EP180 | My Digital ID, Cabaran Usahawan Digital, PRN-17 Sabah, Kawalan Akaun Media Sosial

EPISODE · Nov 26, 2025 · 1H 17M

EP180 | My Digital ID, Cabaran Usahawan Digital, PRN-17 Sabah, Kawalan Akaun Media Sosial

from Keluar Sekejap · host Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan

Episod 180 ini dibawakan khas oleh MyDigital ID, sebuah platform identiti digital nasional Malaysia yang kini berintegrasi dengan lebih 101 aplikasi kerajaan & swasta bagi memastikan akses perkhidmatan digital kerajaan yang lebih selamat, mudah dan dipercayai. Satu Kunci Untuk Semua , daftar diri anda hari ini!Muat turun MyDigital ID di sini :https://www.digital-id.my/en/downloadEpisod kali ini membuka tirai perbincangan dengan perkembangan terkini MyDigital ID. Status integrasi, FAQ's dan persoalan yang dibangkitkan ramai, peranan identiti digital nasional dalam mengukuhkan ekosistem keselamatan digital negara serta akses rakyat kepada perkhidmatan kerajaan. Episod ini kemudian beralih bersama tetamu jemputan Syed Gaddafi Syed Syed Saifuddin, CEO GNI Pharma Sdn Bhd bagi membincangkan cabaran usahawan digital tempatan. Topik meliputi tekanan persaingan di platform e-dagang, isu standard keselamatan produk, model harga tidak seimbang, dan strategi untuk memastikan SME terus berdaya saing dalam ekonomi digital.KS turut menyentuh perkembangan penting PRN-17 Sabah, di mana medan memilih membawa jumlah calon paling tinggi dalam sejarah, persaingan blok politik utama, manifesto parti-parti, isu serta faktor lapangan yang mencorakkan mood pengundi di Sabah.Akhir episod meneliti keputusan kerajaan untuk melarang pembukaan akaun media sosial bagi kanak-kanak bawah 16 tahun mulai tahun depan. Perbincangan merangkumi mekanisme eKYC, penggunaan MyDigital ID sebagai pengesahan umur, kebimbangan buli siber, risiko eksploitasi, isu privasi, serta persoalan besar — sejauh mana larangan ini praktikal untuk dilaksanakan?Ingin jenama anda dikenali oleh ribuan pendengar?Taja episod Keluar Sekejap 2025!Hubungi +6011-1919 1783 atau emel [email protected]:00 Intro00:57 My Digital ID21:24 ⁠Cabaran Usahawan Digital bersama Syed Gaddafi Bin Syed Saifuddin59:41 ⁠PRN-17 Sabah01:13:56 Kawalan Akaun Media Sosial

NOW PLAYING

EP180 | My Digital ID, Cabaran Usahawan Digital, PRN-17 Sabah, Kawalan Akaun Media Sosial

0:00 1:17:52

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

LIAR Ibel Rockmore Karim akhirnya aku bisa meluangkan kisah ini yang menurut saya awalnya akan saya tutup rapat rapat di perpustakaan pribadi saya. Selamat mendengarkan 7 tahun kisah bahagia berakhir kelam dan akhirnya saya bisa keluar dari jeratan LIAR Tadabbur Sekejap Dr Kamaru Salam Yusof Podcast ini bertujuan untuk berkongsi tadabbur alQuran mengikut muka surat. Pendengar disarankan untuk mendengar sambil membuka mushaf alQuran dan sebolehnya membaca dahulu muka surat yang berkenaan bersama terjemahan agar dapat memahami tadabbur dengan lebih baik. Kuliah oleh Dr K Yusof, Pensyarah Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Negara Brunei Darussalam. Sumber rujukan : 1) Tafsir Jalalain (Syeikh Jalaluddin Al-Mahalli dan Syeikh Jalaluddin Al-Sayuti) 2) Tafsir Al-Wasit oleh Dr Muhammad Sayyid Al-Tontowi (Bekas Mufti Mesir dan Syeikh Azhar) Siri tadabbur alQuran ini juga boleh didapati di channel YouTube Kuliah Dr K Yusof https://youtube.com/playlist?list=PLer6kJOu4KCamzhyuYgTGZsr2Rxf6HX4j&si=HFSypDr1-uBTHrhA Dr Kamaru Salam Yusof, boleh dihubungi di <a href="mailto:drkyusof@g BENIH Yancen Piris Podcast ini berisi benih yang keluar dari proses hidup dan kehidupan yang diinspirasikan oleh Sang Penabur Benih. Komentar sila berkirim surat elektronik ke [email protected] mendengarkan, terima kasih... Vakansi Distraksi Septian Fajar Proyek podcast iseng mengisi sela sela waktu yang (semoga) lebih positif. Ngobrol bersama teman-teman sambil membicarakan masalah sehari-hari dan berusaha mencari jalan keluar untuk berdamai dengan masalah tersebut. Semoga berfaedah!
URL copied to clipboard!