PODCAST · news
Borak Daily Podcast
by Borak Daily
Berita bukan sekadar fakta. Di Borak Daily Podcast, kami bedah isu, soal naratif, dan bawa suara rakyat ke pentas utama. Satu podcast untuk anda faham cerita di sebalik berita
-
22
Podcast KPT Episod 22: TVET dan Revolusi Kemahiran Baharu
TVET dan Revolusi Kemahiran BaharuBagaimana TVET membentuk generasi berkemahiran yang lebih bersedia mendepani dunia pekerjaan masa kini? Dalam era teknologi, AI dan perubahan industri yang pantas, bagaimana institusi pendidikan tinggi menyesuaikan latihan dan kemahiran agar terus relevan dengan keperluan semasa?Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam memperkasa pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional, termasuk usaha mendekatkan pelajar dengan industri dan meningkatkan kebolehpasaran graduan.Antara yang dikupas dalam episod ini:Segmen Ekosistem TVET & Masa Depan KemahiranDr. Syamsuri Abdullah (Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti)Kupasan mengenai landskap TVET negara, kebolehpasaran graduan, hubungan strategik dengan industri serta keperluan menguasai kemahiran baharu dalam era digital.Segmen Perkongsian Pakar: Cuaca, Monsun & Risiko BencanaTs. Ir. Dr. Goh Tian Lai (UKM)Perbincangan mengenai situasi cuaca tidak menentu, banjir, tanah runtuh dan kepentingan kesedaran masyarakat terhadap risiko bencana.Segmen Kisah Kejayaan Kepakaran KPTDr. Muhammad Karbela Reza Ramlan (HCTM, UKM)Perkongsian mengenai rekonstruksi ACL secara penjagaan harian, satu inovasi rawatan yang mempercepatkan proses pemulihan pesakit.Hos: Encik Hafizi RosliDengarkan episod ini untuk memahami bagaimana TVET, kepakaran akademia dan inovasi institusi KPT terus memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara. 🎙️
-
21
Podcast KPT Episod 21: Ramadan dan Raya: Ibadah, Simpanan dan Masa Depan
Bagaimana Ramadan boleh dimanfaatkan bukan sahaja untuk meningkatkan ibadah, tetapi juga merancang masa depan yang lebih baik? Dalam suasana Aidilfitri, sejauh mana pengurusan kewangan yang bijak mampu memberi kesan kepada kehidupan dan generasi akan datang?Dalam episod khas Podcast KPT kali ini, kita mengupas aspek ibadah, simpanan pendidikan serta nilai perpaduan masyarakat — daripada kepentingan menabung untuk anak-anak, keistimewaan Ramadan hingga makna sebenar Aidilfitri.Antara yang dikupas:Segmen Simpanan Pendidikan & SSPNPuan Mastura Mohd Khalid (PTPTN)Kepentingan simpanan awal, manfaat SSPN serta kelebihan kepada pendeposit.Segmen Ibadah & Keistimewaan RamadanDr. Mohd Kamarul Amree Mohd Sarkam (UPNM)Hikmah puasa, Lailatul Qadar dan amalan sepanjang Ramadan.Segmen Aidilfitri & Perpaduan MasyarakatDr. Mohd Yuszaidy Mohd Yusoff (UKM)Peranan perayaan dalam mengeratkan hubungan dan keharmonian.Hos: Encik Hafizi RosliDengarkan episod ini untuk melihat bagaimana Ramadan dan Raya menjadi asas kepada kehidupan yang lebih seimbang dan bermakna. 🎙️
-
20
Podcast KPT Episod 20 (Khas) : Memilih Laluan, Membina Masa Depan
Memilih Laluan, Membina Masa DepanBagaimana pelajar lepasan SPM boleh membuat pilihan terbaik untuk masa depan mereka? Apakah laluan pengajian yang tersedia, dan bagaimana menentukan kursus serta institusi yang paling sesuai dengan minat dan potensi diri?Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan secara menyeluruh panduan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi — daripada proses permohonan UPU, pemilihan kursus, sehinggalah kepada peluang yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi di Malaysia.Antara yang dikupas dalam episod ini:Segmen Laluan & Permohonan UPU:Encik Mohd Najib Mohd Sarif (Pengarah, Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, JPT)Kupasan mengenai proses permohonan UPU Online, tips pemilihan program, kesilapan lazim pelajar serta panduan untuk memastikan permohonan dibuat dengan tepat dan teratur.Segmen Jom Masuk Universiti & Akses Maklumat:Perkongsian tentang platform Jom Masuk Universiti (JMU) sebagai medium utama untuk pelajar dan ibu bapa mendapatkan maklumat, konsultasi serta pendedahan kepada pelbagai pilihan pengajian secara fizikal dan maya.Segmen Biasiswa & Bantuan Kewangan:Puan Rohaizah Muhamad (Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Biasiswa, KPT)Penerangan mengenai jenis penajaan, bantuan kewangan dan biasiswa yang ditawarkan oleh KPT, termasuk peluang kepada pelajar daripada pelbagai latar belakang untuk melanjutkan pengajian tanpa beban kewangan.Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Dengarkan episod ini untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat dalam memilih laluan pendidikan — kerana setiap pilihan hari ini adalah asas kepada masa depan yang lebih baik. 🎙️
-
19
Podcast KPT Episod 19 (Khas): Suara Mahasiswa, Masa Depan Negara
Suara Mahasiswa, Masa Depan NegaraSejauh mana suara mahasiswa benar-benar mempengaruhi hala tuju pendidikan tinggi negara? Bagaimana pandangan, aspirasi dan kritikan pelajar dapat diterjemahkan menjadi dasar yang lebih inklusif dan relevan?Dalam episod Podcast KPT kali ini, kita membincangkan peranan mahasiswa sebagai pemegang taruh utama dalam ekosistem pendidikan tinggi. Daripada isu kebebasan bersuara, pemerkasaan pelajar, sehinggalah kepada cabaran realiti selepas graduasi — semuanya dikupas secara terbuka dan mendalam.Antara yang dikupas dalam episod ini:Segmen Perspektif Kepimpinan KPT:YB Adam Adli Abd Halim (Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi)Kupasan mengenai peranan mahasiswa dalam pembentukan dasar, kepentingan engagement berterusan serta pendekatan KPT dalam memperkasa suara pelajar di peringkat nasional.Segmen Suara Mahasiswa & Kebebasan Bersuara:Perbincangan tentang bagaimana mahasiswa boleh menyuarakan pandangan secara matang dan bertanggungjawab dalam era media sosial, termasuk cabaran misinformation dan batas kebebasan bersuara.Segmen Akses Pendidikan & Masa Depan Graduan:Kupasan mengenai pendidikan sebagai alat mobiliti sosial, inisiatif pendidikan percuma kepada golongan memerlukan serta isu kebolehpasaran graduan dalam pasaran kerja semasa.Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Dengarkan episod ini untuk memahami bagaimana suara mahasiswa hari ini bukan sekadar pandangan — tetapi asas kepada pembinaan masa depan negara yang lebih inklusif dan progresif. 🎙️
-
18
Podcast KPT Episod 18 (Khas): UPU Online & Jom Masuk U
Bagaimana proses permohonan kemasukan ke IPTA sebenarnya dijalankan? Apakah yang perlu diketahui oleh pelajar dan ibu bapa sebelum membuat permohonan melalui UPU Online? Dan bagaimana program Jom Masuk U membantu bakal mahasiswa memilih laluan pengajian yang tepat?Dalam episod khas Podcast KPT kali ini, kita memberi tumpuan khusus kepada proses kemasukan pelajar ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2026/2027.Bersama:Encik Mohd Najib Mohd SarifPengarah Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA), Jabatan Pendidikan TinggiPerkongsian dalam episod ini merangkumi:• Proses permohonan UPU Online dan fasa permohonan• Cara memilih program pengajian yang tepat• Tips penting sebelum mengisi permohonan UPU• Maklumat mengenai Jelajah Pendidikan Tinggi – Jom Masuk U• Peluang dan akses pendidikan di 20 universiti awam, 36 politeknik dan 106 kolej komunitiEpisod ini sangat berguna khususnya kepada pelajar lepasan SPM, STPM dan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.Dengarkan episod khas ini untuk mendapatkan panduan lengkap mengenai proses kemasukan ke IPTA dan bagaimana anda boleh membuat pilihan pengajian yang terbaik. 🎓
-
17
Podcast KPT Episod 17 (Khas): Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia RPTM (2026-2035)
Apakah hala tuju baharu pendidikan tinggi negara untuk satu dekad akan datang? Bagaimana Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM) 2026–2035 akan memperkasa akses pendidikan, kebajikan mahasiswa serta pembangunan bakat negara?Dalam episod khas Podcast KPT kali ini, kita meneliti pengumuman penting yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri sempena peluncuran RPTM, termasuk inisiatif yang memberi impak langsung kepada pelajar dan ekosistem pendidikan tinggi negara.Antara yang dikupas dalam episod ini:Segmen Polisi & TVET:Dr. Shamsuri Abdullah (Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti)Kupasan mengenai pemerkasaan TVET, digitalisasi dan AI dalam politeknik serta perancangan menaik taraf politeknik Premier.Segmen Suara Mahasiswa:Haikal Nazhan Hamdan (Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan / Pelajar USIM)Pandangan mahasiswa terhadap pengumuman penting RPTM termasuk jaminan tempat IPTA, tambahan kuota kemasukan serta kebajikan pelajar.Segmen Perspektif Mahasiswa OKU:Khoo Chong Tian (Brian) – Pelajar Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia / OKU PenglihatanPerkongsian pengalaman sebagai mahasiswa OKU serta pandangan mengenai inisiatif pendidikan percuma kepada pelajar OKU.Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Dengarkan episod khas ini untuk memahami bagaimana RPTM 2026–2035 menjadi pelan strategik yang membentuk masa depan pendidikan tinggi Malaysia serta memperluaskan peluang kepada semua lapisan masyarakat. 🎙️
-
16
Podcast KPT Episod 16: Membina Juara - Dari Kampus ke Pentas Dunia
Bagaimana institusi pendidikan tinggi mampu melahirkan juara yang mengharumkan nama negara? Sejauh mana sokongan universiti membantu atlet pelajar menyeimbangkan antara akademik dan prestasi sukan? Dan bagaimana laluan TVET sebenarnya mampu membawa seseorang sehingga ke peringkat penyelidikan bertaraf dunia?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian dalam 3 segmen utama yang akan dikupas iaitu:Segmen Landskap KPT:Kupasan mengenai Rancangan Pendidikan Tinggi Malaysia (RPTM 2026–2035), usaha pembangunan bakat mahasiswa serta inisiatif kebajikan pelajar seperti program Dapur Siswa MADANI dan Karnival Jom Masuk Universiti.Segmen Perkongsian Pakar:Prof. Madya Dr. Thariq Khan Azizuddin Khan (Penyelaras Program Malaysia Juara & Ketua Jurulatih Olahraga, UPSI)Perkongsian mengenai pembangunan atlet pelajar, pendekatan latihan serta kejayaan pelari negara yang mencipta rekod kebangsaan.Segmen Kisah Kejayaan:Dr. Farah Amalina Ishak (Pensyarah Kanan, Fakulti Kejuruteraan Awam, UTM)Graduan TVET yang berjaya meraih PhD dan tersenarai dalam Top 2% Saintis Dunia, sekali gus membuktikan laluan TVET mampu melahirkan pakar bertaraf global.Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan episod penuh Podcast KPT dan hayati bagaimana pendidikan tinggi menjadi platform melahirkan bakat luar biasa — dari kampus hingga ke pentas dunia. 🎙️✨
-
15
Podcast KPT Episod 15: Pendidikan Tinggi 2026 - Reformasi Sistem, Kesejahteraan Pelajar
Adakah sistem pendidikan tinggi kita benar-benar bersedia mendepani era digital dan kecerdasan buatan? Sejauh mana isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti perlu diberi perhatian serius? Dan bagaimana IPTS turut memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan kritikal negara seperti bidang perubatan veterinar?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian dalam 3 segmen utama yang akan dikupas iaitu:Segmen Landskap KPT:Kupasan mengenai Amanat Tahun Baharu 2026, agenda pembinaan negara bangsa, pendidikan percuma, pengambilalihan sistem pra universiti serta reformasi sektor pendidikan tinggi.Segmen Perkongsian Pakar:YBrs. Prof. Madya Dr. Madihah Mohamad Shukri (Pensyarah Psikologi Kesihatan, Universiti Malaysia Terengganu)Topik: Isu kesihatan mental dalam kalangan pelajar universiti — trend semasa, faktor risiko dan kepentingan intervensi awal.Segmen Kisah Kejayaan:YBhg. Prof. Datuk Dr. Bashir Ahmad Fateh Mohamed (Dekan, School of Veterinary Medicine, MSU)IPTS pertama di Malaysia yang menawarkan program perubatan veterinar dan peranannya dalam menangani kekurangan doktor veterinar negara.Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan episod penuh Podcast KPT dan fahami bagaimana pendidikan tinggi bukan sahaja membina akademik, tetapi juga membentuk kesejahteraan pelajar dan memenuhi keperluan strategik negara. 🎙️✨
-
14
Podcast KPT Episod 14: Dari Universiti ke Industri - Masa Depan Pendidikan Tinggi
Adakah universiti hari ini cukup bersedia untuk berubah seiring keperluan industri? Bagaimana IPT boleh menjana pendapatan sendiri tanpa terlalu bergantung kepada dana kerajaan? Mampukah penyelidikan dan inovasi universiti benar-benar memberi impak kepada masyarakat dan ekonomi negara?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu:Segmen Landskap KPT:YBhg. Datuk Ts. Dr. Muhammad Nur Azman Hassan (Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan & Pembangunan), KPT)Segmen Perkongsian Pakar:Prof. Madya Ts. Dr. Nur Fariza A.B. Wahab (Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Industri dan Pembuatan, UTeM)Segmen Kisah Kejayaan:Prof. Dr. Muhammad Huzaimi Yusof (Head, Laboratory for Space Weather & Satellite Systems, UiTM)Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan perbincangan menarik dalam episod “Dari Universiti ke Industri: Masa Depan Pendidikan Tinggi” dan fahami bagaimana ekosistem pendidikan tinggi negara sedang bergerak ke arah perubahan yang lebih mampan dan berimpak 🚀
-
13
Podcast KPT Episod 13: Pendidikan, Pekerjaan & Inovasi – Sinergi di Festival of Ideas Putrajaya 2025
🎙️ Pendidikan, Pekerjaan & Inovasi – Sinergi di Festival of Ideas Putrajaya 2025Episod kali ini menghimpunkan pelbagai pihak penting dalam ekosistem pendidikan tinggi Malaysia — daripada agensi kerajaan hingga dunia industri dan universiti — yang berkongsi peranan masing-masing menjayakan Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025.Bersama tetamu jemputan Encik Wazid bin Zaidun (PERKESO), Prof. Datuk Dr. Mohammad Shatar Sabran (MQA), Dr. Asniza Saidiaini (TalentCorp) dan Dr. Muhammad Zulkarnain Abdul Rahim (USIM), episod ini membawakan pelbagai perspektif menarik:PERKESO: peluang kerjaya melalui Madani Premium Career Fair dengan 3,700 tawaran kerja & perlindungan sosial untuk semua, termasuk gig workers & suri rumah.MQA: memastikan kualiti pendidikan tinggi & laluan fleksibel melalui program APEL dan Micro-Credential, menuju sasaran 250,000 pelajar antarabangsa menjelang 2030.TalentCorp: membantu graduan bersedia ke alam pekerjaan dengan latihan, konsultasi kerjaya dan peluang gaji premium sehingga RM4,000 ke atas.USIM & UM: mengetengahkan inovasi sains kesihatan tempatan, dari prostetik hingga bahan bioperubatan hasil penyelidikan universiti Malaysia.🎧 Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
-
12
Podcast KPT Episod 12: Kelestarian Pendidikan, Globalisasi & Inovasi di Festival of Ideas Putrajaya 2025
🎙️ Kelestarian Pendidikan, Globalisasi & Inovasi di Festival of Ideas Putrajaya 2025Episod kali ini menampilkan pelbagai wajah dan cerita menarik daripada Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025 — platform terbesar Kementerian Pendidikan Tinggi untuk mempamerkan ekosistem pendidikan tinggi Malaysia yang progresif dan inklusif.Bersama Puan Mastura Mohd Khalid (PTPTN), Encik Novie Tajudin (EMGS), Dr. Aida (UKM) dan Ts. Dr. Azmi Harun (EUROC), episod ini membawa anda menelusuri perjalanan pendidikan tinggi negara dari pelbagai sudut:PTPTN: usaha memastikan akses pendidikan tinggi kekal mampan melalui pinjaman, simpan SSPN & kempen Lestari Pendidikan.EMGS: menjadikan Malaysia hab pendidikan serantau dengan servis visa terpantas dan portal biasiswa global ASEAN.UKM: inisiatif kesihatan mental, kesedaran kesuburan & kesihatan lelaki untuk warga kampus.EUROC: pertandingan robotik yang menyerlahkan inovasi pelajar IPTA, IPTS & politeknik.🎧 Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
-
11
Podcast KPT Episod 11: My Ideas Connect – Melakar Masa Depan, Merealisasikan Idea
🎙️ My Ideas Connect – Melakar Masa Depan, Merealisasikan IdeaDalam episod khas sempena Festival of Ideas Putrajaya 2025, kami membawakan perkongsian menarik bersama Cik Najib (UPU) dan Dr. Yam Chomai (JPPKK) tentang bagaimana FOI menjadi platform menyatukan idea, inovasi, industri dan komuniti.Dari My Ideas Connect hingga Career Carnival, pelbagai inisiatif diketengahkan untuk membuka peluang — bukan sahaja kepada pelajar, malah seluruh masyarakat. Ketahui bagaimana lebih 169 produk inovasi, 2,000 peluang kerjaya bergaji premium, dan pelbagai pameran teknologi serta warisan dipamerkan di PICC Putrajaya selama 5 hari penuh inspirasi.✨ Topik utama episod ini:My Ideas Connect: platform idea, inovasi & kolaborasiSinergi IPT, industri & komunitiPeluang kerjaya melalui TalentCorp & PERKESOTeknologi Watan & Inovasi Catur Pendidikan (Chess in Education)🎧 Dengarkan pandangan penuh dan ikuti kupasan eksklusif ini hanya di Podcast KPT.📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
-
10
Podcast KPT Episod 10: Festival of Ideas Putrajaya 2025 – Merakyatkan Ilmu, Menyemarakkan Inovasi
🎙️ Festival of Ideas Putrajaya 2025 – Merakyatkan Ilmu, Menyemarakkan InovasiEpisod khas Podcast KPT ini membawa anda ke jantung Festival of Ideas (FOI) Putrajaya 2025, sebuah inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi untuk merakyatkan idea dan inovasi hasil penyelidikan universiti tempatan.Dalam episod ini, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anis Ibrahim, dan Datuk Dr. Haji Megat Sani, Timbalan KSU (Dasar), berkongsi peranan FOI sebagai platform mempertemukan IPT, industri, komuniti dan pelajar, membina ekosistem pendidikan tinggi yang dinamik serta memperkukuh pengantarabangsaan pendidikan Malaysia.Turut diketengahkan – pameran ketamadunan Melayu, inovasi sarjana Muslim, dan teknologi immersif yang menggabungkan warisan dengan sains moden.✨ Topik utama:Sinergi IPT, industri & komunitiPengantarabangsaan pendidikan tinggiInovasi & penyelidikan universitiWarisan, teknologi dan budaya ilmu📲 Ikuti kami di YouTube, Spotify dan media sosial Borak Daily untuk episod seterusnya.
-
9
Podcast KPT Episod 9 (Khas): Festival Idea Putrajaya (FOI)
Festival of Ideas menghimpunkan idea, inovasi dan kreativiti rakyat dalam suasana santai yang meraikan ilmu dan bakat tempatan. Apa yang menjadikan Festival of Ideas tahun ini berbeza dan wajib dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian mengenai Festival of Ideas Putrajaya 2025 oleh:YBhg. Dato’ Dr. Mohd Shahril bin Abdullah (Pendaftar UTM selaku Ketua Penyelaras Festival Ideas Putrajaya 2025) Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #Mohe
-
8
Podcast KPT Episod 8: Ilmu, Integriti & Industri - Asas Kemajuan Pendidikan Tinggi
Bagaimana setiap bayaran balik PTPTN hari ini mampu menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang? Mengapa tindakan tegas terhadap pembuli siber penting untuk wujudkan dunia digital yang lebih selamat? Bagaimana TVET boleh jadi laluan masa depan bagi melahirkan generasi berkemahiran tinggi?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu: Segmen Landskap KPT: YBrs. Encik Ahmad Dasuki (Ketua Eksekutif Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN))Segmen Perkongsian Pakar:Prof. Dr. Nazura Abdul Manap (Professor Undang-Undang Teknologi Maklumat, Fakulti Undang-Undang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM))Segmen Kisah Kejayaan: Encik Syamsul Amry Ikhyar (Pengarah Utusan Crescent Gear Solution Sdn. Bhd) Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨
-
7
Podcast KPT Episod 7: Menjejak Bukti, Mencipta Legasi – Dunia Forensik & APEL
Bagaimana APEL membuka lebih banyak peluang dan keyakinan majikan terhadap calon berpengalaman? Kenapa bidang kritikal seperti forensik perlu jadi tumpuan dan pilihan generasi muda masa kini? Apa peranan pengiktirafan antarabangsa dalam melonjakkan pendidikan tinggi negara?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu: Segmen Landskap KPT: YBhg. Dato’ Prof. Dr. Mohammad Shatar Sabran (Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Qualifications Agency (MQA))Segmen Perkongsian Pakar:Dr. Nadiawati Dato’ Abdul Razak (Pensyarah Kanan Perubatan dan Pakar Forensik Fakulti Perubatan dan Kesihatan Pertahanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)) Segmen Kisah Kejayaan: Prof. Dr. Bany Ariffin Amin Noordin (Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SBE) Universiti Putra Malaysia ) Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #MOHE
-
6
Podcast KPT Episod 6: Graduan Masa Depan - Etika AI dan Peluang Tanpa Sempadan
Apa langkah terbaik untuk pastikan graduan benar-benar industry-ready? Bagaimana pelajar dapat menggunakan AI dengan beretika dan tepat? Bagaimana pelajar tahfiz boleh diberi lebih banyak peluang dalam pelbagai sektor?Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu: Segmen Landskap KPT: Dato’ Dr. Haji Mohd Zahari bin Ismail (Ketua Pengarah Politeknik & Kolej Komuniti Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Segmen Perkongsian Pakar:Prof. Madya Dr. Nurbiha binti A. Shukor (Pengarah Pusat Pembelajaran Digital dan Fleksibel Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Segmen Kisah Kejayaan: Encik Muhammad Luqman bin Roslin (Penyelaras Program Pensijilan Tahfiz Darul Quran JAKIM Politeknik Shah Alam)Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #Mohe
-
5
Podcast KPT Epsiod 5: Menelusuri Lanskap KPT - Inovasi, Biodiversiti dan Inspirasi Kejayaan
Bagaimana alumni boleh menyumbang semula untuk bantu pelajar?Adakah polisi sedia ada cukup untuk lindungi biodiversiti negara? Mampukah pelajar seimbangkan komitmen pertandingan dengan akademik?🔥 Jom sama-sama kita dengarkan perkongsian oleh pakar dalam 3 segmen yang akan dikupas iaitu: Segmen Landskap KPT: Dato’ Dr. Haji Megat Sany bin Megat Ahmad Supian (Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pendidikan Tinggi) Segmen Perkongsian Pakar:Prof. Ts. Dr. Mohd Azlan Jayasilan bin Abdul Gulam Azhad (Pengarah Institut Kepelbagaian Biologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)) Segmen Kisah Kejayaan: Puan Khairul Ashikin binti Abdullah Suhaimi (Pensyarah Utama, Program Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh) Hos: Encik Hafizi Rosli (Ketua Komunikasi Korporat)Jom dengarkan perkongsian menarik dalam podcast KPT mengenai pengantarabangsaan pendidikan tinggi ✨#PodcastKPT #KementerianPendidikanMalaysia #KPT #MOHE
-
4
Podcast KPT Episod 4: Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi
🎙️ Podcast KPT Episod 3: Agenda Transformasi Pendidikan Tinggi – Patriotisme, Penyelidikan dan Inovasi LautanDalam episod kali ini, kami membincangkan:Pencapaian universiti penyelidikan Malaysia di peringkat global 🌍Wawancara eksklusif bersama Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anis Ibrahim mengenai 10 Agenda Transformasi KPTKupasan sejarah penjajahan dan semangat patriotisme bersama Prof. Madya Dr. Muhammad Suhaimi Esa (UMS) 🇲🇾Kejayaan saintis Malaysia menyertai OceanX Mission 2024, misi eksplorasi oceanografi tercanggih dunia 🌊Ikuti perbincangan penuh inspirasi ini dan fahami bagaimana pendidikan tinggi memainkan peranan penting dalam membina masa depan negara.
-
3
Podcast KPT Episod 3: AI, TVET & Pendidikan Tinggi: Mencorak Generasi Malaysia
🎙️ Podcast KPT Episod 2Dalam episod kali ini, kami kupas isu penting dalam pendidikan tinggi negara:Peranan AI & teknologi dalam ekosistem universitiTVET sebagai arus perdana, bukan lagi pilihan kelas keduaFakta sebenar penyusuan susu ibu bersama pakar perubatan keluargaKisah kejayaan UiTM melahirkan graduan perakaunan ACCA terbaik duniaIkuti perkongsian bersama Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, pakar akademia, dan tokoh universiti yang membuka minda tentang masa depan pendidikan tinggi Malaysia.
-
2
Podcast KPT Episod 2 (Khas): Menduniakan Pendidikan Tinggi
Bersama tetamu jemputan, Prof. Dr. Sufian Jusoh, Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Episod kali ini mengupas pengantarabangsaan pendidikan tinggi iaitu bagaimana Malaysia melangkah ke pentas global dengan ilmu, inovasi dan bakat mahasiswa.Dengarkan perbincangan menarik tentang peluang, cabaran dan masa depan pendidikan tinggi yang merentasi sempadan negara.Ikuti podcast KPT & hayati visi #MalaysiaMadani dalam mendidik generasi mendunia.Tekan play, isi masa anda dengan ilmu dan cerita bermanfaat bersama Podcast KPT.#PodcastKPT#RancakkanMADANI#MADANIbekerja#MalaysiaMADANI
-
1
Podcast KPT Episod 1: Bersama YBM Menteri Pendidikan Tinggi
Tetamu istimewa bersama YB Dato' Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi.Tajuk: Kementerian Pendidikan Tinggi Terajui Pemikir NegaraJom dengar pandangan inspirasi dari dunia pendidikan tinggi yang akan membuka mata & hati anda.Daripada isu semasa, peluang masa depan hinggalah kisah kejayaan anak bangsa. Semua di satu platform.Tekan play, isi masa anda dengan ilmu dan cerita bermanfaat bersama Podcast KPT.#KPT #PodcastKPT #RancakkanMADANI #MADANIbekerja #MalaysiaMADANI
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
Loading similar podcasts...