ADHD Dewasa Dan Fungsi Eksekutif: Self Awareness episode artwork

EPISODE · Jan 7, 2026 · 2 MIN

ADHD Dewasa Dan Fungsi Eksekutif: Self Awareness

from Audio Siar (Podcast) ADHD Dewasa Bersama Hasrizal · host Hasrizal

Fungsi eksekutif merujuk kepada keupayaan kognitif yang dikendalikan oleh bahagian hadapan otak manusia. Keupayaan ini secara umumnya tidak dimiliki oleh haiwan lain, kecuali dalam bentuk yang sangat terhad pada spesies tertentu seperti burung gagak atau magpie. Dalam kalangan manusia, fungsi eksekutif telah dihuraikan melalui pelbagai model teoritikal. Model yang paling kerap saya jadikan rujukan ialah model yang dikemukakan oleh Professor Russell Barkley.Menurut Professor Russell Barkley, fungsi eksekutif boleh dibahagikan kepada tujuh. Fungsi pertama ialah self-awareness atau kesedaran kendiri. Self-awareness merujuk kepada keupayaan seseorang individu untuk menyedari dirinya sendiri dalam sesuatu situasi. Individu tersebut mengetahui apa yang sedang dilakukannya, memahami konteks perbuatannya, serta mampu menilai kesan tingkah lakunya terhadap diri sendiri dan orang lain. Keupayaan ini membolehkan seseorang membuat pertimbangan sama ada sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, bermanfaat atau memudaratkan, sebelum membuat keputusan untuk meneruskan atau mengubah tingkah laku berkenaan.Bagi individu ADHD, gangguan pada fungsi eksekutif sering memberi kesan awal kepada self-awareness. Dalam bukunya Taking Charge of Adult ADHD, Professor Russell Barkley menjelaskan bahawa tahap kesedaran kendiri individu ADHD sehingga sekitar usia 30-an boleh berada pada tahap yang lemah atau tidak stabil. Keadaan ini menjadi antara sebab utama mengapa proses diagnosis ADHD, berdasarkan kriteria DSM-5, tidak bergantung sepenuhnya kepada laporan kendiri individu tersebut. Sebaliknya, maklumat daripada individu lain yang mengenali klien dengan baik diperlukan sebagai sumber sokongan dan pengesahan.Hal ini berpunca daripada hakikat bahawa individu ADHD mungkin tidak mampu menilai dirinya secara objektif. Mereka mungkin tidak menyedari corak tingkah laku yang mengganggu orang lain, percakapan yang melukakan perasaan, atau kehadiran diri yang menimbulkan ketidakselesaan dalam situasi sosial. Kekurangan kesedaran ini bukan berpunca daripada niat yang buruk, tetapi daripada keterbatasan fungsi eksekutif itu sendiri.Dalam konteks kehidupan dewasa, gangguan self-awareness ini menjadi cabaran besar, khususnya dalam hubungan sosial dan profesional. Apabila seseorang tidak mempunyai keupayaan yang mencukupi untuk menilai kesan perbuatannya sendiri, proses menyesuaikan diri, membina hubungan, dan mengekalkan interaksi sosial yang sihat menjadi lebih sukar. Inilah cabaran asas pertama yang dihadapi oleh individu ADHD berkaitan fungsi eksekutif, sebagaimana dihuraikan dalam model Professor Russell Barkley.Sebagai Muslim, self awareness ini mempunyai hubungan kuat dengan sendi takwa yang menjadi asas fungsi kita sebagai Muslim. Di dalam dialog antara Umar bin al-Khattab RA bersama Ubay bin Ka'ab RA, pertanyaan Umar tentang makna takwa dijawab dalam bentuk soalan oleh Ubay. Beliau bertanya kepada Umar:"Pernahkah engkau melalui lorong yang berduri?"Umar menjawab, "sudah tentu!"Ubay bertanya, "apa yang engkau lakukan?"Umar menjawab, "aku akan mengangkat sedikit pakaianku dan melangkah dengan berhati-hati."Ubay merumus penjelasannya, "itulah yang dimaksudkan dengan takwa!"Individu bertakwa bermaksud seseorang itu berada di dalam keadaan sedar tentang kondisi dirinya dan sekeliling. Hasil kesedaran itu, seseorang menjadi lebih berkeupayaan mengawal diri.Beza takwa dengan self awareness di dalam sains kognitif, takwa menyandar kesedaran itu kepada hubungan seseorang bukan terhad hanya kepada diri sendiri dan sekeliling, tetapi juga Pencipta, Tuhan yang ditaatinya dalam hidup ini.#adhd #adhddewasa #adhdmalaysia #hasrizalabduljamil Get full access to ADHD DEWASA at adhddewasa.substack.com/subscribe

NOW PLAYING

ADHD Dewasa Dan Fungsi Eksekutif: Self Awareness

0:00 2:59

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

That Hoarder: Overcome Compulsive Hoarding That Hoarder Hoarding disorder is stigmatised and people who hoard feel vast amounts of shame. This podcast began life as an audio diary, an anonymous outlet for somebody with this weird condition. That Hoarder speaks about her experiences living with compulsive hoarding, she interviews therapists, academics, researchers, children of hoarders, professional organisers and influencers, and she shares insight and tips for others with the problem. Listened to by people who hoard as well as those who love them and those who work with them, Overcome Compulsive Hoarding with That Hoarder aims to shatter the stigma, share the truth and speak openly and honestly to improve lives. The Small Business Startup School – Business Notes | Financial Literacy | Retail Psychology – For Professionals & Entrepreneurs The Small Business Startup School Inc. Starting or buying a small business? While personal circumstances may vary, business patterns remain timeless. On The Small Business Startup School, we explore strategies, insights, and practical solutions to help entrepreneurs confidently navigate their journey.Hosted by Ola Williams—a retail entrepreneur, fintech founder, and financial coach with over two decades of experience—this podcast marries financial awareness and retail psychology with optimism to deliver actionable takeaways.Join us to learn, grow, and connect as we uncover the keys to business success.Let’s continue to learn together and be encouraged to keep on connecting! DIOSA. Carolina Sanper This podcast is a sacred space created by Carolina Sanper where you connect with your inner wisdom and embody your magnetic feminine power.It is the realization that the mystical realm is where you plant the seeds of your desired reality.It is a portal to your true essence: awareness, presence, and receiving with ease. Welcome home, DIOSA. 🖤 XXX Tech by SOVRYN Dr. Brian Sovryn The crossroads between technology, sensuality, and metaphysics - and the longest running anarchist podcast in the world! Brought to you by Dr. Brian Sovryn.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Audio Siar (Podcast) ADHD Dewasa Bersama Hasrizal?

This episode is 2 minutes long.

When was this Audio Siar (Podcast) ADHD Dewasa Bersama Hasrizal episode published?

This episode was published on January 7, 2026.

What is this episode about?

Fungsi eksekutif merujuk kepada keupayaan kognitif yang dikendalikan oleh bahagian hadapan otak manusia. Keupayaan ini secara umumnya tidak dimiliki oleh haiwan lain, kecuali dalam bentuk yang sangat terhad pada spesies tertentu seperti burung gagak...

Can I download this Audio Siar (Podcast) ADHD Dewasa Bersama Hasrizal episode?

Yes, you can download this episode by clicking the download button on the episode player, or subscribe to the podcast in your preferred podcast app for automatic downloads.
URL copied to clipboard!