Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4 episode artwork

EPISODE · Oct 20, 2022 · 43 MIN

Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Episod 4: Kali ini kita mengulas implikasi pendidikan di sekolah yang tidak membangunkan kepintaran emosi ke atas masa hadapan murid lelaki.   Pekerjaan-pekerjaan yang lazimnya dilakukan dengan kemahiran tangan dan tenaga kerja lelaki di masa hadapan, banyak yang akan digantikan oleh teknologi. Namun, artificial intelligence tidak mampu menggantikan keupayaan tulen manusia dalam kepintaran emosinya. Pekerjaan yang memerlukan kepintaran emosi seperti perkhidmatan kesihatan, penjagaan sosial, kejururawatan, akan terus diperlukan malah akan dibayar tinggi bagi yang mampu melakukannya.   Apabila pendidikan di sekolah tidak memainkan peranan memupuk kepintaran emosi murid, pelajar perempuan menurut Dr Warren Farrell akan masih terus mengembangkan emosi mereka secara semulajadi melalui aktiviti sosial. Tetapi 'heroic intelligence' yang secara tradisinya menjadi 'aset' lelaki, dijangka sukar memposisikan murid lelaki di dalam dunia pekerjaan mereka di masa hadapan tanpa kepintaran emosi.   Menjaga emosi bukan melembikkan murid. Ia adalah mentaliti buli yang bukan sahaja menyalahi sains moden yang menyelidik aspek social-emotional learning sejak sekian lama, malah juga menyalahi pendekatan Nabi Muhammad sallallahu alayhi wa sallam semasa mendidik generasi sahabat.   Lihat sahaja kisah Malik bin al-Huwairith r.a. di dalam Sahih al-Bukhari.   Apabila anak-anak muda itu hilang fokus kerana teringatkan keluarga, mereka tidak diejek atau diperlekeh oleh guru. Baginda mengiktiraf situasi berkenaan dan mengubahsuai aktiviti pembelajaran agar ia dipindahkan daripada sisi baginda, kepada amali di rumah.  Dari manakah datangnya tanggapan bahawa emosi perlu ditekan, disorok, diabai, agar dengannya lahir 'lelaki tulen' yang hero?   Ikuti perbincangan mengenai hal ini di dalam sesi kedua mengupas episod keempat buku THE BOY CRISIS oleh Dr Warren Farrell, "The Crisis of Our Sons' Education".   Terima kasih kepada Patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Oct 20, 2022

Embed this episode

NOW PLAYING

Akibat Pendidikan Tidak Membangunkan Kepintaran Emosi Budak Lelaki | The Boy Crisis - Episod 4

0:00 43:25

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 43 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on October 20, 2022.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!