EPISODE · Jun 6, 2021 · 1H 20M
Kerajaan campuran dan krisis di sebalik krisis
from Waroeng Baru · host Waroeng Baru
Waroeng Baru kembali setelah beberapa bulan sunyi, dan letih selepas tidak habis-habis gelengkan kepala memikirkan perkembangan-perkembangan negara sehingga saat ini. Dalam keadaan Covid terus menerus merebak daripada waktu darurat diumumkan, kepada MCO 2.0, 3.0, dan seterusnya, kita sudah semakin sudah untuk harapkan pemerintah ambil tindakan bijaksana tanpa perlu ditekan oleh rakyat. Apa jalan ke hadapan selepas ini? Apakah kita akan perlu terus mengharungi krisis ini dengan golongan ahli politik lama yang nampaknya tidak berfikir lebih jauh daripada dua minggu? Adakah idea-idea seperti kerajaan campuran, kabinet darurat semata-mata dapat membawa kita keluar daripada suasana ini? Mungkin akhirnya kita nampak kesan apabila tiada pembaharuan anggota dalam kalangan elit politik, yang bererti idea dan pendekatan juga menjadi basi. Apakah cara untuk kita pecahkan monopoli kuasa ini? Berikan komen anda melalui sosial media kepada @waroengbaru RALAT: - Kementerian Kesihatan bukan anggota MKN. - Kabinet Perang UK sewaktu Perang Dunia Pertama dikepalai Lloyd George. Clement Attlee merupakan Perdana Menteri selepas Winston Churchill Kredit muzik tema: Kleptotonic Swing oleh Tri-Tachyon https://soundcloud.com/tri-tachyon/kleptotonic-swing-fix
Embed this episode
NOW PLAYING
Kerajaan campuran dan krisis di sebalik krisis
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.