Skip to content
Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa episode artwork

Apr 4, 2022 8 min

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

from Hasrizal Hosted by Hasrizal Abdul Jamil

Di bulan Ramadan, sahabat-sahabat yang mempunyai ADHD mungkin berdepan dengan cabaran unik berkaitan dengan impairment masing-masing. Saya juga menghadapinya. Di dalam video ini saya kongsikan beberapa isu yang perlu saya cari jalan bagaimana cabaran itu boleh diatasi. Antaranya: Tingkatkan kesedaran diri kerana mengambil stimulant pada jam yang tidak ideal. Saya mengambilnya sejurus sebelum masuk waktu subuh di Ireland, maka kesannya bertahan hanya sehingga sekitar jam 5 petang. Justeru saya perlu tingkatkan kepekaan diri untuk jam-jam selepas itu semasa menyediakan juadah berbuka puasa, makan bersama keluarga, solat tarawih dan sebagainya. Menggunakan aplikasi aturan rutin harian yang bersesuaian dengan keperluan diri. Saya menggunakan aplikasi Structured (hanya untuk iOS dan MacOS) untuk offload beban memori kerja saya agar ia visual dan mudah dirujuk. Menggunakan botol air yang air di dalamnya boleh dilihat dan botol berkenaan bertanda dari segi masa cadangan minum, serta berapa kuantiti air yang telah dan perlu diminum. Saya gunakan botol jenama Hydracy. Mengatur cara baca surah semasa bertarawih agar tidak keliru bilangan rakaat. Semoga apa yang dikongsi ini bermanfaat. Kongsikan cara sahabat mengatur strategi untuk kita bualkan bersama, atau barangkali ada nasihat untuk saya yang boleh saya gunakan untuk penambah baikan diri. Selamat menghidupkan amalan di bulan Ramadan. Salam ukhuwwah. Hasrizal Abdul Jamil Naas, Ireland.

Episode details come from the podcast's RSS feed.

Embed this episode

Ready to play

Cabaran Ramadan dan ADHD Dewasa

0:00 8:18

No transcript yet.

Requests help us decide what to transcribe next.

Frequently asked questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 8 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on April 4, 2022.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.