#explorepagi 9 Adab Dalam Pekerjaan & Perniagaan episode artwork

EPISODE · Sep 29, 2021 · 14 MIN

#explorepagi 9 Adab Dalam Pekerjaan & Perniagaan

from Mr Bagai · host MOHD FAUZAN MAT NOOR

#explorepagi Explore Pagi - 9 Adab Dalam Pekerjaan & Perniagaan 1. Membaca doa sebelum keluar rumah. Antara yang boleh diamalkan ialah, ‘Doa makan. 2. Niat keluar bekerja dengan ikhlas kepada Allah SWT untuk mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta menyumbang kepada masyarakat. Abu Mas’ud RA berkata Nabi SAW bersabda: Apabila seorang lelaki memberikan nafkah kepada keluarganya dengan ikhlas, maka (pahala) nafkah itu sama dengan (pahala) sedekah. (HR Bukhari) Apabila kita bekerja @ berniaga mencari nafkah. Kita bawa balik makanan, atau beli ikan, ayam, beras balik masak utk anak & isteri seperti seumpama kita bersedekah. 3. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berusaha gigih, siapkan tugasan dengan teliti. Terapkan nilai kerjasama, teamwork antara rakan2 di tempat kerja. @pun yg berniaga, sama2 berniaga ada collaborations, kerjasama antara peniaga yg lain, dimana boleh mewujudkan komuniti yang sihat. Diriwayatkan Saidatina Aishah RA bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda: Sesungguhnya Allah SWT mencintai seorang hamba yang apabila dia bekerja, dia menyempurnakan pekerjaannya. (HR Tabrani) 4. Menunaikan tugas dan tanggungjawab dalam pekerjaan dengan jujur serta amanah, sekali gus tidak menyalahgunakan jawatan, kuasa dan harta. Jawatan merupakan tanggungjawab yg kita di amanahkan utk melaksanakan sesuatu tugasan. Besar jawatan, besar la tanggung jawab yg kita kena tanggung. Dalam berniaga pun sama, peniaga perlu bertanggungjawab terhadap pelanggan, tidak menipu, majikan tunaikan tanggungjawab terhadap pekerja, pekerja tunaikan apa yg dipertanggungjawab terhadap dirinya. 5. Tidak terbabit dengan pekerjaan haram atau syubhah, iaitu yang tidak jelas halal-haram. Rasuah, penipuan dsb. Samada Pekerjaan mahupun berniaga. 6. Tidak melakukan perbuatan dosa dan mungkar kerana ia boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki Elak dari benda haram, judi, maksiat 7. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh - dapat gaji @ upah sebanyak ni hendaklah bersyukur. Diriwayatkan Abdullah ibnu ‘Amru ibnu ‘Ash RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sungguh amat beruntunglah orang Islam (berserah diri) dan berasa cukup dengan apa yang direzekikan Allah serta berpada dengan apa yang diberikan-Nya. (HR Muslim) 8. Bersedekah kerana sebahagian apa yang diperolehnya juga menjadi hak orang lain dan meyakini hartanya tidak akan berkurang dengan ibadat itu. Tidak akan kurang harta kita walaupun kita bersedekah. 9. Tidak menjadikan alasan sibuk mencari rezeki untuk tidak beribadat - kena jauhi sifat ini. Solat kena tunaikan walaupun apa jua keadaan. - seluar kotor, bawak kain solat. Solat di awal waktu diutamakan,terutama nya waktu asar sebelum balik dr tempat kerja, sbb bila kita tangguh, nnt smpi rumah br nk solat, tiba2 dipertengahan jalan, kawan ajak minum, lepak mkn roti canai, roti tempayan dsb, dh jd terlewat. Bertawakal kepada Allah SWT selepas melaksanakan tugasan atau pekerjaan. Mengharapkan keredhaan Allah SWT selepas melaksanakan sesuatu tugasan. https://shopee.com.my/shop/85211645/

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Sep 29, 2021

Embed this episode

NOW PLAYING

#explorepagi 9 Adab Dalam Pekerjaan & Perniagaan

0:00 14:10

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Mr Bagai?

This episode is 14 minutes long.

When was this Mr Bagai episode published?

This episode was published on September 29, 2021.

Can I download this Mr Bagai episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!