PODCAST · society
Topic Cap Merah
by Putera Rahmat
Di Topic Cap Merah, pastinya akan aku kongsikan pelbagai macam topik dan semuanya hanya pada pandangan aku sahaja. Topik-topik hangat, pelik, dan pelbagai macam lagi. Apa-apapon ingatlah, Lain Orang Lain Cara!
-
50
Bersama: Bai (Nyanyian Cap Merah)
Nyanyi lepak bersama Bai.
-
49
Episode 1 : Tentang Persahabatan - Buat apa jadi members tapi berbual belakang satu sama lain-Part 1
Terlebih dahulu aku ucapkan Salam sayang, sejahtera dan doa buat semuanya! Alhamdulillah masih ada peluang untuk aku akhirnya keluarkan episode baru sekian lama berabuknya! Episode baru kali ini, sudah pastinya aku harus kongsi kan topic yang mungkin hangat mungkin tidak tapi pada aku ianya penting sebenarnya! Ianya sudah tentu kena mengena dengan Silaturrahim. Segala nama, kejadian, tempat, dan sebagainya akan korang dengar nanti. Tiada niat untuk mengaibkan sesiapa. Ianya hanya untuk beri gambaran yang lebih jelas untuk semua. Aku akan kongsikan pandangan aku seperti biasa apa-apa pon ingatlah, Lain Orang Lain Cara!!!!
-
48
Episode 0 : Bersama Havoc
Sekian lama aku hilang aku kembali berbual konek. Ini semua hanya hiburan dan akan aku kembali dengan kisah seperti biasa. Ingatlah, lain orang lain cara!
-
47
S3 E1: Hey! Apa khabar? Baik ya?
Topic Cap Merah kembali lagi dengan episode baru sekian lama hilang. Aku begitu sangat sibuk sehingga tiada masa aku. Disini aku akan ceritakan updates tentang aku! Ohh ya dengarkan juga podcast 780's bersqma Syukri, Shafar & Qusyairie Dengarkan! Ingatlah, Lain Orang Lain Cara!
-
46
Asal seh gitu.
Sebuah episode yang ringkas tentang dua jejaka yang dikenali ramai. Namun ini pandangan aku. (Baru nak upload.. recording dah lama..)
-
45
Ini Bukan Episode Baru..
Ini Bukan Episode Baru
-
44
Oman Vs Mika?
Salam semua! Rindu aku kan? HAHAHAHA kembali lagi aku dengan topik panas. Tentang Oman dan Mika. Nak tahu pasal apa? Dengarlah!
-
43
Menjelang 2022 bersama aku, Putera!
Sekejap rasanya tiberr dah 2022 eh? Rasanya baru 3min 21 saat yang aku keluarkan episode tahun baru yang lalu. Bagaimana semua? Apa rancangan yang korang ada untuk countdown tahun ni? Dengarkan aku dulu sebelum pergi enjoy ya! Ingatlah, Lain Orang Lain Cara!
-
42
Akhir : Kasih Sayang Dari Ibu
Aku mengambil keputusan untuk menjadikan episode ini, episode terakhir. Relax ya untuk tahun ini sahaja episode terakhir. Untuk topik kali ini sebenarnya begitu emosi ya dan sebelum aku mulakan topik ada sebuah lagu yang aku kongsikan dari sedara kesayangan aku Nazif! Jadi dengarkanlah. Ingatlah Lain Orang Lain Cara!
-
41
Angin Lawan Api?
Disini aku kongsikan topik tentang bezanya angin dan api. Sebelum aku bercerita tentang ia, ada lagi beberapa topik yang aku bahaskan. Salah satu adalah topik yang diminta oleh para pendengar podcast ini juga. Nak tahu apa? Jom dengarkan! Ada juga updates tentang podcast ni. Ingatlah, Lain Orang Lain Cara!
-
40
Tak senangkan orang tak apa, jangan menyusahkan.
Scheme cepat kaya pastinya banyak cara kan? Jadi untuk episode kali ini aku akan kongsikan pengalaman aku atau lebih kena pada detik, pengalaman kawan aku yang tidak aku sebut nama. Seperti biasa ambillah ini sebagai pelajaran. Ingatlah Lain Orang Lain Cara!
-
39
Bangga sangat atas kesedihan?
Dimana sahaja aku melihat ramai orang seolah-olah begitu rasa megah dan bangga menunjukkan perasaan sedih mereka. Ni trend ke apa ni? Jadi untuk episode kali ini aku akan berikan pendapat aku. Ingatlah Lain Orang Lain Cara!
-
38
Seandainya Iblis Bertaubat
Pernah terfikir tak, jika Iblis jadi bertaubat apa terjadi pada dunia? Zaman akhir kini, siapa yang jahat? Mana benar dan mana tidak? Di episode kali ini aku akan kongsikan sedikit tentang kenyataan aku. Ingatlah Lain Orang Lain Cara!
-
37
Apa nak jadi? Apa sudah jadi?
Episode kali ini aku kongsikan tentang pandangan dan pendapat aku mengenai budak zaman kini. Kalau nak ceritakan memang tak cukup sehari jadi aku hanya ringkaskan sahaja. Mari dengarkan episode ini! Lain Orang Lain Cara!
-
36
Aku hanya sekadar berkongsi
Untuk episode kali ini aku berkongsi tentang isu permakanan terutamanya pisang dan Prof. Nurhisyam juga turut memberi pencerahan mengenai isu ini. Selepas itu ada juga topik yang aku ketengahankan. Ahhh nak tahu apa? Jom dengarkan! Lain Orang Lain Cara!
-
35
Bersama Aliff : Kacang lupa kulit
Kali ini aku bersama Aliff sekali lagi tetapi nampaknya ada sedikit murung ya. Tapi takpa biasalah ada masa kita diatas dan dibawah. Aku berkongsi tentang pengalaman beliau yang dinamakan kawan makan kawan. Juga aku ada promosikan business makanan shellout! Jom dengarkan! Lain Orang Lain Cara!
-
34
Kisah aku bersama Agama Iblis
Kalau sebut tentang perkara supernatural kita pastinya akan terfikir tentang gangguan Djinn, sihir dan sebagainya tetapi pernah kah korang mengalami dengan si penyembah Syaitan? Aku kongsikan pengalaman aku dan ianya bukan rekaan semata namun anggaplah ianya sebagai hiburan ya. Jom dengarkan! Lain Orang Lain Cara!
-
33
Edisi Khas Bahagian 3 : CVT dan Kumpulan Jahat?
Edisi Khas yang pernah aku janjikan bahagian 3 kini aku tunaikan. Bersama aku Prof. Nurhisham dari CVT akan memberi pencerahan dan selapas itu aku akan lebih kongsikan apa kata beliau. Memang episode yang begitu termasyur kerana aku akan buka sedikit sebanyak tentang cerita dunia. Mari dengarkan dan ingatlah Lain Orang Lain Cara!
-
32
Racist dan Karen???
(Dengarkan! Kerana di episode kali ini, ada kejadian supernatural!!) Nama gelaran "Karen" pastinya kita sudah dengar dan kenal bagaimana pembawakkan watak tersebut akan tetapi mengapa sikap mereka begitu? Apa puncanya? Jadi kali ini Topic Cap Merah aku akan membahaskan tentang entah apanya hal ni. Ya, Topic Cap Merah masih ada ya dan kali ni juga aku ingin promote sesuatu. Dengarkanlah~ Lain Orang Lain Cara!
-
31
Lain Orang Lain Cara
Kali ini aku kongsi pendapat aku tentang isu yang ada kaitan dengan tajuk episode aku. Terikut emosi pula setengah jalan tu akan tetapi memang keinginan aku untuk sampaikan sepatah dua kata untuk semua. Ayuh dengarkan! Lain Orang Lain Cara!
-
30
Bersama Ayu : Jangan Nikah Kalau Tiada Kebolehan?
Di episode kali ini akhirnya aku menjemput Isteri ku yang satu ini ke Topic Cap Merah untuk bertemu rama. Jadi untuk kali ini kalian boleh lebih mengenal Isteriku dan akan kita sepasang Suami Isteri membahaskan topik pada episode ini! Ayuh dengarkan! Lain Orang Lain Cara!
-
29
Antara Bahagia & Derita
Aku dah upload tapi macam ada masalah gitukan. Terpotong jadi aku upload lagi. Kali ini aku kongsikan kisah tentang Fendi yang baru kehilangan isterinya dan topik tentang Kebahagiaan & Penderitaan. Jadi marilah dengar. Ingatlah Lain Orang Lain Cara!
-
28
Bersama Han : Sebuah Kesal
Akhirnya aku dapat muat turun audio yang telah aku rakam sekian berbulan yang lalu. Disini aku bertemu rama bersama Han dan beliau kongsikan cerita sesal yang pernah terjadi didalam hidupnya. Mari kita semua mengambil pelajaran dari pengalamannya. Lain Orang Lain Cara!
-
27
Siapa Syaitan?
Alhamdulillah kita sudah masuk minggu yang ketiga di bulan yang penuh barakah ini. Topik kali ini memang bunyi seram dan gambarpon seram akan tetapi aku ingin ketengahkan pelbagai perkara sebenarnya. Sudahpon masuk episode ke 9 di season baru Topic Cap Merah ni. Akan aku terangkan terlebih lanjut tentang masa depan Podcast ini juga. Dengarkan~
-
26
Bersama Yazid. Dendam, Puas Atau Tidak?
Kali ini aku diteman oleh kawanku yang dari kecil iatu Yazid. Topik ini diketengahkan dari pengalamannya sendiri. Pastinya diluar sana pernah datangnya perasaan ini. Dengarkanlah. Ada sambungan sedikit dari episode yang lepas. Exclusive! Dengarkan penjelasan aku. Juga aku ada promote business lagi! Kali ni manis-manis barangnya! Dengarkanlah! Ingat, Lain Orang Lain Orang~
-
25
Susah sangat nak move on. Yeke???
Siapa yang tak pernah lalui dukacita sinetron patah hati kerana cinta bukan? Dihari baik bulan baik aku kongsikan tentang topik "Move on". Susah sangat ke? Ini point of view aku. Jangan lupa untuk sokong Muhd Rasul dengan business Badak Berendamnya juga ya! Langsung dengarkan!
-
24
Kenapa Bangsa Kita Dipandang Rendah?
Memang tidak boleh dinafikan bahawa bangsa kita ni seringkali direndahkan dan dipijak oleh mereka. Bagaimana ianya bermula? Adakah benar bangsa kita lemah? Kali ni aku berikan pandangan aku yang benar tiada simpan. Dan juga ada promosi barang baik lagi beb! Endeq'endeq jom dengarkan!
-
23
Mulut Bicara Segala, Jasad Tentukan Nyata.
[Aku ada promotekan product business online kali ini. Kena dengar kerana productnya gerenti bagus!!!! Apa productnya? Dengarkanlah.] Pastinya korang mesti pernah kena tipu bukan? Tipu duit, tipu sakit dan lain'lain akan tetapi kenapa benda yang tak perlu tipu, tetap mereka harus tipu?! Marilah bersama aku, aku akan membahaskan tentang topik ni!
-
22
Selamat Pagi Dunia Tipu Tipu!
Pastinya ramai pernah dengar bukan? Suara wanita indon mengucapkan itu. Kali ini aku kongsikan sedikit sebanyak apa yang aku mengerti tentang "Depression" ataupon Tertekan bahasa melayunya. Apa ianya sekadar ngada'ngada atau ianya luar kawalan? Jom dengarkan! Maafkan terlebih dahulu kerana topik ini begitu sukar untuk aku berbual seperti biasa.
-
21
Bersama : Yazid, Han & Boy Cobalah Mengerti
Kali ini aku ditemani oleh tiga raksasa ohh bukan jejaka. Amat dalam juga ya topik kali ni. Jom dengarkan!
-
20
Wahai Puteri & Illusi Cinta
Maafkan aku kerana lambat untuk keluarkan episode 2. Yelah mampu merancang tapi Allah tentukan. Kali ini aku ketengahkan tentang lagu Wahai Puteri dan sedikit cerita tentang sesuatu yang tak ramai tahu tentang aku. Endeq'endeq!
-
19
Kemana Kau Menghilangkan Diri?!
Kembali akhirnya di Episode 1 Season 2 Topic Cap Merah! Alhamdulillah dan aku mohon ampun kerana begitu lama untuk kembali. Di season baru ini...takpa korang pergi dengar ya. Aku kongsikan tentang ia.
-
18
Menjelang 2021 bersama aku, Putera!
Sedar tak sedar dah setahun kita semua bersama. Cheyh!! Hahahaha ini hanya episode biasa untuk menyambut kedatangan 2021. Harap semua happy selalu ya. Dengarkan ada exclusive di segment Podcast kali ini. I love you all.
-
17
Sumerian, Akad & "An".
Seperti dijanjikan kini bertemulah kami di Edisi Khas Bahagian 2. Akan tetapi tu sigh korang dengarkanlah sendiri ya. Sigh..
-
16
Unacknowledged : Rahsia dalam Rahsia.
Seperti mana aku telah janjikan, inilah Edisi Khas Topic Cap Merah. Untuk mendengarnya, korang harus dengar dengan minda yang terbuka. Aku hanya berkongsi dan tidak mengaku aku benar. Semuanya milik Allah. Salah atau benar, Allah tentukan. So jom dengarkan!
-
15
AMARAN!!
Aku akan keluarkan 3 bahagian Edisi Khas Topic Cap Merah. Tidak semua boleh terima kalau mendengarnya dan caci dan dusta akan jatuh pada diri mereka sendiri. Bukan kisah bunuh membunuh dan juga bukan kisah kisah hantu. Siapa mahu dengar, jom nantikan. Siapa tak mahu, jom g dengar Podcast lain.
-
14
Bonus Episode : Umur gini kau masih belum main?!
Untuk episode kali ini, aku bertemu rama bersama adik angkat aku iatu Firhan atau Boy. Dengarkan lah kisah beliau persiapan untuk NS dan hal peribadi sedikit.
-
13
Bonus Episode : Kau bukan mak atau bapak aku!
Bahagian kedua daripada episode sebelumnya. Kita lebih lanjut mengenal kisah silam si Mig dan sedikit dari Nazza. Siapa sangka yang kami juga hadapi masalah yang sama akan tetapi jalan yang agak tak jauh beza.
-
12
Bonus Episode : Sebenarnya siapa ni Mig?
Untuk Bonus Episode kali ini aku sekali lagi undang tetamu yang pernah diundang, Mig dan Nazza. Banyak soalan yang sensitive telah kita ketengahkan juga. Kali ni betulnya main hembus tanya je soalan. Dengarkanlah. Ini baru bahagian 1.
-
11
Episode Bonus : Cinta Pertama dan Bawa Kemana Kesetiaan Aku?!
Aku ceritakan lagi lebih tentang lagu ketiga aku : Cinta Pertama. Juga aku ceritakan sedikit tentang kesetiaan di dalam persahabatan. Lain orang lain cara!
-
10
Bonus Episode : Siapa aku didalam hidup kamu?
Kembali dengan episode bonus aku. Aku bahaskan tentang nasib aku sedikit kali ini. Mungkin kalian pernah lalui nasib aku. Ini adalah kisah benar tentang diri aku. Warning : Drama gila beb!
-
9
Bonus Episode : Aku Anak Syaitan?!
Kembali lagi bersama aku Putera di Topic Cap Merah. Bonus episode je. Tentang topic sedikit dan product Strong Arrow!
-
8
Akhirnya menjadi akhir.
Salam semua, terima kasih atas sokongan semua selama ini. Sudah sampai kami di episode Terakhir...
-
7
Perbualan tentang Podcast ini.
Banyak feedback dan comments yang dikongsikan kepada aku hingga aku jadi pening kepala beb. Oleh itu atas bantuan kawan, aku mengambil keputusan untuk buat perubahan sedikit. Disini aku berbual tentang masa depan Podcast ini.
-
6
Bersama : Cynta'Que & Mig Lagi.
Seperti dijanjikan kita sambung bahagian yang kedua tapi nampak gaya seperti tak cukuplah. Nampaknya akan ada lagi ni. Bayangkan dengan aku sekali kena soal. Endeq endeq endeq..
-
5
Bersama : Cynta'Que & Mig
Aku janji korang, episode kali ini kecoh. Kerana hadirnya tamu undangan aku, sampai aku rasa aku ni yang diundang. Jadi enjoy ya! Ini bahagian 1. Aku janji ada bahagian lain.
-
4
Bersama : Nazza
Kali ini aku bertemu rama bersama Nazza atau dikenali dengan nama Naz. Beliau kongsikan cerita atau berbunyi seperti lepas geram di segment kali ini. Untuk Episode ini akan dibagikan dua bahagian. Mohon maaf kalau ada berbunyi kasar atau bunyinya panjang ya. Endeq endeq endeq!
-
3
Bersama : Aliff
Di segment kali ini akan aku temu rama bersama Aliff. Dia berkongsi kisah percintaannya dan kisah persahabatan.
-
2
Terima Kasih Kawanku.
Seharusnya segment kali inipon pendek sekali dah membebel ahh kali ni setengah jam ya. Harap semua dengar hingga akhir. Ada ucapan buat kawan aku.
-
1
Siapa Putera Rahmat?
Untuk segment kali ini, aku bercerita sedikit tentang diri aku. Tentang minat aku dan sedikit kisah hidup aku.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
Loading similar podcasts...