Sembang Letih Podcast

PODCAST · comedy

Sembang Letih Podcast

Sekumpulan pemuda dengan sumber aspirasi palatao, membincangkan kepesatan anjakan paradigma dunia masa kini

  1. 12

    #EP12 Cerita Bulan Puasa (Bahagian_2)

    Hello halo halu gaiss, di bulan ramadan ini kami sekali lagi mendendangkan podcast yang bertemakan cerita cerita pengalaman kami sepanjang menjalani bulan ramadan sebelum ini. Dengan rasa rendah hati kami ingin mengucapkan beribu terima kasih kepada yang sudi mendengar podcast kami selama ini, walaupun tidak seberapa tetapi, anda sentiasa di dalam hati sanubari kami! Didalam podcast ini beberapa pengalaman kami tentang "ajaran syiah" dan juga "survival of the fetus" moreh. selamat men-dae-ngar! Salam Ramadan kepada yang menjalani ibadah puasa gaisss!  Lepak sekali: PU Ting, PU Ding, PU Key, PU Ndek, PU Lau.

  2. 11

    #EP11 Cerita Bulan Puasa (Bahagian_1)

    Ramadan tiba ramadan tiba ramadan tiba, tiba tiba ramadan. Kali ini dengan masa yang ada kami lagi sekali menggunakan masa itu dengan berbincang dan bercerita tentang pengalaman kami menghadapi bulan puasa pada masa masa sebelum ini. Pengalam member kantoi buka puasa? Kuih kegemaran? Apa beza puasa dulu, dengan puasa sekarang? haaa semua ada diceritakan. Selamat Berpuasa guys! ;) Kelas mengaji onz: PU Ndek, PU Ting, PU Key, PU Ding

  3. 10

    #EP10 Cerita Budak Sekolah (Bab_2)

    Setelah beberapa lama kami mem -procastinate kerjaya kami sebagai PU dengan ke-busy-an kerjaya dan tugasan hakiki, here is it, our 10th episode! Di dalam rakaman suara ini, kami menceritakan sekali lagi tentang zaman persekolahan semasa di sekolah menengah secara overall nya. Kali ini kami menceritakan tentang perbezaan Hari Kantin ataupun Hari Koko yang  dikatakn jauh lebih berbeza dari zaman sekarang. Betul ke? Hari Sukan antara Hari yang ditunggu tunggu budak sekolah? Dan sebelum menutupi upacara "reminiscence" kami, beberapa tips dan pandangan kepada yang menghadapi SPM, walaupun tau dah lepaskan, lol. Kedatangan Kelas: PU Key, PU Ting, PU Ndek, PU Lau, PU Ding.

  4. 9

    #EP9 Cerita Budak Sekolah (Bab_1)

    Di dalam episod ini, kami berborak dan bercerita mengenai zaman kecik di bangku sekolah dahulu. Dengan ingatan yang agak samar samar, terdengarlah kisah kisah seperti, tandas sekolah barai, pengawas ada privilege, geng dengan dak dak hot je? Berbalik juga kepada semua rakyat malaysia yang pernah bersekolah di sekolah menegah harian mahupun sekolah berasrama. Laii Dengarkan di Spotify Podcast dan lain lain podcast! Kedatangan Kelas: PU Key, PU Ting, PU Ndek, PU Lau, PU Ding 

  5. 8

    #EP8 Rindu Zaman Universiti (track_2)

        Zaman universiti punya pasal, kita sambung terus dengan episod kali ini yang merangkumi perjalananan kehidupan PU - PU di zaman universiti mereka. Tertarik disini untuk dikisahkan bahawa PU Ting sangatlah bertuah kerana berpeluang untuk menjadi room mate ataupun rakan sebilik dengan Robot yang diberi nama "Ya/Tidak". Adakah riwayat PU Ting selamat sementara menuju ke menara gading?    Dengan kesinambungan di akhir perbualan, PU Tra menceritakan kisah hidupnya di salah sebuah universiti tempatan dimana dia seorang yang sangat typical student di zaman masa kini. Tak dilupakan juga kisah awek yang awkward dengan kelakian sejati PU Ding Kehadiran PU : PU Ndek, PU Ting, PU Ding, PU Key, PU Lau, PU Tra

  6. 7

    #EP7 Rindu Zaman Univer-siti (track_1)

    Disebabkan ahli ahli PU semuanya sudah melangkah ke alam pekerjaan, tidak janggal lah jika perasaan rindu terhadap "Zaman Belajar" masing masing. Semuanya ada lah penceritaan setiap PU tentang pengalaman pertama memasuki ke alam study. PU Lau merajuk dengan PU Ding? PU Key salah kos? Lagenda Budak Kopiah? tidak dilupakan kali ini dengan kemunculan kali ke-dua dari PU Tra setelah naik syekh di penampilan yang pertama. Kedatangan :- PU Ding, PU Lau, PU Ndek, PU Key, PU Ting, PU Tra

  7. 6

    #EP6 Penyu Tampar PU Ting!? (travel_2)

    Perbualan di episod ini kami sambung dengan penceritaan tentang "Travel" pada episod yang lepas. Perbualan di mulakan dengan pengalam PU Key yang menekankan tentang negara/tempat yang paling diminati untuk dikunjungi. Tambahan lagi, pengalaman - pengalaman lain juga di tambah oleh PU Ndek, PU Ding dan PU Ting. basically  cerita pasal travel diorang je lah, tu je. siapa join:  PU Ndek, PU Ting, PU Ding, PU Key, PU Lau

  8. 5

    #EP5 Motor Lagenda Top Speed 80 (travel_1)

    Dalam episod ini kami lagi sekali cuba membincangkan bersama sama tentang "travel". Perbincangan dimulakan dengan PU Lau yang di anggap pencinta binatang seperti panda, dan diteruskan dengan perjalan tetamu kita PU Ngkok yang banyak dengan kejutan ke Johor (ke Singapura?), dan penambahan cerita "travel" yang diceritakan oleh PU Naii yang diakhiri dengan segmen Nasi Kandar Mantap Pak Abu. Punch Card: PU Ndek, PU Lau, PU Ting, PU Key, PU Ngkok, PU Naii, PU Ding

  9. 4

    #EP4 "Trade In Bapak/Gameboy" (ft PUBGM Pro Player)

    Hi guys, episod kali ini kami memperdengarkan dengan topik yang baru iaitu secara general nya " Game" ataupun permainan siber. Persoalan yang timbul antara PU adalah bila bermula nya bermain game? game pertama dalam phone/ tape? LGBTQ di dalam arena gaming? Main game tak elok ke elok? Dipenghujung rancangan juga diperkenalkan tetamu-tetamu yang baru yang terdiri daripada PU yang aktif didalam bidang gaming, dan juga e-sport di Malaysia.  PU Hadir :- PU Ndek, PU Ting, Pu Ding, PU Lau, PU Tra, PU Naii, PU Nca, PU Ci dan PU Puy

  10. 3

    #EP3 "White" Kena Banned

    Dengan kehilangan salah seorang ahli sembang letih; PU Ting, episod kali ini membincangkan sambungan tentang tajuk ataupun persoalan mengenai "SocMed" yang lebih mendalam dan lebih palatao. Fisbuq banned "white"? Privacy wasep di breach? Anak nanti leka dengan video Tek Tuk? Palatao involved ; PU Ndek, PU Key, PU Ding dan PU Lau

  11. 2

    #EP2 Makan Sotong Acah - Acah Kaya?

    Perbualan lelaki lelaki marhain mengutarakan pendapat sebagai pengguna laman sosial tegar dan tak tegar. Podcast kali ni kami membincangkan tentang secara general - nya "social media" dalam bentuk yang baik ataupun buruk. Dibawakan oleh; PU Ting, PU Ndek, PU Ding, PU Lau dan PU Key

  12. 1

    #EP1 Try Test Cuba

    Perbincangan antara mamat mamat yang cuba untuk try melopori dunia podcast.  Bersama geng sembang; PU Ting, PU Ndek dan PU Lau. Percuban yang pertama nampaknya gagal. Adakah masih ada semangat bagi meneruskan episod yang seterusnya? nantikan untuk episod hadapan yang akan datang

Type above to search every episode's transcript for a word or phrase. Matches are scoped to this podcast.

Searching…

No matches for "" in this podcast's transcripts.

Showing of matches

No topics indexed yet for this podcast.

Loading reviews...

ABOUT THIS SHOW

Sekumpulan pemuda dengan sumber aspirasi palatao, membincangkan kepesatan anjakan paradigma dunia masa kini

HOSTED BY

Sembang Letih Podcast

CATEGORIES

URL copied to clipboard!