PODCAST · society
VOCCAST
by Audio+
Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan.
-
26
Ben Ali Kongsi Pahit Manis Uruskan Absolut Bazaar
Dalam episode Voccast kali ini, pengasas Absolut Bazaar iaitu Ben Ali hadir dimana beliau berkongsi perjalanan AB sejak awal mula ditubuhkan selain kejayaan mereka dalam menembusi pasaran Singapura dan Brunei.
-
25
Tips Beli Rumah Di Tahun 2026. Ini Yang Anda Perlu Tahu!
Dalam episode pertama tahun 2026 ini, kami menjemput Tuan Ahyat Ishak, seorang pakar dalam bidang hartanah untuk memberi pendapat mengenai industri hartanah dalam negara. Beliau juga berkongsi tips kepada mereka yang merancang untuk membeli rumah pertama atau rumah ketiga.
-
24
'Rider' Boleh Dijadikan Kerja Tetap Sebab....
Dalam Voccast episode kali ini kami menjemput M Syah, seorang 'rider' dimana beliau berkongsi pengalaman dan harapan sebagai pekerja dalam sektor Gig di Malaysia.
-
23
Haikal Luqman: Pengalaman Ditahan Di Penjara Paling Kejam Isr**l
Voccast episode kali ini kami bawakan Haikal Luqman yang menjadi salah seorang peserta dalam Global Sumud Flotilla dalam usaha memecahkan kepungan yang dilakukan askar Israel terhadap rakyat Gaza di Palestine. Beliau berkongsi pengalaman ketika pelayaran merentasi lautan membawa barang bantuan sehingga ditahan oleh askar Israel di penjara paling kejam.
-
22
EP26 | Dari 4 Angka Ke 6 Angka: Journey Kewangan Azraei Muhamad
Dalam episod kali ini, VOCCAST bersama Azraei Muhamad, penulis buku kewangan “Bangsa Enam Angka”, pengarah di Write & Brave, dan figura di sebalik platform @FinancialGory. Kami sembang pasal duit, kreativiti, dan perjalanan Azraei membina jenama dan komuniti yang percaya bahawa ilmu kewangan tak semestinya membosankan. Azraei berkongsi pengalaman sebenar bagaimana beliau sendiri mencapai simpanan enam angka, serta bagaimana kini lebih 100 orang turut berjaya mencapainya melalui bimbingan dan modul yang dibangunkan olehnya.
-
21
EP25 | Usamah Zaid: Perjalanan Dari Misi Mustahak Ke Ejen Ali
Ejen Ali The Movie 2 pecah rekod RM50.7 juta selepas 18 hari tayangan! Dalam Voccast Season 3, kami bersama Usamah Zaid Yasin, pengasas WAU Animation & pencipta Ejen Ali. Dari Misi Mustahak, zaman belajar, hingga jadi CEO animasi no.1 negara.
-
20
EP24 | Trick Guna Kad Kredit!
Setahun lepas, kami jemput Aznah Abas, seorang pakar dalam dunia kad kredit, untuk berkongsi ilmu asas buat pengguna baru. Kali ini, beliau kembali! Tapi bukan untuk ulang yang lama. Episod kali ini lebih fokus kepada pengguna kad kredit peringkat amatur yang dah mula swipe sana sini, tapi masih belum betul-betul faham strategi, faedah tersembunyi dan risiko sebenar. Ramai orang anggap kad kredit = hutang. Tapi betul ke tanggapan tu? Pada video ini, Aznah kongsikan tips, do’s & don’ts, serta mindset yang perlu ada supaya kad kredit jadi alat bantu kewangan, bukan punca masalah. Next level knowledge untuk next level pengguna.
-
19
EP23 | Hukuman Mati Pembunuh Zulfarhan Jadi Penjara Sahaja? Apa Sudah Jadi!
Dalam VOCCAST yang menyentuh hati ini, kami berpeluang duduk bersama ibu bapa Allahyarham Zulfarhan untuk mendengar kisah mereka tentang kehilangan tragis anak mereka. Mereka berkongsi kenangan indah bersama arwah Zulfarhan, kesedihan mendalam yang mereka alami, dan perjuangan berterusan mereka dalam mencari keadilan. Namun, di sebalik segala usaha, ibu bapa arwah masih merasakan belum mendapat keadilan yang sepatutnya, dan mereka terus berjuang agar kebenaran tertegak. Temu bual ini adalah penghormatan kepada ingatan arwah Zulfarhan dan seruan agar tragedi seperti ini tidak akan berulang. Kepada anda di luar sana yang mungkin sedang melalui fasa dibuli, jangan berdiam diri dan dapatkan keadilan. Suara anda penting, dan anda tidak bersendirian. Jika anda memerlukan tempat untuk meluahkan perasaan secara tanpa identiti di https://thevocket.com/jadibuddybukanbuli . Kami percaya setiap individu berhak untuk hidup dalam persekitaran yang selamat dan bebas daripada buli.
-
18
EP22 | Hukuman Maksimum Buli Siber Hanya RM100? Itu Harganya Kalau Sampai Meragut Nyawa?
Kes buli semakin menjadi-jadi di Malaysia—dari sekolah hingga ke media sosial. Dalam episod podcast kali ini, kami bersama Hafiz Baharuddin, yang lebih dikenali sebagai Abang Lawyer di TikTok, untuk kupas isu ini secara mendalam. Sebagai seorang yang sudah biasa dengan dunia guaman, Abang Lawyer berkongsi pandangannya tentang kes buli yang semakin berleluasa, jenis hukuman yang boleh dikenakan kepada pelaku, serta hak-hak mangsa buli. Kami juga menyentuh kes-kes buli yang menggemparkan Malaysia, termasuk kes cyberbullying yang melibatkan mendiang Esha dan tragedi menimpa arwah Zulfarhan. Adakah undang-undang kita cukup tegas untuk membendung masalah ini? Jom dengar perbincangan penuh dalam podcast ini! Layari laman sesawang dan ceritakan luahan anda sebagai mangsa buli secara anonim di: www.thevocket.com/jadibuddybukanbuli
-
17
EP21 | Datin Alyah Cerita Kisah Terkena Buatan Orang Ketika One In A Million!
Kali ini, kami berkesempatan untuk berborak dengan penyanyi legenda, Datin Alyah, yang mendedahkan banyak cerita menarik tentang perjalanan hidupnya. Dalam sesi VOCCAST ini, beliau berkongsi pengalaman dan kisah hitam yang pernah mengujinya di One In A Million. Datin Alyah juga membuka cerita mengenai keputusan kontroversialnya untuk keluar daripada kumpulan Fabulous Cat, serta cabaran yang dihadapi selepasnya. Tidak hanya itu, kami juga mendalami hubungan mesra dan penuh kasih antara beliau dan suami tercinta, Tok Ram.
-
16
EP20 | Tanda-tanda Anak Kena BULI, Mak Ayah Kena Ambil Tahu Supaya Tidak Terlambat!
Dalam episod kali ini, kami bersama Pakar Psikologi dari Jiwa Damai dan seorang mangsa buli (Muhd Fairuz) untuk membincangkan isu buli yang semakin berleluasa di Malaysia, baik di sekolah mahupun tempat kerja. Buli bukan sahaja memberi kesan fizikal, malah ia juga meninggalkan kesan mendalam kepada kesihatan mental mangsa. Kami akan menyelami jenis-jenis buli, punca utama buli, faktor-faktor yang menyebabkan ia berlaku, dan bagaimana ia memberi impak kepada individu yang terlibat. Selain itu, kita juga akan mengupas langkah-langkah pencegahan serta sokongan yang boleh diberikan kepada mangsa buli untuk membantu mereka pulih dan terus maju. Jangan lupa untuk menonton dan kongsikan supaya kesedaran tentang buli semakin meningkat, dan kita bersama-sama berusaha untuk menghapuskan budaya buli di Malaysia. Kepada anda yang menonton, anda tidak keseorangan.
-
15
EP19 | Kisah Dato' Hattan Ditipu Penganjur
Dalam episod kali ini, kami berpeluang untuk berborak santai dengan dua legenda muzik Malaysia, Dato' Hattan dan Hazama. Banyak kisah menarik yang dikongsi, termasuk pengalaman Dato' Hattan yang pernah ditipu oleh penganjur, serta bagaimana Hazama dengan beraninya menghantar mesej kepada M. Nasir untuk meminta lagu. Selain itu, mereka turut mendedahkan perancangan besar mereka untuk Konsert Hitam Manis yang bakal berlangsung tahun depan bersama Black. Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjalanan muzik mereka, cabaran yang dihadapi, serta bagaimana mereka terus memberi impak dalam industri muzik tanah air.
-
14
EP18 | Melampau! Dah Buat Album, Radio Pula Banned Lagu KRU
Dalam episod VOCCAST kali ini, kami berkesempatan untuk berbual secara eksklusif dengan Datuk Yusry Abdul Halim, salah seorang anggota kumpulan KRU yang terkenal. Baru-baru ini, Datuk Yusry dilantik sebagai juri untuk program TV, Calpis Soda One in a Million. Kami juga berbual tentang pengalaman Datuk Yusry, bagaimana beliau dan adik-beradiknya (Norman dan Edry) mencipta muzik yang memukau selama ini, serta perkembangan terkini kerjaya Datuk Yusry dalam bidang perfileman. #Vocket #VOCCAST #DatukYusryKRU #CalpisSodaOneInAMillion
-
13
EP17 | Elak Miskin Pada Hari Tua
Wawancara eksklusif bersama pakar kewangan ternama, Dr. Adam Zubir! Dalam episod kali ini, kami akan membahaskan tentang cara-cara membuat persediaan dalam kewangan sebelum mencapai usia persaraan. Mahu jadi jutawan? Atau setidaknya mempunyai kewangan yang sihat? Jom, dengarkan podcast kami! Beliau akan bongkar semua rahasia kewangan yang selama ini mungkin belum anda tahu. Untuk belajar lebih lagi ilmu kewangan bersama Dr. Adam Zubir, boleh layari laman sesawang https://absorich.com/voccast
-
12
EP16 | Nak Kaya, Kena Muflis Dulu!
Dalam episod kali ini, kami berkesempatan berborak bersama Fizo Omar! Daripada seorang pemain bola sepak hingga menjadi nama besar dalam industri seni, Fizo berkongsi perjalanan karier yang bermula daripada program Hero Remaja. Namun, perjalanan karier Fizo tidak sentiasa indah. Pada tahun 2011, beliau berhadapan dengan cabaran besar apabila diisytiharkan bankrap dengan hutang sebanyak 8 juta. Kami sempat membincangkan pengalaman pahitnya ketika menghadapi muflis dan bagaimana beliau bangkit semula. Jangan terlepas perbualan menarik ini untuk mendapatkan motivasi dan inspirasi dari Fizo! Jangan lupa untuk like, subscribe, dan tinggalkan komen!
-
11
EP15 | Dolla Jelaskan Sebab Sebenar Tak Pergi Wedding Syasya...
Dalam episode podcast kali ini, kami sangat bersemangat dengan kedatangan tetamu istimewa, iaitu Dolla! Bersama Sabronzo, Tabby, dan Angel, kita akan membahas konsert terbaru mereka yang sangat dinantikan, "Re:birth," yang akan berlangsung di Zepp KL pada 3 Ogos ini. Tidak hanya itu, Dolla juga terbuka membicarakan isu-isu hangat yang sedang ramai diperbincangkan, termasuk cerita di balik kenapa Dolla tidak hadir ke perkahwinan Syasya.
-
10
EP14 | Selongkar Kisah Silam SonaOne
Dalam episod ini, kami berpeluang menemuramah SonaOne, seorang rapper terkenal dalam industri muzik. Bukan sahaja terkenal, malah lagunya bersama Joe Flizzow pernah memenangi juara di Anugerah Juara Lagu ke-29 dan naib juara di AJL 37. Kami cuba mengupas kisah permulaan perjalanan beliau dalam muzik dan bagaimana beliau mula mengenali Joe Flizzow. Dengar cerita, Joe banyak menolak lagu-lagu SonaOne pada mulanya.
-
9
EP13 | Alyph Kongsi Pengalaman Buat Lagu Di Jakarta
Dalam episod terbaru podcast kami, kami berpeluang duduk bersama dengan Alyph, rapper terkenal dari Singapura yang telah menggegar industri muzik tempatan. Kami mengupas kisah di sebalik lagu terbarunya, "Dari Jauh", yang menarik perhatian ramai. Alyph berkongsi pengalaman uniknya dalam proses merekod dan menghasilkan video muzik lagu tersebut di Jakarta. Dengarkan podcast kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengalaman menarik Alyph ini!
-
8
EP12 | Nak Beli Rumah, Jadilah Pembeli Bijak Supaya Tidak Merana Kemudian Hari!
Hai semua! Kali ini kita akan berbincang tentang ilmu untuk membeli rumah bersama tetamu kita yang istimewa, Syauqi Atar, seorang agen properti yang berpengalaman. Banyak perkara yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk membeli sebuah kediaman. Penting untuk menjadi pembeli yang bijak agar tidak mudah ditipu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Tetamu kita, Syauqi Atar, akan berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau untuk membantu anda membuat keputusan yang tepat. Jangan lepaskan peluang ini! Saksikan podcast kami dan jadilah pembeli rumah yang bijak dan berinformasi.
-
7
EP11 | Cukai Pendapatan (Income Tax) Info Penting E-Filling Yang Terkini Untuk Tahun 2024
VOCCAST kali ini kita akan berborak dan berkongsi tentang topik cukai pendapatan bersama tetamu kita, Azrul Izzaham. Mungkin korang kenali beliau dengan gelaran CEO Of Cukai di TikTok. Kalau nak tahu, kepada sesiapa yang belum pernah mendeklarasi atau membayar cukai, atas inisiatif LHDN anda boleh membuat pengakuan sukarela dan tidak akan dikenakan sebarang penalti kepada anda. Untuk mengetahui maklumat lanjut, mari kita tonton episod VOCCAST ini!
-
6
EP10 | Cara SIMPAN DUIT Walaupun GAJI RENDAH
Dalam sudut pandangan kewangan, perancangan gaji juga memainkan peranan yang sangat penting. Tak ramai orang boleh simpan duit gaji setiap bulan, ada yang tak berjaya kawal, seminggu lepas dapat gaji akaun bank dah kering. Dalam podcast ni kitorang kongsikan cara yang paling berkesan untuk simpan duit. Bak kata pepatah 'sikit-sikit, lama-lama jadi bukit'! Pada zaman yang penuh cabaran ini, ada yang gaji 5 angka pun tak ada langsung simpanan. Semuanya berbalik kepada disiplin kita sendiri. Ikuti podcast ini untuk dapatkan tips terbaik dari tetamu kita Nafisah Amran, pakar dalam pengurusan gaji.
-
5
EP9 | BAHAYA Kad Kredit Yang Ramai Kena Tahu!
Aznah Abas, the credit card enthusiast from TikTok is here! Memang bahaya jika tidak memahami penggunaan kad kredit. Namun, jika anda memiliki pengetahuan yang mencukupi mengenai kad kredit. Ia memberi beberapa kelebihan dalam financial planning berbanding guna wang tunai atau kad debit. Seringkali, masyarakat kita dihantui oleh risiko kad kredit dan bukan kebaikannya. Berminat untuk menjadi mahir dalam menggunakan kad kredit? Mari dengar podcast kami.
-
4
EP8 | Kaki Bundle Kongsi Tips Selam Barang Jackpot!
Scene bundle semakin mencanak, sampaikan barang-barang bundle pun ada yang harga macam barang mewah. Korang yang susah nak cari barang jackpot semasa menyelam tu, jom kita dengar perkongsian menarik daripada OG bundle yang kami jemput! Tapi memang mahal betul apa yang dorang berjaya collect.
-
3
EP7 | Influencer Ignore Awareness Untuk P4lest1ne?
Ada influencer yang tak post isu awareness P4lest1ne sampai kena kecam dan cyberbully. Adakah diorang lebih pentingkan periuk nasi sendiri atau tak ambil peduli tentang isu ini? Jom ikuti Podcast ini dan cuba komen pendapat korang.
-
2
EP6 | Barang Lokal Tapi Harga Kayangan
Korang rasa patut ke tak patut barang lokal harga mencecah sehingga ratusan ringgit? Nak orang support tapi letak harga yang buat orang tak boleh nak beli. Terpaling “untuk yang mampu”. Tonton apa yang kami borak dan kongsi juga pendapat korang. Komen sikit apa brand lokal mahal yang korang pernah beli.
-
1
EP5 | Nak Kesian Tapi Lagi Kesian Kalau Orang Tak Bersalah Terlibat!
"Tahniah abang 125, kami semua di belakang abang" "Abang 125 wira kita" "Roadtax dia dah tamat tempoh sekali pun, budi bicara ada kan?" "Kesiannya nak cari rezeki pastu motor kena sita" Itulah antara kata-kata dan luahan netizen yang seolah-olah menyokong kesalahan melanggar undang-undang yang boleh membawa bala kepada orang lain. Jadinya mana yang kita perlu lebihkan? Sifat empati dan simpati yang ada dalam diri, atau ikut saja peraturan yang boleh menyelamatkan diri.
-
0
EP4 | Generasi Sandwich Ni Apa? Relevan Lagi Zaman Sekarang Nak Tanggung Ibu Bapa?
Generasi Sandwich ni adalah ‘term’ yang diguna pakai oleh generasi sekarang. Cuma bezanya, isi sandwich selalunya sedap dan penuh nikmat, tapi kalau ‘generasi sandwich’ ni, intinya boleh jadi beban. VOCCAST kali ini kami ‘bergaduh’ pasal generasi sandwich. Ada yang setuju, ada yang macam persoal kenapa perlu tambah beban.
-
-1
EP3 | Perlu Ke Poligami Diviralkan?!
VOCCAST kali ini membincangkan satu topik yang viral akibat seorang abang kereta kita, Poligami. Adakah perkara ini perlu diambil berat? Atau sekadar biarkan saja orang lain nak buat apa yang mereka nak buat. Untuk makluman, segala hujah dan komen yang diberikan oleh keempat-empat hos dalam video ini adalah pendapat peribadi mereka sendiri. Kalau ada yang tak puas hati, boleh komen di bawah. Atau lebih mudah, korang simpan aje komen korang dalam hati.
-
-2
EP2 | Kalau Korang Kahwin Nak Hire Mobilegrapher atau Videographer/Photographer?
Hi guys, untuk video kali ini VOCCAST akan membincangkan tentang mobilegrapher yang buat job-job kahwin ni. Host kita pada episode kali ini ialah Ally Iskandar dan Intan Zulsyawani. Tetamu jemputan kita pulak ialah Shaiful Baker (Content Creator) dan Zulhelmey Isnin (Proffessional Wedding Photographer). Korang kalau kahwin prefer yang mana, nak berjimat hire mobilegrapher atau nak spend lebih sikit hire yang professional? yelah kan gambar tu kenangan sampai hari tua.
-
-3
EP1 | Ally Iskandar Borak Pasal Perbezaan Industri Media Dulu Dan Media Moden
VOCCAST kini masuk musim yang ketiga. Topik untuk episod pertama ini kami akan sembang dan bincang tentang perbezaan media dulu dan media sekarang. Untuk topik yang dipilih ini, kami menjemput Ally Iskandar, pengacara terkemuka di rancangan Malaysia Hari Ini. #Vocket #Voccast
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Pernahkah anda mengikuti VOCCAST? VOCCAST kini masuk musim yang ketiga dan kali ini berkolaborasi dengan Audio+. Banyak kupasan mengenai apa yang berlaku di sekeliling bersama barisan hos yang santai, Ally Iskandar, Aiman, Helmie dan Intan.
HOSTED BY
Audio+
CATEGORIES
Loading similar podcasts...