EPISODE · Jul 17, 2026 · 4 MIN
Pesalah kemalangan jalan raya bakal tanggung pampasan kepada mangsa, waris
from Sinar Harian · host sinarharian
Pesalah kemalangan jalan raya bakal dipertanggungjawabkan membayar pampasan kepada mangsa atau waris sebagai tambahan kepada hukuman penjara, denda dan hilang kelayakan memandu menerusi pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang sedang digubal kerajaan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah itu menyusul selepas Jemaah Menteri pada Rabu lalu memberikan persetujuan secara dasar terhadap cadangan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mewujudkan mekanisme pampasan kepada mangsa kemalangan jalan raya serta memperkukuh sistem pemberian mata demerit Keselamatan Jalan Raya (KEJARA). Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788184/berita/nasional/pesalah-kemalangan-jalan-raya-bakal-tanggung-pampasan-kepada-mangsa-waris Muzik: Elevate dari www.bensound.com Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian. #SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalangan #JalanRaya #Pampasan
Embed this episode
NOW PLAYING
Pesalah kemalangan jalan raya bakal tanggung pampasan kepada mangsa, waris
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.