EPISODE · Mar 7, 2022 · 54 MIN
#GTS 008 HARGA BARANG SEMAKIN NAIK, NILAI DUIT SEMAKIN KECIL, APA PERSEDIAAN KITA?
from Public Gold by G100 Podcast · host G100 Network
"Dulu bawak RM100 pergi beli barang dapur, penuh juga satu troli ni. Sekarang, nak penuhkan troli dengan dengan RM100? Memang tak dapat". Siapa yang biasa beli barang dapur atau barang keperluan rumah, korang mesti terasa kan? Roti? Naik. Telur? Naik. Minyak masak? Naik. Servis-servis? Naik. Tapikan ada juga barang yang tak naik harga. Cuba cek kandungannya. Kalau barang tu tak naik harga, kandungannya "disikitkan". Ha, perasan tak? Konfem perasan. Dan yang tak bestnya, barang-barang ni kalau dah naik, jangan haraplah dia nak turun. Ada sebab kenapa harga barang boleh naik ni. Antara sebab yang telah dikenal pasti yang menyebabkan kenaikan harga awal tahun 2022 ialah kos bahan mentah dan logistik yang meningkat pasca pandemik. Kombinasi antara permintaan lebih tinggi dan rantaian bekalan global ketat yang berterusan menyebabkan gelombang inflasi melanda di seluruh dunia termasuk Malaysia. Ramai ahli ekonomi bimbang bahawa infasi tak akan reda dalam tempoh terdekat, malah menjangkakan berlaku satu lagi kemelesatan global. Risau? Mana tak risau. Kita nak kawal ekonomi Malaysia? Tak payah. Yang kita memang kena kawal dan catur ialah ekonomi kita sendiri. Ekonomi rumah tangga kita. Duit kita. Ini kita patut mulakan dulu. Kita dah dengar dan tahu ramalan bahawa ekonomi belum boleh pulih lagi, maka kita perlu ambil langkah yang sepatutnya. Tak boleh tunggu dan lihat sahaja, tuan puan. Ingin tahu apa langkah yang kita perlu ambil untuk bersedia? Jom sama-sama kita dengar panelis G100 Talkshow minggu ini berikan action plan bagaimana kita boleh bersedia menghadapi kenaikan harga barang.
Embed this episode
NOW PLAYING
#GTS 008 HARGA BARANG SEMAKIN NAIK, NILAI DUIT SEMAKIN KECIL, APA PERSEDIAAN KITA?
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.