EPISODE · Sep 30, 2021 · 9 MIN
#sembangcamping Etika ketika mandi di tasik
from Mr Bagai · host MOHD FAUZAN MAT NOOR
#sembangcamping Etika ketika mandi di tasik Pengguna dinasihat membaca dan patuh kepada peraturan-peraturan dan syarat-syarat penggunaan di papan tanda sebelum memasuki kawasan perkhemahan Seseorang yang tidak sihat atau berpenyakit adalah dilarang dari memasuki kolam renang. Tiap-tiap perenang mesti patuh kepada penyelamat nyawa (life guard) atau mana-mana pegawai yang bertugas. Semua perenang mesti memakai pakaian renang yang dibenarkan dan sesuai. Perbuatan seperti bergurau secara kasar atau terjun sesuka hati adalah dilarang semasa berada di kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam. Untuk tujuan keselamatan, perenang adalah dinasihat keluar dari kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam semasa hujan dan ribut petir. Adalah dinasihatkan perenang tidak memakai sebarang bentuk perhiasan semasa berenang. Pengguna dilarang meludah di dalam kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam dan lain-lain perkara yang boleh mencemarkan kebersihan kawasan. Pegawai yang bertugas berhak menegah perenang dari berenang dan meminta mereka keluar daripada kawasan air terjun, sungai, tasik atau kolam jika keadaan membahayakan. Setiap perenang adalah berenang di atas risiko mereka sendiri. Pihak pengurusan tidak bertanggungjawab di atas apa-apa kemalangan yang berlaku pada perenang. https://shopee.com.my/shop/85211645/
Embed this episode
NOW PLAYING
#sembangcamping Etika ketika mandi di tasik
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.