PKR, termasuk implikasinya terhadap kestabilan Kerajaan Perpaduan, keberkesanan Akta Anti Lompat Parti serta ramalan masa depan politik beliau selepas tamat tempoh sebagai Senator hujung tahun ini.Perbincangan diteruskan dengan isu peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi daripada Kabinet, dan bagaimana tindakan mereka membuka ruang kepada gerakan semak imbang dalam PKR serta kemungkinan rombakan Kabinet oleh PMX dalam masa terdekat.Isu sivil melibatkan Yusoff Rawther dan Datuk Seri Anwar Ibrahim turut disentuh, termasuk permohonan PMX untuk merujuk isu imuniti ke Mahkamah Persekutuan yang ditolak. KJ dan Zaidel meneliti kesan politik terhadap kepimpinan Madani serta persepsi antarabangsa terhadap kebebasan institusi kehakiman di Malaysia.Dalam segmen kesihatan, Keluar Sekejap menjemput Dr. Chang Chee Song untuk menjelaskan kontroversi dasar price transparency dan penggunaan Akta 723 ke atas klinik swasta. Turut dibincangkan: isu yuran konsultasi yang tidak dikemas kini sejak 2006, ketidaktelusan dalam peranan TPA (third-party administrators), serta keperluan reformasi menyeluruh terhadap sistem penjagaan kesihatan termasuk semakan semula Akta 586 dan struktur harga ubat.Segmen akhir memfokuskan kepada cabaran ekonomi semasa dengan KWSP melaporkan penurunan 13% dalam pendapatan pelaburan suku pertama 2025, serta langkah Petronas mengurangkan 10% tenaga kerja berikutan prestasi kewangan yang merosot dan ketidaktentuan dalam rundingan bersama Petros di Sarawak.Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap untuk tahun 2025!Hubungi kami di +6011-1919 1783 atau emel ke [email protected] untuk maklumat lanjut dan pakej penajaan eksklusif.

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Jun 6, 2025

Embed this episode

Ready to play

EP157 | Zafrul Sertai PKR, 2 Menteri Letak Jawatan, Prestasi Pelaburan KWSP, Pemaparan Harga Ubat

0:00 1:24:14

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Keluar Sekejap?

This episode is 1 hour and 24 minutes long.

When was this Keluar Sekejap episode published?

This episode was published on June 6, 2025.

Can I download this Keluar Sekejap episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!