PODCAST · sports
Ni Hao
by Asia Wave
Jauh di mata, dekat di hati. Program NI Haoialah siaran langsung bersama China Radio International (CRI) dan BERNAMA Radioyang melibatkan peneraju dari Beijing dan Kuala Lumpur.
-
100
nihao20191231
Hari ini hari ini terakhir tahun 2019. Sempena ulang tahun ke-45 terjalinnya hubungan diplomatik China-Malaysia, hubungan bilateral kedua-dua negara terus berkembang baik, khususnya lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir ke China pada bulan April lalu yang berjaya meneroka bidang kerjasama baharu antara kedua-dua pihak.
-
99
-
98
nihao20191227
Mutiara Kata Mengenai Tenaga Insan Usaha memupuk tenaga insan yang berprestij sangat penting bagi menjana pembangunan sesebuah negara. Mutiara kata yang berkaitan hal ini juga banyak didapati dalam karya klasik di China pada zaman purba, dan banyak daripadanya masih boleh menjadi rujukan dan panduan untuk zaman sekarang, seperti “kebijaksaaan, sokongan kepada moraliti, sementara moraliti, pedoman kepada kebijaksanaan”. Ia bermaksud moraliti merupakan perkara paling penting dalam memupuk dan menilai seseorang tenaga insan.
-
97
nihao20191226
“Peraturan Pengurusan Sampah Harian Bandar Beijing” versi baharu akan dikuatkuasakan mulai 1 Mei tahun depan. Apakah perubahan cara hidup harian warga kota Beijing pada masa itu? Dari segi pengurusan sampah harian, perubahan itu adalah besar. Kita pernah meluangkan masa dalam program Nihao untuk memperkenalkan peraturan pengasingan sampah harian yang telah dijalankan di bandar Shanghai. Di Beijing pula nanti pengasingan sampah juga bakal dilaksanakan menurut peraturan tersebut.
-
96
nihao20191224
Drama “Qing Yu Nian” telah viral di negara China apabila ramai netizen  menontonnya melalui aplikasi iQIYI dan Tencent. Pengguna aplikasi berkenaan boleh menonton enam episod seminggu secara percuma. Yang telah berdaftar sebagai VIP boleh menonton enam episod lagi. Namun, baru-baru ini keputusan yang diumumkan iQIYI dan Tencent, iaitu dua buah syarikat penyedia perkhidmatan penstriman video yang terkenal di China, telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, malah bantahan keras.
-
95
nihao20191223
Pastilah semua orang pernah tengok permainan roly-poly, tetapi bukan semua orang berkemungkinan menonton persembahan roly-poly yang dipertunjukkan oleh manusia. Baru-baru ini,  persembahan roly-poly oleh seorang pelakon perempuan di bandar Xi’an menjadi viral di seluruh negara China.
-
94
nihao20191219
Presiden China Xi Jinping akan menghadiri perhimpunan sempena sambutan ulang tahun ke-20 kepulangan Makau ke pangkuan tanah air, serta upacara angkat sumpah kerajaan penggal ke-5 Wilayah Pentadbiran Khas Makau, 20 Disember depan. Beliau sebelum ini menyatakan bahawa pelaksanaan dasar "satu negara, dua sistem" dan Undang-undang Asas telah berjaya membantu Makau melangkah ke era lebih cemerlang.
-
93
nihao20191218
Menjelang Hari Kristmas, Tahun Baharu dan Tahun Baharu Cina, penghantaran ucapan selamat kepada kawan-kawan atau saudara mara melalui sosial media merupakan satu kecenderungan baharu di kalangan netizen China.  Turut muncul syarikat-syarikat yang khusus membantu pengguna menulis dan meghantar ucapan selamat itu.
-
92
nihao20191217
China dan AS mengumumkan pencapaian persetujuan tentang teks perjanjian ekonomi dan perdagangan fasa pertama pada hujung minggu lalu. Pihak China berpendapat bahawa China dan AS sebagai dua kuasa ekonomi yang terbesar di dunia perlu menangani hubungan ekonomi dan perdagangan berdasarkan situasi antarabangsa. Pencapaian perjanjian ekonomi dan perdagangan antara kedua-dua negara ini akan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara malah dunia.
-
91
nihao20191216
Keselamatan dan Zat Makanan di Kantin Sekolah Kementerian Pendidikan, Jawatankuasa Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Kementerian Kewangan, Jawatankuasa Kesihatan dan Jabatan Am Penyeliaan Pasaran China baru-baru ini bersama-sama mengeluarkan taklimat peningkatan taraf zat pelajar-pelajar di desa. Menurut taklimat itu, kantin sekolah di desa tidak boleh dikendalikan oleh syarikat yang lain.
-
90
nihao20191213
Mutiara Kata Mengenai Pendidikan Keluarga Prinsip moral keluarga mempengaruhi hala tuju kehidpan seseorang individu, malah membawa pengaruh kepada moral masyarakat. Mutiara kata mengenai pendidikan keluarga juga banyak didapati dalam karya klasik di China. Antaranya “Sampaikanlah arajan moral yang betul jika mencintai anak” dan “Jika keluarga mengamalkan kebajikan, rahmat pasti melimpah” pernah dipetik oleh Presiden China, Xi Jinping bagi menjelaskan signifikan pembangunan dan pendidikan keluarga.
-
89
nihao20191212
Selebriti Internet dari Kawasan Desa Ramai selebriti internet sekarang menjadi popular dalam media sosial dengan memaparkan gaya tersendiri terutamanya dalam arena fesyen, kesenian dan hiburan. Tokoh yang akan kami perkenalkan dalam “Fokus China” hari ini agak berbeza dengan selebriti media sosial yang lain kerana apa yang dipaparkannya berfokus kepada kehidupan desa, tetapi pencapaiannya sangat mengagumkan dalam mempromosikan hasil pertanian di kampung halamannya, sekali gus menjana pendapatan penduduk tempatan.
-
88
nihao20191211
Ahli arkeologi menemui sisa sutera mulberi yang mempunyai sejarah lebih 5,000 tahun di provinsi Henan, China baru-baru ini. Ini sekali lagi membuktikan sejarah orang China menghasilkan dan menggunakan kain sutera sudah mencecah 5,000 tahun. Difahamkan, mayat pada zaman ketika itu akan digulungkan dengan kain sutera terlebih dahalu dan kemudiannya dikebumikan.
-
87
nihao20191210
Baru-baru ini, perbuatan membandingkan keadaan diri pada tahun 2017 lepas dengan masa sekarang tiba-tiba menjadi tular dalam media sosial China. Ramai orang melihat ini peluang lagi untuk berkongsi foto selfie saja. Tapi juga ada yang menunjukkan perubahan yang besar kehidupan sendiri bahkan pembangunan masyarakat dalam tempoh selama dua tahun ini.
-
86
nihao20191209
Kerajaan China mengumumkan penambahan lima hari cuti umum baharu yang jatuh kepada Hari Buruh Antarabangsa (Labor’s Day), iaitu pada 1 hingga 5 Mei tahun 2020.
-
85
nihao20191206
Mutiara Kata dalam Karya Klasik Karya klasik ciptaan ahli fikir pada zaman dahulu merupakan khazanah kebudayaan yang sangat bernilai bukan sahaja kerana ia dapat menggambarkan keadaan masyarakat pada zaman dahulu, tetapi juga dengan falsafahnya yang boleh dijadikan panduan untuk masyarakat manusia masa sekarang, baik bagi pentadbiran negara, mahupun perkembangan masyarakat.
-
84
nihao20191205
Lintas jalan sambil guna telefon boleh kena saman di China. Provinsi Henan telah mengeluarkan “draf undang-undang mendorong kesedaran sivik” pada 25 November lalu. Sekiranya draf tersebut diluluskan dan berkuatkuasa, pejalan kaki melintas jalan sambil melihat atau menaip pesanan di telefon bimbit boleh kena saman RMB50 yuan (RM29) hingga RMB200 yuan (RM118).
-
83
-
82
nihao20191203
15 buah negara, iaitu semua anggota ASEAN dan rakan dialognya selain India menamatkan rundingan berhubung Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) di Bangkok sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, bulan lalu. Perjanjian RCEP memasuki prosedur pembahasan pelbagai kerajaan. Bagaimanapun, baru-baru ini Jepun menyatakan tidak akan memeterai perjanjian RCEP selain India juga menyertai RCEP. Ini membawa ketidaktentuan kepada masa depan kawasan perdagangan bebas yang terbesar ini.
-
81
nihao20191202
Menurut laporan Nikkei Jepun, industri peramalan jangka hayat akan menjadi realiti dan dipopularkan tidak lama lagi. Dengan menyediakan pelbagai indeks seperti nadi, tekanan darah dan lain-lain, kemungkinan jangka hayat seseorang dapat diramalkan.
-
80
nihao20191129
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 anjuran Kementerian Perdagangan China dan kerajaan Shanghai, yang diadakan di Pusat Konvensyen Negara di Shanghai pada 5 hingga 10 November lalu, dijadikan wadah untuk peserta dari seluruh dunia mempamerkan produk yang terbaharu, terbaik dan paling berdaya saing, dengan harapan dapat lebih bertapak di pasaran China.  Ini memperlihatkan daya tarikan pasaran China dari empat aspek iaitu permintaan tinggi yang dibawa oleh penaiktarafan penggunaan 1.4 bilion penduduk; fasiliti lengkap khususnya infrastruktur dan sistem logistik; iklim perniagaan yang makin optimum; sumber inovasi yang kaya bagi memacu pembangunan berkualiti.
-
79
nihao20191128
Laporan Pembangunan Dokumentari China 2019, yang juga dikenali sebagai “kertas biru dokumentari” peringkat negara telah diumumkan oleh Pusat Pengajian Dokumentari China (China Documentary Research Center, CDRC). Laporan tersebut telah membuat kesimpulan terhadap keadaan pembangunan dokumentari di China pada tempoh 2018.
-
78
nihao20191127
Zon Perlindungan Alam Semula Jadi China kini mempunyai sebanyak 2,750 buah zon perlindungan alam semula jadi sejak penubuhan pertamanya di Gunung Dinghu, Provinsi Guangdong pada tahun 1956. Penubuhan zon perlindungan alam semula jadi merupakan salah satu langkah penting bagi memelihara kesimbangan dan kepelbagaian biologi. Di samping itu, sesetengah zon perlindungan alam semula jadi juga dibuka untuk lawatan pelancong dengan syarat yang tertentu bagi membolehkan orang ramai menghayati pemandangan alam semula jadi.
-
77
nihao20191126
19 November ialah Hari Tandas Sedunia. Banyak negara dan kawasan di dunia termasuk China telah menganjurkan pelbagai aktiviti untuk menyambut hari tersebut. Sambutan Hari Tandas Sedunia sebagai satu tanda peringatan kepentingan kebersihan tandas dalam kehidupan manusia. Di samping bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepentingan menyelenggara tandas supaya sentiasa berada dalam keadaan baik.
-
76
nihao20191125
Pertubuhan Penyelidikan Antarabangsa, The Harris Poll mengeluarkan laporan bahawa 60 peratus orang dewasa lebih menggemari snek berbanding makanan pada waktu makan. Kebiasaan golongan dewasa makan snek sebanyak beberapa kali sehari.
-
75
nihao20191122
Bak kata pepatah China, “Sekali tertawa, sepuluh tahun lebih muda”, nampaknya begitu besar ertinya “tertawa” kepada kesihatan mental dan fizikal kita. Selalu kita dengar ketawa dan sikap murah senyuman adalah rahsia awet muda. Malah ketawa juga dikatakan mampu mengurangkan tekanan, meningkatkan sistem imun dan memanjangkan hayat seseorang. Dr. Madan Kataria dari India, mencipta cara rawatan “ketawa” dan meletakkan Ahad pertama dalam bulan Mei sebagai Hari Ketawa Sedunia.
-
74
nihao20191121
11 November lalu, LinkedIn mengumumkan “Laporan Trend Kemahiran Masa Depan di China” di Shanghai. Laporan ini dikatakan berasaskan data raya dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Menurutnya, terdapat 10 kemahiran baharu ialah petugas kepatuhan (compliance officer), pengkomputeran awan (cloud computing), sains data (DataScience), bahasa asing, pengurusan risiko, reka bentuk interaksi, kecerdasan buatan (AI), rantai blok (blockchain), pemasaran digital dan pemaju timbunan penuh (full stack developer). Laporan tersebut menunjukkan keperluan tenaga insan dalam 10 bidang tersebut adalah tiga kali ganda daripada keperluan dalam bidang yang lain bagi majikan di China.
-
73
nihao20191120
China baru-baru ini mengumumkan kertas putih mengenai antipenipuan terhadap golongan pertengahan umur dan warga emas.
-
72
nihao20191119
Patung gangsa kepala kuda yang dirampas oleh penjajah asing kira-kira 160 tahun yang lalu telah dikembalikan ke Taman Diraja Yuanmingyuan baru-baru ini. Jutawan dari Makau, Stanley Ho membeli patung gangsa tersebut dengan harga HKD70 juta dan menyumbang kepada Muzium Negara China sebagai hadiah ulang tahun ke-20 kepulangan Makau ke pangkuan Tanah Air. Patung gangsa kepala kuda salah satu daripada 12 buah patung gangsa berbentuk kepala haiwan yang dirampas dari Taman Diraja Yuanmingyuan ketika Perang Candu Kedua pada tahun 1860. Kini, 7 buah patung gangsa berkenaan, iaitu patung kepala lembu, kepala monyet, kepala harimau, kepala khinzir, kepala tikus, kepala arnab dan kepala kuda telah kembali ke pangkuan tanah air.
-
71
nihao20191118
Sidang Kemuncak BRICS ke-11 yang bertemakan “Wujudkan Masa Depan yang Inovatif Melalui Pertumbuhan Ekonomi” diadakan di Brasília, Brazil pada 13 dan 14 November ini. Hasil cemerlang yang tercapai dalam “dekad keemasan” yang pertama melalui mekanisme kerjasama BRICS menjadikan BRICS enjin utama bagi pertumbuhan ekonomi dunia dan satu kekuatan penting bagi mendorong modenisasi sistem tadbir urus global. Presiden China, Xi Jinping turut menghadiri sidang kemuncak kali ini
-
70
nihao20191115
Isu “beban pembelajaran” sekali lagi menarik perhatian ramai di China, khususnya dalam kalangan ibu bapa pada masa kebelakangan ini berikutan kerajaan di beberapa tempat memperkenalkan pendekatan untuk mengurangkan beban kerja rumah, di samping menggalakan pendidikan yang sempurna dan seimbang untuk para pelajar termasuk dalam bidang moral dan kesukanan. Sehubungan dengan itu, pegawai Kementerian Pendidikan China berkata, usaha mengurangkan beban sekolah bukan bermaksud merendahkan matlamat pelajaran, dan kerajinan tetap diperlukan para pelajar untuk menjadi insan yang handal dan berguna.
-
69
nihao20191114
Akhbar Beijing Wanbao baru-baru ini melaporkan berita tentang pengumuman draf “piawaian reka bentuk bangunan kediaman” bandar Beijing oleh Jawatankuasa Sumber Tenaga Alam Perancangan Beijing. Draf tersebut telah diterbitkan dalam laman wab rasmi jawatankuasa tersebut untuk mengumpulkan komen dan cadangan daripada penduduk bandar Beijing.
-
68
nihao20191113
China Haramkan Penjualan Vape dalam e-Niaga Jabatan Am Kawalan Pasaran Negara (SAMR) dan Jabatan Tembakau Negara China baru-baru ini mengeluarkan keputusan untuk mengharamkan penjualan vape dalam talian. Badan-badan berkenaan menyelia syarikat e-niaga dan syarikat pengeluar vape yang menjual produknya dalam talian. Selain itu, badan perundangan juga memeriksa kedai-kedai di sekitar sekolah serta menghukum individu yang menjual vape kepada orang belum dewasa.
-
67
nihao20191112
China baru-baru ini mengumumkan penubuhan kumpulan kerja dan panel pakar bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi telekomunikasi 6G. Kementerian Sains dan Teknologi menyatakan R&D mengenai 6G masih pada peringkat permulaan. Pelan berkaitan akan disusun untuk mengkaji hala tuju pembangunan teknologi tersebut.
-
66
nihao20191111
11 November merupakan Pesta Membeli-belah secara dalam talian di kalangan raykat China. Tradisi membeli-belah dengan diskaun yang paling besar dalam satu tahun ini bukan sahaja memanfaatkan rakyat China, juga membawa peluang baharu kepada pedagang asing.
-
65
nihao20191108
Perbelanjaan Pemacu Baharu Usaha Membasmi Kemiskinan “Membasmi kemiskinan melalui perbelanjaan”, satu konsep baharu yang menyasarkan membantu meningkatkan pendapatan golongan miskin dengan membeli atau mempromosi produk yang dihasilkan mereka. Konsep tersebut telah dipraktikkan oleh kanti Universiti Sains dan Teknologi Elektrik China di provinsi Sichuan dengan membeli 27 tan ubi kentang dari sebuah kampung terpencil. Lauk-pauk ubi kentang turut menjadi masakan yang popular dalam kalangan mahasiswa di universiti berkenaan bukan sahaja kerana menjamu selera, tetapi juga untuk membantu kaum tani yang berpendapatan rendah.
-
64
nihao20191107
Biasanya kita digalakkan makan tiga kali sehari. Terdapat nasihat di kalangan rakyat China berbunyi bahawa “makan baik untuk sarapan, makan sampai kenyang untuk makan tengah hari, makan kurang untuk makan malam”. Makan tengah hari penting walaupun sering diabaikan atas alasan “sibuk bekerja”, “belum lapar lagi”, “jimat masa” atau “jimat duit”. Namun melangkaui (skipping) makan tengah hari membawa mudarat kepada kesihatan kita. Kebiasaan makan tengah hari di kalangan pekerja kolar putih di China diberi perhatian dalam “Laporan Penyelidikan Keadaan Kehidupan Kolar Putih 2019” diumumkan dalam laman web Zhaopin.com.
-
63
nihao20191106
Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan sidang kemuncak berkaitan melabuhkan tirainya di Bangkok, dengan banyak hasil dibuahkan. Perdana Menteri China, Li Keqiang telah menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-14, Sidang Kemuncak China-ASEAN  (10+1) ke-22 dan Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Korea Selatan dan Jepun (10+3).
-
62
nihao20191105
Presiden China Xi Jinping menghadiri majlis pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) yang ke-2 di Shanghai pagi tadi dan menyampaikan ucaptama.
-
61
-
60
nihao20191101
Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-2 akan dirasmikan di Shanghai pada 5 November nanti. Setakat ini, wakil-wakil dari kalangan politik dan perniagaan serta pertubuhan antarabangsa dari 170 negara dan wilayah telah dijemput untuk menghadiri ekspo tersebut.
-
59
-
58
nihao20191030
Ibu Pejabat AIIB Beroperasi Upacara perasmian bangunan ibu pejabat Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) yang juga dikenali dengan nama Menara Kewangan Asia dilangsungkan pada 24 Oktober yang lalu. Bangunan ini turut menjadi ibu pejabat institusi kewangan multilateral yang pertama di Beijing. Bangunan itu terletak di Taman Olimpik Beijing dan berhampiran dengan Taman Hutan Olimpik yang seluas 680 hektar persegi serta "Kiub Air" dan "Sarang Burung", gelanggang untuk Sukan Olimpik 2008 yang tersohor.
-
57
nihao20191029
Persidangan Internet Dunia (WIC) ke-6 diadakan di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China baru-baru ini. Selain mempamerkan pelbagai pencapaian yang tercanggih dalam bidang 5G, kecerdasan buatan (AI) dan lain-lain, sidang kali ini juga menyeru semua negara  akur kepada arus sezaman dan berganding tangan menangani pelbagai cabaran dan risiko, di samping menggalakkan tadbir urus Internet global ke arah membentuk komuniti berkongsi nasib ruang siber.
-
56
nihao20191025
Yuan Longping yang dikenali sebagai “bapa padi” di China dianugerahi Pingat Negara sempena ulang tahun ke-70 penubuhan Repubulik Rakyat China baru-baru ini. Walaupun sudah berusia 90 tahun, namun Yuan masih berteguh dalam usaha penyelidikan padi kacukan yang kini menyasarkan hasil tuaian 18 tan sehektar. Selain meningkatkan hasil tuaian padi untuk negara sendiri, usaha Yuan juga dijunjung tinggi di banyak negara apabila padi kacukan beliau membantu mengatasi masalah kekurangan makanan di sana.
-
55
nihao20191024
Wanita dianggap golongan paling minat membeli pakaian walaupun sudah mempunyai berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus helai baju dalam almari. Adakah anda suka membeli pakaian? Bagaimana anda menjimatkan perbelanjaan sekiranya dalam situasi kekurangan duit? Jawapannya mungkin adalah berhenti membeli pakaian. Topik tersebut dicetuskan dalam sebuah karangan bertajuk “Adakah orang China tidak suka membeli pakaian lagi?” diterbitkan surat khabar Renminribao baru-baru ini. Menurut karangan tersebut, Biro Statistik Negara (NBS) China mengumumkan jualan pakaian dan kain telah menurun. Antaranya jualan pakaian pada 2018 mencatat 54 bilion yang telah berkurang 24.8% dengan 17.85 bilion berbanding tahun 2017. Apakah sebabnya?
-
54
nihao20191023
Perkembangan Baharu bagi Industri Penghantaran Ekspres di China Jabatan Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) memberikan lesen penghantaran logistik dengan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV), dan surat keizinan operasi ujian UAV khas kepada Syarikat Penghantaran Ekspres Songba, Hangzhou China baru-baru ini. Kedua-dua ini merupakan lesen logistik UAV yang pertama untuk perkhidmatan di bandar China.
-
53
nihao20191022
Baru-baru ini, ibu pejabat PBB telah menghentikan perkhidmatan eskalator, air pancut dan sebahagian kedai kopi bagi menjimat kos ekoran defisit yang paling seirus dalam 10 tahun yang lalu. Setakat ini, masih terdapat kira-kira 60 buah negara yang belum membayar yuran PBB. Antaranya tunggakan dari AS telah mencatat lebih USD1 trilion, menduduki 76% daripada kesemua tunggakan.
-
52
nihao20191021
Mi segera adalah antara makanan segera yang paling popular di seluruh dunia walaupun sering kali terkait dengan pelbagai kontroversi. Mungkin Momofuko Ando, usahawan Jepun yang digelar Bapa Mi Segera, yang juga merupakan pengasas kepada Syarikat Nissin Foods, tidak sangka kini lebih 100 bilion mi segera dihidangkan para pengguna di seluruh dunia dalam setahun. Walaupun mi segera moden berasal dari Jepun, namun dari segi pengambilan, warga negara Jepun bukan pemakan mi segera terbesar di dunia, sebaliknya pemakan ketiga terbesar di belakang China dan Indonesia.
-
51
nihao20191018
Sebuah artikel yang diterbitkan oleh akhbar harian Renminribao menerusi akaunnya di Wechat menjadi tular kerana sangat menyentuh perasaan orang. Tajuk artikel itu juga sangat menarik iaitu “Kenapa Anda Merasa Penat di Hati”. “Penat di hati” berlainan dengan kepenatan fizikal yang biasanya disebabkan pekerjaan yang berat atau urusan yang membebankan. Ia bermaksud tekanan psikologi yang dibawa diri sendiri.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Jauh di mata, dekat di hati. Program NI Haoialah siaran langsung bersama China Radio International (CRI) dan BERNAMA Radioyang melibatkan peneraju dari Beijing dan Kuala Lumpur.
HOSTED BY
Asia Wave
CATEGORIES
Loading similar podcasts...