EPISODE · Nov 27, 2019 · 58 MIN
S01E12 | Ibu Kota Buku Dunia
from Silang Kata Podcast · host Silang Kata Podcast
Akhirnya, Silang Kata Podcast telah sampai ke episod terakhir untuk musim pertama. Dalam segmen pertama, SKP mengundang Ara, pelajar praktikal di Legasi Oakheart untuk menceritakan pengalamannya menganjurkan sebuah acara di Kafe Buku Oakheart (KABO) iaitu PENASKHAH. Acara ini adalah sebuah acara baca puisi intim yang menjemput penulis-penulis buku Legasi Oakheart, membacakan naskhah mereka di hadapan khalayak. Tahun 2020, adalah tahun yang amat bermakna buat industri buku kerana Kuala Lumpur telah dipilih sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020 oleh UNESCO. SKP berbincang apakah makna pengiktirafan ini dan bagaimana warga kota Kuala Lumpur boleh mendapat manfaat daripadanya. Sebagai penutup tirai, segmen terakhir didedikasikan untuk mengimbau semula pengalaman mengendalikan Silang Kata Podcast, termasuklah menceritakan segala jerih-perih dan cabaran dalam menerbitkan podcast berbahasa Melayu ini. SKP juga menceritakan mengenai perancangan mengujakan untuk musim yang akan datang. Bagi sebarang pertanyaan dan maklum balas, sila e-mel [email protected] atau ke instagram @silangkatapodcast. Penerbit: Azree Ariffin Peneraju: Azree Ariffin, Hafiz Latiff & Sayidah Muizzah Penghargaan Suara Latar Intro & Outro : Zamir Azfar Nyanyian Lenggok Melayu: Nurainol Wahidah
NOW PLAYING
S01E12 | Ibu Kota Buku Dunia
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
Mar 26, 2026 ·1m
Jan 2, 2026 ·47m
Dec 21, 2025 ·46m