Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] podcast artwork

PODCAST · sports

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802

  1. 113

    Membina bola sepak Malaysia untuk generasi akan datang! | Bola itu Life

    Bola Itu Life minggu ini membawa anda menyelami tiga kisah yang sedang mencorakkan landskap bola sepak. Dari perang kuasa di Bernabéu antara Florentino Pérez dan Enrique Riquelme yang mencetuskan persoalan tentang masa depan Real Madrid, ke Bandung untuk menilai sama ada Bojan Hodak benar-benar layak digelar jurulatih terbaik Asia Tenggara. Di tanah air pula, kami mengupas hubungan istimewa antara bola sepak Malaysia dan komuniti, bagaimana sukan ini menyatukan rakyat, membina identiti, dan menjadi warisan yang perlu dipelihara untuk generasi akan datang. Kerana pada akhirnya, bola sepak Malaysia bukan sekadar tentang apa yang berlaku hari ini, tetapi tentang apa yang akan kita tinggalkan untuk mereka yang akan datang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  2. 112

    Bagaimana Pep Guardiola Mengubah Bola Sepak Selamanya? | Bola itu Life

    Dari kisah luar biasa Como 1907 yang kini semakin hampir menjadi kuasa baru bola sepak Itali, kejatuhan tragis West Ham United yang akhirnya tersingkir dari Premier League, hinggalah penghormatan buat Pep Guardiola yang mengubah wajah bola sepak moden episod kali ini penuh dengan cerita tentang kebangkitan, kejatuhan dan warisan. Kami juga membedah pertembungan gergasi antara Arsenal dan PSG dalam aksi penentuan ke final Liga Juara-Juara Eropah, perlawanan yang bakal menentukan siapa benar-benar bersedia untuk berdiri di pentas terbesar bola sepak dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  3. 111

    Dari Mimpi Wenger ke Revolusi Arteta: Arsenal Kembali Ditabalkan Raja England

    Dari kemungkinan pentas terakhir Neymar bersama Brazil di Piala Dunia 2026, hingga Aston Villa yang akhirnya menawan Eropah selepas kebangkitan luar biasa di bawah Unai Emery — episod kali ini sarat dengan kisah tentang penantian, tekanan dan takdir. Arsenal pula akhirnya menutup luka 22 tahun tanpa kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila generasi baharu Mikel Arteta membawa semula takhta ke North London. Di Indonesia, Bandung sudah mula bersiap sedia untuk berpesta apabila Persib semakin hampir menjulang kejuaraan Liga 1, manakala di Asia Tenggara, Selangor bakal berdepan malam paling getir musim ini apabila mereka wajib menewaskan Buriram dalam misi hidup mati demi meneruskan perjuangan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  4. 110

    Man United is back! Penantian 20 tahun Arsenal & misi piala pertama Selangor! | Bola itu Life

    Mingu ini, perbincangan Bola itu Life tertuju kepada dua perlawanan separuh akhir UEFA Champions League, melibatkan gergasi-gergasi Eropah! Tidak terlepas untuk kita bicarakan mengenai pulangnya Manchester United ke pentas terbesar Eropah! Dan, dua pasukan tanah air yang merebut gelaran terbaik Asia Tenggara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  5. 109

    Dato' Azizulhasni Awang the GOAT & malam indah separuh akhir Champions League! | Bola itu Life

    Lagenda negara, Dato' Azizulhasni Awang kembali mencipta kejayaan di pentas UCI, membuktikan beliau masih antara yang terbaik di dunia. Dalam dunia bola sepak pula, kejutan besar apabila José Mourinho dikaitkan dengan kepulangan ke Real Madrid, mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan peminat. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  6. 108

    Arsenal dalam fasa 'bottle'? dan 'KENIKMATAN' malam UCL | Bola itu Life

    Arsenal dalam fasa pembotolan apabila gagal merekodkan kemenangan dalam 2 perlawanan berturut-turut. Malam UCL yang penuh dengan 'KENIKMATAN'! Banyak drama yang berlaku sepanjang 2 malam aksi gemilang ini berlangsung. Liverpool yang terpaksa akur dengan kekuatan jentera serangan PSG yang menjadi mimpi ngeri buat mereka di Anfield. Remontada yang gagal di cipta oleh Barcelona apabila tumpas secara aggregate di tangan Atletico Madrid selepas aksi yang penuh dengan penumpahan 'DARAH'. Arsenal masih berjaya melangkah ke peringkat seterusnya walaupun berakhir tanpa jaringan menentang Sporting di Emirates. Dan satu lagi pertembungan 'EPIK' yang bakal diingati ramai apabila Los Blancos gagal untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir tumpas di tangan Bayern Munich! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  7. 107

    Arsenal hampir berputih mata, Liverpool tersungkur dan cerita 'local pride' dari Thailand! | Bola itu Life

    Pemergian Mohamed Salah selepas 9 tahun penuh gemilang bersama Liverpool, hingga Bernardo Silva yang dilihat bakal menutup satu bab penting bersama The Citizens. Dalam masa sama, Arsenal terus mengekalkan momentum cemerlang, manakala Liverpool semakin bergelut mencari rentak. Tidak ketinggalan, kejutan dari Asia apabila Bangkok United tampil dengan aksi luar biasa untuk menumbangkan Gamba Osaka — bukti bola sepak rantau ini semakin mencabar! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  8. 106

    Kad Laporan Harimau Malaya: Identiti ditinggalkan, suara penyokong dipinggirkan | Bola itu Life

    Episod kali ini kita selami cerita besar dunia bola sepak yang sedang panas membara! Iraq akhirnya kembali ke pentas Piala Dunia selepas 40 tahun, satu kisah kebangkitan yang penuh emosi dan harapan baharu buat negara. Dalam masa sama, Itali pula terus terperangkap dalam kemelut prestasi, seolah-olah berada dalam mimpi ngeri yang tiada penghujung. Di tanah air, prestasi Harimau Malaya jadi tanda tanya, penyokong mula bersuara, harapan mula goyah. Namun di rantau Asia Tenggara, jiran-jiran kita tampil dengan aksi yang cukup membanggakan, mencuri perhatian pentas antarabangsa. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  9. 105

    Pesta gol di Camp Nou serta ucapan Selamat Tinggal kepada Piala Asia 2027!

    Episod minggu ini diperhangatkan dengan Kejuaraan AFCON milik Senegal yang ditarik balik & diberikan kepada Morocco! Liga Juara Juara Eropah menyaksikan 9 gol di Camp Nou, pemain Chelsea hilang hormat kepada Liam Rosenior serta comeback Liverpool di Anfield... Kita akhiri episod dengan Harimau Malaya mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia edisi 2027 Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  10. 104

    Man Utd kembali ke perangai lama?

    Kemelut Asia Barat melanda dunia sekarang ini terus cipta persepsi kurang enak akan pertandingan World Cup pada tahun ini, kali ini pasukan bola sepak wanita Iran mempamerkan 'national anthem' yang cukup perit. Atletico Madrid mara ke final Copa Del Rey hasil dinding tebal Simeone sekali lagi, Remontada Barcelona tidak berjaya di Camp Nou. Pasukan EPL semakin menjadi-jadi, Man Utd tewas kepada 10 orang pemain Newcastle yang begitu bersemangat, Man City juga tidak berjaya merapatkan diri dengan Arsenal, dan pasukan Arteta terus cetus ketidaktenteraman kali ini dengan 'gaya permainan'. Debaran bola sepak Eropah dan Asia terus dirasai, JDT menang bergaya ke atas Sanfrecce Hiroshima, selangkah ke Jeddah? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  11. 103

    Perebutan Top 4 EPL: Arsenal lari, Man City mengejar!

    Bola Itu Life episod kali ini memberi fokus kepada kartel Mexico yang sedikit sebanyak menganggu ekosistem bola sepak Piala Dunia sehingga liga tutup! Bodo/Glimt ibarat pasukan istimewa di UCL tahun ini, sekali lagi dengan kejutan menentang Inter Milan. Di kancah tempatan, Nidzam Jamil dan Negeri Sembilan berpisah, dan yang paling tertekan, tak lain tak bukan Arsenal yang tidak jauh dengan lawan terdekat Manchester City, mendapat rentak dibawah Pep Guardiola! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  12. 102

    Vini Jr tersakiti, Jose Mourinho dipertikai!

    Benfica dan Real Madrid sekali lagi cipta topik hangat yang kurang enak, Vini Jr tersakiti dan komen Jose Mourinho menambah api semarak isu rasisme yang semakin menular, tendang rasisme keluar dari bola sepak! Selangor dan Kim Pan-gon terus pamer rentak menakjubkan, Arsenal pula semakin terumbang-ambing walau berada di puncak liga dan peleraian JDT di ACL Elite sudah terjawab, tahniah Harimau Selatan! Kawan kita di Bandung juga cetus perasaan kurang enak, apa jadi kepada Bobotoh, dan apa punca api kemarahan mereka di GBLA? Gong Xi Fa Cai dan selamat menyambut Ramadhan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  13. 101

    Arsenal masih di depan, Pep berevolusi, JDT dalam misi hidup mati!

    Sang Garuda bukan lagi sekadar pencabar mereka dah masuk perbualan utama Asia. Adakah ini permulaan era baru futsal Indonesia? Di PL, pergelutan kuasa makin panas. Szobo dengan magis bola mati. Donnarumma sebagai jawapan kepada chaos. Dan Pep? Masih berevolusi, selangkah di hadapan semua orang. Title race kini jelas, ini Arsenal punya untuk dilepaskan. Tapi mampukah mereka menahan tekanan? Sementara itu, Thomas Frank dan Sean Dyche angkat kaki. Liga paling kejam di dunia tak tunggu sesiapa. Dan di Asia… Johor Darul Ta’zim kini dalam mode hidup mati di ACLE. Ini bukan lagi soal reputasi ini soal kelangsungan. Debat. Analisis. Hot takes. Kita bedah semuanya tanpa tapisan. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  14. 100

    Bola Itu Life Istimewa: Disebalik Manchester United bersama Phil Jones!

    Bola Itu Life Istimewa bersama Phil Jones. Membongkar kisah-kisah disebalik bilik persalinan Manchester United, rahsia disebalik kejayaan bersama Sir Alex Ferguson, bintang-bintang yang gah menakluki bukan sekadar di latihan, namun juga di lapangan. Ruben Amorim, Michael Carrick, arah tuju Manchester United dibawah INEOS turut dibincang rapi. Tidak lupa juga kemelut UltraSel yang memberi implikasi besar terhadap scene bola sepak negara! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  15. 99

    Emirates saksi tradisi United terus kekal, Arteta perlu kembali ke 'drawing board'!

    Bermula di Estadio De Luz, Mourinho kembali menundukkan pasukan lamanya Real Madrid melalui pelbagai jenis keajaiban dan meletakkan diri dalam kelompok 24 terbaik Liga Juara-Juara Eropah. Keputusan CAS membenarkan 7 pemain naturalisasi Malaysia beraksi di kelab mencetus lebih banyak persoalan, ditemani keputusan exco FAM meletakkan jawatan beramai-ramai. Kekalahan Arsenal di tangan Manchester United menggambarkan situasi yang kurang enak buat Mikel Arteta, Emirates sunyi disajikan jaringan bertaraf dunia pemain Michael Carrick dan adakah kekalahan ini akan meranapkan impian Arsenal menggalas kejuaraan Premier League? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  16. 98

    Carrick kemudi Man Utd ranapkan Man City, Exco FAM dijangka letak jawatan beramai-ramai?

    Menyelusuri bola sepak seluruh dunia, Faiz membuka bicara kehangatan yang sedang berlaku di benua Afrika dimana Senegal muncul menewaskan tuan rumah Maghribi (Morocco) dalam satu final yang akan diingati pada masa yang sangat lama! Sudah tentu, kemenangan pertama Michael Carrick bersama Man Utd muncul bersama 'magis' Old Trafford, yang menyaksikan Pep Guardiola mengangkat bendera putih selepas tewas 2-0. Arsenal yang gah di persada UCL 2025/26 terus pamer dominasi menewaskan Inter Milan manakala Liverpool kembali mendapat rentak kemenangan menentang Marseille dibawah kendalian De Zerbi. Rumah yang kotor dijangka akan melalui fasa pembersihan apabila exco FAM dijangka mengundurkan diri beramai-ramai dalam masa terdekat, apakah kesudahannya? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  17. 97

    Michael Carrick kembali sebagai jurulatih interim, Xabi Alonso ucap selamat tinggal! | Bola itu Life

    Dari Semenyo yang mula menyinar di Manchester, ke persoalan besar tentang ego dalam bola sepak moden adakah Xabi Alonso pergi kerana ego pemain-pemain bintangnya? Kami juga bincangkan kepulangan Carrick ke United dalam peranan interim, serta kejutan dari rantau Asia apabila John Herdman diumumkan sebagai pengendali baharu Timnas Indonesia. Empat cerita. Empat sudut berbeza. Satu perbualan jujur tentang kuasa, kepercayaan dan hala tuju bola sepak hari ini. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  18. 96

    Tanpa wajah lama, datang soalan baharu: Chelsea, United & Selangor dalam episod perubahan. | Bola itu Life

    Episod ini menyelami fasa perubahan di empat sudut bola sepak berbeza. Brentford membuktikan mereka bukan sekadar bergantung pada figura lama apabila terus kekal kompetitif walaupun kehilangan tonggak penting. Di London Barat pula, Chelsea dilihat masih mencari identiti sebenar di sebalik nama Liam Rosenior dan Enzo Maresca persoalan besar, apakah yang sebenarnya mereka mahu? Manchester United pula sekali lagi berada di persimpangan apabila pemergian Ruben Amorim membuka episod ketidaktentuan baharu di Old Trafford. Sementara itu di tanah air, Kim Pan-gon kembali ke Selangor dengan misi dan harapan baharu. Empat cerita, satu tema utama perubahan, dan siapa yang benar-benar bersedia menghadapinya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  19. 95

    Menoleh ke Belakang, Menyambut Esok! | Bola itu Life Istimewa: Imbas Kembali 2025

    Selamat tinggal 2025, selamat datang 2026! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  20. 94

    Dari Craven Cottage ke Nou Camp: Drama, Analisis & Kejutan Serantau! | Bola itu Life

    Episod kali ini membuka dengan aksi gila di Craven Cottage, perlawanan 9 gol yang bukan sekadar hiburan, tetapi refleksi kekacauan taktikal Premier League musim ini. Kita kemudian terbang ke Sepanyol untuk mengikuti pengalaman Faiz Gurun menonton Barcelona di Nou Camp, di mana aura stadium legenda itu berubah seiring era baharu kelab yang sedang bergelut mencari identiti sebenar. Masuk ke segmen analisis, kami membincangkan persoalan besar: layakkah Chelsea dianggap pencabar gelaran? Perbualan ini dirakam sebelum kekalahan 3–1 mereka kepada Leeds — satu keputusan yang mengubah mood penyokong dan naratif pasukan dalam sekelip mata. Episod turut menyentuh kontroversi tempatan dengan melihat semula isu pengadilan yang menimbulkan kemarahan penyokong Selangor, satu perbualan yang terus berulang dalam bola sepak Malaysia. Akhir sekali, kami membedah langkah besar bola sepak Singapura yang melantik Gavin Lee sebagai ketua jurulatih baharu, simbol permulaan era baharu selepas pencapaian kelayakan kejohanan besar. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  21. 93

    Arsenal sudah cukup garam, banjir trofi menanti? | Bola Itu Life

    Minggu ini, Bola Itu Life terus bersama anda membincangkan keheningan bola sepak Eropah dan Malaysia, Seperti biasa Manchester United tewas mengejut, kali ini kepada 10 pemain Everton selepas kad merah paling 'ajaib' beberapa tahun ini, Jordan Pickford dijulang, David Moyes 'terbang' pulang manakala Ruben Amorim tercengang di Old Trafford sekali lagi. Malam UCL gemilang buat pasukan Arsenal, saban tahun menanti skuad depth yang utuh, kini Mikel Arteta mempunyai potensi cerah untuk membalas kesabaran peminat-peminat Arsenal setelah kian lamanya. Nasib yang berbeza buat Arne Slot dan pasukannya, Liverpool kelihatan 'hilang' selepas tewas besar kepada PSV, membuka persoalan yang lebih besar kepada kemelut dihadapi The Reds. Kembali ke bumi Asia, Selangor memperoleh mata pertama mereka di ACL2, diikuti Persib Bandung dalam rencana mereka memperoleh harapan Asia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  22. 92

    Sudahlah dokumen palsu, kena londeh pula! | Bola itu Life

    Minggu ini, Bola Itu Life menyelam ke tiga kisah yang menggoncang bola sepak serantau. Kami membuka helaian penuh kontroversi 63 muka surat yang menenggelamkan harapan Malaysia. Kami bedah kad laporan Nepal 0–1 Malaysia, mencari di mana sebenarnya segalanya mula retak. Dari nostalgia yang hilang, kami hidupkan semula detik bersejarah apabila Singapura kembali ke Piala Asia selepas 43 tahun satu kebangkitan yang tak ramai jangka. Dan jauh dari Karibia, muncul satu dongeng moden Curaçao, negara kecil yang kini mengetuk pintu Piala Dunia dengan cerita penuh magis. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  23. 91

    Malaysia B16 di belasah 11-0, Messi kembali ke Nou Camp? | Bola itu Life

    Pasukan Malaysia Bawah 16 tahun (B-16) mengalami kekalahan besar 0-11 kepada pasukan remaja Croatia dalam siri jelajah perlawanan persahabatan antarabangsa. Lagenda Barcelona, Lionel Messi membuat lawatan mengejut ke Nou Camp menjelang pembukaannya semula hujung bulan ini selepas kerja pengubahsuaian, dan berharap dapat kembali untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong yang tidak sempat beliau lakukan ketika meninggalkan Barcelona pada 2021, Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  24. 90

    Gelora di Wisma FAM: Isu kerakyatan, dokumentasi terus jadi tanda tanya!

    Dari Qatar ke Iskandar Putri, dari Wisma FAM ke pentas Eropah — dunia bola sepak terus berputar dengan kisah yang tak pernah sunyi. Kita mulakan dengan FIFA B-17 Dunia, pentas baharu untuk 48 pasukan muda di Qatar, tempat lahirnya generasi masa depan bola sepak. Kemudian ke tanah air, FAM masih dibelenggu persoalan, selepas hukuman FIFA mengejutkan ramai. Dokumen palsu, maruah negara dan kepercayaan penyokong semuanya masih menunggu penjelasan yang jujur. Di Eropah, UCL Roundup membara dengan malam-malam penuh gol dan dendam lama — dari Bayern ke Madrid, gergasi Eropah kembali menunjukkan kuku. Akhirnya, dari selatan tanah air, JDT menundukkan Shanghai 3-1, satu lagi bukti bahawa Harimau Selatan bukan sekadar peserta, tapi pesaing sejati di pentas Asia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  25. 89

    MANCHESTER UNITED IS BACK!!! | Bola itu Life

    Di Anfield, tekanan makin menjerut Arne Slot selepas Liverpool tewas enam daripada tujuh perlawanan adakah era baharu ini sudah mula retak? Sementara itu di Old Trafford, Manchester United mula hidup semula dengan tiga kemenangan berturut-turut, menandakan kebangkitan sebenar di bawah Amorim. Dari Sepanyol, El Clásico membara apabila Mbappé dan Bellingham membakar Nou Camp dan di Asia Tenggara, kisah dua dunia tercipta: di puncak ada Persib, di lembah ada Selangor — satu terus terbang tinggi, satu lagi masih mencari arah. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  26. 88

    Sidang Media FAM: Lebih banyak soalan dari jawapan! | Bola itu Life

    Episod kali ini menyelami pelbagai sisi dunia bola dan kehidupan — dari makna Deepavali dalam dunia moden, ke persoalan legasi Mo Salah di hujung empayarnya. Kita juga sentuh sidang media FAM yang penuh tanda tanya, dan akhirnya, pertembungan dua dunia — Catalonia dan Madrid — lebih dari sekadar 90 minit di padang. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  27. 87

    Kad Laporan Harimau Malaya: Jendela Antarabangsa terbaik kita? | Bola itu Life

    Kita mulakan dengan keajaiban Cape Verde, negara pulau kecil di Atlantik yang akhirnya menempah tiket bersejarah ke Piala Dunia. Dari populasi hanya setengah juta, kini mereka antara pasukan elit dunia. Kemudian, kita bentangkan Kad Laporan Malaysia & serta ASEAN. Akhir sekali, kita kembali ke padang hijau dengan satu perlawanan penuh sejarah: Jepun menumbangkan Brazil buat kali pertama, satu kemenangan simbolik yang menggoncang dunia bola sepak dan menandakan kebangkitan Asia di persada antarabangsa. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  28. 86

    Merungkai skandal bola sepak Malaysia! | Bola itu Life

    Episod kali ini sarat dengan sorotan panas bola sepak negara & luar negara! – Jaringan cantik Erling Haaland untuk City mendapat 1 mata, Aksi luar biasa Reece James di Stamford Bridge dengan kemenangan ke ata Gergasi Besar, The Reds di saingan EP, Ikuti juga rungkaian Faiz & Keesh dalam dakwaan FIFA keatas FAM & Implikasi dari Skandal Bola Sepak Malaysia, serta Harapan tunggal Asia Tenggara! Sang Garuda dalam saingan Kelayakan Piala Dunia, semuanya disajikan pada episode harini Bola itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  29. 85

    Jose Kembali ke Stamford Bridge, Air Mata di Barcelona & Tekanan di Selangor! | Bola itu Life

    Reunion penuh emosi buat Jose Mourinho di Stamford Bridge — tapi bukan itu sahaja yang jadi bualan minggu ini! Dari tangisan di Barcelona selepas detik indah Sergio Busquets, ke keputusan seri JDT dan kejatuhan Selangor di tangan Singa. Di bumi Naples pula, Hojlund terus menyinar sementara Harry Kane pecah rekod baharu! Semua detik luar biasa ini dibedah habis-habisan bersama Keesh dan Faiz — hanya di Bola Itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  30. 84

    Ballon d’Or Ousmane Dembélé: Kemenangan Insani di Tengah Pentas Toksik Bola Sepak! | Bola itu Life

    Episod kali ini sarat dengan sorotan panas bola sepak – pengumuman Skuad Garuda 2025 yang penuh kejutan, pertembungan epik EPL antara Arsenal–Man City dan Man United–Chelsea, prestasi Selangor yang semakin merudum hingga cetus resah penyokong, serta detik bersejarah apabila Ousmane Dembélé dinobat pemenang Ballon d’Or 2025, mengangkat namanya sebagai raja bola sepak dunia. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  31. 83

    Mourinho kembali ke UCL, Van Dijk selamatkan The Reds, JDT perlu bangkit di saingan ACL, Football is back! | Bola itu Life

    Minggu ini, Bola itu Life mengupas beberapa cerita menarik dunia bola sepak terus dari Jose Mourinho kembali ke Benfica selepas 25 tahun, Reviu UCL fokusnya kepada kemenangan Liverpool ke atas Atletico Madrid, Xisco Munoz perlukan masa untuk tingkatkan prestasi di saingan ACL Elite. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  32. 82

    Kad Laporan Harimau Malaya ft. Peter Cklamovski | Bola itu Life

    Minggu ini, Bola itu Life mengupas beberapa cerita menarik dunia bola sepak terus dari jurulatih skuad kebangsaan Peter Cklamovski. Kupasan mendalam dari Keesh & Faiz mengenai Arif Aiman, formasi taktikal yang diguna pakai dan pemilihan pemain untuk jendela antarabangsa menentang Singapura dan Palestin. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  33. 81

    Jack Grealish Hidup Semula di Goodison! Transfer Paling Pelik 25/26 | Bola itu Life

    Dalam episod kali ini, Bola Itu Life membongkar beberapa cerita menarik dunia bola sepak. Dari perpindahan pelik musim 2025/2026 termasuk kisah Jack Grealish yang ‘revive’ di Goodison Park, sehinggalah ke solidariti luar biasa Sang Garuda yang menanti sorakan padu di GBK. Kami juga mengimbas era bola sepak Malaysia di awal 2010 yang mencetuskan gelombang transformasi baru. Semuanya dibincangkan dengan gaya santai tetapi penuh fakta, hanya di Bola Itu Life. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  34. 80

    Atmosphere dari Paroi, buat Keesh dan Faiz meremang! | Bola itu Life

    Kami bawakan perbincangan hangat yang merangkumi isu bola tempatan hingga ke pentas antarabangsa. Adakah Negeri Sembilan FC sudah cukup padu untuk melangkah ke pentas Asia musim depan? Kami juga menyentuh mengenai Hugo Ekitike yang tampak begitu mudah menyesuaikan diri, seolah-olah membuatkan Liverpool kini benar-benar “siap” untuk mengharungi musim mencabar. Tidak ketinggalan, kami bedah prestasi Ibrahima Konaté yang dilihat berbeza daripada versi yang pernah kita kenal, sekaligus menimbulkan persoalan tentang tahap sebenar permainan beliau. Dan akhirnya, persoalan besar mengenai Marcus Rashford – adakah bintang England ini bersedia mengambil risiko untuk menyertai Barcelona, atau lebih selesa kekal di tempat sendiri? Semua kupasan menarik ini, eksklusif hanya di Bola Itu Life. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  35. 79

    United v Arsenal: Game Management Arsenal kecewakan United! | Bola itu Life| Bola itu Life

    Disebalik kemenangan penuh 'kontroversi' Arsenal keatas Manchester United, Keesh dan Faiz ada sesuatu lebih 'dalam' ingin mereka bahaskan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  36. 78

    Previu: The Big 4, dan senjata baharu mereka! | Bola itu Life

    Episod pertama Bola itu Life musim ke-5, gandingan Keesh dan Faiz previu setiap satu dari The Big 6, dengan kupasan menarik muka-muka baharu yang mereka datangkan! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  37. 77

    Kad Laporan: Harimau Malaya Mengaum, Garuda Tumpas, Singa terjaga dari tidur!

    Harimau Malaya mengaum garang dengan kemenangan ke atas Vietnam, memberi isyarat jelas bahawa permulaan baharu di bawah pengaruh TMJ sedang mengambil bentuk. Dalam masa yang sama, Indonesia terkulai dengan kekalahan besar 6-0 yang mencetuskan pelbagai persoalan, manakala Singapura pula menunjukkan tanda kebangkitan dengan kemenangan ke atas Bangladesh. Kad Laporan minggu ini membedah tiga cerita berbeza dari rantau yang sama – siapa sedang naik, siapa masih mencari arah? Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  38. 76

    Beckham Putra permata Bandung, Malam gemilang PSG, sudahkah Malaysia bersedia menentang Vietnam? | Bola itu Life

    Kegemaran Persib Bandung Beckham Putra akhirnya Timnas Senior, PSG lakar sejarah gemilang di Munich bersama ubi muda dan kebijaksanaan Luis Enrique, 'Revamp' Inter Milan tanpa Simone Inzaghi dan paling PENTING: Sudahkah Malaysia bersedia berhadapan dengan Vietnam dengan dua edisi perlawanan dengan Cape Verde? Satu yang pasti, ayuh turun Stadium, penuhkan gelora 80,000 peminat berhadapan Vietnam demi Harimau Malaya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  39. 75

    ASEAN All Stars Malukan United, McTominay MVP Serie A, Chelsea Lengkap Trofi UEFA! | Bola itu Life

    Manchester United kalah dengan ASEAN All-Stars, piala percuma pun tak lepas. Chelsea yang kena bahan sebab main Conference League, sekarang ada semua trofi UEFA. McTominay? Dulu pemain simpanan, sekarang MVP Serie A. Dan bila Persib main, satu Bandung rasa! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  40. 74

    Ange Angkat Spurs, United Kecundang, Cools cari cahaya di Jepun! | Bola itu Life

    Dari Bilbao ke Osaka, minggu ini penuh drama dan destinasi baru dalam dunia bola sepak! Tottenham Hotspur akhirnya menamatkan kemarau trofi selama 17 tahun di bawah sentuhan magis Ange Postecoglou, menewaskan Manchester United dalam final Liga Europa, satu malam bersejarah yang menukar gelaran “Spursy” jadi “Legendary”. Sementara itu, Dion Cools selangkah lagi meninggalkan Thailand untuk menyertai Cerezo Osaka dalam J1 League, dan berpeluang untuk bergabung semula dengan jurulatih yang pernah membentuknya, Arthur Papas. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  41. 73

    El Clásico, Scudetto, Coppa: Minggu Penuh Gila! | Bola itu Life

    Dalam episod kali ini, kita sembang tentang dunia bola sepak yang penuh dengan cerita gila — daripada detik perpisahan, sampai ke harapan baru yang tengah menyala. Barcelona dan Real Madrid baru saja bagi kita El Clásico yang memang luar biasa; lima gol, hatrik Mbappé, dan kebangkitan Barcelona yang buat satu dunia terpaku. Di Itali pula, Bologna akhirnya tutup buku penantian 51 tahun — menang Coppa Italia, dan ukir nama semula dalam sejarah bola. Manchester City pun tak duduk diam. Dengan Kevin De Bruyne bakal tinggalkan padang Etihad, City mula susun pelan besar untuk rebuild, cari pemain yang boleh jadi nadi baru pasukan. Sementara itu di Bernabéu, satu era berakhir bila Carlo Ancelotti sah akan ke Brazil — dan legenda lama, Xabi Alonso, dijangka kembali untuk ambil tempat, hidupkan semula DNA sebenar Madrid. Dan kalau nak lagi drama, Serie A sekarang masuk fasa paling gila — perebutan Scudetto sampai ke garisan penamat, dengan setiap perlawanan rasa macam final. Dalam bola sepak, macam dalam hidup, kadang-kadang nak sampai ke puncak, kena lalui jalan paling sukar. Tapi di hujungnya, yang sabar, akan rasa manisnya. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  42. 72

    Arsenal terus kempunan, Inter & Barca sajikan aksi bola sepak terbaik! | Bola itu Life

    Inter Milan dan Barcelona buktikan mereka masih kuasa besar bola sepak Eropah – aksi ‘level luar biasa’ yang buat kita tak senang duduk! Tapi sayangnya, Arsenal terus kemarau – kali ini Paris bukan kota cinta, tapi kota kecewa. Kami kupas segalanya dari taktikal ke drama, dan kenapa minggu ini penuh moment yang tak boleh miss! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  43. 71

    The Long Game: Peter Cklamovski and Malaysia’s Football Awakening

    In this special episode of Bola Itu Life, we sit down with Harimau Malaya’s head coach, Peter Cklamovski, for an honest, in-depth conversation that spans continents and philosophies. From his early days coaching alongside Ange Postecoglou to lifting the AFC Asian Cup with the Socceroos, Peter opens up about the pivotal moments that shaped his journey. We revisit his tactical evolution in Japan’s J-League, the title-winning run with Yokohama Marinos, and what it took to lead clubs like FC Tokyo and Montedio Yamagata. Now in Malaysia, Peter shares his vision for Harimau Malaya, the challenges of youth development, and the cultural mindset shifts he believes are essential for long-term success. It’s about legacy, leadership, and the belief that change is possible. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  44. 70

    Reviu: 'Remontada' sekadar gimik, Arsenal senyapkan Santiago Bernabéu! | Bola itu Life

    Lion City Sailors terus jadi kebanggaan Singapura — dari dominasi domestik ke pentas Asia, adakah mereka dah bersedia jadi kuasa sebenar Asia Tenggara? Dalam segmen UCL Reviu, kami bedah perlawanan panas minggu ini: Arsenal vs Madrid, Dortmund vs Barca, Inter vs Bayern — siapa yang naik, siapa yang tenggelam? Dan akhirnya, kami jawab soalan paling penting: siapa sebenar-benar 'clutch' player dalam bola sepak moden? Dari Martinez ke Messi, Ronaldo — let’s settle this. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  45. 69

    Man United bakal berada dibumi Malaysia & Arsenal tundukkan Kelab Gergasi Eropah!

    Garuda Muda Indonesia mencipta sejarah dengan melayakkan diri ke PIALA DUNIA🔥 Magis Declan Rice leburkan semangat Real Madrid. Membina ASEAN XI idaman untuk melawan MAN UNITED. Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  46. 68

    Istimewa Hari Raya: Lagenda bola sepak negara, Dollah Salleh! | Bola itu Life

    Episod kali ni, kami bawa living legend bola sepak negara – Dollah Salleh! 🇲🇾⚽ Dari kisah zaman kegemilangan ke pandangan ikhlas tentang bola sepak hari ini… Inilah Bola Itu Life x Dollah Salleh – tak rugi dengar sampai habis 🔥 Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  47. 67

    Kad Laporan: Harimau Malaya, debut menjanjikan Peter Cklamovski! | Bola itu Life

    Kami bedah Kad Laporan Harimau Malaya dan bincang debut Peter Cklamovski yang cukup menjanjikan! Selain itu, kami kupas bagaimana ego Patrick Kluivert menjerat skuad Indonesia sendiri dalam kempen mereka di Australia. Banyak drama, banyak poin menarik – jangan lupa dengar! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  48. 66

    Selamat datang Hector Hevel & Gabriel Palmero & tugasan pertama Peter Cklamovski! | Bola iut Life

    Minggu ini dalam Bola Itu Life, kami membincangkan bagaimana perubahan posisi Joelinton dari nombor 9 ke nombor 6 memberi impak besar dan meranapkan harapan Liverpool. Selain itu, Harimau Malaya menyambut dua ahli keluarga baru, menambah dimensi baru kepada pasukan kebangsaan! Kami juga mengupas cabaran pertama Peter Cklamovski dalam menguruskan jangkaan peminat, serta menganalisis keputusan Thomas Tuchel yang dibawa masuk hanya untuk menang. Jangan lepaskan perbincangan hangat ini pada 20 Mac 2025, jam 10 malam di Astro Arena 2 dan Astro GO! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  49. 65

    Tamatlah perjuangan ACLE buat JDT & PSG Gegar Anfield! | Bola itu Life

    Dalam episod kali ini, kami bawakan reviu penuh JDT vs Buriram—dari taktikal hingga detik-detik mendebarkan di atas padang. Kami juga bincangkan kehebatan Lamine Yamal yang makin menyerlah hingga nampak macam makhluk asing! Di Anfield, anak-anak muda PSG buat hal dan tunjuk mereka bukan sekadar pelapis biasa. Dan di dunia F1, perdebatan bermula—siapa bakal jadi raja Ferrari, Leclerc atau Hamilton? Semua ini dalam Bola Itu Life! Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

  50. 64

    'Datuk K. Rajagopal hampir nak saman saya...' | Bola itu Life istimewa bersama Rizal Hashim

    Learn more about your ad choices. Visit megaphone.fm/adchoices

Type above to search every episode's transcript for a word or phrase. Matches are scoped to this podcast.

Searching…

We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.

No matches for "" in this podcast's transcripts.

Showing of matches

No topics indexed yet for this podcast.

Loading reviews...

ABOUT THIS SHOW

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802

HOSTED BY

SYOK Podcast

CATEGORIES

Frequently Asked Questions

How many episodes does Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] have?

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] currently has 50 episodes available on PodParley. New episodes are automatically indexed when they're published to the podcast feed.

What is Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] about?

Gandingan Bola Itu Life , Keesh Mat Stats & Faiz Gurun berbicara isu-isu yang merangkumi bola sepak dari pandangan sosio-politik , budaya dan pandangan berbeza.Tiada kompromi dalam pandangan mereka , hanya yang benar dan berfakta.Setiap hari Khamis , 9 malam di Saluran Arena 802

How often does Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] release new episodes?

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] has 50 episodes. Check the episode list to see recent publication dates and frequency.

Where can I listen to Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]?

You can listen to Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] on PodParley by clicking any episode. We provide an embedded audio player for direct listening, and you can also subscribe via your preferred podcast app using the RSS feed.

Who hosts Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM]?

Bola Itu Life - SYOK Podcast [BM] is created and hosted by SYOK Podcast.
URL copied to clipboard!