PODCAST · arts
No Tapis
by Berita Harian
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
Episodes
-
Episod 486 NoTapis - Sukan pecah tulang?! Kisah atlet S’pura di World Nomad Games
Pernah dengar sukan pecah tulang kambing atau gusti atas kuda? Dalam episod NoTapis kali ini, kita menyelami dunia sukan tradisional yang mungkin jarang mendapat perhatian di Singapura. Bersama tiga wakil Singapura ke Sukan Nomadik Dunia 2026 di Kyrgyzstan atlet memanah Encik Muhammad Sufi…
more -
Episod 485 NoTapis - Bukan Melayu tapi cinta Bahasa Melayu
Apa yang mendorong seorang lelaki Singapura bukan Melayu untuk belajar bahasa Melayu secara serius? Dalam episod NoTapis ini, Encik Bhargav Sriganesh berkongsi perjalanannya: daripada seorang yang bertutur dalam bahasa Melayu tanpa memahami maknanya, hingga menjadi fasih berbahasa Melayu selepas...
-
Episod 485 NoTapis - POV Si Cilik
Sempena Hari Kanak-Kanak, NoTapis dan OMGxBH menyerahkan mikrofon kepada si cilik untuk menjawab persoalan ‘besar’ yang biasanya dibincangkan orang dewasa. Dalam episod khas ini, tiga kanak-kanak Elliya Sophia Mohammad Sofian, Eilshan Shakil Mohammad Sofian dan Zara Sofia Muhd Syahrul, berkongsi...
-
Episod 484 (BHGN 2) - Jangan biar bahasa Melayu jadi bahasa ‘order’ makan saja
Selepas habis sekolah, masihkah kita gunakan Bahasa Melayu? Atau adakah Bahasa Melayu akhirnya hanya digunakan untuk berbual dengan keluarga, pesan makanan dan dalam situasi tertentu sahaja? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim…
more -
Episod 484 (BHGN 1) - “Saya tak bual Melayu pasal bahasa Melayu saya tak bagus…”
“Bahasa Melayu saya tak bagus.” Tapi betulkah kita tak berbahasa Melayu kerana “Melayu tak bagus” atau kerana tak nak cuba? Sempena Bulan Bahasa, NoTapis bersama Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Melayu NUS, Dr Azhar Ibrahim Alwee, membincangkan kedudukan Bahasa Melayu dalam masyarakat Singapura...
-
Notapis Live: Bahaya ‘grooming’ dan apa ‘red flags’ ibu bapa perlu perhatikan?
Masa kecil dulu kita sering diingatkan: ‘stranger danger’! Tapi bila orang yang kita kenali sendiri yang berbahaya untuk anak-anak kita, macam mana? Dalam episod khas NoTapis Live x Dunia Anak (DNA) ini, hos NoTapisNatasha Mustafa dan Koresponden Nur Dhuha Esoof membincangkan isu ‘grooming’ dan...
-
Episod 482 NoTapis - “Bila anak saya bunuh diri…”
⚠️ Amaran kandungan sensitif: Episod ini mengandungi perbincangan mengenai isu kesihatan mental, tekanan emosi dan bunuh diri. Selepas bergelut dengan masalah kemurungan sejak remaja, anak Cik Mariam (bukan nama sebenar) memutuskan untuk bunuh diri pada 2023. Dalam episod NoTapis ini, Cik Mariam...
-
Episod 481 - Siri Piala Podcast: Budi Yasa: Penjenayah Budaya atau Penyelamat Bahasa?
Slanga seperti “mantul”, bahasa singkatan dan istilah baharu semakin menjadi sebahagian daripada cara golongan muda berkomunikasi. Tetapi adakah perubahan ini membantu Bahasa Melayu kekal relevan, atau perlahan-lahan menghakis keaslian bahasa kita? Dalam episod ini, pelajar Raffles Institution…
more -
Episod 480 - Siri Piala Podcast: Di mana identiti Melayu kita?
Kalau bukan kita yang pelihara identiti Melayu, siapa lagi? Cukup ke sekadar dengar lagu Melayu atau pakai baju kurung untuk kekalkan warisan kita? Dalam episod ini hos dari Madrasah Alsagoff bincangkan cabaran sebenar yang dihadapi generasi muda hari ini - daripada isu penggunaan bahasa Melayu...
-
Episod 479: Siri Piala Podcast: Permainan tradisional - ‘cringe’ ke ‘cool’?
Adakah permainan tradisional seperti congkak dan capteh masih relevan atau sekadar simbol warisan yang ‘cringe’ bagi generasi muda? Dalam episod ini, hos dari Maktab Rendah Anderson Serangoon membawakan perdebatan sengit antara impak permainan digital moden dengan kepentingan mempertahankan nilai...
-
Episod 478 NoTapis - Kenapa ramai tak tahu ‘humanitarian work’ sebenarnya mula di S’pura?
Kenapa ramai rasa kerja kemanusiaan hanya boleh dilakukan di luar negara? Bila sebut tentang kerja kemanusiaan, ramai mungkin bayangkan misi bantuan di kawasan perang, bencana alam atau krisis di luar negara. Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang memerlukan bantuan di depan mata kita sendiri?...
-
Episode 477 NoTapis - Belia Singapura yakin masa depan negara, tapi bimbang nasib sendiri?
Ramai belia yakin Singapura mempunyai masa depan yang cerah. Namun apabila bercakap tentang kerjaya, kos sara hidup, kecerdasan buatan (AI), pemilikan rumah dan peluang untuk berkembang, adakah mereka masih yakin dengan masa depan sendiri? Sempena Hari Kebangsaan, NoTapis menghimpunkan empat anak...
-
Episod 476 NoTapis - “Buat apa masuk dikir? Bukannya boleh buat duit..” Masuk bidang seni=tak ada masa depan?
"Boleh cari makan ke kalau main Dikir Barat?" Seni boleh dijadikan kerjaya atau semakin dilihat sebagai ‘buang masa’? Atau mungkin dalam era AI sekarang, kreativiti dan budaya semakin penting dan bernilai? Episod NoTapis kali ini diadakan di Taman Warisan secara langsung dan kita dapatkan…
more -
Episod 475 NoTapis - Dari rumah sewa ke rumah sendiri: "Tak ada gaji tetap, masih boleh beli HDB?"
“Kalau dah tinggal di rumah rumah sewa…memang terus kekal lah di situ..” Betul ke? Ramai anggap rumah sendiri hanya untuk mereka yang ada pekerjaan tetap dan kewangan yang kukuh. Tapi kalau ‘freelance’ bagaimana pula? Masih ada ‘chance’? Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan Cik Noor Aini Jani...
-
Episod 474 NoTapis - Peguam muda senang ‘burnout’? Atau sistem guaman dah rosak?
Kenapa semakin ramai peguam muda di Singapura pilih untuk tinggalkan bidang guaman? Adakah disebabkan ‘burnout’, waktu kerja yang terlalu lama, atau sistem itu sendiri yang perlu diubah? Dalam episod NoTapis kali ini, kami berbincang bersama Pengarah Urusan, Crescent Law Chambers LLC; Peguam…
more -
Episod 473 NoTapis - Bahasa Melayu Tak Layu, Cuma Berubah?
Bahasa Melayu semakin layu… atau sebenarnya sedang berevolusi? Dalam episod khas NoTapis ‘Live’ sempena Piala Podcast 2026 di Institut Millennia, kami membincangkan masa depan bahasa Melayu bersama Setiausaha Parlimen Kanan (Pendidikan merangkap Pembangunan Negara), Dr Syed Harun Alhabsyi…
more -
Episod 472 NoTapis - Rahsia di sebalik pertahanan S’pura: Bukan jet canggih, bukan pangkat tinggi tapi…
Teknologi canggih boleh dibeli, tetapi semangat dan kesiapsiagaan untuk mempertahan Singapura tidak boleh dijual beli. Apabila bercakap soal pertahanan negara, biasanya orang akan fikir tentang jet pejuang, kapal selam mahupun teknologi yang canggih. Namun, adakah semua itu mencukupi untuk…
more -
Episod 471 NoTapis - Anak terlebih 'screen time': Salah ibu bapa?
"Bagi gajet sebab nak anak diam..." Pernah tak anda buat macam ini? Ramai ibu bapa terperangkap dalam tabiat ini tanpa menyedari kesan jangka panjangnya. Dalam episod NoTapis kali ini, pasangan 'content creator' The Perfect Duo SG (Amirul Afif & Sri Nur Rafiqah) berkongsi detik cemas apabila...
-
Episod 470 NoTapis - Tak pernah ada anak, tiba-tiba jadi ayah “instant”?
Apa yang menjadikan seseorang itu seorang ayah? Adakah ia pertalian darah atau kasih sayang yang ditunjukkan setiap hari? Dalam episod NoTapis khas sempena Hari Bapa ini, Encik Idid Hazalee Hamid berkongsi bagaimana beliau menjadi ayah “instant" kepada tiga anak lelaki remaja selepas berkahwin...
-
Episod 469 NoTapis - “Orang yang saya tak kenal selamatkan nyawa saya…”
Pada usia sembilan tahun, Falisha Zafilin disahkan menghidap penyakit kronik, Primary Sclerosing Cholangitis (PSC), sejenis penyakit hati kronik yang jarang berlaku dan tidak diketahui puncanya dan perlu menjalani pelbagai rawatan termasuk transfusi darah dan pemindahan hati. Dalam episod NoTapis...
-
Episod 468 NoTapis - “Nak ada anak, atau tak…”
***Amaran kandungan sensitif***: Podcast ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan dan tekanan emosi. Pendengar dinasihatkan untuk dengar dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar atau...
-
Episod 467 NoTapis - Kalau si pembuli ‘bangga’ lepas didenda, masih berkesan ke hukuman?
Dalam episod NoTapis kali ini, kita membongkar realiti sebenar kes buli di sekolah serta perbahasan di sebalik rangka kerja disiplin baharu Kementerian Pendidikan (MOE) yang bakal dilaksanakan pada 2027. Kita menjemput Encik Muhammad Aizzuddin Maulud, seorang bapa yang berkongsi detik luluh…
more -
Episod 466 NoTapis - Diburu ‘ah long’, diisytihar ‘bankrupt’...bekas penghutang buka cerita
Detik cemas disimbah cat di rumah, gangguan panggilan telefon tanpa henti, serta pelbagai surat mahkamah sehingga barang disita - jadi realiti yang terpaksa dihadapi apabila bebanan hutang tak lagi mampu ditanggung. Bekas penghutang, Siti Masturah Ramlan dan Kak Sim (bukan nama sebenar), kongsi...
-
Episod 465 NoTapis - Cabaran ibadah haji yang ramai tak tahu…seperti sukan ekstrem?
Adakah anda benar-benar bersedia menyahut seruan ilahi ke Tanah Suci? Apa tips persediaan haji secara fizikal? Kali ini, penerbit Cik Natasha Mustafa membongkar satu topik yang sering dipandang remeh oleh bakal jemaah: Persediaan fFizikal. Kita selalu sibuk kursus haji dan hantar barang, tapi...
-
Episod 464 NoTapis - Kisah Hari Ibu: Bila anak yang pergi dulu...
Gelaran ‘ibu’ dianggap sebagai anugerah, namun ia datang dengan ujian air mata, kesabaran dan cabaran penantian tersendiri. Dalam episod khas Hari Ibu ini, NoTapis membawakan dua kisah yang sangat berbeza… tetapi kedua-duanya dipenuhi kasih sayang, pengorbanan dan kehilangan. Cik Nur Wahida Azman...
-
Episod 463 NoTapis - ‘Job hopping’ vs ‘job hugging’: Siapa lagi selamat?
Dalam dunia pekerjaan hari ini, satu persoalan sering timbul - nak ‘job hop’ ke nak ‘job hug’? Nak ‘setia’ dengan yang satu atau nak ‘lompat’ kerja? Dalam episod NoTapis kali ini, kita berbincang bersama Encik Mohd Adam Mohd Basor, Penolong Pengarah, Orang & Organisasi di *SCAPE Co., Ltd. dan Cik...
-
Episode 462 NoTapis - Dah la sejuk -35°C, tandas pun tak ada... Gadis S'pura ini nekad bertahan 5 hari di Artik!
Apa jadi bila seorang pekerja sosial dari Singapura, negara tropika, dihantar ke Artik dalam suhu -35°C? Dalam episod NoTapis ini, penerbit podcast Cik Natasha Mustafa dan wartawan BH, Cik Nur Syuhrah Hassan berbual dengan Cik Atikah Syarah Ismail, salah seorang daripada 20 peserta dunia untuk...
-
Episod 461 NoTapis - Minat vs cari makan: Wajah baru Taman Warisan Melayu dan…seniman di Singapura boleh cari makan ke?
Hos NoTapis Natasha Mustafa ‘keluar sekejap’ dari studio untuk tukar angin kali ini. Dalam episod ini, kami bincangkan tentang seniman kita di Singapura, boleh cari makan ke? Adakah kerjaya sebagai seniman ini masih dianggap “bukan kerja betul” atau sebenarnya masyarakat yang masih belum faham...
-
Episod 460 NoTapis - Seni Warisan Melayu dah tak relevan?
Warisan Melayu sering dianggap sesuatu yang perlu dipelihara, tapi adakah ia masih relevan? Dalam episod NoTapis kali ini, dua anak muda, Syafiqah ‘Adha Sallehin dan Muhammad Ilyia Kamsani, penggiat budaya yang aktif memperjuangkan seni warisan seperti dikir barat dan muzik tradisional Melayu....
-
Episod 459 NoTapis - Raya: Kids edition…bila kanak-kanak cakap pasal raya
Apa sebenarnya makna Hari Raya… kalau kita lihat dari POV kanak-kanak? Dalam episod khas NoTapis ini, kami duduk bersama empat ‘bos’ kecil - yang berusia antara 5-7 tahun - untuk mendengar kisah mereka tentang Raya — daripada impian nak pergi bercuti guna duit raya, lagu raya kegemaran…
more -
Episod 458 NoTapis - Dekat masjid pun ada drama?
Bulan Ramadan sepatutnya menjadi masa untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada yang maha esa. Tetapi bagi sesetengah orang, pengalaman di masjid kadangkala kurang menyenangkan. Dalam episod NoTapis ini, Cik Atiqah Zulkifli (yang lebih dikenali sebagai automatiqhigh di media sosial) dan Ustazah...
-
Episod 457 NoTapis - Bayar zakat setiap tahun, tapi ke mana duit zakat kita pergi sebenarnya?
Selama ini beliau hanya tahu membayar zakat. Tak pernah terlintas satu hari nanti, beliau sendiri yang menerima bantuan zakat. Ramai yang fikir zakat hanya untuk ‘fakir miskin’ … tapi hakikatnya kriteria kelayakan pun dah diubah dan lebih ramai yang memerlukan boleh dapat bantuan. Apabila anak...
-
Episod 456 NoTapis - Berhenti rokok masa Ramadan: Kisah bekas perokok dan tip dari pakar QuitLine
Ramadan tempoh muhasabah dan perubahan diri. Tetapi bagi perokok, cabaran sebenar bukan sekadar menahan lapar dan dahaga - tetapi melawan keinginan merokok lepas berbuka. Dalam episod NoTapis kali ini, kami tampilkan Encik Muchtar Abdul Karim, yang berjaya berhenti merokok selepas 15 tahun, serta...
-
Episod 455 NoTapis - Bazar Ramadan: Sebelah-sebelah jual benda sama… Nak senyum ke nak gaduh?
Gerai sebelah jual benda sama… nak gaduh atau nak collab? 👀 Dalam episod khas Ramadan ini, NoTapis menemubual tiga vendor yang turun padang untuk menawarkan makanan, minuman dan barangan kegemaran anda. Bersama pengasas bersama Golden Bao, Encik Nazareen Muslim, Pengasas bersama Balang.SG, Encik...
-
Episod 454 NoTapis - Ilmu agama ‘fast food’ vs. kelas berstruktur: Belajar agama di era digital
Ilmu agama ‘fast food’ berbanding kelas agama berstruktur- ada yang lebih baik ke nak belajar agama dalam era TikTok dan AI sekarang? Macam mana nak pastikan tak hilang adab dan sumber yang sahih? Bersama Natasha Mustafa, hos NoTapis, episod ini menampilkan perkongsian Cik Sutinah Sujaair dan…
more -
Episod 453 NoTapis - Demi impian Sukan SEA: Atlet imbangi kerjaya, sukan SEA
Bagaimana rasanya jadi atlet negara sambil kerja sepenuh masa? Hos NoTapis pun salah seorang daripada atlet Sukan SEA tau! Dalam episod NoTapis kali ini, Encik Muhammad Hasbi Zainal, seorang pegawai Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) dan atlet sepak takraw serta Cik Noor Heeqmah Wahianuar, seorang...
-
Episod 452 NoTapis - ‘Lain, tapi tak kurang’: Individu ‘neurodivergent’ ingin difahami dan dihormati
Kesihatan mental semakin terbuka dibualkan, tapi bagaimana pula dengan golongan ‘neurodivergent’? Apa yang membuat mereka lain dari orang lain? NoTapis kali ini tampilkan tiga individu yang berkongsi pengalaman hidup mereka sebagai individu yang ‘lain, tapi tak kurang’. Cik Nurazah Mazlan…
more -
Episod 451 NoTapis :Mengapa tokoh Melayu masih penting bagi masyarakat dalam era ‘influencer’?
Siapakah tokoh masyarakat Melayu dan mengapa mereka masih penting? Dalam episod NoTapis kali ini, Natasha Mustafa sembang bersama sahabat sastera Majlis Bahasa dan Sastera Melayu Singapura (MBMS), Cik Miranti Silasudjana serta Timbalan Pengarah dan Pustakawan Utama (Bahasa Melayu) NLB, Cik…
more -
Episod 450 NoTapis: Pegerai kantin sekolah: Bukan jual makan saja, tapi tempat mengadu pelajar
Di sebalik setiap pinggan nasi, nugget $1 dan ikan pari $2.60, tersimpan kisah yang jarang kita dengar — kisah peniaga kantin sekolah yang setiap hari memastikan pelajar makan dengan harga mampu milik. Dalam episod NoTapis ini, Cik Siti Raudha Md Nor dan Encik Wan Hasnirauuf Hassan berkongsi...
-
Episod 449 NoTapis: ‘Confinement nanny’: Keperluan atau nak ikut trend?
“Kenapa, tak boleh urus sendiri ke?” “Selesa ke ada orang luar tinggal dalam rumah?” Mungkin ini antara komen yang ditujukan kepada ibu-ibu yang mengambil khidmat ‘confinement nanny’ - atau penjaga semasa tempoh berpantang. Dulu biasanya mak atau mak mertua yang jaga, tapi kini orang luar yang...
-
Episod 448 NoTapis - Dilemma Perniagaan Warisan: Nak kekalkan tradisi, tapi tak ada pelapis?
Apa yang buat perniagaan warisan begitu istimewa — dan mengapa penting untuk kita pertahankan? Dalam episod khas NoTapis ini, kita berbual bersama dua ikon Kampong Glam, Encik Hafeez Abdul Hamid daripada Halijah Travel, agensi Haji dan Umrah yang bermula sejak 1981, dan Encik Hasmi Zin & Puan...
-
Episod 447 NoTapis: Saya malu nak cerita yang ayah saya seorang penagih…
Bagi Siti (bukan nama sebenar), membesar dengan ayah yang dipenjara kerana dadah bukan perkara mudah. Beliau akui segan bercerita tentang ayahnya kepada teman-teman, takut akan pandangan orang lain. Bantuan dari Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) mengubah hidup beliau dan adik beradiknya, bukan...
-
Episod 446 NoTapis: Tinggalkan kerjaya stabil untuk buat pastri kerana…
Bayangkan — baru bertunang, tunang disahkan leukemia. Enam bulan berulang-alik ke hospital, tapi di tengah dugaan itu, lahirlah impian baru. Daripada seorang guru kepada cef pastri, Cik Insyirah Abdullah kongsi kisah berani meninggalkan kerjaya stabil demi kejar minat dan membina semula hidup...
-
Episod 445 NoTapis: “Saya didera sejak berusia 9 tahun…sampailah saya 14 tahun”
****Amaran kandungan sensitif: Video ini mengandungi perbincangan mengenai isu penderaan seksual dan tekanan emosi. Penonton dinasihatkan untuk menonton dengan berhemah. Jika anda atau seseorang yang anda kenali sedang menghadapi sebarang bentuk penderaan, sila dapatkan sokongan daripada pakar…
more -
Episod 444 NoTapis: “Saya tak dapat melihat dunia, tapi saya mahu dunia lihat saya”
Bila beliau nyanyi, Simon Cowell - dari America’s Got Talent - berdiri dan terus ke pentas dan beritahu beliau “you are one of the best singers that we ever had on this show”. Hari ini, penyanyi Indonesia, Putri Ariani sudah mencipta sejarah dan menjadi salah seorang penyanyi terkenal di dunia....
-
Captain Fantastic: Di Sebalik Legenda Hariss Harun
Bayangkan umur 16 tahun sudah kena tanya: “Ready main untuk negara?” Dia bukan saja kapten pasukan Singa, tapi Captain Fantastic untuk semua…sehinggakan TMJ lantiknya kapten JDT! Kini Hariss Harun ‘luaskan kuasanya’ dengan berjinak-jinak sebagai pentadbir bola sepak SG! Ikuti Hazman Abdul Aziz…
more -
Episod 443 NoTapis: Dulu mangsa buli, sekarang pengasas NGO tempatan
Pernah dibuli, tinggal di rumah perlindungan dan bergelut dengan kemurungan—hari ini Muhamad Imran Mean, Pengasas, IM Volunteer Network SG mempunyai lebih 400 relawan di Singapura, Malaysia dan Indonesia. Dari agih buah ketika COVID-19 hingga melatih belia melalui bisnes dim sum halal, Imran...
-
28 tahun berbakti di Muis: Antara kepuasan & cabaran mantan Timbalan Mufti
Selepas hampir tiga dekad berbakti di Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan memainkan pelbagai peranan, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan, 59 tahun, melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Mufti pada 31 Julai 2025. Dalam episod podcast BHerbual kali ini, beliau ceritakan antara kenangannya di...
-
"Wanita main bola, orang tak pandang?” Hakikatnya ramai bakat hebat sedang beraksi di padang!
Skuad wanita LCS tekankan – tanpa sokongan peminat, liputan media & penaja, bola sepak wanita Singapura susah nak melangkah jauh.Jom beri mereka ‘spotlight’ See omnystudio.com/listener for privacy information.
-
Episod 442 NoTapis: Ada flat HDB? Jangan terus jual! Ini ‘hack’ bersara dengan tenang
Selepas hampir 40 tahun berkhidmat di SMRT, Encik Hamzah Suria akhirnya memilih untuk bersara. Tetapi persoalannya sama seperti ramai warga emas lain: cukupkah duit untuk hari tua? Dalam episod ini, kami bersama pengurus kanan estet HDB Cik Nurul Nadirah Khalid, yang menjelaskan bagaimana Skim…
more
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Podcast Berita Harian Singapura menampilkan 3 tajuk podcast - NoTapis, tBH & BHerbual.Ikuti perbincangan yang dekat dengan hati masyarakat Melayu Singapura termasuk aspirasi orang muda, isu sosial, geopolitik, kesihatan, kerjaya, sukan, budaya dan macam-macam lagi.Podcast ini dihasilkan oleh Berita Harian, SPH Media.
HOSTED BY
Berita Harian
Loading similar podcasts...