Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2 episode artwork

EPISODE · Oct 6, 2022 · 12 MIN

Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Ulasan Buku The Boy Crisis - oleh Dr Warren Farrell, PhD Kemerosotan jumlah pelajar lelaki di kampus kita tidak kelakar dan bukan bahan ketawa. Kita perlu menyoal mengapa ia berlaku, dan apakah akibatnya sekarang dan di masa akan datang?   Sistem pendidikan kita telah menggagalkan potensi murid lelaki kerana rekabentuk dan falsafahnya yang tidak mesra fitrah kanak-kanak lelaki; biologi mereka.  Apabila pengalaman awal persekolahan dibelenggu kegilaan desakan menguasai membaca dan menulis seawal pra sekolah, mangsa utamanya adalah kanak-kanak lelaki. Semasa otak mereka belum sepenuhnya tumbuh sesuai untuk belajar mengungkai simbol dalam proses baca, mereka memulakan kembara bersekolah sebagai budak bodoh, sedangkan sistem yang menganiaya lagi menzalimi.   Tingkah laku kanak-kanak lelaki yang banyak berbentuk fizikal dan kasar, dilabel sebagai nakal. Apatah lagi jika ramai guru pra sekolah merupakan guru perempuan muda, belum  beranak pinak dan kurang sabar dengan kerenah mereka.  Akibatnya kelelakian kanak-kanak itu ditekan.  Pengalaman awal bersekolah sudah tidak memotivasi.  Ia disusuli oleh kerangka pendidikan berorientasikan akademik, kurang vokasional dan hands on, waktu kelas jasmani dikurangkan, waktu rehat dikorbankan, semuanya menjadikan peluang kelelakian murid-murid lelaki hilang. Apatah lagi jika jumlah guru lelaki di sekolah turut berkrisis.   Di rumah pula, apabila perceraian meningkat, semakin ramai kanak-kanak dibesarkan oleh satu orang tua, biasanya ibu.  Ketiadaan watak bapa, menjejaskan tumbesaran sense of purpose dalam diri kanak-kanak lelaki.   Ia juga turut diambil maklum sebagai latar belakang yang sering ditemui di kalangan anak muda yang terbabit dengan kegiatan keganasan. Kemarau 'tujuan hidup' kerana  kemarau kebapaan, menjadikan mereka mudah terheret ke dakyah pengganas yang memberi mereka sebuah tujuan bermakna, walaupun ia bermaksud menghancurkan diri mereka sendiri.   Semasa kanak-kanak perempuan dan wanita dianiaya, gambarannya agak straightforward. Jelas.  Maka solusinya ialah daripada tiada akses, kepada mengadakan akses.   Tetapi krisis kelelakian budak lelaki kompleks.  Jika kita malas memerhati untuk memahami dan mencari solusi, mungkin kita akan berterusan menyabitkan fenomena itu kepada stereotaip lelaki bahawa mereka itu yang malas dan tidak serius dengan tanggungjawab dan kehidupan.   Apa yang kita semai itu yang kita tuai.  Salah menyemai salahlah hasil menuai.  Gagal semai, suburlah lalang dan kemuncup liar sepanjang perjalanan.

Episode metadata supplied by the publisher feed · Published Oct 6, 2022

Embed this episode

NOW PLAYING

Dunia Sakit di Sebalik Kemarah Pelajar Lelaki di Kampus Kita | The Boy Crisis - Episod 2

0:00 12:00

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

No similar episodes found.

No similar podcasts found.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 12 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on October 6, 2022.

Can I download this Hasrizal episode?

Yes. Use the download control on the episode player to save the publisher-provided media file.
URL copied to clipboard!