PODCAST · education
Ayat Demi Ayat
by @muzuzxck
Perkongsian tentang tadabbur al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan.
-
89
Siri Tadabbur Ramadan 24 - Rendahkan dirimu
Tadabbur ayat 60 surah Ghafir. Teguran tentang pentingnya bersikap rendah diri dan tidak bongkak.
-
88
Siri Tadabbur Ramadan 23 - Ini saudaraku
Tadabbur ayat 23 surah Sad. Teguran tentang adab berbeza pandangan dan bersaudara.
-
87
Siri Tadabbur Ramadan 22 - Jangan caci, seperti mereka buat
Tadabbur ayat 69 surah al-Ahzab. Teguran untuk memuliakan Nabi, jangan memperlekeh nabi seperti Bani Isra'il lakukan.
-
86
Siri Tadabbur Ramadan 21 - Ada yang sempit, ada yang luas
Tadabbur ayat 62 surah al-Ankabut. Teguran tentang hakikat rezeki.
-
85
Siri Tadabbur Ramadan 20 - Jangan tinggal bahagian kamu
Tadabbur ayat 77 surah al-Qasas. Teguran tentang jangan lupa akan destinasi sebenar dan jangan tinggal bahagian di dunia.
-
84
Siri Tadabbur Ramadan 19 - "Kaumku telah meninggalkan al-Quran"
Tadabbur ayat 30surah al-Furqan. Teguran tentang orang-orang yang meninggalkan al-Quran.
-
83
Siri Tadabbur Ramadan 18 - Kamu hanya tinggal sebentar
Tadabbur ayat 114 surah al-Mu'minun. Teguran tentang hidup di dunia, jangan dijadikan destinasi selamanya, kita hanya tinggal di sini sebentar.
-
82
Siri Tadabbur Ramadan 17 - Berita gembira buat Mukhbitin
Tadabbur ayat 34 - 35 surah al-Hajj. Teguran supaya menjadi golongan Mukhbitin.
-
81
Siri Tadabbur Ramadan 16 - Tanda paling besar menyayangi keluarga
Tadabbur ayat 45 surah Maryam. Teguran tentang pentingnya menegur ahli keluarga dalam hal-hal agama.
-
80
Siri Tadabbur Ramadan 15 - Kelak, hisab diri sendiri
Tadabbur ayat 14 surah al-Isra'. Teguran tentang kita akan menghitung dan melihat sendiri apa yang kita telah lakukan di dunia.
-
79
Siri Tadabbur Ramadan 14 - Percaya sedikit, tidak percaya sedikit
Tadabbur ayat 90 & 91 surah al-Hijr. Teguran tentang sikap suka membahagi-bahagikan kepercayaan terhadap al-Quran. Beriman sebahagian, menolak sebahagian.
-
78
Siri Tadabbur Ramadan 13 - Yang berputus asa cuma mereka
Tadabbur ayat 87 surah Yusuf. Teguran tentang orang yang berputus asa dengan rahmata Allah hanyalah orang yang tidak yakin imannya kepada Allah.
-
77
Siri Tadabbur Ramadan 12 - Ia tidak akan pergi begitu sahaja
Tadabbur ayat 115 surah Hud. Teguran tentang amalan yang tidak akan sia-sia.
-
76
Siri Tadabbur Ramadan 11 - Saatnya kamu perlu berhenti
Tadabbur ayat 122 surah al-Taubah. Teguran tentang perlunya kita menuntut ilmu dan bersungguh dalam jalan ilmu.
-
75
Siri Tadabbur Ramadan 10 - Usah terpengaruh dengan perkara itu
Tadabbur ayat 55 surah al-Taubah. Teguran tentang kelekaan sesetengah manusia melibatkan anak pinak dan harta.
-
74
Siri Tadabbur Ramadan 9 - Dia yang sentiasa ada
Tadabbur ayat 198 surah al-A'raf. Teguran tentang Muslim perlu tahu bahawa kita sentiasa ada tempat bergantung.
-
73
Siri Tadabbur Ramadan 8 - Usah berada dalam penafian
Tadabbur ayat 23 surah al-A'raf. Teguran tentang perlunya kita menyedari kita ini hamba penuh dengan kesalahan.
-
72
Siri Tadabbur Ramadan 7 - Di sini hanya sementara
Tadabbur ayat 32 surah al-An'am. Teguran tentang dunia yang bersifat permainan dan senda gurau sahaja.
-
71
Siri Tadabbur Ramadan 6 - Kita yang memerlukan Dia
Tadabbur ayat 54 surah al-Ma'idah. Teguran tentang orang yang lari dari agama Allah, akhirnya digantikan dengan kaum lain yang lebih hebat dari mereka.
-
70
Siri Tadabbur Ramadan 5 - Anda Waspada Anda ke Syurga
Tadabbur ayat 31 surah al-Nisa'. Teguran tentang pentingnya kita menjauhi dosa besar dan jangan ambil ringan terhadap dosa-dosa kecil.
-
69
Siri Tadabbur Ramadan 4 - Kamu adalah umat terbaik, jika lengkap cirinya
Tadabbur ayat 110 surah Ali-Imran. Teguran tentang jangan tinggalkan urusan menyuruh kebaikan, menegah kemungkaran.
-
68
Siri Tadabbur Ramadan 3 - Jangan diungkit lagi
Tadabbur ayat 264 surah al-Baqarah. Teguran tentang jangan merosakkan sedekah dengan perbuatan mengungkit dan mencela orang yang dibantu.
-
67
Siri Tadabbur Ramadan 2 - Jika ingin meraih syurga, beginilah jalannya
Tadabbur ayat 214 surah al-Baqarah. Teguran tentang ujian itu suatu yang pasti, kerana ia adalah jalan ke syurga.
-
66
Siri Tadabbur Ramadan 1 - Mengapa mahu downgrade?
Tadabbur ayat 61 surah al-Baqarah. Teguran Allah berkenaan rasa tidak bersyukur.
-
65
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Fajr (Bahagian 1)
Demi waktu fajar, yang penuh dengan keberkatan padanya. Usah menjadi seperti golongan 'Ad, Thamud dan Firaun. Penuh dengan kehebatan duniawi, tetapi tidak beriman. Ayuh kita samas-sama menelusuri surah ini.
-
64
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Balad
Dunia sememangnya tempat ujian. Maka surah ini menerangkannya. Juga diterangkan bagaimana jalan hidup kita dibentang, tinggal lagi untuk memilihnya dengan baik. Justeru sangat penting untuk diteliti surah ini dengan baik.
-
63
Ulum al-Quran: Hikmah Penurunan al-Quran
Pernah tak kita dengar bahawa al-Quran turun dengan 2 cara? Apakah pula hikmahnya? Sama-sama kita bincang dan telusuri hikmahnya.
-
62
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Shams
Surah al-Shams menampilkan sumpah Allah terhadap matahari, bulan, siang, malam dan jiwa manusia yang Allah berikan pilihan kepada mereka. Beberapa perkara yang penting untuk kita lihat agar tidak menjadi seperti Kaum Thamud yang berusaha untuk ingkar kepada arahan Allah dan Rasul. Semua itu, dibentangkan dalam surah yang hebat ini.
-
61
Ulum al-Quran - Memahami makna al-Quran
"Sebenarnya kita tidak boleh memahami al-Quran, ini hanya boleh difahami oleh orang yang tinggi ilmu" "Sebenarnya kita boleh faham al-Quran, mudah sahaja, tak perlu ikut tafsir semua" Sebenarnya bagaimana kaedah untuk memahami al-Quran? Sama-sama kita telusuri.
-
60
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Lail (bhg 2)
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
-
59
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran al-Syifa', al-Bashir & al-Nazir
Apakah makna al-Quran sebagai penawar? Penawar al-Quran meliputi dari sudut zahir dan batin. Juga al-Quran bertindak sebagai pemberi peringatan. Maka sama-sama kita telusuri. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
-
58
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Lail (Bhg 1)
Kejadian malam dan siang adalah sebuah muhasabah yang sangat besar buat kita. Kerana ia tanda rahmat Allah dan nikmat yang perlu kita renungi. Semua itu untuk kebaikan kita. Sama-sama kita telusuri dalam surah al-Lail.
-
57
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran: al-Furqan, al-Burhan & al-Mau'izah
Bagaimanakah al-Quran itu boleh membezakan antara haq dan batil? Al-Quran penuh dengan keterangan yang membawa kepada hidayah. Suatu masa terdetik kepada keadaan jiwa kita yang memerlukan bimbingan. Maka sama-sama kita telusuri. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
-
56
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Dhuha
Surah yang sangat menenangkan, di saat Nabi ﷺ ditohmah atau diejek oleh kuffar, kononnya Nabi ﷺ telah diabaikan, datanglah surah yang sangat hebat ini menafikan Allah meninggalkan Baginda!
-
55
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Sharh
Surah yang sering kita dengarkan, sarat dengan ayat ketenangan. "Sesungguhnya bersama dengan kesukaran itu kesenangan", ayat yang penuh dengan rahsia ketenangan dan keamanan jiwa.
-
54
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Tin
Allah menciptakan kita, sebaik-baik kejadian. Tetapi apakah ertinya? Apakah pula hikmah bagi sumpah Allah terhadap buah tin dan zaitun? Sama-sama kita hayati dalam tadabbur surah al-Tin.
-
53
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-'Alaq (bahagian 2)
Pada sesi kali ini, kita akan mendalami lagi sambungan surah al-'Alaq dengan menampilkan siapakah yang dimaksudkan sebagai "orang yang menghalang solat".
-
52
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran: "al-Nur" & "al-Huda"
Bagaimanakah al-Quran itu boleh menerangi hidup kita? Bagaimana pula al-Quran boleh menjadi petunjuk jalan buat kita? Ini semua dibahaskan oleh para ulama'. Sama-sama kita telusuri peranan al-Quran dalam membangkitkan semangat kita sebagai seorang Muslim. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
-
51
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Alaq (bahagian 1)
Pasti kita pernah mendengar tentang kisah wahyu pertama kepada Rasulullah ﷺ bukan? Surah ini menyingkap peristiwa itu dan bagaimanakah ibrah yang boleh kita ambil darinya.
-
50
Ulum al-Quran - Nama-nama al-Quran: "al-Ruh"
Bagaimanakah al-Quran itu boleh menghidupkan jiwa kita? Kerana al-Quran itu umpama semangat yang kukuh buat jiwa orang beriman. Sama-sama kita telusuri peranan al-Quran dalam membangkitkan semangat kita sebagai seorang Muslim. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
-
49
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Qadr
Apakah maksud "al-Qadr"? Mengapakah ia digelarkan sebagai malam yang lebih baik dari 1000 bulan? Sama-sama kita telusuri dalam tadabbur surah al-Qadr.
-
48
Ulum Quran - Nama-nama al-Quran: "Al-Quran"
Terkadang kita tidak berminat dengan al-Quran kerana kita tidak mengenali al-Quran dengan cara atau jalan yang betul, melihatkan ia tidak ada sisi yang mengena dengan kita. Maka, kita perlu mengembara mendalami makna al-Quran, bermula dengan namanya. Dapatkan buku Al-Quran Untuk Kita di: https://www.imanshoppe.com/products/al-quran-untuk-kita-oleh-muzuza?_pos=2&_sid=65b5694ff&_ss=r
-
47
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Bayyinah
Orang-orang kafir dan musyrik sentiasa begitu, berolok-olok dengan diri sendiri, kononnya ingin menunggu keterangan dahulu barulah beriman. Tetapi apabila sudah nyata keterangan, tidak juga beriman. Semua itu disingkap dalam surah al-Bayyinah.
-
46
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Zalzalah
Apakah maksud goncangan? Mengapakah peristiwa ini sangat penting dan besar kepada kita semua? Sama-sama kita hayati dalam surah al-Zalzalah.
-
45
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-'Adiyat
Mengapakah surah ini menampilkan "kuda perang" sebagai sumpah daripada Allah? Adakah boleh untuk kita mengumpulkan harta, mencari rezeki? Atau ada bentuk yang dibenarkan? Ayuh sama-sama untuk kita tadabbur surah ini.
-
44
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Qari'ah
Apabila semua amalan yang dilakukan di dunia mula ditimbang dan dihisab, maka inilah yang perlu kita hayati. Sama-sama kita mentadabbur surah al-Qari'ah.
-
43
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Takathur
Adakah salah jika kita ingin memperbanyakkan harta dan anak pinak? Siapakah orang yang dilalaikan? Semua ini dibincangkan dalam tadabbur surah al-Takathur.
-
42
Ayat Demi Ayat: Surah al-'Asr
Apakah erti masa? Mengapa masa dinamakan al-'Asr? Siapakah orang yang rugi? Insya Allah dibincangkan dalam tadabbur surah al-'Asr.
-
41
Ayat Demi Ayat : Tadabbur Surah al-Humazah
Apakah hikmah surah ini dimulakan dengan "celaka"? Siapakah orang yang menerima balasan buruk itu? Jemput untuk dengar perkongsian tadabbur surah al-Humazah.
-
40
Ayat Demi Ayat: Tadabbur Surah al-Fil
"Siapakah tentera bergajah?" "Siapakah pula Abrahah?" "Kenapa dia ingin serang Ka'bah?" Insya Allah dibincang dalam tadabbur surah al-Fil.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
Loading similar podcasts...