EPISODE · Nov 28, 2020 · 1H 8M
KHAS | 221016 | "Jangan Ghairah Nak Jadi Selebriti Agama" - Ustaz Shamsuri Ahmad
from Zonkuliah · host Zonkuliah
Tazkirah Khas yang berlangsung di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah, Bandar Perda, Pulau Pinang pada 22hb Oktober 2016. ~ Barang siapa yang menuntut satu ilmu dengan tujuan nak berdebat dengan alim ulama dan mengolok-olokan orang bodoh, atau nak cari populariti ~ Ikhlaslah dalam urusan menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah ~ Niat-niat yang boleh membawa ke neraka ~ Pesanan kepada wakil Nabi untuk berdakwah di Yaman ~ Kalau nak berdakwah, nak bercakap atau buat pengucapan awam, biarlah mudah dan sampai mesej ~ Jangan susahkan orang dalam memahami agama ~ Biarlah Islam menjadi agama yang membawa harapan untuk orang ramai ~ Jangan sampai orang lari dari dakwah ~ Pesan Imam Syafie kepada orang yang nak masuk medan dakwah ~ Orang yang cepat sangat nak jadi selebriti dan tokoh terkenal ~ Manusia apabila terlalu tergesa-gesa untuk popular, dia tidak akan sempat belajar ~ Apabila seseorang bercakap tentang agama, sedangkan dia tidak ada ilmu ~ Orang akan tahu kita pembohong dan tidak cukup ilmu ~ Islam mengikat kita supaya berdisiplin dalam apa yang dibuat ~ Proses belajar sentiasa berterusan dalam hidup ~ Nasihat dari Muaz Bin Jabal ketika menjelang wafat ~ Ilmu dan iman, Allah letak ditempat yang tinggi ~ Bukan mudah nak menjadi ulama ~ Kita tidak boleh terima kemunculan ilmuan agama "instant" ~ Elakkan diri dari bercita-cita nak menjadi selebriti agama ~ Masyarakat akan menganggap selebriti alim besar dan serba tahu ~ Selebriti tidak mungkin buat salah ~ Buat salah tapi tak mau mengaku ~ Seorang yang sesat dan menyesatkan pengikutnya ~ Statistik agama dunia, dan merebaknya golongan free thinker ~ Update status pertikai peristiwa Isra' mikraj ~ "Mana mungkin satu tokoh yang "katanya" mulia boleh naik jumpa Allah dilangit ketujuh.." ~ "What is this?! Ini cerita stupid..." ~ Golongan yang berani mempertikaikan hadis dan quran ~ Ini wahabi, ini aswaja, ini asam jawa - umat Islam tidak senang duduk kalau tak bergaduh ~ Bila berselisih pendapat, tak mau rujuk quran dan hadis, tapi mempertahankan ego sendiri ~ "Dekat dah.. akan datang satu zaman, orang Islam seolah-olah hidangan makanan kepada orang bukan Islam..." ~ Ramai, tapi umpama buih di air yang mengalir ~ Punca umat Islam lemah dan nampak tidak hebat ~ Penyakit "wahan" dalam diri umat Islam ~ Ranking orang kaya di Malaysia ~ Nak rebut dunia, lelong akhirat ~ Umat Islam dipandang hina diseluruh dunia ~ Zaman kegemilangan Islam telah berlalu ~ Islam sama Islam, tapi berbalah sehingga ketahap berbunuh-bunuh ~ Islam tak pernah suruh kita bermusuhan dengan non-muslim ~ Doa Nabi untuk pemimpin umat Islam yang menyusahkan rakyatnya ~ Bantulah saudara seagama dengan kita ~ Doa panjang selepas Nabi solat sunat dua rakaat ~ Tiga benda yang Nabi minta tapi hanya dua yang diluluskan oleh Allah ~ Umat tidak akan dibinasakan akibat kemarau panjang dan banjir besar ~ Nabi takut umat akan bercakaran, bergaduh dan berbalah hingga tumpah darah ~ Kita menjadi fitnah kepada agama sendiri ~ Iblis terkeluar dari syurga kerana Ego ~ Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hati ada sombong walau sedikit ~ Macam mana nasib "mat smart"? ~ Maksud takabbur dan ciri-ciri orang memiliki sifatnya ~ Sahabat sayang Nabi sebab Nabi seorang yang humble ~ Cerita Abu Bakar As-Siddiq menjelang wafat ~ Dikafankan dengan tiga helai kain putih daripada Yaman ~ Isteri Nabi yang dikenali dengan nama Ummu Habibah ~ Nabi pembawa Rahmatan Lil Alamin (Rahmat sekelian alam) ~ Jangan cita-cita jadi terkenal, jadilah personaliti tersembunyi ~ Memadai hanya Allah dan penduduk langit kenal kita ~ Badwi "Mr Nobody" yang dekat dihati Nabi ~ Latih diri supaya beramal ikhlas kerana Allah ~ Hidup nampak macam orang kaya, tapi hatinya sempit dan gundah gulana ~ Kenapa aku hidup atas dunia ada penglihatan tapi buta di hari akhirat?
Embed this episode
NOW PLAYING
KHAS | 221016 | "Jangan Ghairah Nak Jadi Selebriti Agama" - Ustaz Shamsuri Ahmad
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.