EPISODE · Apr 19, 2021 · 1H 27M
TNI2 | 040515 | "Jangan Jadi Trouble Maker & Penciptaan Baju Robocop" - Ustaz Shamsuri Ahmad
from Zonkuliah · host Zonkuliah
Kuliah Tafsir Nurul Ihsan Jilid 2 oleh Ustaz Shamsuri Ahmad yang berlangsung di Masjid Simpang Empat Permatang Buloh, pada 4hb Mei 2015. ~ Kisah Saidatina Aishah yang rasa susah nak tunggang unta ~ "Wahai Aishah hendaklah kamu berlembut - bukan lembut sotong - bertoleransi.." ~ Nabi rimas dengan orang yang sifatnya kasar ~ Jenis manusia yang tak boleh tengok rumah semak ~ Sifat-sifat manusia yang merupakan perhiasan pada diri ~ Manusia yang dicabutkan sifat lemah lembut dari diri dia, adalah orang yang keji dan buruk ~ Kisah Saidina Umar bermusafir dengan Nabi ~ Sanggup cabut undi untuk bermusafir dengan Nabi ~ Anak Saidina Umar yang tak boleh "kawal" anak unta liar ~ Adab anak dengan ayah - jangan jalan depan ayah melainkan ayah suruh ~ Masalah ustaz tegur budak-budak bising dalam masjid semasa kuliah ~ Sikap orang masjid menyebabkan masjid tidak mesra dengan kanak-kanak ~ Nabi minta Umar jual anak Unta liar kepada Nabi ~ Sahabat tak gamak nak jual pada Nabi ~ Nabi "gentleman" bukan cari barang free ~ Diantara icon - sahabat Nabi yang ada sifat tenang macam Nabi ~ Kalau Allah benarkan Nabi ambil kekasih dikalangan lelaki - Nabi akan pilih Saidina Abu Bakar ~ Siapakah orang yang Nabi paling sayang? ~ Nama-nama yang Nabi sebut dan mendapat kemuliaan dalam Islam ~ Manusia yang dinantikan oleh syurga - kalau nak cari calon pilihanraya pun cari yang jenis ni ~ Jenis orang yang boleh buat kerja untuk masyarakat ~ Orang yang wajar ditampilkan sebagai pemimpin ~ Kisah perempuan yang datang bertanyakan soalan kepada Nabi ~ "Kalau Nabi dah meninggal dunia nanti, saya nak tanya siapa?" ~ Seorang yang tenang dan tenteram dalam semua keadaan ~ Jangan terlalu keras perangai dengan orang lain ~ Jangan jadi trouble maker - bawak myvi deras-deras --- TAFSIR NURUL IHSAN JILID 2 MUKA SURAT 312 --- ~ Tafsir Surah An-Nahl ~ Kita pandang hina pada burung sebab mereka makhluk kecil ~ Doktor telefon Ustaz komen pasal kuliah Ustaz ~ Turutan (sequence) perkembangan deria manusia ~ Allah dalam turunkan Quran, mengambil kira semua benda ~ Komunikasi antara anak dan ibu dalam kandungan ~ Perkara yang dirindui bayi ialah wajah dan suara ibu ~ Keakraban anak dan mak - lebihkan ibu tiga kali ~ Nabi pesan suruh baca beberapa surah sebelum tidur, antaranya surah Al-Mulk ~ Saja nak buat khianat kat burung - bawa terbey (lastik) burung ~ Sebelum kapal terbang berlepas, engineer akan periksa dulu ~ Macam-macam boleh jadi walaupun dah di periksa, sebab semua tertakluk atas izin Allah ~ Banyak benda yang Allah cipta dalam dunia, tapi manusia tak ambil ikhtibar ~ Apabila tengok makhluk, kena ingat khaliq (kuasa yang mencipta) otak Jepun tu sapa buat? ~ Hebatnya penciptaan Smartphone - hasil otak manusia ~ Anak di Ukraine bercakap dengan kita di Permatang Buloh ~ Anak boleh nampak warna ketayap ayah ~ Ustaz Mazhab Apple - ustaz tak tau mazhab Samsung ~ Apa jenis otak manusia yang buat benda ni ~ Sistem Networking lebuhraya - cukup hebat ~ Kalau manusia faham powernya Allah, dia takkan berani nak pertikai walau satu pun ayat Allah ~ Allah kata, rumah kita, Allah yang buat ~ Daripada seorang yang hebat, Allah tutup satu "suis" saja terus jadi tak hebat ~ Allah bagi pinjam kehebatan - dan Allah boleh tarik semula "anytime" ~ Manusia kalau faham benda ni, dia tak ada ego sombong yang ada hanyalah syukur kepada Allah ~ Hebatnya rumah Haji Abdul Rahman Kelantan di Mekah ~ Maksimum gunakan akal dengan kreativiti ~ Hebat budak-budak Melayu kampung - cabut silencer moto ~ Bayang merupakan nikmat Allah (shadow yang kita terlepas pandang) ~ Ada tujuh golongan manusia di padang mahsyar yang akan mendapat teduhan Allah ~ Offer diri nak jadi pemimpin, buat poster "undilah saya" ~ Berlaku adilah pada orang yang ada dibawah ~ Pemuda yang tumbuh membesar dalam keadaan beribadah kepada Allah ~ Dua orang yang berkawan kerana Allah - kalau satu hari hang gelong, sorry aku tinggal hang ~ "Saya takut Allah, bukan tak berkenan hang lawa.." (bila diajak buat maksiat)
Embed this episode
NOW PLAYING
TNI2 | 040515 | "Jangan Jadi Trouble Maker & Penciptaan Baju Robocop" - Ustaz Shamsuri Ahmad
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.