#explorepagi 9 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari episode artwork

EPISODE · Sep 29, 2021 · 12 MIN

#explorepagi 9 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari

from Mr Bagai · host MOHD FAUZAN MAT NOOR

#explorepagi   9 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari 1. Elakkan pengambilan kopi selepas jam 2 petang Hanya minum kopi kegemaran anda diwaktu pagi. Pengambilan kafein akan mengganggu proses tidur sehingga lebih daripada enam jam selepas anda meminumnya, walaupun anda tidak terperasan perkara ini. Untuk menghadkan kebarangkalian gangguan terhadap tidur, maka hadkan pengambilan minuman berkafein selepas jam 2 petang. 2. Tetapkan penggera waktu untuk tidur Bangun awal pagi memanglah sukar, namun apa yang lebih teruk lagi adalah apabila anda tidak tidur pada waktu yang sepatutnya. Jangan melengahkan tidur. Untuk bangun awal, waktu tidur juga mesti awal. Cara terbaik adalah tetapkan penggera setengah jam sebelum waktu tidur untuk mengingatkan diri kita bahawa sudah sampai masa untuk merehatkan diri. 3. Amalkan rutin sebelum tidur Setiap malam, pada waktu yang sama, mulakan untuk berus gigi, memakai pakaian tidur, mandi dan membaca sedikit surah dan doa tidur. Dengan memastikan rutin sebelum tidur dibuat pada waktu yang sama setiap malam, ia akan membantu otak kita mengenalpasti waktu untuk bertukar ke fasa tidur. Tips: bacalah surah al-Mulk (sekurang-kurangnya 10 ayat) dan niatkan agar di awal bangun oleh Allah 4. Jangan lupa mandi Jangan lupa mandi untuk menurunkan suhu badan kita beberapa darjah. Proses penyejukan badan selepas mandi akan menyamai  suhu badan waktu petang secara semulajadi, seterusnya akan membuatkan badan kita cukup relaks. 5. Mematikan semua peralatan elektronik Matikan semua peralatan elektronik anda seperti komputer dan telefon pintar sekurang-kurangnya setengah jam sebelum waktu tidur. Kenapa ini penting? Kerana gelombang cahaya biru dari alat elektronik yang masuk melalui mata akan mengganggu penghasilan melatonin, iaitu sejenis hormon yang mengarahkan badan kita untuk tidur. 6. Wujudkan sebab untuk bangun awal pagi Apakah sebab anda untuk bangun awal pagi? Solat subuh? Sudah pasti. Selain itu? Wujudkan sesuatu perkara yang perlu anda selesaikan sebagai motivasi tambahan untuk bangun pagi. Contohnya membuat final touch untuk presentation/ assignment, atau memasak untuk keluarga, membantu isteri menyiapkan anak atau sebagainya. Dalam budaya jepun, ada satu istilah yang dipanggil “Ikigai” – iaitu mempunyai sebab untuk bangun pagi, dan ajaibnya orang-orang yang mengamalkan Ikigai ini mempunyai umur yang panjang. Cuba tuliskan matlamat anda pada waktu sebelum tidur, jadi bila penggera berbunyi anda akan diingatkan mengapa anda harus bangun awal pada hari tersebut. 7. Lakukan perubahan langkah-demi-langkah Ambil masa anda untuk menukar perlahan-lahan jadual waktu tidur dan waktu bangun anda. Anda tidak boleh bertukar secara drastik dari jenis ‘burung hantu’ kepada burung yang berkicauan di awal pagi dalam masa hanya satu malam. Ia agak mustahil kerana otak kita mengambil masa untuk diprogramkan semula. Oleh itu secara berkala, ubah waktu bangun kita 15 minit lebih awal. InsyaaAllah secara beransur-ansur anda akan menjadi orang yang bangun awal pagi dalam tempoh satu bulan. https://shopee.com.my/shop/85211645/

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Sep 29, 2021

Embed this episode

NOW PLAYING

#explorepagi 9 Tips Untuk Bangun Awal Pagi Setiap Hari

0:00 12:13

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Mr Bagai?

This episode is 12 minutes long.

When was this Mr Bagai episode published?

This episode was published on September 29, 2021.

Can I download this Mr Bagai episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!