EPISODE · Mar 14, 2022 · 51 MIN
#GTS 009 EMAS HANYA UNTUK ORANG KAYA ? BETULKAH MINDSET BEGITU ?
from Public Gold by G100 Podcast · host G100 Network
Tahukah anda syiling emas pertama diperkenalkan pada tahun 560 SM ? Ia diterbitkan oleh Maharaja Lydia King Croseus. Kawasan Lydia ini sekarang terletak di negara Turki dan syiling emas ini digunakan sebagai mata wang urusan jual beli. Lydia merupakan pusat perdagangan yang terkenal. Sebelum wujudnya syiling emas, transaksi perniagaan dijalankan dengan jongkong logam dan barter. Jadi, asal usul kegunaan emas kepada tamadun manusia ialah sebagai mata wang. Bermakna jika anda hidup di zaman dulu kala anda akan mempunyai logam emas dan perak sebagai duit dan ia adalah perkara normal dan biasa (ada duit). Cuma hebatnya emas sehingga kini emas (dan perak) masih kekal bernilai tidak seperti nasib wang kertas negara yang bergolak. Kini ramai yang beranggapan logam emas hanyalah untuk orang kaya. Walaupun mindset itu sememangnya betul pada beberapa situasi, namun untuk pengetahuan umum Public Gold dah pun bertapak di Malaysia sejak tahun 2008. Nama syarikat Public Gold itu sendiri bermaksud emas ‘UMUM’. PG ditubuhkan selari dengan impian nak semua lapisan masyarakat umum mampu menyimpan emas dengan mudah. Bagaimana tu ? TOKSAHH PENING PENING KAWAN…G100 TALKSHOW KAN ADA !! Rancangan mingguan G100 Talkshow ini dah melahirkan ramai penyimpan penyimpan yang berilmu dan berjaya dengan simpanan emas. Minggu ni G100 Talkshow kembali lagi memeriahkan malam Rabu buat pencinta ilmu kewangan dan emas. Dihoskan oleh moderator yang ceria Cik Anis Raihana Mohd Azman bersama dua orang speaker yang diimport khas dari kalangan Master Dealer G100 Network iaitu Tn Fauzan Rasid dan Cik Zareen.
Embed this episode
NOW PLAYING
#GTS 009 EMAS HANYA UNTUK ORANG KAYA ? BETULKAH MINDSET BEGITU ?
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.