PODCAST · news
SBS Bahasa Melayu
by SBS
Berita dan rencana yang bebas dan seimbang melalui SBS Audio, yang menghubungkan anda dengan kisah kehidupan di Australia, termasuk masyarakat yang bahasa ibundanya ialah Bahasa Melayu.
-
225
Golongan Migran Hadapi Risiko Kelemasan Lebih Tinggi Berbanding Warga Tempatan
Royal Life Saving Australia dan Surf Life Saving Australia mengeluarkan laporan kebangsaan mengenai kematian akibat lemas yang menunjuk 313 nyawa terkorban di kawasan perairan Australia dalam tempoh 12 bulan lalu. Apa yang membimbangkan, kadar kematian akibat lemas jauh lebih tinggi di kawasan luar bandar dan menimpa lebih ramai mangsa yang berasal dari luar negara.#sbsaudiopodcast
-
224
Akses Pesanan Produk Makanan Malaysia Mampu Pupuk Multikulturalisme
Apakah anda teringin snek popular dari Malaysia atau perlu ramuan paste rempah asli untuk menyediakan sajian Malaysia kegemaran anda, namun tidak ada masa atau kesempatan untuk pergi ke pasaraya Asia? Kini di Australia wujud khidmat pesanan online yang membolehkan barangan makanan Malaysia dihantar terus ke rumah anda.#sbsaudiopodcast
-
223
How can my child learn about Indigenous Australia? - Mendidik Anak Anda Tentang Sejarah Dan Warisan Budaya Warga Pertama Australia
Supporting your child’s connection with the world’s oldest continuing living culture is one of the greatest gifts you can offer them while raising them in Australia. But if you’re new to the country, you may be unsure where to begin. Here are some starting points and ideas to help you and your child learn about Aboriginal and Torres Strait Islander peoples, cultures and history. - Membantu anak anda mengenali, memahami dan membina hubungan dengan budaya tertua di dunia yang masih berterusan sehingga kini adalah antara hadiah terbaik yang boleh anda beri kepada mereka. Namun, jika anda baru berpindah ke negara ini, anda mungkin tidak pasti di mana hendak bermula. Berikut adalah sumber pendidikan, aktiviti komuniti dan pengalaman harian yang mampu membantu anda sekeluarga mengenali dengan lebih dekat masyarakat, budaya dan sejarah warga pertama Australia.
-
222
Apakah Rahsia Kejayaan Dua Warga Malaysia Buka Restoran Ke-3 Di Melbourne?
Apakah inspirasi yang mendorong dua warga Malaysia kecapi kejayaan membuka restoran ketiga mereka di bandar Melbourne? SBS Bahasa Melayu berpeluang menemubual pemilik bersama, Ju Lin Tan, dan Chef Ray Ulaganathan, serta menikmati sajian yang menggabungkan citarasa terbaik dari Timur dan Barat.
-
221
Can you pick fruit from someone's garden? - Apakah Buah Dan Bunga Dari Pokok Di Jalur Hijau Boleh DiPetik Tanpa Kebenaran?
Walking through an Australian suburb, you might spot everything from curry leaves and lemons to tomatoes and herbs growing in front gardens or on verges. But is it legal to pick it? This guide explains when it's legal to pick produce, why permission matters, and how community gardens offer another way to grow your own food. - Di Australia, wujud pelbagai jenis buah-buahan, sayur-sayuran dan herba yang ditanam di perkarangan atau di jalur hijau di depan rumah. Namun, bolehkah anda memetik hasil tanaman terbabit? Dalam episod Australia Explained kali ini, ketahui apa yang dibenarkan, perkara yang terlarang serta bagaimana kebun komuniti menawarkan alternatif untuk bercucuk-tanam.
-
220
Rempah Ratus Merentasi Benua Menyatupadu Komuniti
Sejak zaman pertengahan hinggalah ke kurun tujuh-belas, rempah-ratus dianggap lebih bernilai daripada emas, menjadikannya bahan rebutan di antara kuasa besar ketika itu yang sanggup berperang untuk menguasai laluan rempah dikenali sebagai the Spice Route. Harganya kini mungkin tidak setinggi, namun nilai rempah-ratus sebagai penyatupadu komuniti sememangnya masih tidak terkira. SBS Bahasa Melayu berpeluang menikmati kembara kulinari yang memaparkan citarasa dari kepulauan Caribbean ke Australia, melalui India dan Malaysia.
-
219
What are my rights if stopped by police in Australia? - Ketahui Hak Anda Jika Ditahan Pihak Polis Di Australia
Police officers have a range of operational powers they can exercise under legislation, including to ask questions, give ‘move on’ directions and conduct searches. Here’s what you need to know about your basic rights and obligations in a police interaction. - Di Australia, pegawai polis mempunyai pelbagai kuasa di bawah undang-undang untuk menjaga ketenteraman awam, menyiasat jenayah dan menguatkuasakan undang-undang lalu lintas. Kuasa ini termasuk meminta maklumat, mengarah seseorang meninggalkan sesuatu tempat atau kawasan, yang dikenali sebagai arahan ‘move on’, serta menjalankan pemeriksaan atau penggeledahan. Ketahui apakah hak anda sekiranya anda dihenti atau ditahan oleh pegawai polis di negara ini.
-
218
Banci 2026: Masih Ada Masa - Isi Borang Atau Hadapi Denda $364 Sehari
Banci 2026: Selasa, 11 Ogos mungkin telah berlalu namun masih ada masa untuk melengkapi borang banci anda. Biro Statistik Australia memaklumkan mereka yang gagal berbuat demikian akan dihubungi susulan minggu ini dan yang masih enggan melengkapi borang berisiko didenda $364 sehari.
-
217
What is the Garma Festival and why is it important? - Garma: Apakah Matlamat Serta Kepentingan Pesta Tahunan Ini
The Garma Festival is Australia’s largest Indigenous cultural gathering where thousands of people travel to a remote town in Nhulunbuy on northeast Arnhem Land in the Northern Territory. Here's what happens at Garma and who can attend. - Setiap tahun, ribuan orang berkunjung ke sebuah komuniti terpencil di timur laut Arnhem Land, di Northern Territory untuk menyertai Pesta Garma anjuran Yayasan Yothu Yindi. Siapa yang layak menyertai dan apakah yang menarik pengunjung ke pesta ini? SBS Bahasa Melayu mendalami pesta Garma dalam episod Australia Explained kali ini.
-
216
Banci 2026: Bila, Untuk Siapa Dan Apakah Kepentingannya?
Setiap lima tahun, kerajaan Australia menjalankan banci untuk mengumpul data terkini mengenai penduduk di negara ini. SBS Bahasa Melayu mengunjungi pasar malam Winter Night Market di Southbank untuk meninjau tahap kesedaran mengenai Banci 2026 di kalangan warga Melayu di Melbourne.
-
215
The Torres Strait Islander Flag: Land, Sea and People - Bendera Orang Kepulauan Selat Torres: Bumi, Laut Dan Penghuni
In Australia, you might see three flags flying together: the Australian National Flag, the Aboriginal Flag and the Torres Strait Islander Flag. Aboriginal peoples and Torres Strait Islander peoples are the two distinct Indigenous peoples of Australia, each with their own histories, cultures, languages and flag. For many Torres Strait Islander people, the flag is a powerful symbol of identity and belonging, whether they live on the islands, the mainland or overseas. - Di Australia, anda akan melihat tiga bendera dikibarkan bersama: bendera kebangsaan Australia, bendera kaum Orang Asli Australia dan bendera Orang Kepulauan Selat Torres. Kaum Aborigine dan Orang Kepulauan Selat Torres adalah dua kelompok masyarakat warga asal yang berbeza di Australia, masing-masing mempunyai sejarah, budaya, bahasa dan bendera tersendiri. Bagi ramai Orang Kepulauan Selat Torres, bendera ini merupakan lambang identiti dan rasa kekitaan yang amat bermakna, sama ada mereka menetap di pulau-pulau, di tanah besar Australia mahupun di luar negara.
-
214
Baba Cedric Tan Giat Kekalkan Warisan Budaya Peranakan
Baba Cedric Tan terkenal di Malaysia dan negara jiran serantau sebagai pejuang untuk mengekal dan memartabatkan warisan budaya masyarakat peranakan. Demi mencapai matlamat ini, beliau menyertai pameran Threads of Heritage, A Kebaya Showcase, di Melbourne baru bari ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang berbual dengan baba generasi ke-enam dari Melaka ini untuk mengetahui apakah yang mendorongi beliau.
-
213
Kontinjen Victoria Rangkul Juara Keseluruhan Muafakat Games 2026
Buat tahun ketiga, Muafakat Games 2026 kali ini berlansung di Melbourne. Temasya sukan anjuran pelajar Malaysia di Australia ini semakin tahun semakin besar dan kali ini memaparkan dua kategori baru, e-sports dan acara track and field, balapan dan padang. SBS Bahasa Melayu menjenguk upacara penutup Muafakat Games di Federation Square.
-
212
2026 Census: What you need to know to ensure you’re counted - Banci 2026: Apa Yang Perlu Diketahui Bagi Memastikan Anda Terbilang
The 2026 Census is on Tuesday 11 August and every person in Australia on this night must be counted. Census data is used to understand where we live, the languages we use at home (including Auslan), the support we need and how Australia is changing as a nation. Being counted helps ensure your community, culture and beliefs are represented. Here’s what you need to know about completing the Census for your household. - Setiap lima tahun, Australia menjalankan banci kebangsaan bertujuan mengemaskini data dan maklumat mengenai bilangan serta komposisi warganya. Tahun ini, banci 2026 akan berlansung pada Selasa, 11 Ogos. Setiap individu yang berada di Australia pada malam terbabit wajib menjawab dan mengisi borang banci yang bakal dihantar kepada semua. Data banci digunakan untuk memahami lokasi tempat tinggal penduduk, bahasa pertuturan di rumah, bentuk sokongan yang diperlukan oleh komuniti, serta bagaimana Australia berubah sebagai sebuah negara. Mengambil bahagian dalam banci ini akan memastikan komuniti dan budaya anda diwakili.
-
211
Rekaan Fesyen Danish Rizal Menerapi Elemen Warisan Melayu
Setelah dua setengah tahun mengikuti ijazah jurusan rekaan fesyen di RMIT University, Melbourne, Danish Rizal tidak sabar melihat hasil rekaan beliau diperagakan dalam pertunjukan fesyen graduan RMIT 2026. SBS Bahasa Melayu dijemput menyaksikan pertunjukan fesyen penuh kreativiti dan glamor hasil rekaan pereka fesyen generasi baru.
-
210
Argentina Singkir England, Sekali Lagi Ke Final Piala Dunia Bertemu Sepanyol
Hari Ke-35 Piala Dunia FIFA 2026 menyaksikan Argentina cipta kebangkitan dramatik menewaskan England 2-1, dengan Lionel Messi sekali lagi mempamerkan sentuhan keemasannya membawa La Albiceleste mara ke pentas final menentang Sepanyol.
-
209
Ulangan 2022: Perancis Dan Maghribi Berentap Rebut Tiket Ke Separuh Akhir
Piala Dunia FIFA kembali Jumaat ini dengan aksi suku akhir yang dinanti-nantikan apabila Les Bleus berdepan Atlas Lions dalam ulangan separuh akhir Piala Dunia Qatar 2022. Apakah Maghribi akhirnya mampu menebus kekecewaan empat tahun lalu, atau Perancis sekali lagi akan menjadi penghalang impian mereka ke pentas separuh akhir?
-
208
Pesta Pasifika Raikan Budaya Warga Kepulauan Pasifik
Komuniti Pasifika tempatan di utara Queensland sekali lagi berganding bahu menjayakan sambutan tahunan yang kini dikenali sebagai Pasifika Celebration. Pesta di Innisfail yang meraikan budaya kepulauan Pasifik memberi peluang kepada warga kepulauan yang baru tiba di bawah Skim Mobiliti Buruh Australia-Pasifik atau PALM bertemu dan mengenali komuniti mereka yang sekian lama telah menetap di negara ini.
-
207
England dan Belgium Tangani Detik Cemas, Amerika Syarikat Terus Mara
Harry Kane dan Youri Tielemans muncul wira apabila membawa England dan Belgium mara ke pusingan 16 terbaik, manakala Amerika Syarikat turut mengesahkan kemaraan selepas menewaskan Bosnia dan Herzegovina.
-
206
Budi Bahasa Bertutur Bak Pujangga Rahsia Kejayaan Berdiplomasi
Beliau merendah diri dan berbudi bahasa. Beliau juga tidak teragak memberi sokongan kepada rakan setugas. Beliau bertanggungjawab dan sentiasa memberikan yang terbaik. Inilah antara pujian ke atas Norazmi Nordin yang kini tamat perkhidmatan beliau selaku setiausaha pejabat di Konsulat Jeneral Malaysia di Melbourne. Zaini Ahmad berpeluang menemubual Azmi untuk meninjau apakah antara nilai dan sifat penting untuk berjaya dalam dunia diplomasi.
-
205
Brazil Kembali Temui Rentak, Neymar Sedia Harungi Pusingan Knockout
Brazil tempah tiket ke pusingan knockout, Afrika Selatan cipta sejarah, manakala Socceroos dilanda krisis kecederaan.
-
204
5 Tahun Setelah Meninggalkan Malaysia, Apakah Nur Sajat Gembira Di Australia?
Lebih lima tahun dahulu, Nur Sajat terpaksa melarikan diri dari tanahair setelah dikecam dan diancam oleh pihak berkuasa dan segolongan warga Malaysia kerana ingin hidup secara terbuka sebagai seorang ahli komuniti LGBTQI+. Apakah perkembangan terkini beliau? Sempena Minggu Pelarian 2026, Zaini Ahmad sempat berbual dengan Nur Sajat ketika menghadiri sambutan Eidul Adha di Melbourne baru baru ini.
-
203
Australia Raih Kemenangan Impian 2-0 Menewaskan Turkiye
Socceroos memulakan kempen Piala Dunia FIFA 2026 dengan kemenangan penting ke atas lawan yang kuat, manakala juara lima kali Brazil dikejutkan apabila diikat Morocco.
-
202
Piala Dunia FIFA 2026: England Benam Croatia, Portugal Tercicir Mata Bertemu DR Congo
Pasukan-pasukan Afrika terus mencuri tumpuan pada Hari Ke-7 FIFA World Cup 2026 apabila Republik Demokratik Congo dan Ghana masing-masing mencatat keputusan positif menentang Portugal dan Panama. Sementara itu, Harry Kane muncul bintang utama dalam kemenangan meyakinkan England ke atas Croatia.
-
201
Pasar Malam Bantu Warga Melayu Hadapi Kos Kehidupan Tinggi
Pesta Winter Night Market, anjuran Komuniti Melayu Victoria sekali lagi muncul menawarkan pelbagai sajian untuk pengunjung berbilang kaum seisi keluarga. SBS Bahasa Melayu mengunjungi pasar malam musim sejuk ini untuk meninjau bagaimana warga Melayu Melbourne menghadapi cabaran kos kehidupan yang semakin hari, semakin meningkat.
-
200
Piala Dunia FIFA 2026 - Pembuka Tirai
Dari detik-detik yang pasti tidak akan dilupakan, pemain-pemain utama dan bakat baru, serta kontroversi perlawanan, SBS Bahasa Melayu akan membawakan anda topik dan isu menarik sepanjang Piala Dunia FIFA 2026. Buat permulaan, kita lihat beberapa kontroversi yang menghantui kejohanan ini dari kemajuan teknologi, kenaikan mendadak harga tiket serta kebimbangan isu hak asasi manusia yang mungkin timbul sepanjang kejohanan berlansung.
-
199
Pendatang Membebankan Australia? Apa Kata Warga Melayu
Berdepan dengan dakwaan pendatang ke Australia, termasuk pemohon perlindungan, membebankan peruntukan perkhidmatan kebajikan di negara ini, apa kata warga Melayu kita? SBS Bahasa Melayu tinjau pandangan beberapa warga Melayu yang hadiri sebuah majlis sambutan Eidul Adha baru-baru ini.
-
198
#111 Water problems at home? |Talking to a plumber (Med) - Masalah Paip Air? | Ketahui Petua Berbual Dengan Tukang Paip
Learn English useful for describing plumbing problems at home. Practise everyday phrases for explaining issues, asking about cost, and arranging repairs. - Episode Learn English kali ini memaparkan petua menerangkan masalah paip air yang mungkin dihadapi di rumah. Ikuti petua bagaimana untuk menerangkan masalah, bertanyakan kos serta mengatur temujanji untuk kerja pembaikan dalam Bahasa Inggeris.
-
197
The Aboriginal flag: History, meaning and recognition - Bendera Kaum Aboriginal: Sejarah, Makna Dan Pengiktirafan
At school, work, council offices or sporting events, you might see a red, black and yellow flag flying beside the Australian national flag. This is the Aboriginal flag, representing the Aboriginal people of Australia and their connection to land, community and stories. - Pastinya anda sering melihat bendera merah hitam dan kuning terkibar di perkarangan bangunan sekolah, pejabat dan majlis sukan. Inilah bendera Aboriginal yang melambangkan kekuatan, kelangsungan hidup dan identiti kaum orang asli Australia.
-
196
Pembangkang Dikecam Kaitkan Migran Dengan Masalah Ekonomi
Ketua Pembangkang Parti Coalition, Angus Taylor, menyampaikan ucapan balasan belanjawan beliau dengan janji memperketatkan kawalan bilangan migrasi serta melarang penduduk Australia bukan warganegara daripada mengakses pembayaran kebajikan. Pengkritik berkata parti pembangkang ingin menyalahkan golongan migran atas masalah ekonomi Australia, manakala parti anti-immigresen, One Nation. menuduh pembangkang meniru polisi dasar mereka.
-
195
Muafakat Games 2026 Tingkatkan Keinsaniah Pelajar Malaysia Di Australia
Buat tahun ketiganya, Muafakat Games 2026 bakal berlansung di Melbourne awal bulan Julai ini membabitkan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi di seluruh Australia. Pengarah projek kejohanan tahun ini memberitahu SBS Bahasa Melayu, Muafakat Games bertujuan mempertingkatkan keinsaniah dan perpaduan di kalangan pelajar Malaysia di negara ini.
-
194
Tips to reduce petrol costs | Fuel in Focus - Petua Mengurangkan Beban Kos Petrol | Fokus Terhadap Harga Petrol
Rising fuel prices are putting pressure on household budgets across Australia, and for many people, it’s changing the way they travel. So what can you do to reduce your fuel costs without giving up your daily routine? Here are some simple, practical ways to save money on petrol. - Kenaikan harga petrol memberi tekanan terhadap kos kehidupan di seluruh Australia dan bagi sebilangan besar penduduk negara ini, ianya mengubah cara mereka bergerak. SBS Bahasa Melayu memaparkan petua yang boleh diamalkan untuk meringankan bebanan kos petrol tanpa mengorbankan rutin seharian anda.
-
193
Johor Jewels Buru Kejuaraan Netball Super League 2026
Demi menjadi juara Netball Super League Malaysia 2026, pasukan Johor Jewels baru-baru ini mengadakan lawatan latihan ke Melbourne untuk mengasah kecekapan anggota pasukannya di gelanggang bola jaring. SBS Bahasa Melayu berpeluang menemui pasukan yang dianggap antara terbaik di tanahair.
-
192
Australia's Niue Island Community Honours ANZAC Pioneers - Komuniti Kepulauan Niue Kenang Jasa Perintis ANZAC
Forgotten ANZACs from the Pacific Island of Niue. Descendants recall the tragedy filled journey of 150 volunteers, from an isolated tropical atoll, who were thrust into the cauldron of World War I. - Pahlawan ANZAC dari Pulau Niue tidak seharusnya dilupai. Jasa dan pengorbanan mereka diingati dan dihargai oleh generasi baru yang mengenang nasib sekumpulan 150 anak muda kepulauan yang meninggalkan pulau indah aman damai untuk dihantar ke medan peperangan Eropah semasa Perang Dunia Pertama.
-
191
Kenapa Warga Melayu Victoria Inginkan Masjid Melayu Tersendiri?
Apakah disebalik hasrat warga Melayu di Victoria yang inginkan masjid Melayu mereka tersendiri? SBS Bahasa Melayu menyertai sambutan Eidul Fitri anjuran Persatuan Melayu Islam Australia untuk mengetahui kenapa masjid yang kini sedia ada tidak mencukupi.
-
190
KD Lekir Kebanggaan TLDM Capai Misi Bersejarah Mengelilingi Australia
KD Lekir, kapal kombatan TLDM baru-baru ini menyertai latihan bersama tentera laut Malaysia-Australia yang turut membabitkan misi bersejarah pelayaran mengelilingi benua Australia. SBS Bahasa Melayu berpeluang melawat kapal perang diraja ini ketika ianya berlabuh di Pelabuhan Melbourne.
-
189
Meskipun Jauh Di Perantauan, Warga Melayu di Australia Sakan Berhari Raya
Meskipun jauh di perantauan, warga Melayu di Australia, khususnya di Melbourne dan sekitar Victoria, sakan menyambut Eidul Fitri sesama sendiri. SBS Bahasa Melayu mengunjungi rumah terbuka sepasang suami isteri yang sering dianggap bonda dan ayah oleh golongan yang sekian lama terpisah dari sanak saudara di tanahair.
-
188
Warga Islam Queensland Raikan Eidul Fitri Dengan Penuh Kesyukuran
Pesta Queensland Multicultural Eid Festival 2026 sekali lagi berjaya menarik warga Islam berbilang kaum dari sekitar bandar Brisbane meraikan Eidul Fitri tahun ini. SBS Bahasa Melayu berpeluang menyertai sambutan tahunan yang menyatupadukan komuniti migran di negeri yang terkenal sebagai "the Sunshine State".
-
187
Iran: Trump Selar Kesatuan Eropah Gagal Menyokong Penuh Tindakan Amerika
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, menyelar Kesatuan Eropah atas apa yang dianggap beliau sebagai kekurangan sokongan terhadap serangan Amerika Syarikat dan israel ke atas Iran. Iran pula menyatakan bahawa masa untuk rundingan telah berlalu, memberi amaran kepada Eropah supaya tidak mencampur tangan.
-
186
Sengketa Timur Tengah Gagal Hambarkan Sambutan Eidul Fitri Warga Melayu Di Australia
Demi menghormati umat islam di Timur Tengah yang menghadapi sengketa ketika ini, warga Sarawak, Rosmiati Kamaruddin, berhasrat menyambut Eidul Fitri secara sederhana tahun ini. Namun, sengketa yang berlaku gagal menghambarkan keriangan tetamu warga Melayu beliau yang sekian lama menyambut Hari Raya jauh di perantauan.
-
185
Pemakaian Baju Tradisional Kekalkan Budaya Melayu Di Australia
Mesikpun jauh dari tanahair, warga Melayu di Australia tidak ketinggalan membuat persiadaan untuk menyambut Eidul Fitri. Zaini Ahmad meninjau persiapan membeli baju raya di kalangan warga Melayu di Melbourne.
-
184
Komuniti Melayu Islam Sasar $4 Juta Bina Masjid Melayu Di Victoria
Meskipun ianya baru saja ditubuhkan, Persatuan Melayu Islam Australia, AMMC, mempunyai matlamat tinggi yang murni - membina sebuah masjid Melayu di Victoria. Zaini Ahmad menyertai majlis Iftar AMMC di Noble Park, Victoria, untuk meninjau pandangan ahli persatuan tentang cabaran dihadapi warga Melayu beragama Islam yang berhijrah ke negara ini.
-
183
#105 Celebrating small wins at work - #105 Meraikan Kecemerlangan Di Tempat Kerja
Learn useful English for talking about small wins at work. Practise phrases for celebrating achievements, staying motivated, and making progress step by step. - Pelajari frasa berguna dalam Bahasa Inggeris berkaitan kejayaan anda, tak kira besar atau kecil, di tempat kerja. Ketahui apa yang boleh anda perkatakan dalam Bahasa Inggeris setelah mencapai kejayaan atau demi mempertingkatkan motivasi serta keupayaan mengorak selangkah ke hadapan dalam tugasan harian anda.
-
182
Introducing: Our Pacific - Pembuka Tirai: Pasifik Kita
SBS Examines is launching a new series exploring Australia's connection with the Pacific region. - SBS Examines melancarkan siri terbaru, Our Pacific, yang akan menerokai dan mendalami perhubungan rapat Australia dengan rantau meluas ini.
-
181
Bazaar Ramadan Tawar Harga Berpatutan Demi Kegembiraan Pengunjung
Sekali lagi, warga Melbourne berpeluang mengunjungi bazaar Ramadan untuk membeli pelbagai juadah Iftar yang popular dari tanahair. Jika tahun lalu timbul desas-desus mendakwa harga jualan terlalu mahal serta senarai harga tidak dipamerkan, penganjur tahun ini mengambil setiap langkah menawarkan pengunjung sajian enak pada harga yang berpatutan.
-
180
#104 Talking about school exams | NAPLAN - #104 Berbual Tentang Peperiksaan | NAPLAN
Learn useful English for talking about school tests, studying, exam pressure, and when you do really well. - Pelajari frasa berguna dalam Bahasa Inggeris apabila anda bercakap tentang ujian, pembelajaran, tekanan peperiksaan serta kecemerlangan.
-
179
Tiga Tahun Selaku Konsul Immigresen, Hanizah Ucap Selamat Tinggal Melbourne
"Beliau adalah seorang kawan yang baik dan berintegriti." "Beliau selembut-lembut manusia, sentiasa lembut menerima teguran, menerima pandangan." "Beliau seorang yang ingin belajar, sentiasa mendengar arahan dan faham apa yang perlu dilaksanakan sebagai salah seorang anggota kanan Konsulat Jeneral Malaysia di luar negara."
-
178
Australia Sertai Amerika Syarikat DiKecam Gagal Pertahan Hak Asasi
Demokrasi sejagat merosot 40 tahun kebelakang, merudum ke tahap tahun 1985. Demikian menurut kajian terbaru Human Rights Watch dalam laporan tahunan mereka. Amerika Syarikat, negara China dan Rusia tersenarai sebagai ancaman kepada sistem antarabangsa berasaskan peraturan. Australia turut disebut sebagai satu-satunya negara demokrasi barat yang tidak mempunyai akta hak asasi manusia kebangsaan.
-
177
#102 Getting organised (Med) - #102 Pengurusan Diri (Med)
Learn practical English phrases for getting organised and managing daily tasks, including planning ahead, meeting deadlines, and staying on top of responsibilities. - Pelajari frasa praktikal dalam Bahasa Inggeris untuk membantu anda mengurus segala tugasan harian yang perlu dilaksanakan, termasuk perancangan, menepati tarikh yang ditetapkan serta menyempurnakan segala tanggungjawab anda.
-
176
100 Tahun Television: Ciptaan Yang Mengubah Kehidupan Manusia Sejagat
Seratus tahun lalu, pencipta dari Scotland, John Logie Baird, memperkenalkan kepada seluruh dunia televisyen yang pertama, dikenali sebagai televisor. Imej terawal itu, gambaran berkelip kepala patung boneka ventriloquist, telah mencetuskan satu revolusi besar dalam kehidupan manusia sehingga kini.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
Loading similar podcasts...