PODCAST · news
Khabarnya Podcast
by Khabarnya Podcast
Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman. Perjalanan bermula disini.
-
57
Khabarnya S2EP11: Anak Muda Johor Sudah Tidak Termakan Naratif Politik Lama
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta YB Amira Aisya Abdul Aziz, Presiden MUDA dan ADUN Puteri Wangsa, membincangkan hala tuju politik Johor menjelang pilihan raya negeri, cabaran menjadi pembangkang, serta kedudukan parti-parti politik dalam landskap baharu Malaysia.#Khabarnya #Season2#AmiraAisya#MUDA#Johor#PRNJohor#PolitikMalaysia#KosSaraHidup#PusatData#AnakMuda#Malaysia
-
56
Khabarnya S2EP10: Rafique Rashid - Yusoff Rawther Dibelenggu Ketakutan
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta peguam Rafique Rashid, membincangkan perkembangan terkini melibatkan Yusoff Rawther, permohonan suaka di United Kingdom, serta implikasinya terhadap prosiding mahkamah yang masih berjalan di Malaysia.#Khabarnya #Season2#RafiqueRashid#YusoffRawther#PolitikMalaysia#Mahkamah#SuakaPolitik#HakAsasi#Malaysia #UnitedKingdom
-
55
Khabarnya S2EP9: Patutkah UEC Diiktiraf? Prof Teo Beri Jawapan Tegas
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Prof. Emeritus Datuk Dr. Teo Kok Seong, Felo Penyelidik Utama Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC) dan kedudukannya dalam sistem pendidikan negara. Episod ini menyentuh persoalan pengiktirafan UEC, kedudukan Bahasa Melayu sebagai asas jati diri negara, serta cabaran pembinaan negara apabila wujud laluan pendidikan yang bergerak di luar sistem kebangsaan.#Khabarnya #Season2#ProfTeoKokSeong#UEC #DongZong#PolitikMalaysia #PendidikanMalaysia#BahasaMelayu #SistemPendidikanKebangsaan#IdentitiNasional #PerpaduanMalaysia
-
54
Khabarnya S2EP8: [Part 2] Undi Melayu Nak Ke Mana Kali Ini?
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Isham Jalil, meneruskan perbincangan tentang hala tuju politik negara menjelang pilihan raya akan datang. Episod ini menyentuh kemungkinan pilihan raya negeri, percaturan kerjasama parti, kedudukan UMNO dalam kerajaan perpaduan, serta persoalan lebih besar tentang undi Melayu, penyatuan politik dan strategi pembangkang menuju PRU.#Khabarnya #Season2 #IshamJalil #PolitikMalaysia #PRU16 #PilihanRayaNegeri #UMNO #PH #BN #PN #DAP #UndiMelayu #PenyatuanMelayu #Malaysia
-
53
Khabarnya S2EP7: [Part 1] Ini Ke Prioriti Kerajaan Waktu Ekonomi Menekan?
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Isham Jalil. Mereka membincangkan rundingan ekonomi negara yang mula dipersoalkan, kesan dasar kerajaan yang semakin dirasai rakyat, serta keupayaan kerajaan melindungi rakyat ketika ekonomi makin menekan.#Khabarnya #Season2 #IshamJalil #PolitikMalaysia #EkonomiMalaysia #KosSaraHidup #SubsidiDiesel #ART #LNG #Malaysia
-
52
Khabarnya S2EP6: [Part 2] Bila Isu Budaya dan Agama Jadi Ujian Pasaran Politik
Dengarkan perbincangan sambungan episod yang lepas bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Sir Azri, meneruskan perbincangan tentang isu semasa yang semakin menguji sentimen rakyat. Episod ini menyentuh isu penternakan babi di Selangor, bantahan terhadap Rain Rave Water Music Festival, serta dakwaan bahawa isu budaya dan agama sedang dijadikan alat politik menjelang pilihan raya.#Khabarnya #Season2 #SirAzri#WanMuhammadAzri #Papagomo#PolitikMalaysia #IsuBabi #RainRave#Selangor #JAWI #DAP #PKR #UMNO#PenyatuanMelayu #PRU16 #Malaysia
-
51
habarnya S2EP5: [Part 1] Jammer depan rumah Sir Azri. Siapa dalangnya?
Dengarkan perbincangan episod kali ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Sir Azri. Beliau menceritakan kisah jammer yang diletakkan di kediamannya, tindakan pihak berkuasa, serta dakwaan tentang pemantauan media sosial dan penglibatan pihak berkuasa dalam siasatan kandungan digital beliau.#Khabarnya #Season2#SirAzri #Papagomo#PolitikMalaysia #KebebasanBersuara #AktaHasutan #Penguatkuasaan #MediaSosial#KuasaRakyat #Malaysia
-
50
Khabarnya S2EP4: Albert Tei Bongkar Politik Dua Bahasa DAP
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Albert Tei, meneruskan kisah beliau daripada pengadu kes rasuah kepada aktivis yang semakin lantang di lapangan. Episod ini membincangkan perkembangan kes mahkamahnya, perhimpunan “Tangkap Azam Baki” yang didakwa menjadi pentas politik DAP serta dakwaan corporate mafia yang dikaitkan dengan SPRM. Menurut pendedahan yang dikongsikan, perbincangan turut menyentuh isu Sofea Rini dan persoalan lebih besar tentang kepercayaan terhadap institusi serta siapa sebenarnya dilindungi dalam sistem.#Khabarnya #Season2#AlbertTei#PolitikMalaysia #AzamBaki #SPRM#CorporateMafia #SofeaRini#DAP #Sabah #Whistleblower#Aktivisme #Rasuah #KuasaRakyat
-
49
Khabarnya S2EPS3: PAS Sedia Memerintah, atau Masih Mencari Arah?
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dr. Nurul Islam Mohamed Yusoff, Jurutera dan ahli PAS di peringkat pusat, membincangkan evolusi PAS daripada perspektif dalaman. Episod ini menyentuh peranan golongan profesional dalam parti, cabaran mengimbangi identiti Islam dengan pendekatan polisi, serta usaha PAS membuktikan keupayaan mentadbir di peringkat negeri. Perbincangan turut melihat jurang antara persepsi dan realiti, termasuk isu Akta 355, naratif ekstremisme, penerimaan bukan Muslim, serta kedudukan PAS dalam Perikatan Nasional dan hala tuju politik semasa.#Khabarnya #Season2#DrNurulIslamMohamedYusoff#PAS #PerikatanNasional#PolitikMalaysia#Akta355#Governance #DasarAwam#PersepsiVsRealiti
-
48
Khabarnya S2EP2: Kenapa Anak Muda Melayu Semakin Tak Peduli?
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Nazrin Ramlan, pegawai khas ahli politik, membincangkan gerakan “Payung Besar Melayu” dan usaha menyatukan orang Melayu dalam landskap politik semasa. Episod ini menyentuh persoalan utama tentang perpecahan politik Melayu, keperluan kuasa politik sebagai asas kestabilan, serta jurang yang semakin melebar dalam aspek ekonomi dan pendidikan. Perbincangan turut melihat bagaimana generasi muda Melayu hari ini berdepan dilema antara keberanian bersuara dan stigma perkauman, serta persoalan lebih besar sama ada perjuangan ini benar-benar realiti atau sekadar retorik politik.
-
47
Khabarnya Kembali S2EP1: Banyak Yang Tertangguh, Banyak Juga Yang Meledak
Dengarkan perbincangan episod ini bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu yang tidak asing lagi, Peguam Rafique Rashid, mengupas beberapa isu besar yang terus hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini. Antara yang dibincangkan ialah Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), isu ART, dakwaan corporate mafia, penangkapan tiga anak muda yang memprotes semasa ucapan Azam Baki, perkembangan kes Yusoff Rawther, serta kesan diesel dan subsidi kepada rakyat.#Khabarnya #Season2#RafiqueRashid#PolitikMalaysia #URA #ART#CorporateMafia #AzamBaki #YusoffRawther #IRAN#SubsidiDiesel #Diesel #EkonomiMalaysia#PerpaduanMelayu #Malaysia
-
46
Khabarnya EP48: UEC - Perang Orang Tua Di Bahu Orang Muda?
Dengarkan perbincangan episod ke-48 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Eddin Khoo, Pengasas PUSAKA dan aktivis kebudayaan, membincangkan isu Unified Examination Certificate (UEC), pengiktirafannya dalam sistem pendidikan negara, serta polemik yang terus mencetuskan perdebatan tentang identiti, bahasa dan integrasi nasional.#Khabarnya #EddinKhoo #UEC #DongZong #PolitikMalaysia #PendidikanMalaysia #BahasaMelayu #IdentitiNasional #Integrasi
-
45
Khabarnya EP47: Datuk Bandar Dipilih atau Dilantik: Siapa Untung, Siapa Rugi?
Dengarkan perbincangan episod ke-47 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dr. Armin Baniaz Pahamin dan Mahdzir Ibrahim membincangkan isu dan ideologi pemilihan Datuk Bandar, hak kesamarataan, keadilan dan pengundi melayu yang semakin berkurang. #Khabarnya #DrArminBaniaz #MahdzirIbrahim #PolitikMalaysia #DatukBandar #Ideologi #PilihanRaya
-
44
Khabarnya EP46: Perang Rasuah Secara Munafik? Siapa Sebenarnya Ditekan?
Dengarkan perbincangan episod ke-46 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan kesinambungan pendedahan skandal ATM daripada episod-episod sebelum ini. Episod ini memfokuskan tiga perkara utama: intimidasi dan undang-undang sebagai alat “perang”, persoalan sama ada perang rasuah benar-benar menyasar kartel atau hanya pihak tertentu, serta pembukaan front baharu melibatkan isu Zakat dan CUEPACS.Perbincangan ini turut membongkar tekanan dan tindakan balas yang didakwa semakin jelas, termasuk ketiadaan perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat, sekali gus mencetuskan persoalan besar tentang keberanian rakyat, kelemahan sistem perlindungan dan ke mana sebenarnya arah usaha membanteras rasuah ini.
-
43
Khabarnya EP45: Skandal ATM: Adakah Harta, Takhta dan Wanita Puncanya?
Dengarkan perbincangan episod ke-45 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, meneruskan perbincangan pendedahan skandal ATM, susulan beberapa tangkapan dan rampasan yang dilaporkan berlaku dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini.Dalam episod ini, tumpuan beralih kepada bagaimana satu skandal mula terbongkar bukan melalui siasatan rasmi, tetapi akibat kecuaian dalaman, termasuk dakwaan gambar yang diambil oleh teman wanita berusia 26 tahun di sebuah safehouse, yang akhirnya membuka rentetan persoalan tentang kebocoran, perlindungan kartel dan bagaimana kuasa sebenar beroperasi di sebalik tabir.Perbincangan ini turut mengaitkan pendedahan tersebut dengan Ops Jebat, satu isyarat bahawa apabila kuasa disalah guna dan kartel dilindungi, rakyat akan bangkit berpegang pada prinsip lama: raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.
-
42
Khabarnya EP44: Ops Hiroshima - Pendedahan Selasa Bakal Menggegarkan MINDEF?
Dengarkan perbincangan episod ke-44 bersama Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Che GuBard, yang meneruskan pendedahan skandal ATM di fasa Ops Hiroshima yang bakal didedahkan selasa ini. Dalam episod ini, tumpuan diberikan kepada Ops Hiroshima — satu pendedahan yang mengangkat kebimbangan serius berkaitan perolehan pertahanan, keputusan kritikal, dan implikasinya terhadap keselamatan negara. Perbincangan ini memberi konteks bagaimana rangkaian pendedahan ini bermula, mengapa ia digerakkan, dan kenapa isu ini kini menjadi perhatian ramai. Ini bukan soal menjatuhkan institusi.Ini soal akauntabiliti.
-
41
Khabarnya EP43: Albert Tei - Hari Ini Saya, Esok Siapa? [Part 2]
Dengarkan perbincangan episod ke-43 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun, meneruskan kisah pendedahan episod sebelumnya.Dalam episod ini, Albert mengulas harga yang perlu dibayar selepas pendedahan dibuat. Daripada tekanan berterusan, dakwaan layanan dua darjat dalam siasatan sehinggalah kesan langsung terhadap keselamatan dan kesejahteraan keluarganya. Perbincangan ini membawa perbualan ke tahap seterusnya: apabila seseorang memilih untuk melawan sistem, sejauh mana masyarakat bersedia berdiri bersama dan apakah harga yang sanggup dibayar demi kebenaran? #Khabarnya #KhabarnyaEP43#AlbertTei #PolitikMalaysia #EksposRasuah #RasuahSabah #SPRM #Whistleblower #Penguatkuasaan #Reformasi
-
40
Khabarnya EP42: Albert Tei - pendedah atau perasuah? [Part 1]
Dengarkan perbincangan episod ke-42 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Peguam Malaysia, Rafique Rashid sebagai hos interim serta tetamu Albert Tei, usahawan berusia 37 tahun yang tampil mendedahkan isu rasuah dan kelemahan penguatkuasaan di Sabah.Beliau berkongsi bagaimana dirinya, yang tampil sebagai pengadu dalam isu pelombongan, akhirnya diperlakukan sebagai suspek — daripada dakwaan dipaksa memberi rasuah, penolakan laporan oleh SPRM, sehinggalah serbuan bersenjata ke atas rumahnya ketika ahli keluarga berada di dalam.Pendedahan ini membuka persoalan lebih besar tentang keberkesanan undang-undang anti-rasuah di Malaysia: adakah masalah sebenar terletak pada akta, atau pada penguatkuasaan yang memilih siapa untuk didakwa dan siapa untuk dilindungi?
-
39
Khabarnya EP41: Menteri Sukan elak akauntabiliti sasaran pingat sukan SEA?
Dengarkan perbincangan episode ke-41 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Arnaz M. Khairul, wartawan sukan veteran dengan lebih 20 tahun pengalaman, membincangkan isu hangat dunia sukan negara. Beliau mengupas isu polisi “Tiada Sasaran Pingat”, data & trend prestasi atlet Malaysia, FAM, FIFA, kontroversi pemain naturalisasi dan banyak lagi.
-
38
Khabarnya EP40: ART - Perjanjian Perdagangan atau Perangkap Kuasa?
Dengarkan perbincangan episod ke-40 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu P. Waytha Moorthy, bekas Menteri Perpaduan yang membincangkan aspek perundangan dan kenegaraan di sebalik perjanjian timbal balas Malaysia–Amerika. Beliau menjelaskan bagaimana proses perjanjian ini sepatutnya melalui empat peringkat perlembagaan, mengapa tandatangan eksekutif tanpa melibatkan kerajaan negeri boleh dianggap sebagai tindakan yang membolot kuasa persekutuan, serta implikasinya terhadap kedaulatan ekonomi, keselamatan negara dan hak negeri.#KhabarnyaEP40#WaythaMoorthy#PolitikMalaysia#PerjanjianAmerika#KedaulatanNegara#KuasaNegeri#PerlembagaanMalaysia#EkonomiMalaysia#HalalMalaysia#RegulatoryDeal#MalaysiaUSDeal#PenjajahanAlaBaharu
-
37
Khabarnya EP39: Penemuan Kapal di Melaka — Adakah Sejarah Kesultanan Melaka Bakal Ditulis Semula?
Dengarkan perbincangan mendalam dalam episod ke-39 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu jemputan Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad, Pengarah ATMA, UKM. Episod ini membongkar dunia arkeologi maritim di tanah air dan apa yang membezakan kajian laut daripada arkeologi darat.Penemuan kapal bersejarah di Melaka baru-baru ini membuka ruang perdebatan baru, adakah ini bukti kukuh bahawa Kesultanan Melayu Melaka benar-benar sebuah empayar maritim terunggul? Atau adakah ia akan merombak semula naratif sejarah yang kita kenali selama ini?Sertai kami dalam perbincangan eksklusif ini, penuh fakta, analisis mendalam, dan kemungkinan baharu yang bakal mengubah pemahaman kita tentang tamadun Melayu.#Khabarnya #KhabarnyaEP39 #Melaka #SejarahMelaka #KesultananMelayuMelaka #ArkeologiMaritim #ATMA #UKM #SejarahMelayu #TamadunMelayu #PenemuanKapalMelaka #KapalMelaka #ArkeologiMalaysia #MaritimeArchaeology #HistoryDiscussion #DocumentaryMalaysia #MelakaHistory #EmpayarMelayu #SejarahNusantara #MalaysiaHeritage #MalayCivilization #Nusantara #Sejarah #PodcastMalaysia #DiskusiSejarah #KapalPurba #WarisanMelayu #SejarahKapal #Arkeologi
-
36
Khabarnya EP38: Antara Dolar dan Dinasti — Malaysia Diapit Dua Empayar?
Sambungan EP37, kali ini Isham Jalil membongkar realiti suram yang menanti masa depan Malaysia.Perjanjian Amerika tidak membawa untung, malah menggadaikan kedaulatan dan hubungan dengan China. Dari Boeing & RTD hingga isu geopolitik Taiwan, rantaian cip, dan keselamatan tenaga, setiap langkah Malaysia diperhatikan dunia, dan tekanan ekonomi serta politik semakin nyata.Dengar. Fikir. Nilai.#KhabarnyaEP38 #IshamJalil #PolitikMalaysia #SerahTengkuk #MalaysiaUSDeal #KedaulatanEkonomi #GeopolitikAsia #BoeingDeal #RDA #DolarVsDinasti
-
35
Khabarnya EP37: PMX Serah Tengkuk Pada Washington?
Dengarkan perbincangan episod ke-37 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Isham Jalil, pengulas politik dan bekas Ketua Penerangan UMNO.Mereka membincangkan dinamika PRN Sabah dan topik terhangat.Kita mula berlutut kepada Amerika dengan menandatangani perjanjian ART (rujuk Artikel 5.1, 7.4 & 3.3)? Adakah kedaulatan negara mula tergadai kerana seorang senator? Apakah kita benar-benar ‘menjual’ kedaulatan ekonomi demi pengurangan tarif 19%Dengarkan. Fikir. Nilai.#KhabarnyaEP37#IshamJalil#PolitikMalaysia#USPolitics#PRNSabah#PilihanRaya#Pembangkang#SabahVotes#PerjanjianAmerika #TradeDealMalaysia #MalaysiaUSDeal #EkonomiMalaysia #SovereigntyMalaysia #TariffMalaysia
-
34
Khabarnya EP36: PRN Sabah & Justice For Zara
Dengarkan perbincangan episod ke-36 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Urus, kembali bersuara tentang apa yang berlaku di Sabah.Mereka membincangkan perkembangan inquest kes adik Zara, suara rakyat menjelang PRN Sabah, dan harapan agar keadilan serta pembangunan benar-benar sampai ke rakyat.#KhabarnyaEP36 #JocelynUrus #JusticeForZara #Sabah #Borneo #PRNSabah #UndiSabah #SabahElection #SuaraAnakSabah #SabahSabah #PolitikMalaysia
-
33
Khabarnya EP35: FIFA 7-0 FAM
Dengarkan perbincangan episod ke-35 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif serta tetamu Rizal Hashim, penganalisis sukan dan wartawan berpengalaman lebih 30 tahun dalam dunia bola sepak tanah air.Mereka membincangkan isu pemain naturalisasi dan krisis pemalsuan dokumen FAM, peranan pihak ketiga, serta pengajaran daripada kejatuhan maruah Harimau Malaya di mata dunia.#KhabarnyaEP35 #RizalHashim #SukanMalaysia #FAM #HarimauMalaya #RobFriend #BolaSepakMalaysia
-
32
Khabarnya EP34: Vernakular - Legasi atau Penyesalan Sebuah Bangsa?
Dengarkan perbincangan episod ke-34 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Prof. Dr. Datuk Teo Kok Seong — intelektual pendidikan yang lantang memperjuangkan isu bahasa, jati diri dan dasar nasional.Mereka membincangkan integrasi dan asimilasi dalam sistem pendidikan, kekeliruan bahasa dan identiti kebangsaan serta politik kaum dalam konteks Malaysia moden.#KhabarnyaEP34 #TeoKokSeong #PolitikMalaysia #SekolahVernakular #IntegrasiVsAsimilasi #IdentitiKaum #BahasaMelayu
-
31
Khabarnya EP33: Hidup Dalam Bayangan Azmin, Sampai Bila?
Dalam episod Khabarnya kali ini, bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, kami bawakan YB Hilman Idham, ADUN Gombak Setia yang tidak asing lagi dengan dunia politik tanah air. Dari kisah latar belakang hingga ke perjalanan getir — dipecat dari PKR, serta usaha keluar dari bayangan Azmin Ali. Mereka membincangkan mengenai kualiti perbahasan dalam dewan negeri, kepentingan pendidikan politik dan pandangan beliau terhadap kerajaan sekarang yang porak-peranda. #Khabarnya#HilmanIdham#GombakSetiaRumahKita#PolitikMalaysia#Armada#IsuSemasa
-
30
Khabarnya EP32: MCA kritik kerana tanggungjawab
Dengarkan perbincangan episod ke-32 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Wong Siew Mun, Ketua Pemuda MCA Pahang.Beliau berkongsi kisah sebagai perintis wanita dalam Pemuda MCA, kontroversi isu data rakyat, dan peranan MCA dalam landskap politik semasa.#KhabarnyaEP32 #WongSiewMun #PemudaMCA #PolitikMalaysia #IsuDataRakyat #IsuSemasa
-
29
Khabarnya EP31: Sabah, ke mana kita bah...
Dengarkan perbincangan episod ke-31 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu YB Datuk Seri Dr. Ronald KiandeeMereka membincangkan peranan wakil rakyat berbanding perancangan kementerian, keadaan politik pragmatik Sabah, dan tuntutan penghormatan kepada Akta 112C.
-
28
Khabarnya EP30: Jeritan keadilan Justice for Zara!
Dengarkan episod ke-30 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Jocelyn Lizawati Urus, aktivis sosial dan Timbalan Presiden Parti Suara Anak Sabah.Episod ini menampilkan pengumuman eksklusif peralihan Jocelyn ke arena politik.Kami membahas bagaimana dia bermula sebagai aktivis solo sejak 2021, kronologi dan impak kes adik Zara yang tular, serta motivasi menubuhkan dan berkhidmat melalui Parti Suara Anak Sabah.
-
27
Khabarnya EP29: Ainie londeh Isu URA & siapa ‘Mr 47’
Dengarkan episod ke-29 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta tetamu Ainie Haziqah, Setiausaha Agung MUDA dan pengamal undang-undang.Mereka membincangkan penerusan legasi Syed Saddiq di MUDA, kontroversi rang undang-undang URA dan impaknya ke atas komuniti, serta isu Letter of Demand daripada ‘Mr 47’.#KhabarnyaEP29 #AinieHaziqah #MUDA #URA #Mr47 #LetterOfDemand #isusemasa#PolitikMalaysia
-
26
Khabarnya EP28: Why Now Waytha Moorthy?!
Dengarkan episod ke-28 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka membincangkan mengenai Perkara 42 Lembaga Persekutuan, kos sara hidup meningkat, dan betapa pentingnya mempertahankan peruntukan perlembagan.#Khabarnya #WaythaMoorthy#Perkara42#Perlembagaan#isusemasa#PolitikMalaysia
-
25
Khabarnya EP27: Bongkar! Pengakuan Dr. Afif di sebalik pemecatan dari Parti Derita
Dengarkan episod ke-27 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu YB Dr. Afif Bahardin, ADUN Taman Medan. Mereka membincangkan pencalonan pertama beliau di Seberang Jaya, jurang kadar kemiskinan bandar dan penyebaran strategik warga bandar.
-
24
Khabarnya EP26: 16 Sebatan untuk 16 Tuduhan – penahanan Chegubard dijelaskan
Dengarkan perbincangan episode ke-26 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu jemputan seorang aktivis politik, Encik Badrul Hisham Shaharin (Chegubard). Mereka menyelami mengapa beliau ditahan selepas mengikuti himpunan Turun Anwar, semangat generasi baru reformasi dan konsep Mahkamah Rakyat di seluruh dunia.
-
23
Khabarnya EP25: Suara lantang Isham Jalil!
Dengarkan perbincangan episode ke-25 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman menemubual tetamu kontroversial, Hizatul Isham bin Abdul Jalil atau lebih dikenali dengan nama Isham Jalil. Mereka menyelami mengenai latar belakang beliau dalam politik, akar umbi UMNO, keadaan ekonomi dan hutang negara. Adakah suara beliau didengari? Tonton sampai habis untuk ketahui lebih lanjut!
-
22
Khabarnya EP24: YB Mas Ermieyati, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang hebat!
Dengarkan perbincangan episode ke-24 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, menemubual YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Samsudin.Mereka menyelami peralihan parti dari UMNO ke Bersatu, kontroversi BlackRock dalam projek MHB, dan keberkesanan PAC sebagai tubuh pendesak politik rakyat.#Khabarnya #MasErmieyati #Bersatu #isusemasa #PolitikMalaysia #PeralihanParti #BlackRockMHB #KuasaKonsensus
-
21
Khabarnya EP23: Rahsia Kerja Tun M di Usia 100 bersama Sufi Yusoff
Dengarkan perbincangan khas sempena hari jadi ke 100 Tun Dr Mahathir Mohamad dalam episode ke-23 ini.Dibawa oleh pengarang veteran Shamsul Akmar dan host interim, Ahmed Thaqif menemubual Sufi Yusoff, pegawai khas kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad.Kami membincangkan disiplin kerja seorang lagenda, kepimpinan semasa krisis kewangan 1998, wawasan antarabangsa (dari Langkawi ke Antartika) dan banyak lagi.*Episod ini dirakam pada 9 Julai 2025#KhabarnyaEP23 #SufiYusoff#TunMahathir100 #PolitikMalaysia#DisiplinKerja #Krisis1998 #PolitikMultiras
-
20
Khabarnya EP22: Adakah Hari Cukai Negara lambang reformasi PMX?
Dengarkan perbincangan episod ke-22 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu aktivis politik, Dato’ Seri Khairuddin Abu Hassan. Mereka menyelami penahanan SOSMA akibat penentangan awal 1MDB, pengalaman akar umbi Parlimen Jasin, dan kritikan tajam terhadap kerajaan ‘syok sendiri’.Seruan himpunan demonstrasi pada 26 Julai turut dibuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.#Khabarnya#SOSMA #TurunPadangJasin#KerajaanSyokSendiri #SST#Demo26Julai #PolitikMalaysia
-
19
Khabarnya EP21: Pengasas HINDRAF - Waytha Moorthy
Dengarkan perbincangan episode ke-21 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Waytha Moorthy. Mereka menyelami penubuhan Parti Kemajuan Malaysia untuk membela nasib masyarakat India miskin, krisis perlantikan dalam badan kehakiman, dan kebocoran laporan polis yang menggugat integriti sistem keadilan.#KhabarnyaEP21 #WaythaMoorthy#HINDRAF#PartiKemajuanMalaysia #KrisisKehakiman #LaporanPolisSuruhanjaya#PolitikMalaysia
-
18
Khabarnya EP20: Jebat Masih Derhaka!
Dengarkan episod ke-20 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman serta dengan kehadiran semula, Affendy bin Zainan a.k.a Jebat Derhaka sebagai tetamu undangan.Mereka menyelami wabak ketidaksatuan Melayu, kekecewaan terhadap kepimpinan PMX, dan desakan wajah baharu dalam dunia kepimpinan politik.*Episod ini dirakam pada 18 Jun 2025#Khabarnya#JebatDerhaka #JebatTJDM#KetidaksatuanMelayu #ManifestoPMX #WajahBaharu #PolitikMalaysia
-
17
Khabarnya EP19: Bebas Mengejut!!! Apa next move Yusoff Rawther?
Dalam episod 19 ini, kami bawakan perbincangan panas dan penuh emosi berkenaan kebebasan Yusoff Rawther bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Peguam, Rafique Rashid.Mereka menyelami kegagalan pendakwaan jenayah akibat tiada bukti forensik, detik emosional sujud syukur di mahkamah, dan strategi undang-undang seterusnya termasuk rayuan jenayah serta saman sivil.#KhabarnyaEP19 #politikmalaysia#RafiqueRashid #YusoffRawther #sujudsyukur#IwantJustice#Justice4YusoffRawther#SamanSivil
-
16
Khabarnya EP18: Kenapa Jebat Derhaka???
Dengarkan perbincangan episode ke-18 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Affendy bin Zainan atau lebih dikenali sebagai Jebat Derhaka—apa cerita disebalik namanya? YouTuber sensasi yang dikenali kerana content penuh berani dan 'straight to the point' ini berkongsi pandangannya.#Khabarnya #JebatDerhaka #JebatTJDM #PolitikMalaysia
-
15
Khabarnya EP17: Wasilah Politik Islam bersama Dato’ Seri Mohammad Fairus Khairuddin
Dengarkan perbincangan episode ke-17 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Dato’ Seri Mohammad Fairus Khairuddin (Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang)—mereka menyelami realiti sokongan Melayu kepada PKR dan cabaran kaum Melayu di Pulau Pinang, penyatuan UMNO ke dalam PH, dan jaminan kerusi Perdana Menteri untuk Melayu Islam.#Khabarnya#MohammadFairusKhairuddin #PolitikMalaysia#WasilahPolitik#PulauPinang#partikeadilanrakyat#budayaberilmu
-
14
Khabarnya EP16: GEN Z tak kisah tentang politik???
Dengarkan perbincangan episode ke-16 ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Gen Z Ahmed Thaqif Iman — mereka menyelami harapan politik Gen Z untuk negara, kemerosotan minat Gen Z dalam politik dan pandangan terhadap wakil belia kini. Di penghujung episod, hos mengupas persaingan antara Nurul Izzah dan Rafizi Ramli menjelang pemilihan Timbalan Presiden PKR.#Khabarnya #AhmedThaqifIman#PolitikMalaysia #HarapanGenZ #WakilBelia #PemilihanTimbalanPKR#NurulIzzahVsRafizi
-
13
Khabarnya EP15: Masa Depan Perjuangan Melayu bersama Datuk Marzuki Yahya
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, bersama Datuk Marzuki Yahya, bekas Timbalan Menteri Luar dan Ketua Setiausaha Gerakan Proklamasi Orang Melayu tentang cabaran dan pengalaman dalam perjuangan politik, terutama dalam konteks penyatuan Melayu dan masa depan politik Melayu di Malaysia. #Khabarnya #MarzukiYahya #politikmalaysia #PenyatuanMelayu #UMNO #BERSATU #integritipolitik
-
12
Khabarnya EP14: Aktivis politik bebas - Sir Azri
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual ekslusif bersama Sir Azri tentang kelebihan tidak berparti, isu perut dan poket serta penyatuan kaum melayu.#Khabarnya #SirAzri #politikmalaysia #TeamWalabot #Papagomo #integritipolitik #politikbebas #RasuahatauMaruah
-
11
Khabarnya EP13: Isu Jalur Gemilang, Penjenamaan KTMB & Tarif Trump
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, membincangkan kontroversi Jalur Gemilang tanpa bulan sabit, isu penjenamaan semula KTMB, serta gambaran keseluruhan tarif baru oleh Presiden Donald Trump.
-
10
Khabarnya EP12: Pengarah Filem - Areel Abu Bakar
Dengarkan perbincangan episode 12 bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, serta tetamu Areel Abu Bakar, di mana beliau berkongsi permulaan kerjayanya dalam bidang sinematografi – bermula sebagai pembantu produksi, realiti dunia filem melayu di luar negara, serta esensi sinematik yang dicari oleh beliau.#khabarnya #areelabubakar #filemmalaysia #pengarah #geranmovie #moviemalaysia
-
9
Khabarnya EP11: Peguam 'Abang Belon' - Rafique Rashid
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Rafique Rashid mengenai isu 'Abang Belon' dan kes Yusoff Rawther.#khabarnya #rafiquerashid #abangbelon #yusoffrawther #politikmalaysia #undangundangmalaysia
-
8
Khabarnya EP10: Bersama Na’im Brundage - Penganalisis Politik, Ahli Jawatankuasa ARMADA BERSATU
Dengarkan perbincangan episode kali ini bersama pengarang veteran Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman, temubual eksklusif bersama Na’im Brundage mengenai, jurang gaji bumiputera dan bukan bumiputera, kepercayaan terhadap Dasar Parti PKR serta isu hak milik harta.#khabarnya #naimbrundage #politikmalaysia #politik #parlimenmalaysia #bersatu #armada #kebebasanbersuara
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Intro kepada podcast Khabarnya bersama pengarang veteran, Shamsul Akmar dan Zulkifli Othman. Perjalanan bermula disini.
HOSTED BY
Khabarnya Podcast
CATEGORIES
Loading similar podcasts...