PODCAST · religion
Podcast Lorong Tengah - SYOK Podcast [BM]
by SYOK Podcast
Podcast Lorong Tengah bertujuan untuk membetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap mereka yang bekerja di dalam industri media kreatif atau hiburan, khususnya kaum wanita. Meskipun 'lorong-lorong' yang dilalui oleh setiap manusia itu berbeza, destinasinya tetap sama. Yakni menuju ke Negeri Akhirat yang fana. Pilihlah lorong yang diredai Allah yang seimbang, sentiasa bersyukur, dan tidak melampaui batas dalam setiap urusan dunia.
-
8
Sucikan Hatimu | Podcast Lorong Tengah EP8
Hati atau qalbu perlu dibersihkan selalu. Jika rosak hati, maka rosaklah segala amalan baik yang dilakukan. Selalulah ingat Allah dan orang-orang tersayang sebelum bertindak melulu. Pilih jalan tengah - pertimbangkan implikasi daripada tindakan yang diambil. Kata-kata yang diucap itu lahir dari hati. Tiada konsep 'hatinya baik walaupun mulut dia jahat' yang digunakan sebagai alasan untuk menyakiti hati orang lain.
-
7
'Payahnya Nak Istiqamah' | Podcast Lorong Tengah EP7
Sebagai seorang wanita aku perlu istiqamah. Kekal bertudung, menjaga maruah, imej diri dan berusaha untuk menjadi insan terbaik.
-
6
Gunalah Otak | Podcast Lorong Tengah EP6
Allah kurniakan akal untuk berfikir. Jika emosi dan sentimen menguasai seseorang maka ini bermaksud rasional (otak) kurang berfungsi. Kedua-duanya (emosi dan rasional) perlu bergerak seiring. Saya memetik kata-kata anak lelaki bujang saya yang menggunakan prinsip 'gunalah otak' iaitu berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan.
-
5
Berkarya Itu Kerja Mulia | Podcast Lorong Tengah EP5
Bekerja dalam industri media adalah suatu kerja mulia. Sebagai insan kreatif yang terpilih, seseorang itu hendaklah memberi manfaat kepada orang lain. Bukan hanya mengejar rating, pecah pangung atau populariti semata-mata. Hasilkan karya yang dapat mengubah minda dan meningkatkan peradaban dalam masyarakat kita.
-
4
'Kuasa Malu....' | Podcast Lorong Tengah EP4
Setiap kita perlu ada sifat malu kerana ia elemen penting dalam proses tapisan kendiri. Jika malu tak bertempat, banyak tugas tak siap. Contohnya, malu bertanya. Jangan pula buang terus rasa malu. Malu pada Allah yang sentiasa melihat gerak-geri kita. Malu nak buat maksiat, menipu, terima rasuah, buli atau mengambil kesempatan ke atas orang lain.
-
3
Adakah Kebebasan Itu Mutlak? | Podcast Lorong Tengah EP3
Namun sebagai orang Islam kita hidup bersyariat. Setiap perbuatan dan keputusan yang dibuat ada batasnya. Selagi tidak menyakiti orang lain, tidak melanggar undang-undang, tidak melanggar ajaran Islam, Al-Quran dan Sunnah Rasul, teruskan berkarya.
-
2
'Niat Baik: Sahaja Aku Bekerja...' | Podcast Lorong Tengah EP2
Setiap amalan itu bergantung pada niat. Niat yang tulus agar dipahalakan Allah. Merungkai konsep bekerja sebagai ibadah dan niat berada di dalam industri. Niat perlu dibetulkan agar perjalanan mencari rezki lebih jelas. Niat yang jelas memudahkan urusan membangun kerjaya dan merancang kehidupan.
-
1
'Mengapa Aku Di Sini?' | Podcast Lorong Tengah EP1
Mengajak pendengar mengenang kembali janji antara kita dengan Allah selepas malaikat meniupkan ruh kita ke dalam rahim ibu. Menghayati asbab kejadian manusia di dunia dan menjawab persoalan tentang tujuan ditempatkan dalam industri kandungan kreatif bersama Prof Dr Asiah Sarji. Cabaran yang dilalui beliau ketika menjejak langkah ke industri kreatif. Yakin bahawa Allah ada perancangan bagi setiap makhluk-Nya.
We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.
No matches for "" in this podcast's transcripts.
No topics indexed yet for this podcast.
Loading reviews...
ABOUT THIS SHOW
Podcast Lorong Tengah bertujuan untuk membetulkan persepsi negatif masyarakat terhadap mereka yang bekerja di dalam industri media kreatif atau hiburan, khususnya kaum wanita. Meskipun 'lorong-lorong' yang dilalui oleh setiap manusia itu berbeza, destinasinya tetap sama. Yakni menuju ke Negeri Akhirat yang fana. Pilihlah lorong yang diredai Allah yang seimbang, sentiasa bersyukur, dan tidak melampaui batas dalam setiap urusan dunia.
HOSTED BY
SYOK Podcast
Loading similar podcasts...