EPISODE · Apr 14, 2026 · 1H 8M
EP194 | Rundingan AS-Iran Gagal, Bangun KL, Rafizi Bakal Dipecat?, GSF 2.0: Live Dari Barcelona
from Keluar Sekejap · host Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan
Episod 194 Keluar Sekejap membincangkan kegagalan AS–Iran mencapai persetujuan dalam isu gencatan senjata, serta implikasinya terhadap kestabilan geopolitik semasa.Episod ini turut mengulas inisiatif Bangun KL — tawaran kopi oleh ZUS Coffee pada harga RM5.00 yang dilancarkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, sebagai antara langkah intervensi strategik bagi menangani kesesakan trafik yang semakin kritikal di Kuala Lumpur. Selain itu, perbincangan turut menyentuh ketegangan antara Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dan kepimpinan pusat yang semakin memuncak apabila beliau secara terbuka mencabar Lembaga Disiplin parti untuk mengambil tindakan terhadapnya.Keluar Sekejap juga berpeluang menemubual Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor secara langsung dari Barcelona, Sepanyol dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) — menyentuh perkembangan terkini, peranan Malaysia di peringkat global serta persiapan akhir sebelum armada memulakan pelayaran.Timestamp EP19400:00 Intro2:15 Iran-AS Gagal Capai Persetujuan23:22 Bangun KL x Zus35:20 Rafizi Diambang Pecat?51:00 Lintas Langsung bersama MB Selangor dalam misi GSF 2.0
Embed this episode
NOW PLAYING
EP194 | Rundingan AS-Iran Gagal, Bangun KL, Rafizi Bakal Dipecat?, GSF 2.0: Live Dari Barcelona
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.