Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah episode artwork

EPISODE · Aug 14, 2025 · 2 MIN

Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Apabila anak mula bersekolah, persaingan mula terjadi antara pengaruh kita di rumah dengan pengaruh yang anak bawa pulang daripada pengalaman persekolahannya. Ia harus mencetuskan prihatin ibu bapa untuk memerhati perkembangan, dan perubahan yang berlaku.Anak sepatutnya berasa gembira dengan pengalaman baharu itu. Persekolahan meluaskan dunianya, menambah kawan dan pengalaman, mengeluarkannya daripada rutin kebiasaan yang anak sudah biasa di rumah.Akan tetapi, jika anak balik dari sekolah tidak gembira, ibu bapa perlu semak:Pertama, faktor anak sendiri. Mungkin ada penyesuaian diri perlukan bantuan. Malah mungkin anak rasa tak selesa mahu buang air kecil dan besar di sekolah, menahan hingga balik ke rumah. Dapatkan maklumat dan sembang dengan anak.Kedua, kita tinjau faktor sekeliling anak. Jika faktor tandas tadi wujud, boleh juga terjadi tandas di sekolah tidak bersih atau ketinggian tidak sesuai, anak tidak tahu macam mana hendak menghadapinya.Lihat juga ada isukah antara anak dengan kawan-kawannya, dengan cikgu, dengan silibus dan aktiviti pembelajaran di sekolah.Apa yang utama, menghantar anak ke sekolah bukan bermaksud memindahkan tanggungjawab mendidik kepada sekolah dan guru. Ia melengkapkan keperluan anak dan menambah apa yang ibu bapa ada kekangan menambah sendiri di rumah.Anak perlu gembira dengan pengalaman awal persekolahannya. Jika sebaliknya, ibu bapa perlu ambil tahu dan buat sesuatu mengenainya.#ustazhasrizal #hasrizalabduljamil #hasrizal #pendidikanjalanislah #khalifahmethod

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Aug 14, 2025

Embed this episode

NOW PLAYING

Checklist Apabila Anak Mula Bersekolah

0:00 2:37

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 2 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on August 14, 2025.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!