PODCAST · news
Selebriti Podcast: Dato Sheila Majid - SYOK Podcast [BM]
by SYOK Podcast
Dinobatkan sebagai Ratu Jazz Malaysia, Dato Sheila Majid mengukir namanya di industri muzik tanah air sehingga dikenali serata Asia. Karyanya masih dimainkan dan diberi nafas baharu oleh generasi muda. Namun, perjalanan hidupnya bagai ombak yang mempunyai pasang dan surutnya.
-
5
"MENINGGALKAN LEGASI ISTIMEWA" | Selebriti Podcast: Dato Sheila Majid EP5
Dalam episod akhir ini, Dato Sheila Majid meninggalkan pesanan kepada bakal pelapis seni tanah air untuk abaikan glamor dan populariti, bahkan kekalkan fokus kepada bakat yang sedia ada dan jangan pernah putus asa jika ingin berada dalam arena seni tanah air ini.
-
4
“PEMINAT KUMPUL DUIT DEMI ALBUM BONEKA” | Selebriti Podcast: Dato Sheila Majid EP4
Merakam sebuah album tidak mudah dan tidak murah! Disebabkan ingin sebuah album baharu, peminat-peminat Dato Sheila Majid gigih mengumpul dana untuk dia mengeluarkan sebuah album baharu iaitu "Boneka".
-
3
"MUZIK ADALAH SENI BUDAYA BUKAN HIBURAN SEMATA-MATA!" | Selebriti Podcast: Dato' Sheila Majid EP3
Episod kali ini, Dato Sheila Majid berkongsi tentang pembikinan album Ku Mohon serta meluahkan perasaan tentang betapa pentingnya muzik dilihat sebagai seni budaya dan bukan semata-mata sebagai hiburan sahaja. Beliau memberi contoh negara jiran yang memartabatkan penggunaan dialek dalam muzik untuk mengekalkan seni budaya negara.
-
2
“SAYA NAK GENERASI MUDA KENAL LAGU P. RAMLEE” | Selebriti Podcast: Dato' Sheila Majid EP2
Lagenda dan ikon yang panggil diagungkan dan dicintai, Tan Sri P. Ramlee sememangnya pewira dan idola bagi Dato' Sheila Majid sehingga beliau merakamkan album khas berjudul Lagenda. Ramai yang tidak setuju dengan keinginannya untuk merakam semula lagu-lagu P.Ramlee dan memberi nafas baharu. Namun, Sheila Majid hanya ingin menabur bakti kepada idolanya dan ingin kekal warisan beliau supaya generasi muda akan sentiasa mengenali lagu-lagu Lagenda tanah air.
-
1
“AYAH DULU NAK SAYA JADI PEGUAM” | Selebriti Podcast: Dato' Sheila Majid EP1
Dibesarkan oleh seorang bapa yang mengutamakan akademik, Dato Sheila Majid pernah risau bagaimana ingin dapatkan restu ayahanda untuk menjejak kaki ke industri muzik. Selepas menduduki peperiksaan SPM, Sheila Majid beranikan diri minta restu daripada arwah ayah untuk menyanyi.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Dinobatkan sebagai Ratu Jazz Malaysia, Dato Sheila Majid mengukir namanya di industri muzik tanah air sehingga dikenali serata Asia. Karyanya masih dimainkan dan diberi nafas baharu oleh generasi muda. Namun, perjalanan hidupnya bagai ombak yang mempunyai pasang dan surutnya.
HOSTED BY
SYOK Podcast
CATEGORIES
Loading similar podcasts...