ADHD Dewasa: Lupa Itu Bukan Sengaja

EPISODE · Dec 17, 2025 · 1 MIN

ADHD Dewasa: Lupa Itu Bukan Sengaja

from Audio Siar (Podcast) ADHD Dewasa Bersama Hasrizal · host Hasrizal

Individu dengan ADHD lazimnya berhadapan dengan cabaran yang berpunca daripada gangguan fungsi eksekutif. Dalam konteks ibadah, misalnya solat, seseorang mungkin melengahkannya atau terlupa menunaikannya, bukan kerana sengaja atau niat untuk mengabaikan kewajipan tersebut. Namun, tanpa diagnosis ADHD, perkara ini sering dinilai dari sudut moral semata-mata.Kesalahan tersebut dilihat sebagai perbuatan sengaja melengahkan solat, sedangkan al-Quran sendiri memberi peringatan keras terhadap golongan yang melalaikan solat. Penilaian seperti ini, apabila berulang, boleh memberi kesan mendalam terhadap harga diri dan moral individu ADHD yang berusaha menjadi seorang Muslim yang baik.Apabila kita memahami bagaimana otak sebenarnya berfungsi, gambaran ini menjadi lebih jelas. Untuk mengingati sesuatu, otak perlu mengekalkan maklumat dalam working memory, dan proses ini bergantung kepada tahap neurotransmiter yang mencukupi. Dalam kes individu ADHD, termasuk pengalaman saya sendiri, terdapat kekurangan neurotransmiter tertentu. Akibatnya, maklumat seperti “lima minit lagi masuk waktu solat” atau “siapkan sedikit lagi kerja sebelum bersiap untuk solat” gagal kekal dalam working memory. Maklumat tersebut mudah digantikan dengan rangsangan lain, lalu terus hilang daripada kesedaran.Inilah yang menyebabkan berlakunya terlupa solat, lambat solat, terlupa temu janji, dan lambat menghadiri temu janji. Apabila semua ini dikumpulkan dan dinilai tanpa konteks neurologi, individu tersebut mudah dilabel sebagai tidak berdisiplin, tidak menepati janji, malah dianggap munafik atau sekadar pandai berkata-kata. Kesannya, keseluruhan identiti moral seseorang seolah-olah “dibungkus” dengan label negatif.Hakikatnya, keadaan ini bukan sepenuhnya pilihan individu tersebut. Di sinilah pentingnya kefahaman tentang ADHD dan konsep taklif, agar kita dapat membezakan antara kecuaian yang disengajakan dan keterbatasan neurologi yang sebenar. Tanpa kefahaman ini, bukan sahaja fungsi harian terjejas, bahkan maruah dan moral seseorang turut tercedera.Individu ADHD perlu memindahkan beban mengingati sesuatu daripada memori kerjanya yang berdepan cabaran, kepada alat luaran yang boleh membina bunyi dan visual. Kalendar bercetak, aplikasi solat bersama kalendar digital, antara alat yang boleh dimanfaatkan untuk mengingatkan kita.Apatah lagi insan tersayang atau sahabat karib yang sudi membantu. Get full access to ADHD DEWASA at adhddewasa.substack.com/subscribe

NOW PLAYING

ADHD Dewasa: Lupa Itu Bukan Sengaja

0:00 1:28

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

Photo Breakdown Scott Wyden Kivowitz Photo Breakdown is a podcast in which we explore the world of photography with a trusted guide, host Scott Wyden Kivowitz. His expertise and passion bring the industry to life as we explore the stories, trends, and ideas shaping it today. Join us as we dissect everything from incredible photographs and creative techniques to the latest gear releases and hot topics in the photography community.In each episode, we break down what’s happening behind the scenes - whether it’s making a powerful image, a candid discussion on industry trends, or a reflection on the tools and technology changing how we make photographs. You’ll get insights, expert opinions, and a fresh perspective on what’s top of mind for photographers right now.Anticipate short, engaging episodes brimming with ideas and inspiration. Be part of the conversation by sharing your thoughts, voice notes, and comments. Your participation is what makes our community vibrant and dynamic.It’s more than just photography - everyth Sunday Morning Linux Review - MP3 Feed Tony Bemus, Mary Tomich, Phil Porada, and Tom Lawrence Sunday Morning Linux Review www.smlr.us is a podcast with Tony Bemus, Mary Tee , Phil Porada, and Tom Lawrence. We talk about the Linux and Open Source News. Edited episodes and show notes are found at www.smlr.us , We will be Live on IRC #SMLR and Video: youtube.com/c/SmlrUs WSJ Free for All with Jason Gay Jason Gay, The Wall Street Journal In his unique style, Jason Gay from The Wall Street Journal discusses the current events and news you need to be informed on sports, culture and life. Enjoy these timely and engaging stories in our WSJ Free for All podcast. The Digital Resilience Show David Wild Podcast by David Wild
URL copied to clipboard!