Skip to content
TZKRH podcast artwork

PODCAST · education

TZKRH

by TZKRH

Saling Memberi Peringatan.

Publisher-supplied feed metadata · PodParley refreshed Apr 15, 2026 · Source feed

Episodes

  1. Episod 29: Ketahui Penyakit Hati Dan Ciri Hati Yang Sihat

    Hati yang sakit adalah hati yang riak, ujub dan takbur. Ia boleh diubati dengan taubat, istighfar dan melakukan amal soleh.

  2. Episod 28: Mindfulness Dalam Beragama

    Mindfulness adalah keadaan di mana seseorang itu berada dalam keadaan penuh sedar apa yang dilalui pada satu-satu masa. Konsep ini boleh juga diaplikasikan dalam kehidupan beragama sebagai seorang Muslim. Orang yang mindful akan sedar bahawa Allah sentiasa ada bersamanya dan hal ini akan…

    more
  3. Episod 27: Baik SIngle Daripada Ada Dalam Perhubungan Kosong

    Status diri yang single dan tidak punya pasangan sentiasa digambarkan sebagai hal yang menyedihkan. Namun, ia tidak semestinya begitu. Bukankah lebih baik single daripada berada dalam hubungan yang terasa kosong dan tidak sihat?

  4. Episod 26: Ulasan Siri The Good Place

    Topik kali ini adalah tentang motivasi untuk buat baik, bertitik tolak daripada sebuah siri di Netflix yang bertajuk The Good Place. Ia berkisar tentang seorang wanita yang mati dan telah ditempatkan di sebuah tempat yang baik iaitu Good Place. Sungguhpun perkara itu menghairankan dirinya kerana...

  5. Episod 25: Maknakan Merdeka Dengan Syukur

    Telah 63 tahun negara kita merdeka. Cabaran yang dihadapi sekarang adalah untuk mengekalkan keharmonian negara. Caranya adalah dengan membuktikan rasa syukur dengan pelbagai cara; menghargai Jalur Gemilang, menghormati adat, budaya dan agama yang ada, megelakkan provokasi dan cara paling mudah...

  6. Episod 24: Nafas Baru Di Bulan Muharam

    Muharam telah dipilih sebagai bulan pertama dalam Islam oleh Saidina Umar Al-Khattab. Mengambil semangat Muharam sebagai pemula kepada tahun baru, ayuh kita refleksi diri sebelum menyambung kembali perjalanan hidup.

  7. Episod 23: Nilaian Masa Bagi Orang Berjaya

    Allah bersumpah dengan masa di dalam Al-Quran bagi menunjukkan kepentingannya. Masa adalah peluang. Ia boleh menjadi keuntungan buat orang yang tahu menguruskan dan lawan bagi orang yang tidak tahu menghargainya. Jadi bagaimana orang yang berjaya menghargai masa? Dengarkan perkongsian dalam…

    more
  8. Episod 22: Korban, Kesabaran Dalam Ketaatan

    Aidiladha sangat sinonim dengan amalan berkorban. Bertitik tolak daripada kisah korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, ia akhirnya diteruskan sebagai sunnah yang sangat disarankan. Korban adalah ibadah berbentuk ketaatan bagi menggambarkan kepasrahan seorang hamba kepada Allah. Korban bukan hanya...

  9. Episod 21: Atasi Fikiran Negatif Dengan Memahaminya

    Kadang-kadang kita tidak sedar kita sedang berada dalam fikiran negatif terus-menerus. Jika masalah asalnya hanyalah sebesar batu bata, tetapi fikiran negatif menjadikannya sebesar bangunan. Jika asalnya hanya sebanyak segelas air, fikiran negatif menjadikan ia seluas lautan. Bagaimana untuk...

  10. Episod 20: Kebaikan Itu Banyak Caranya

    Kebaikan boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Mungkin kecil di mata kita, tapi besar pada orang yang menerima. Jadi usah pandang remeh kebaikan yang dilakukan. Niatkan sahaja, bahawa hari ini - aku ingin menjadikan hidup orang lain lebih bermakna.

  11. Episod 19: Tidak Ada Siapa Yang Sempurna

    Allah telah menghadirkan orang-orang di sekeliling untuk kita saling melengkapi. Orang yang hadir boleh jadi ujian atau kekuatan. Dari situlah kita mendapat pengalaman yang akan mematangkan untuk persediaan kehidupan pada masa hadapan.

  12. Episod 18: Bagaimana Menghapuskan Dosa Mengumpat vs Mengumpat Yang Dibenarkan

    Mengumpat adalah dosa yang paling senang dilakukan. Istilah yang diguna sekarang seperti 'membawang' dan 'spill the tea'. Hanya dengan lidah, kita mengheret diri sendiri ke lembah dosa. Namun, ada perkara yang boleh dibuat untuk menghapuskan dosa mengumpat. Bagaimana? Jom dengarkan episod kali…

    more
  13. Episod 17: Ilmu Bawa Manfaat Untuk Dunia Dan Akhirat

    Ilmu adalah kunci kehidupan. Mengapa? Kerana ilmu akan membuka dimensi baru dalam hidup seseorang. Ia menjadikan hidup seseorang lebih baik bukan hanya di dunia malah di akhirat. Namun ingat, carilah ilmu yang benar. Tujuan ilmu di akhirnya, tidak lain tidak bukan untuk membawa manusia lebih…

    more
  14. Episod 16: Bagaimana Merawat Kesedihan

    Kesedihan dan kegembiraan silih berganti dalam kehidupan seorang manusia. Ia bukan suatu yang tetap dan tidak berubah. Justeru, bagaimana kita menguruskannya? Adakah kita larut dalam kesedihan atau menukar kesedihan menjadi suatu yang mampu memberi semangat semula?

  15. Episod 15: Muhasabah Diri Jalan Menuju Kesedaran Bertuhan

    Muhasabah membawa kita kembali kepada hakikat diri - bahawa setiap perbuatan dicatat dan tidak akan terlepas daripada pandangan Allah. Muhasabah akan menjadikan kita sebagai seorang yang dilahirkan semula dengan hati sedar dan penuh keinsafan.

  16. Episod 14: Perang Tabuk Perang Terakhir Rasulullah SAW

    Perang Tabuk adalah perang terakhir yang dipimpin oleh Rasulullah SAW yang berlaku pada tahun 9 Hijrah. Kisah Perang Tabuk yang anda dengari akan mengajar tentang erti pengorbanan, kerjasama serta ujian keimanan ke atas umat Islam sendiri.

  17. Episod 13: Cerita Inspirasi Antara Cita-Cita Dan Pengorbanan

    Ujian akan sentiasa ada dalam kehidupan seorang manusia. Cuma bezanya adalah bagaimana cara kita menghadapinya. Kali ini, Tzkrh bersama dengan Saudara Imran Mat Shah, bagi mendengar perkongsian tentang perjalanan hidup beliau sebagai seorang kanser survivor.

  18. Episod 12: Jerat Percintaan Yang Melalaikan

    Perasaan cinta adalah fitrah bagi manusia. Islam tidak melarang untuk bercinta, asalkan mengetahui batasnya. Namun, kita harus bijak menguruskan perasaan cinta agar tidak terjerumus ke lembah binasa.

  19. Episod 11: 10 Cara Kreatif Bersedekah

    Anda tidak perlu jadi kaya untuk bersedekah. Sedekah boleh dilakukan bukan hanya dengan duit malah banyak benda. Kali ini Tzkrh ingin berkongsi 10 langkah kreatif untuk bersedekah. Selamat mencuba!

  20. Episod 10: Makna Sebenar Istighfar Dan Kisah Ajaib Mengenainya

    Apa maksud sebenar istighfar? Apakah manfaat yang Allah sediakan buat mereka yang melazimi istighfar? Bagi mereka yang sering beristighfar memohon ampun kepada Allah, Allah akan mengabulkan permintaan serta memberi pelbagai rezeki buatnya. Jom ikuti Tzkrh untuk mengetahui lebih lanjut tentang...

  21. Episod 9: Minimalisme Dalam Perspektif Islam

    Gaya hidup minimalisme adalah gaya hidup sederhana yang kian menjadi pilihan masyarakat moden. Apa antara ciri-cirinya? Apa pula manfaat yang akan diperoleh? Mari ikuti perkongsian Tzkrh tentang aspek minimalisme dalam Islam, diadaptasi dari artikel hasil tulisan Saudari Neeza Zaini.

  22. Episod 8: Kita Susah Berubah Mungkin Bukan Kerana Malas

    Mengapa kita susah berubah? Adakah kerana tidak berdisiplin atau mindset yang diletakkan pada diri sendiri? Dalam episod kali ini , Tzkrh akan berkongsi tentang dua jenis mindset iaitu fixed mindset dan growth mindset.

  23. Episod 7: 3 Perkara Yang Perlu Difahami Sebelum Menetapkan Matlamat

    Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa azam dan matlamat yang ditetapkan sukar dicapai? Mungkin yang salah bukanlah azam yang ditetapkan tetapi pada strategi atau cara yang dilakukan selama ini. Tzkrh akan berkongsi 3 perkara yang perlu difahami sebelum anda meletakkan matlamat.

  24. Episod 6: Bagaimana Bahasa Isyarat Berfungsi Menyatukan Masyarakat

    Berapa ramai antara kita yang tahu berbahasa isyarat? Bagaimana pula jika ingin memahami apa yang ingin disampaikan oleh golongan pekak bisu? Tzkrh membawakan Saudara Armi bin Rosli, pengasas dan penggerak aktif Kumpulan Signon (Penggerak Bahasa Isyarat Malaysia) bagi berkongsi dengan lebih lanjut.

  25. Episod 5: Pembentukan Mahasiswa Proaktif Melalui Kegiatan Sukarelawan

    Apakah manfaat yang diperoleh daripada aktiviti sukarelawan? Bagaimana untuk menyeimbangkan antara aktiviti sukarelawan dan akademik? Bagi anda yang ingin mula mengenali dunia sukarelawan, mari dengarkan perkongsian daripada Saudara Amirul Hafiz, Presiden Kelab JASA UIAM bagi mengetahui dengan...

  26. Episod 4: Inspirasi Haji Dan Umrah Daripada Mata Mutawif Di Australia

    Mutawif adalah pihak yang bertugas mengiringi jemaah untuk urusan haji dan umrah ke Tanah Suci Mekah. Apakah beza mutawif di Malaysia dan di luar negara? Mari bersama Encik Azizi Khalid untuk mengetahui lebih lanjut.

  27. Episod 3: Manifestasi Cintakan Negara Di Zaman Milenial

    Ramai yang menyebut mengenai semangat cintakan negara, namun apakah caranya? sempena Hari Malaysia, Tzkrh telah menjemput Encik Suhaizi, seorang pensyarah Bahasa Melayu di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, untuk mengupas tajuk 'Manifestasi Cintakan Negara Di Zaman Milineal.'

  28. Episod 2: Pemerkasaan Suri Rumah - Konflik Diri Dan Cara Mengatasi

    Bertukar status daripada wanita bekerjaya kepada suri rumah? Apakah keperluan emosi wanita sebagai seorang suri rumah ? TZKRH bersama Puan Azian binti Isa, salah seorang penulis di Tzkrh telah berkongsi dan merungkai mengenai topik yang cukup menarik, iaitu Pemerkasaan Suri Rumah - Konflik Diri…

    more
  29. Episod 1: Keistimewaan Raudhah Dan Tips Untuk Mudah Masuk

    TZKRH bersama seorang mutawwif membawakan perjalanan menziarahi dan mengenali makam Baginda SAW pada musim Haji dan umrah.

Type above to search every episode's transcript for a word or phrase. Matches are scoped to this podcast.

Searching…

We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.

No matches for "" in this podcast's transcripts.

Showing of matches

No topics indexed yet for this podcast.

Loading reviews...

ABOUT THIS SHOW

Saling Memberi Peringatan.

HOSTED BY

TZKRH

CATEGORIES

Frequently Asked Questions

How many episodes does TZKRH have?

TZKRH currently has 29 episodes available on PodParley. New episodes are automatically indexed when they're published to the podcast feed.

What is TZKRH about?

Saling Memberi Peringatan.

How often does TZKRH release new episodes?

TZKRH has 29 episodes. Check the episode list to see recent publication dates and frequency.

Where can I listen to TZKRH?

You can listen to TZKRH on PodParley by clicking any episode. We provide an embedded audio player for direct listening, and you can also subscribe via your preferred podcast app using the RSS feed.

Who hosts TZKRH?

TZKRH is created and hosted by TZKRH.
URL copied to clipboard!