EPISODE · Jan 27, 2026 · 20 MIN
Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Internship Kerja Macam Kuli ?
from Podcast Sosiowara · host Podcast Sosiowara: Sosial dari Kaca Mata Siswa
Hos:KAMELIA BINTI ROSELY (2025144523)NURDINAH HUSNA BINTI HARUDDIN (2025159279)MUHAMMAD ALIF SYAHMI BIN MOHD NAFSHAH (2025166765)Tetamu: Aidid Marcello (Founder of Mindquest Digital Solutions)Sinopsis: Episod Podcast Sosiowara kali ini membawakan topik yang cukup dekat dengan keresahan mahasiswa iaitu "Internship: Kerja Macam Kuli?" di bawah edisi Mitos vs Realiti Siswa bagi merungkai jurang antara persepsi eksploitasi dan hakikat pembelajaran profesional. Dengan kehadiran tetamu jemputan khas, personaliti media berpengalaman Aidid Marcello, kami akan membedah sama ada naratif "kerja tanpa henti, elaun pun mati" itu merupakan satu realiti pahit industri atau sekadar mitos yang lahir daripada salah faham tentang proses "belajar dari bawah". Melalui gabungan perspektif sosiologi siswa dan pengalaman luas Aidid dalam dunia penyiaran, perbincangan ini sangat penting untuk memberi kesedaran tentang etika kerja serta hak pelatih agar setiap mahasiswa mampu membezakan antara tuntutan profesionalisme dengan manipulasi tenaga kerja. Memandangkan mitos sering kali terbentuk apabila persepsi lebih kuat daripada bukti, mari kita bongkar kebenaran di sebalik budaya kerja praktikal demi masa depan graduan yang lebih bermaruah.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil
NOW PLAYING
Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Internship Kerja Macam Kuli ?
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
Mar 26, 2026 ·1m
Jan 2, 2026 ·47m
Dec 21, 2025 ·46m