PODCAST · education
Audio Pendidikan
by Kementerian Pendidikan Malaysia
Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan
Episodes
-
Bahasa Melayu Tahun 5 - Kata Nafi
Tajuk ini akan membincangkan tentang aspek tatabahasa iaitu Kata Nafi. Kata Nafi boleh dibahagi kepada dua iaitu bukan dan tidak. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penggunaan Kata Nafi bukan dan tidak dengan betul. Pentaksiran berbentuk formatif juga diberikan…
more -
Bahasa Melayu Tahun 4 - Puisi: Pantun
Pantun merupakan bahan sastera yang menyerap keindahan dan kesantunan bahasa. Penyampai akan menerangkan asal usul pantun, jenis – jenis pantun dan langkah – langkah mudah membina pantun. Pentaksiran berbentuk struktur dan suai padan pada akhir pengajaran.
-
Bahasa Melayu Tahun 4 - Kata Sendi Nama
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata sendi nama. Selain itu, tajuk ini juga akan menjelaskan tentang penggunaan kata sendi nama dengan betul untuk membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata sendi nama dengan sebutan dan intonasi yang betul. Seterusnya, pentaksiran...
-
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Ganti Nama Diri
Tajuk Kata Ganti Nama mendedahkan keperluan murid Tahun Satu untuk memahami dua aspek penting dalam kata ganti nama iaitu kata ganti nama diri orang dan kata ganti nama tunjuk. Objektif pengajaran kata ganti nama kepada murid Tahun Satu bertujuan supaya murid dapat mengenal pasti penggunaan kata...
-
Bahasa Melayu Tahun 1 - Tatabahasa: Kata Nama Am
Tajuk ini membincangkan tentang cara mengenal pasti kata nama am mengikut lima jenis kumpulan. Selain itu, tajuk ini juga membincangkan tentang penggunaan kata nama am dengan betul dalam membina ayat. Murid-murid turut dibimbing menyebut kata nama am dengan sebutan dan intonasi yang betul....
-
Bahasa Melayu Tingkatan 2 - Sajak: Kucari Damai di Sini
Tajuk sajak Kucari Damai di Sini daripada Antologi Baik Budi Indah Bahasa ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan...
-
EKONOMI: TINGKATAN 4 - Keanjalan Harga Permintaan
Rancangan ini menjelaskan tentang konsep keanjalan harga permintaan dan membuat pengiraan mudah, menjelaskan keanjalan permintaan dengan rajah, menjelaskan penentu keanjalan harga permintaan, menerangkan hubungan dalam harga dengan perubahan dalam jumlah hasil bagi keanjalan yang berbeza.
-
KOMSAS - Peminangan Puteri Gunung Ledang
SINOPSIS Selepas kemangkatan Permaisuri, Sultan Mahmud berhasrat untuk beristeri lagi. Hasratnya itu telah dimaklumkan kepada Bendahara dan para pembesar istana. Setelah berbincang, Sultan Mahmud melahirkan hasrat untuk berkahwin dengan Puteri Gunung Ledang untuk membezakannya daripada raja-raja...
-
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Hindari Sifat Negatif
Tajuk Hindari Sifat Negatif ini akan membincangkan tentang hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Anas Bin Malik R.A yang terkandung di dalamnya doa yang diajarkan oleh Rasulullah S.A.W agar dihindari dari 4 sifat negatif. Sifat-sifat negatif ini akan diterangkan secara terperinci…
more -
PENDIDIKAN ISLAM: TINGKATAN 3 - Konsep Kenabian
Menerangkan tentang konsep kenabian secara keseluruhan bermula dengan maksud beriman kepada rasul. Penjelasan tentang pentingnya keimanan kepada rasul dalam kehidupan muslim. Perbezaan antara nabi dan rasul , sifat wajib , mustahil dan harus. Tajuk ini juga menjelaskan tentang ismaturrasul,...
-
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kerajaan Johor Riau
Rancangan in mengisahkan tentang Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka. Kerajaan ini mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka. Kepimpinan Kesultanan Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan.
-
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Sosio Budaya Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
Rancangan ini mengupas tentang sosiobudaya masyarakat kerajaan Alam Melayu iaitu dalam aspek bahasa, tulisan dan persuratan serta perkembangan bidang pendidikan dalam kalangan masyarakat sehingga kini.
-
SEJARAH: TINGKATAN 2 - Pengasasan Kesultanan Melayu Melaka
Rancangan ini menjelaskan tentang Lokasi Melaka yang strategik menjadi tarikan Parameswara untuk membina kerajaan di situ. Kemantapan kepimpinan raja seperti Parameswara, Sultan Mansur Shah dan Sultan Muzaffar Shah dalam pentadbiran disamping bantuan dari pembesar-pembesar Sistem Pembesar Empat...
-
SEJARAH TINGKATAN 2 - Agama, Kepercayaan Dan Keunikan Warisan Masyarakat Kerajaan Alam Melayu
Rancangan ini menerangkan tentang keunikan warisan kerajaan Alam Melayu yang mempunyai berbagai latarbelakang kepercayaan.
-
SEJARAH TINGKATAN 3 - Pentadbiran Barat Di Sarawak
Rancangan ini mengisahkan pelbagai strategi digunakan oleh Dinasti Brooke untuk menguasai Sarawak. Peluasan kuasa barat di Sarawak berlaku secara beransur-ansur. Pentadbiran cara barat diperkenalkan turut digabungkan bersama-sama pentadbiran tempatan.
-
SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Ekonomi Akibat Pentadbiran Barat Di Negara Kita
Rancangan ini mengisahkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) diketuai oleh Residen Jeneral. Beliau bertanggungjawab kepada Majlis Mesyuarat Negeri dan Persuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang merupakan Gabenor Negeri-negeri Selat serta kesan-kesannya.
-
SEJARAH TINGKATAN 3 - Kesan Sosial Akibat Perkembangan Ekonomi Di Negara Kita
Rancangan ini berfokus kepada kesan sosial akibat perkembangan ekonomi di negara kita semasa pentadbiran British. Perbincangan akan menyentuh kesan sosial tersebut dalam beberapa aspek khusus iaitu Perkembangan Bandar, Pembentukan Masyarakat Berbilang Kaum, Perkembangan Pendidikan, Perkhidmatan...
-
SEJARAH TINGKATAN 4 - Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun Di Negara Kita
Rancangan ini membincangkan tentang konflik dunia merangkumi Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua tercetus akibat perkembangan imperialisme dan nasionalisme dalam persaingan merebut kuasa politik dan ekonomi. Pemerintahan tentera Jepun di negara kita telah mencetuskan tindak balas rakyat…
more -
SEJARAH TINGKATAN 4 - Faktor Kedatangan Jepun Ke Negara Kita
Rancangan ini mengisahkan tentang kedatangan Jepun ke negara kita selama tiga tahun setengah dari 15 Februari 1942 hingga 12 September 1945 yang menyebabkan perubahan besar yang berlaku sepanjang tempoh tersebut.
-
SEJARAH TINGKATAN 4 - Penyerahan Sarawak Kepada Kerajaan British
Rancangan ini mengupas tentang penyerahan Sarawak kepada British dan penerangan mengenai sejarah moden Sarawak yang bermula dari rejim keluarga Brooke pada 1841 dan berakhir pada 1941 semasa zaman pendudukan Jepun. Selepas Perang Dunia Kedua, Sarawak diambil alih oleh pihak British.
-
SEJARAH TINGKATAN 4 - Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Penyerahan Sarawak
Rancangan ini menerangkan reaksi penentangan masyarakat dan tindakan penduduk tempatan serta melahir semangat nasionalisme yang membawa kepada pembunuhan seorang pegawai British.
-
Sejarah Tingkatan 4 -Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia - Lambang Negara
Rancangan ini mengupas tentang Lambang Negara serta kepentingan Lambang Negara kepada masyarakat Malaysia.Fokus utama tentang lambang serta kepentingan lambang negara akan memberikan kefahaman tinggi kepada masyarakat berbilang kaum.
-
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Tatabahasa : Kata Adjektif
Tajuk ini akan mendedahkan pemahaman terhadap jenis kata adjektif untuk murid tingkatan dua. Selain itu, tajuk ini juga menjelaskan pembentukan kata adjektif. Murid-murid turut dibimbing membina ayat yang betul berdasarkan perkataan yang diberikan. Penyampai membincangkan jenis kata adjektif…
more -
SEJARAH TINGKATAN 4 - Perjuangan Rakyat Semasa Pendudukan Jepun
Rancangan ini membincangkan penentangan penduduk di Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah serta perkembangan nasionalisme dalam kalangan penduduk tempatan semasa pendudukan Jepun, seterusnya peristiwa penyerahan kalah Jepun di negara kita dan keadaan Negara kita selepas itu
-
Bahasa Melayu Tingkatan 5 - Peribahasa
Peribahasa yang diketengahkan adalah peribahasa yang terdapat dalam buku teks tingkatan 4 dan juga tingkatan 5 Tujuan pembelajaran ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang bentuk soalan yang berkaitan dengan peribahasa.
-
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Cerpen: Talia Dan Raksaksa
Cerpen “Talia dan Raksasa Qadqad” ini berkisarkan tentang hubungan antara manusia dan haiwan. Hubungan yang terjalin tanpa dirancang tersebut telah membuahkan bibit-bibit keakraban antara anak kecil yang bernama Talia dan haiwan yang dikenali dengan nama raksasa Qadqad. Antara komponen penting...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 2 : Drama : Mahkamah
Tajuk Drama Mahkamah ini akan menceritakan tentang keadilan dalam menentukan sesuatu keputusan. Segala kesalahan yang dilakukan oleh seseorang perlulah diadili tanpa mengira pangkat, darjat, umur atau keturunan. Terdapat dua kes yang diceritakan dalam drama ini. Seterusnya, tajuk ini akan...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 3 - Cerpen: Legasi Tapai Ubi
Tajuk Cerpen Legasi Tapai Ubi ini akan membincangkan tentang kegigihan dan kesungguhan seseorang yang membuktikan makanan tradisi ini menjadi sesuatu yang memberikan manfaat kepada manusia. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang sinopsis, tema dan persoalan, plot...
-
BAHASA MELAYU TINGKATAN 5 : Seloka Berbuat Istana Zaman Dahulu
Dalam bahagian pengenalan murid didedahkan kepada asal-usul penciptaan gurindam. Murid juga diperdengarkan dendangan gurindam oleh guru untuk membangkitkan keseronokan dan menarik minat murid untuk mendalami isi pelajaran. Isi pelajaran menyentuh aspek maksud gurindam mengikut rangkap, tema,...
-
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Anak Angkat Menurut Pandangan Islam
Rancangan ini akan membahaskan tentang pengertian anak angkat, hukum mengambil anak angkat menurut perspektif Islam serta hikmah pengharusan mengambil anak angkat.
-
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Poligami – Islam Menghadkan Bilangan Isteri.
Rancangan ini membincangkan tentang pengertian, hukum serta syarat-syarat poligami. Turut dibincangkan ialah kesan berpoligami yang tidak berlandaskan syarak dan hikmah-hikmahnya di samping isu-isu berkaitan poligami.
-
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - Anak Amanah Allah - Hadhanah
Rancangan ini membincangkan tentang anak kecil memerlukan kasih sayang daripada ibu bapanya termasuk menitikberatkan hak penjagaan (hak Hadhanah) apabila berlakunya perceraian agar dapat menjadi insan yang berguna.
-
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - As-Sayyid Jamaluddin Al- Afghani
Rancangan ini membincangkan tentang biodata, keperibadian, pendidikan dan sumbangan As-Sayyid Jamaluddin Al-Afghani dalam bidang Pemikiran dan Gerakan Islam Seterusnya menganalisis idea islah beliau secara terperinci.
-
SEJARAH TINGKATAN 2 - Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka
Rancangan ini adalah tentang kegemilangan kerajaan yang unggul di Alam Melayu yang menghubungkait cara dan kepentingan pembentukan empayar Kesultanan Melayu Melaka. Seterusnya, topik ini menjelaskan cara penyebaran agama Islam Kesultanan Melayu Melaka serta kesannya dan kemunculan Melaka sebagai...
-
PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 5 - HAMKA Permata Nusantara
Rancangan ini membincangkan tentang riwayat hidup tokoh Hamka Permata Nusantara, sumbangan dalam bidang ilmu dan pemikiran dan kegigihannya mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara.
-
Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Syair: Burung Nuri
Tajuk syair Burung Nuri ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap syair serta komponen sastera yang terkandung dalam syair ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Sajak : Bintang
Tajuk sajak bintang ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 3: Sajak -Kijang Yang Lelah
Tajuk sajak Kijang Yang Lelah ini akan membincangkan tentang maksud sajak serta komponen sastera yang terkandung dalam sajak ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan pemahaman...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 3 : Seloka Santap Istiadat
Tajuk seloka santap istiadat ini akan membincangkan tentang maksud setiap rangkap seloka serta komponen sastera yang terkandung dalam seloka ini. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Peristiwa Menarik Dalam Novel
Tajuk Peristiwa Menarik dalam Novel membincangkan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam keempat-empat buah novel yang dikaji oleh murid-murid Tingkatan 4. Murid-murid diberikan panduan untuk memilih peristiwa yang boleh dianggap menarik. Dalam pelajaran ini juga murid dibimbing untuk...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Tatabahasa: Jenis Kata
Tajuk jenis kata membincangkan subtopik jenis-jenis perkataan (morfologi). Murid-murid didedahkan dengan definisi dan pecahan yang ada dalam setiap jenis kata. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci penggunaan kata termasuklah cara mengeja kata tersebut. Analisis kesalahan umum...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Syair Bidasari
Dalam bahagian pengenalan murid diperdengarkan dendangan syair oleh guru untuk membangkitkan keseronokan dan menarik minat murid untuk mendalami isi pelajaran. Isi pelajaran menyentuh aspek maksud syair mengikut rangkap, tema, persoalan, gaya bahasa, nilai dan pengajaran. Pada akhir pelajaran,...
-
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Teknik Menulis Pendahuluan
Tajuk penulisan pendahuluan karangan ini akan membimbing murid menghasilkan pendahuluan karangan jenis pantun dan takrif umum. Tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang penghasilan pendahuluan yang mempunyai ‘impression’ yang baik dan tautan yang mantap. Sesi pembelajaran bermula…
more -
Bahasa Melayu Tingkatan 4 : Drama Berkhidmat Untuk Negara
Tajuk drama Berkhidmat Untuk Negara ini membincangkan sinopsis/binaan plot drama bagi memberi gambaran keseluruhan cerita. Seterusnya, tajuk ini akan menerangkan secara terperinci tentang tema, persoalan, latar masyarakat, perwatakan, nilai dan pengajaran. Tajuk ini akan diakhiri dengan latihan...
-
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - Ayat Hukum – Adab Pergaulan Dalam Rumah
Rancangan ini membincangkan tentang bacaan ayat kefahaman An-Nur: 58-59. Murid akan mengetahui tentang tuntutan hukum, sebab serta kaedah mengamalkan adab-adab pergaulan dalam rumah.
-
Pendidikan Syariah Islamiah Tingkatan 4 - U'quudut Tabarru’aat – Al-Hibah, Al-Wadi'ah dan Al-Qardhu
Rancangan ini membincangkan secara terperinci tentang 3 jenis Akad Tabbaru’ dari segi bahasa dan istilah, dalil keharusan akad, rukun dan syarat akad.
-
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia-Perlembagaan Siri 1
Rancangan ini mengupas tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia yang menerangkan ciri-ciri kerajaan Demokratik Berparlimen
-
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Perlembagaan Siri 2
Rancangan ini membincangkan tentang sistem pemerintahan dan pentadbiran negara Malaysia yang menerangkan ciri-ciri kerajaan Demokratik Berparlimen yang merangkumi Perlembagaan, Raja Berperlembagaan, Badan Pemerintah, Pilihanraya dan Parti Politik.
-
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Keluhuran Perlembagaan Kepentingan Perlembagaan
Rancangan ini mengupas tentang Keluhuran Perlembagaan serta kepentingan perlembagaan kepada masyarakat Malaysia. Murid-murid dibimbing untuk memahami maksud keluhuran yang membawa kepada ketaatan rakyat terhadap Perlembagaan Malaysia.
-
SEJARAH TINGKATAN 5 - Sistem Pemerintahan Dan Pentadbiran Negara Malaysia-Kuasa Pemerintahan
Rancangan ini mengupas tentang Kuasa Pemerintahan serta kepentingan Kuasa Pemerintahan kepada masyarakat Malaysia yang berbilang kaum Diakhir penulis ingin menegaskan tentang sistem pemerintahan yang menjadi tonggak utama pentadbiran negara
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Himpunan Audio Pendidikan terbitan Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia#TVP #Pendidikan #KPM #MOE #AudioPendidikan
HOSTED BY
Kementerian Pendidikan Malaysia
CATEGORIES
Loading similar podcasts...