Podcast Sosiowara podcast artwork

PODCAST · society

Podcast Sosiowara

'Sosial dari Kaca Mata Siswa' Mahasiswa berbicara mengenai isu-isu sosial berbangkit dalam masyarakat Malaysia kini.

Publisher-supplied feed metadata · PodParley refreshed Sep 6, 2025 · Source feed

  1. 53

    Edisi YTJT (Yang Tau Je Tau) : Dalam Diam, Dalam Keluarga

    Host:Ahmad Amar Danish bin Fairuzazli (2025483606)Aisyah Safiyyah binti Mustafa Kamal (2025306645)Daimatul Bi Asrohima binti Aziz (2025215214) Guest :Nor Zarina binti Zakaria Synopsis :Di sebalik sebuah keluarga yang kelihatan sempurna, ada kisah yang disimpan dalam diam. "Dalam Diam, Dalam Keluarga" membawa perbincangan mengenai isu sumbang mahram, satu jenayah yang meninggalkan trauma kepada mangsa. Podcast ini bertujuan meningkatkan kesedaran, menghapuskan stigma, dan menggalakkan masyarakat untuk berani bersuara demi melindungi mereka yang menjadi mangsa.Supervising Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  2. 52

    Edisi YTJT (Yang Tau Je Tau) : Anak Sulung VS Anak Bongsu

    Host :Balqis Qayyum (2025243554)Nurul Allia Natasha (2025230152)Muhammad Fareed Ashraf (2025427078)Guest :Nurafara Dayana (Content Creator)Sinopsis : Dalam episod Podcast Sosiowara: Sosial dari Kaca Mata Siswa edisi YTJT (Yang Tahu Je Tahu), para podcaster membincangkan isu Anak Sulung VS Anak Bongsu bersama tetamu jemputan, Nur Fara Dayana. Perbincangan ini mengetengahkan realiti tekanan yang sering dihadapi dalam keluarga, seperti harapan ibu bapa, budaya membandingkan adik-beradik, serta tanggungjawab yang berbeza antara anak sulung dan anak bongsu.Melalui perkongsian pengalaman dan pandangan dari perspektif mahasiswa, episod ini turut menyentuh kesan tekanan keluarga terhadap prestasi akademik dan kesihatan mental. Di akhir perbincangan, para podcaster berkongsi nasihat tentang kepentingan komunikasi dalam keluarga, menghargai usaha setiap anak, serta mengingatkan bahawa setiap individu mempunyai cabaran dan perjalanan hidup yang berbeza.Executive Supervising Producer : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  3. 51

    Edisi YTJT (Yang Tau Je Tau) : Kisah Seram di Institut Pengajian Tinggi

    Host : Wan Nuryn Jazlina Wan Jamak (2025248762)Nabilah Huda Azri (2025247104)Akish Daniel Anas (2025214968)Guest : Adam Eji (Influencer dan Alumni UiTM Segamat)Synopsis :kisah seram di kampus memang banyak diperkatakan, tetapi apa puncanya dan bagaimana cara menghadapinya? Dalam YTJT: Kisah Seram di Institut Pengajian Tinggi, kami berkongsi pengalaman misteri sambil mengupas punca dan langkah yang boleh diambil apabila berdepan situasi yang menakutkan bersama Adam Eji sebagai tetamu jemputan.Executive Supervising Producer : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  4. 50

    Edisi YTJT (Yang Tau Je Tau) : Double Standard di Tempat Kerja

    Host :Ilham Hakim bin Saifullyzan (2025230344)Muhammad Faiq bin Faiez (2025216326)Fatin Natasha binti Mohd Fazly (2025427518)Guest :Muhammad Aqashah (Sales Assistant Perodua)Sinopsis : Podcast Sosiowara: Double Standard membincangkan isu double standard ditempat kerja yang sering berlaku dalam kalangan pekerja dan organisasi.Perbincangan ini mengetengahkan bagaimana layanan, peluang kenaikan pangkat,pembahagian tugas, gaji, pengiktirafan serta penilaian prestasi boleh dipengaruhi olehfaktor seperti jantina, usia, status, hubungan dengan pihak atasan dan latar belakangseseorang. Podcast ini turut mengupas pengalaman dan pandangan terhadap situasiapabila pekerja yang melakukan perkara sama menerima layanan yang berbeza.Melalui perbincangan yang santai dan terbuka, Sosiowara: Double Standardmengajak pendengar untuk mengenali bentuk-bentuk double standard di tempat kerjaserta memahami kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang lebih adil,profesional dan bebas daripada diskriminasi.Supervising Executive Producer : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  5. 49

    Edisi YTJT (Yang Tau Je Tau) : Beauty Privilege di Tempat Kerja

    Host :Nurain Amalin binti Mohd Azmi (2025236082)Athirah Md Akhir (2025428794)Guest : Ahmad Safwan bin Abdul Johari (bekas pekerja auditor big 4)Synopsis : Topik ini mengupas isu Beauty Privilege dalam realiti sosial bersama tetamu jemputan, Safwan. Perbincangan merangkumi kelebihan rupa paras dalam proses temu duga dan peluang pekerjaan, impaknya terhadap dinamik sosial serta hubungan pertembanan, hinggalah pembentukan standard kecantikan dalam masyarakat hari ini.Supervising Executive Producer : Aeyneda Zairyn Abdul JalilComposer : Muhammad Mukhlis Ridhwan bin Md Said (2025221786)

  6. 48

    Edisi FRFR (Filtered Reality, For Real) : ⁠Acceptance of Reality

    Hos: MOHAMMAD NABIL IRFAN BIN MOHAMMAD HASMAWI (2025394471)MUHAMMAD AMIRUL ASYRAF BIN ZURFARIZAL(2025306457)Tetamu: Nurul Hazwani Hamdan (Guru Kaunseling SK Putrajaya Presint 9(2) )Sinopsis: Episod ini membincangkan konsep Filtered Reality dan bagaimana media sosial membentuk etika dan perilaku pelajar terutamanya pelajar sekolah. Melalui perbincangan santai bersama hos dan tetamu jemputan, episod ini meneliti tekanan pelajar untuk memenuhi kehendak peribadi melalui platform sosial media dan kesannya terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan psikologi.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  7. 47

    Edisi FRFR (Filtered Reality, For Real) : ⁠Reality Behind Academic Excellent

    Hos: 1) ARIFF DANIAL BIN ASHNOR (2025382503)2) NURUL FATEHAH BINTI ABDUL RAHMAN (2025139035)3) SYASYA NABILAH BINTI MAHADI (2025158931)Tetamu: Dr Mohd Yusof bin Zulkefli (Penyelaras Pengajian Liberal Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM) Sinopsis: In the world of social media, we are often blinded by a curated stream of Dean’s List certificates and flawless study aesthetics, yet the true cost of high achievement remains largely unspoken. "Reality Behind Academic Excellence" dives deep into the filtered reality of student life, peeling back the layers of prestige to reveal the raw struggles, burnout, and mental health challenges that define the journey toward success. This episode challenges the highlight reels of academic perfection, offering a grounded conversation on the sacrifices made in silence and what it truly takes to excel in an era of digital comparison.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  8. 46

    Edisi FRFR (Filtered Reality, For Real) : Perfect on Screen, Pressure in Reality

    Hos: 1. MUHAMMAD AMIRUDDIN BIN MOHD ZAIKI (2025126631)2. FARHANIM BINTI PAZIL (2025382457)3. NURFATIN HANANI BINTI ABDUL RAHMAN @ ROHMAN(2025159295)Tetamu: Cik Siti Rozaini (Kaunselor Pelatih di Universiti Malaya)Sinopsis: Episod Perfect on Screen, Pressure in Reality membawakan topik tentang Filtered Reality di media sosial dan kesannya terhadap kesihatan mental terutamanya di kalangan pelajar dan golongan muda. Perbincangan ini meneliti bagaimana imej kehidupan dan personaliti seseorang itu kelihatan sempurna di skrin tetapi berbeza dengan realiti sebenar. Dari sudut psikologi, podcast ini membincangkan tentang tekanan dalam perbandingan sosial, konflik antara diri sebenar dan diri ideal, serta kesan emosi yang dialami oleh individu. Perbincangan bersama kaunselor pelatih turut memberikan kesedaran dan panduan untuk membina identiti diri yang sebenar dan seimbang dalam era media sosial ini.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  9. 45

    Edisi FRFR (Filtered Reality, For Real) : Broke but Aesthetic

    Hos: 1. NUR RASYIQAH AQILAH BINTI ZAINUDIN (2025106899)2. NUR HUSNINA BINTI NORAZMIN (2025306493) 3. MUHAMMAD FARHAN BIN MOHD FAISAL (2025189179) Tetamu: Dr Adibah Jamaluddin (Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan)Sinopsis: Episod ini membincangkan konsep “Broke but Aesthetic”, yang membincangkan bagaimana kehidupan dan gaya hidup yang mewah di media sosial tetapi tidak selari dengan realiti kewangan yang sebenar. Perbincangan ini juga meneliti jurang realiti dan paparan digital serta kesan tekanan untuk kelihatan “aesthetic” terhadap kewangan dan kesejahteraan diri, sambil mengajak pendengar ke arah gaya hidup yang lebih seimbang dan realistik.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  10. 44

    Edisi FRFR (Filtered Reality, For Real) : Disebalik 'Perfect Couple'

    Hos: 1. MUHAMMAD HARITH BIN HAIRUL (2025382455)2. ⁠KHAIRUNIESA JOHANA BINTI ZAINUDDIN (2025189501)3. ⁠MIOR IRSYAD BIN ISKANDAR (2025110049)Tetamu:DR. NABIHAN (Pensyarah Komunikasi dan Pengajian Media)Sinopsis:Episod FRFR: Filter Reality kali ini membincangkan realiti hubungan percintaan dalam era media sosial. Kami akan merungkai kebenaran di sebalik paparan indah di skrin digital serta menganalisis impak psikologi terhadap pasangan dan pengguna. Perbincangan ini turut menyentuh teori komunikasi yang mendasari corak perhubungan masa kini.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jali

  11. 43

    Edisi FRFR (Filtered Reality, For Real): Fake it Till You Meet The Standard (Beauty Edition)

    Hos: NUR SOFIA BALQIS BINTI SAHRUL SHUKIRY (2025126641)PUTERI MARSYA SORFEENA BINTI (2025139011)NURALIYA IMAN BINTI HANIZAM SHAH (2025127021)Tetamu: FAIZZAHSALIM @ JAJA (PEMPENGARUH)Sinopsis: Episod ini membincangkan konsep Filtered Reality dan bagaimana media sosial membentuk persepsi terhadap standard kecantikan. Melalui perbincangan santai bersama hos dan tetamu jemputan, episod ini meneliti tekanan untuk memenuhi ideal kecantikan yang dipaparkan secara digital serta kesannya terhadap keyakinan diri dan kesejahteraan psikologi.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  12. 42

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Kelas Tak Miss , Kelab Pun Lit !

    Hos:​ Julia Syazwana binti Muhamad Jaffry (2025110025)​ Alya Dayana Sofia binti Ahmad Faisal (2025126801)Tetamu: Afifi Musleh (Pelajar & Content Creator)Sinopsis: Episod kali ini membincangkan tanggapan bahawa penglibatan aktif mahasiswa dalam kelab atau persatuan boleh menjejaskan prestasi akademik. Melalui perbincangan santai, episod ini berkongsi realiti kehidupan kampus, cabaran mengurus masa, serta manfaat membina kemahiran insaniah dan kepimpinan. Dengan keseimbangan yang tepat, mahasiswa bukan sahaja mampu cemerlang dalam akademik, malah turut menyerlah dalam organisasi.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  13. 41

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Calon MPP Perlu Popular Untuk Menang ?

    Hos:​ NUR KIRANA BINTI BAHARUL ALAM (2025394097)​ MUHAMMAD DANISH BIN HARON (2025184765)​ SHANON IRFAN BIN MOHAMED ELISADIKIN (2025124393)Tetamu: ENCIK IMAN ZULKIFLY (MANTAN YANG DIPERTUA MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UiTM CAWANGAN SELANGOR SESI 2024/2025)Sinopsis:Dalam episod ini, kita kupas persoalan yang selalu bermain di fikiran mahasiswa — betul ke calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) kena popular dulu baru boleh menang pilihan raya kampus? Atau sebenarnya kualiti kepimpinan dan keikhlasan lebih penting daripada nama dan pengaruh? Bersama tetamu jemputan, Iman Zulkify, mantan Yang Dipertua MPP UiTM Cawangan Selangor sesi 2024/2025, perbincangan ini membawa perspektif sebenar dari dalam sistem MPP itu sendiri. Dari pengalaman peribadi, strategi kempen, tekanan sebagai pemimpin mahasiswa, sehinggalah realiti yang jarang dibincangkan oleh calon-calon MPP. Episod ini sesuai untuk siswa yang bercita-cita menjadi pemimpin, pemerhati politik kampus, atau sesiapa sahaja yang ingin memahami apa yang sebenarnya menentukan kemenangan dalam pilihan raya mahasiswa.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  14. 40

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Pelajar Kaya Penentu Kejayaan Akademik ?

    Hos:HARIZ EZRAL BIN FAIZULDDIN (2025394457)NUR SAFIYA PUTRI BINTI SHUHAIRI (2025189485)NUR AINA AQILA BINTI NORDIN (2025124301)Tetamu: Addiena Jauhari ( Social Media Influencer & Pelajar Universiti Malaya )Sinopsis:Podcast ini membincangkan mitos bahawa pelajar daripada latar belakang keluarga kaya merupakan penentu utama kejayaan. Melalui perbincangan santai bersama tetamu jemputan, podcast ini meneliti faktor sebenar yang menyumbang kepada kejayaan pelajar seperti usaha, disiplin, sokongan persekitaran dan peluang. Perbincangan ini bertujuan membuka perspektif pendengar bahawa kejayaan tidak semestinya ditentukan oleh kekayaan semata-mata.Supervising Executive Producer:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  15. 39

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Realiti Duit Siswa

    Hos: NAZREN ASYRAN BIN ALI (2025109909)NUR DINI BINTI ABDUL HALIM (2025126853)NUR IZZAH NABILAH BINTI MOHAMAD LIZAI (2025144537)Tetamu: NIZAMUDIN BIN MOHD WAZIR ( Mantan Naib Yang Di-Pertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Negeri Sembilan Kampus Seremban )Sinopsis: Episod Mitos Duit Pinjaman: Realiti Dompet Siswa dalam Podcast Sosiowara mengupas tanggapan masyarakat bahawa pelajar hidup selesa dengan duit pinjaman. Perbincangan ini meneliti perbezaan antara persepsi dan realiti sebenar kewangan mahasiswa, termasuk cabaran mengurus perbelanjaan sepanjang semester. Dengan pandangan berfakta dan seimbang, episod ini membuka mata pendengar tentang tekanan kewangan yang sering dihadapi siswa, di sebalik label “hidup senang” yang kerap disalah anggap.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  16. 38

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Internship Kerja Macam Kuli ?

    Hos:​KAMELIA BINTI ROSELY (2025144523)​NURDINAH HUSNA BINTI HARUDDIN (2025159279)​⁠MUHAMMAD ALIF SYAHMI BIN MOHD NAFSHAH (2025166765)Tetamu: Aidid Marcello (Founder of Mindquest Digital Solutions)Sinopsis: Episod Podcast Sosiowara kali ini membawakan topik yang cukup dekat dengan keresahan mahasiswa iaitu "Internship: Kerja Macam Kuli?" di bawah edisi Mitos vs Realiti Siswa bagi merungkai jurang antara persepsi eksploitasi dan hakikat pembelajaran profesional. Dengan kehadiran tetamu jemputan khas, personaliti media berpengalaman Aidid Marcello, kami akan membedah sama ada naratif "kerja tanpa henti, elaun pun mati" itu merupakan satu realiti pahit industri atau sekadar mitos yang lahir daripada salah faham tentang proses "belajar dari bawah". Melalui gabungan perspektif sosiologi siswa dan pengalaman luas Aidid dalam dunia penyiaran, perbincangan ini sangat penting untuk memberi kesedaran tentang etika kerja serta hak pelatih agar setiap mahasiswa mampu membezakan antara tuntutan profesionalisme dengan manipulasi tenaga kerja. Memandangkan mitos sering kali terbentuk apabila persepsi lebih kuat daripada bukti, mari kita bongkar kebenaran di sebalik budaya kerja praktikal demi masa depan graduan yang lebih bermaruah.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  17. 37

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Cinta Kampus Tidak Kesampaian

    Hos: NUR DINI AFIQAH BINTI AZHARUDDIN (2025106933)NOR AMEER LUQMAN BIN NOR HASHIMI (2025166057)MOHAMMAD MUZAKKIR ASYRAF BIN MOHD ZAKIUDDIN (2025158909)Tetamu: Dr Fatimah Tajuddin (Lecturer)Sinopsis:Cinta kampus sering digambarkan sebagai pengalaman indah dalam kehidupan pelajar, namun tidak semua kisah berakhir seperti yang diharapkan. Tekanan akademik, kekangan masa, dan perbezaan matlamat hidup menjadikan cinta kampus satu persoalan antara mitos dan realiti. Jadi, di sini kami bawakan tetamu khas untuk merungkaikan persoalan tersebut.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  18. 36

    Edisi Mitos vs Realiti Siswa : Generasi Kini Manja ?

    Hos:NUR IZYAN KAMILIA BINTI KAMAL (2025184707)MUHAMMAD FIRDAUS BIN IBRAHIM (2025306449)DANIA BALQIS BINTI SUHAIMI (2025382433)Tetamu: AFIQAH JALIL (Live Host Presenter, Content Creator & Key Opinoin Leader (KOL)Sinopsis: Podcast Sosiowara edisi "Mitos vs Realiti Siswa" membincangkan secara mendalam stigma "generasi manja" yang sering dilekatkan kepada mahasiswa dan Gen Z masa kini dengan menampilkan alumni dan personaliti media sosial, Afiqah Jalil, sebagai tetamu jemputan. Perbincangan ini merungkai punca label tersebut, seperti penekanan terhadap kesihatan mental dan keseimbangan kerja-kehidupan (work-life balance), yang sering disalah tafsir sebagai kelemahan oleh generasi terdahulu sedangkan realitinya mahasiswa kini berhadapan dengan cabaran berbeza seperti kos sara hidup yang tinggi dan ketidaktentuan masa depan. Melalui kupasan kesan negatif mitos ini terhadap motivasi siswa dan kepercayaan majikan, podcast ini berjaya mencapai objektifnya untuk membuktikan bahawa keberanian generasi kini untuk jujur tentang emosi dan hak mereka bukanlah tanda kemanjaan, sebaliknya merupakan satu bentuk adaptasi terhadap realiti sosial yang semakin kompleks.Supervising Executive Producer: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  19. 35

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin, Aku Deal) : Antara Cinta Atau Cita- Cita

    HOS:1. MUHAMMAD ADHA NAQIB BIN MAT RAMAN (2024253926)2. NURIN AFIQAH BINTI AZMI (2024265032)3. NURUL AIRINA BINTI KAMARUDIN (2024253944)TETAMU: ENCIK MOHD HADY AZMAN (Kaunselor)SINOPSIS: Dalam episod ini, kami menyelami dilema yang sering dialami oleh golongan muda sama ada memilih antara mengejar cinta atau mengejar cita-cita. Adakah percintaan menjadi penghalang kepada impian, atau mampukah cinta dan cita-cita berjalan seiring? Disini kami bincangkan pelbagai perspektif, termasuk tekanan keluarga, cabaran kerjaya, dan konflik emosi dalam membuat pilihan yang besar dalam hidup. Tetamu jemputan turut berkongsi pengalaman peribadi, kisah jatuh bangun dalam percintaan dan kerjaya, serta bagaimana mereka mencari keseimbangan antara dua dunia yang sering bertembung ini.

  20. 34

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin, Aku Deal) : Kahwin Awal : Sweet Ke Silap?

    HOS:Zaizafun Aisyah Binti Zaiful Yazan (Main)Muhammad Fakhrulrazi Bin NorizamAinun Nadira Binti BahanudinTETAMU: Norazeeda Nordin (Usahawan)SINOPSIS: Episod kali ini, kami kupas realiti perkahwinan awal bersama Pn Azee, usahawan dan ibu kepada 5 anak. Dari kisah cinta zaman dulu, cabaran rumah tangga, hinggalah isu hubungan toksik semuanya dibongkar jujur. Sesuai untuk korang yang tengah fikir nak kahwin awal, atau tengah rasa lost dalam fasa perkahwinan.

  21. 33

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin, Aku Deal) : Kahwin Lambat : Trend atau Tragedi

    HOS:1. Syamil Nazmi Bin Khalid (Main)2. Wan Nur Allieya Jazilah Binti Ismail3. Nurauni Iyazi binti AffandiTETAMU: Muhammad Noor Bin Zakaria (Influencer)SINOPSIS: Episod ini membincangkan isu perkahwinan lewat dalam kalangan masyarakat masa kini. Apakah faktor yang mendorong individu untuk menangguhkan perkahwinan, dan adakah ia mencerminkan satu trend positif atau hakikat yang membimbangkan? Perbincangan ini turut menyentuh implikasi sosial, ekonomi dan psikologi dalam menilai sama ada kahwin lambat merupakan satu pilihan atau satu tragedi

  22. 32

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin, Aku Deal) : Kahwin Muda: Realiti Tak Seindah Fantasi

    HOS: 1. Nur Nadia Najmie Binti Hussain (Main)2. Miguel Ryan Nelson Bitoh3. Nur Adleena Natasha Binti AmiruddinTETAMU: Hanif Haikal (Content Creator)SINOPSIS: Meneroka cabaran sebenar pasangan muda selepas akad nikah — dari pengurusan rumah tangga, konflik emosi, hingga pengorbanan pendidikan dan impian. Di sebalik fantasi cinta, wujud tekanan kewangan, tanggungjawab awal sebagai ibu bapa, dan realiti masa yang terbatas. Persoalannya: cukupkah kemanisan cinta untuk menghadapi pahit getir alam perkahwinan awal?

  23. 31

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin, Aku Deal) : Kahwin awal atau kahwin lambat ? CINTA VS DUIT

    HOS:SYAHIR HANNAN BIN AZHARINALIA BATRISYIA BINTI MOHD SAFARINUR IRDINA AYUNIE BINTI ANUARTETAMU: ENCIK SUDIRMAN MOHD TAHIRSINOPSIS: Dalam episod khas Podcast Sosiowara - Edisi AKAD: CINTA VS DUIT, menceritakan tentang dilema untuk berkahwin. Podcast ini juga membincangkan, adakah perlu untuk setiap individu berkahwin awal ataupun kahwin bila kewangan sudah stabil. Encik Sudirman Mohd Tahir adalah seorang individu yang masih belum berkahwin di lewat 30-an, dan beliau berkongsi pengalaman dan perjalanan hidup beliau.

  24. 30

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin, Aku Deal) : Generasi Sandwich: Hindar Kahwin Awal

    HOS: 1.NOR SUZAILY BINTI MOHD YUSOFF (main)2.NUR IZWANI BINTI MOHAMAD AZRIN3. MUHAMMAD NAIM HAZWAN BIN ALIASTETAMU: MUHAMMAD HAZIMIE (Bekas Ahli Parlimen Belia Malaysia)SINOPSIS:  Kahwin awal atau lambat? Dua pilihan yang sering jadi perdebatan dalam masyarakat. Ada yang melihat perkahwinan awal sebagai penyelesaian kepada masalah sosial, dan ada pula yang memilih untuk menunggu demi kestabilan hidup. Ini merupakan perbincangan yang mana satu lebih baik bersama tetamu khas iaitu En. Hazimie

  25. 29

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin Aku Deal) : Tekan Butang Akad: Bahagia ke Beban?

    HOS:AMALIN SOFIYA BINTI ABDUL HALIMNOR NAJWA BINTI ABDULLAHMUHAMMAD NAUFAL HADIF BIN MOHD NOORTETAMU: AUDI NABIL SINOPSIS: Dalam episod khas Podcast Sosiowara - Edisi AKAD: Aku Kahwin, Aku Deal, berkisarkan tentang faktor faktor individu tertentu mendirikan rumah tangga dengan lebih awal mahupun llambat. Audi Nabil merupakan seorang penulis buku dan content creator. Beliau  berkongsi idea bernas dan juga jawapan yang membuka mata para pendengar. 

  26. 28

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin Aku Deal) : Sayang ada, Stabil ada ke?

    HOS:1. Muhammad Danish bin Syahrul2. Nur Anis Izzati binti Mas Nazli 3. Nur Dayana binti SyamrilTETAMU: Puan Nurul Iman (Usahawan wanita dan Pengusaha Imiz)SINOPSIS: Dalam episod khas Podcast Sosiowara - Edisi AKAD: Aku Kahwin, Aku Deal, bersama Puan Nurul Iman, kita kupas realiti perkahwinan awal cukupkah cinta tanpa kestabilan emosi, kewangan, dan kerjaya? Perkongsian jujur tentang cabaran membina keluarga sambil mengurus kerjaya dan kewangan di usia muda.

  27. 27

    Edisi A.K.A.D (Aku Kahwin Aku Deal) : Taruna di Liku Pelamin

    HOS: 1. Amirul Zulhilmi bin Khairulnizam (Main)2. Nurliyana binti Ismail3. Nurul Nadia binti RasidTETAMU: Anis Ridzwan (Influencer)SINOPSIS: A.K.A.D: Aku Kahwin Aku Deal mengupas dilema anak muda antara kahwin awal atau lewat, di tengah tekanan keluarga dan media sosial. Perbincangan meneliti isu cinta, kewangan, dan kesediaan emosi, dengan persoalan utama: perlukah ikut masa, atau kahwin bila benar-benar bersedia?

  28. 26

    Edisi FOMO: Hidup Tenang Tanpa FOMO

    Hos:ACHMAD DANISH OMAR BIN AHMAD REDZA.ALIYA BINTI ADNANUZMA SYAFIQAH NADHIRAH BINTI ABDUL AZIZTetamu:ENCIK IMAN HAFEEZ (PEGAWAI KAUNSELOUR UiTM SHAH ALAM)Sinopsis:Pernah rasa gelisah bila tengok orang lain seronok bercuti, menghadiri event menarik, atau mencapai kejayaan besar sedangkan anda masih di tempat yang sama? Itulah FOMO (Fear of Missing Out), si pencuri ketenangan yang membuat kita rasa tidak cukup dan sentiasa ketinggalan.Dalam episod ini, mari kita akan bongkar rahsia mengatasi FOMO daripada cara mengawal media sosial, membina minda yang lebih tenang, hingga teknik menikmati hidup tanpa tekanan perbandingan. Jangan biarkan FOMO menentukan kebahagiaan anda!Dengar sampai habis, kerana mungkin inilah langkah pertama anda untuk bebas daripada ‘takut tertinggal’.

  29. 25

    Edisi FOMO: Hidup Lit, Poket Nipis: Padah FOMO

    Hos:Nur Najwa Faqihah binti Ahmad AtmaSyazweena Nawwarah binti Se'AiniWan Nur Syakirah binti Wan SyariffudinTetamu:En. Muhammad Dinnie Asyraf Bin Salim - Pembaca berita / Pengacara TV / Pengurus Kafe Mvnch Bite UiTM Shah AlamSinopsis:Episod kali ini membincangkan bagaimana budaya FOMO mempengaruhi kewangan hidup dalam kalangan mahasiswa. Episod ini juga menyelami dan memahami kenapa mahasiswa sanggup berhabis duit demi gaya hidup, serta kesan jangka panjang terhadap kewangan dan kestabilan hidup mereka. Adakah ini sekadar trend sementara atau petanda masalah kewangan yang lebih serius dalam generasi hari ini?Penerbit:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  30. 24

    Edisi FOMO: Nak Belajar ke Nak Ikut Trend?

    Hos:HAQEEM DANIAL BIN ZABRY MOHAMADNORALYANA IRLISA BINTI ARIFFMUHAMMAD FAZLIE BIN ABD RAZAKTetamu:MAISARAH BINTI FAHRURRAZI - Mantan Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Shah Alam 2023/2024Sinopsis:Episod Podcast Sosiowara ini membincangkan fenomena Fear of Missing Out (FOMO) dalam kalangan mahasiswa, yang semakin berleluasa dalam era digital. Bersama hos Haqeem, Pali, dan Irlisa serta tetamu jemputan, Maisarah, perbincangan ini meneliti kesan FOMO terhadap akademik, sama ada sebagai motivasi atau tekanan. Melalui perkongsian pengalaman dan pandangan, episod ini menekankan kepentingan keseimbangan dalam kehidupan pelajar serta strategi untuk mengurus FOMO dengan bijak. Kesimpulannya, mahasiswa perlu memahami keutamaan diri bagi memastikan pencapaian akademik dan kesejahteraan mental tidak terjejas akibat tekanan sosial.Penerbit:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  31. 23

    Edisi FOMO: Dah Penat FOMO? Jom JOMO!

    Hos:Ainul Najihah Binti PauzanAhmed Armand Kahlel Bin Ahmed EzdyDina Amilah Zuhayra Binti Nor AzmiTetamu:Amanda Amry - Pempengaruh Media Sosial, Pelakon, Penyanyi dan HosSinopsis:Episod Podcast Sosiowara kali ini membincangkan tentang Joy of Missing Out (JOMO), yang bertentangan dengan Fear of Missing Out (FOMO) dalam kalangan mahasiswa. Bersama hos anda Ainul, Kahlel dan Dina serta tetamu jemputan Amanda Amry akan berkongsi bagaimana JOMO membantu mengurangkan tekanan sosial, akademik dan media sosial melalui perkongsian pengalaman peribadi dan beberapa tips praktikal. Dengarkan perbincangan santai ini dan temui cara mengamalkan JOMO untuk kehidupan yang lebih tenang dan bermakna!Penerbit:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  32. 22

    Edisi FOMO: Scroll, Stress, Repeat?!

    Hos:NUR SYAHIRAH BINTI ABDULLAHNUR QHAIRA ALIESYA BINTI MOHD JIZANNUR MAISARAH HIJANAH BINTI ABDUL HUSHARYTetamu:ENCIK IMAN HAFEEZ (PEGAWAI KAUNSELOUR UiTM SHAH ALAM)Sinopsis:Episod Podcast Sosiowara kali ini mengupas fenomena Fear of Missing Out (FOMO) yang semakin berleluasa di dalam kalangan pelajar. Perkongsian ini juga membincangkan kesan fenoma FOMO terhadap masalah kesihatan mental dan cara-cara untuk mencegahnyaPenerbit:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  33. 21

    Edisi FOMO: Realiti Sebelum Latihan Industri

    Hos:Darwisy Zakwan Bin KhairudinAmer Ahmad Afiq Bin Ahmad Kamal BahrinMuhammad Haridz Hilmi Bin H Tuah KhatibMohamad Danish bin Mohamad FaizalTetamu:DR SHAZLEEN MOHAMED (PENSYARAH KANAN MC243 BROADCASTING FKPM UITM SHAH ALAM)Sinopsis:Dalam episod podcast Sosiowara kali ini, perbincangan tertumpu kepada fenomena Fear of Missing Out (FOMO) dalam kalangan mahasiswa, terutama menjelang latihan industri. Bagaimana media sosial mencetuskan tekanan? Adakah FOMO hanya membawa kesan negatif, atau ia boleh menjadi pemangkin motivasi?episod ini juga menyentuh isu pemilihan tempat internship—benarkah syarikat kecil kurang bernilai berbanding syarikat besar? Bagaimana mahasiswa boleh mengawal FOMO dan menggantikannya dengan JOMO (Joy of Missing Out) untuk kehidupan yang lebih tenang dan bermakna?Penerbit:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  34. 20

    Edisi FOMO: Perangkap Kebahagiaan

    Hos:Isaac Ryan GonsilouDarren Lawrence Chaling Anak JenuangNurFarina Fazira Binti Mohammad Farith⁠Nurul Aleeya Binti Muhammad AliTetamu:Dr. Mohd Yusof Zulkefli - Penyelaras Pengajian Liberal, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara, Shah AlamSinopsisEpisod ini membincangkan punca utama berlakunya FOMO (Fear of Missing Out) dalam kalangan mahasiswa. Kami meneroka bagaimana pengaruh media sosial, tekanan rakan sebaya, dan keinginan untuk mengikuti perkembangan semasa menyebabkan mahasiswa merasa ketinggalan dalam kehidupan mereka. Selain itu, perbandingan diri dengan orang lain dan pengaruh persekitaran turut mencetuskan perasaan FOMO, yang memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan sosial mahasiswa. Apa yang membuatkan mahasiswa mudah terjebak dengan FOMO?Penerbit:Aeyneda Zairyn Abdul Jalil

  35. 19

    Edisi Gen Z vs Millenial : Pameran Budaya Pop : Siapa Yang Memerintah Millenial Budaya Pop atau Gen Z

    Hos : Harry Arman Tetamu : Farra Aziera Penerbit : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Podcast Sosiowara kali ini membahas dominasi budaya pop, ikon tempatan hingga bintang antarabangsa. Gen Z atau Millennial, siapa lebih berpengaruh? Dengar sekarang!

  36. 18

    Edisi Gen Z vs Millenial : Chalkboards to Chatbots: Perubahan Pembelajaran Gen Z and Millennial

    Hos : Amzar Iman Rosli, Nur Sarah Amiruddin, Mohamad Akmal Mokhtar Fathi Tetamu : Adnin Izzati Penerbit : Aeyneda Zairyn Perbincangan perubahan dalam pembelajaran Gen Z dan Millenials pada ketika ini sering menjadi tanda tanya buat ramai. Podcast edisi ini akan membincangkan bersama ADNIN IZZATI iaitu bekas guru sekolah tentang pengalaman beliau dalam mengajar Gen Z dan Millenials serta membincangkan perbezaan apakah yang dapat dilihat dari dua generasi ini.

  37. 17

    Edisi Gen Z vs Millenial : Trendsetter atau Nostalgia ?

    Hos : Ainur Aiesyah Ahmad Azam, Alyaa Andriana Mohamad Faisal & Muhammad 'Aizat Abdul Rahman Tetamu : Aizat Saha & Mal Hamka Penerbit : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Adakah Gen Z benar-benar mencipta trend baharu, atau sekadar menghidupkan semula nostalgia Millennials dengan wajah moden? Podcast Sosiowara kali ini membincangkan perbezaan hiburan dan fesyen antara dua generasi ini, dari pengaruh TikTok hingga kebangkitan semula gaya Y2K. Bersama hos dan tetamu khas iaitu pempengaruh terkenal TikTok dan pemuzik pop Malaysia, mengupas cabaran industri hiburan dan fesyen dalam memenuhi selera kedua-dua generasi, serta bagaimana jenama dan pencipta kandungan berusaha kekal relevan di era perubahan pantas ini.

  38. 16

    Edisi Gen Z vs Millenial : Makna Kehidupan Gen Z vs Millenial

    Hos : Anis Qistina Ahmad Basri, Muhammad Ameer Adlan Mohd Azmi, Farah Nur Dalia Mazelan Tetamu : Syafa Nisa Penerbit : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Podcast Sosiowara kali ini membincangkan perbezaan dan persamaan makna kehidupan antara Gen Z dan Millennial, dari perspektif kebahagiaan, kerjaya, hingga cabaran hidup. Ikuti perbincangan santai bersama panel jemputan Syafa Nisa untuk memahami dinamik dua generasi ini.

  39. 15

    Edisi Gen Z vs Millenial : Dendang Telinga: Perubahan Corak Lagu Millenial dan Gen Z

    Hos : Nur Hayyuni Azmi, Syakir Zahran Sharizal, Tengku Syed Amir Nazrin Tengku Syed Mukhriz & Abdul Aziz Hashim Tetamu : Alif Aiman Penerbit : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Podcast Sosiowara kali ini membincangkan perbezaan corak muzik antara Generasi Millennial dan Gen Z, dari evolusi genre hingga impaknya kepada masyarakat. Bersama tetamu jemputan Alif Aiman, kita kupas bagaimana teknologi mengubah landskap muzik dan cara generasi ini menghargainya!

  40. 14

    Edisi Gen Z vs Millenial : Siapa Dominasi Media?

    Hos : Mohamad Indrashakti Sapawi, Aliya Nur Liyana Azman, Nurul Syahirah Masturi Tetamu : Dj Suraya Borhan Penerbit : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Dalam episod ini, kami membahas perbandingan antara Generasi X dan Generasi Z dalam mendominasi media, dari mencipta trend hingga membentuk naratif global. Siapa sebenarnya yang lebih berpengaruh?

  41. 13

    Edisi Gen Z vs Millenial : Amalan Kerja Antara Dua Generasi

    Hos : Farah Nuratikah Rohizan, Adriana Fatihah Aminorzan & Mohamad Shakir Najeeh Mohamad Razif Tetamu : Encik Aminorzan Penerbit : Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Podcast ini akan mengupas isu amalan kerja antara dua generasi iaitu GenZ dan Millenials daripada pelbagai perspektif bersama jemputan khas yang berpengalaman dalam bekerja bersama kedua generasi ini.

  42. 12

    Edisi Gen Z vs Millenial : Slang101: Bicara Era Digital

    Hos : Allya Maisarah A Zaidey ,Nur Madina Abdul Sookor & Muhammad ⁠Danial Adli Mohd Amran Tetamu : Qi Razali Penerbit: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Menyelami perbezaan komunikasi antara dua generasi, dari emoji hingga cara berinteraksi. Temui cabaran unik, salah faham, dan tip berkesan untuk merapatkan jurang generasi serta membina hubungan harmoni di dunia digital.

  43. 11

    EDISI GEN Z VS MILLENIAL : BREAK THE CYCLE : RANTAIAN TRAUMA GENERASI

    Tetamu: Dr Azren Hos: Nurnadilah Aisyah Shah Rizam, Wan Ezanie Azielea Wan Mohizan & Muhammad Darwisy Afif Mohd Sarbani Penerbit: Aeyneda Zairyn Abdul Jalil Podcast Trauma Generasi bersama Dr. Azren, pakar psikiatri, membincangkan punca, kesan, dan cara memutuskan rantaian trauma generasi. Perbincangan santai ini penuh ilmu untuk membina masa depan lebih sihat.

  44. 10

    Kenegaraan dalam Pendidikan: Alternatif Baharu dalam Memupuk Nilai Tersebut di Abad ke 21

    Host: Mohammad Shahril Hashim, Siti Sarah Jamil & Romy Azril Haiqal Jemputan: Pn. Zamiah Ngah Said

  45. 9

    Gangguan Bipolar dalam kalangan Penuntut Instituti Pengajian Tinggi

    Pendengar dan penuntut di instituti pengajian tinggi khususnya boleh mendengar pandangan dan nasihat profesional mengenai cara mengendalikan gangguan bipolar dan mendapatkan strategi untuk menguruskan perubahan mood mereka. Penceramah jemputan dan hos berkongsi pandangan tentang pengurusan stress, pengaturan rutin harian, dan cara-cara untuk mengatasi tantangan akademik yang mungkin dihadapi oleh individu dengan gangguan ini. Podcast ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti kampus mengenai isu kesihatan mental dan menggalakkan empati dan sokongan terhadap mereka yang mengalami gangguan bipolar. Tetamu: Puan Syahira Nasaruddin (Kaunselor Pelatih) Host: Muhammad Nazrullah dan Amir Johar

  46. 8

    Mind Matters: Overcoming Panic Attacks as a Student

    As mental health continues to be a significant concern among higher education students, there remains a lack of awareness about panic attacks compared to anxiety. We are coming together with a counselor to learn deeper about panic attacks and explore ways to overcome them as students. Come join us in delving into this topic. Guest: Phoebe Teo Yuan Chin Host: Alya Adriana, Natasha Farhana, Nur Azleen

  47. 7

    Potensi Individu Autisme dalam Membina Kerjaya #ep6 #bosxnasom

    Tetamu: Muhammad Iqbal Caliph, Individu ASD Hos: Amirzul Muzaffar & Farresh Faizul Episod keeenam bagi musim kedua Podcast Sosiowara akan membincangkan tentang cabaran individu istimewa ini dalam menempuh alam pekerjaan. Perbincangan ini turut mengupas tentang peranan masyarakat dan keluarga dalam membantu beliau dalam menyesuaikan diri sekaligus tidak mendiskriminasi mereka.

  48. 6

    Autisme dan Perlakuan Agresif #ep5 #bosxnasom

    Tetamu: Geetha Rathakrishnan, Ahli Psikologi The National Autism Society of Malaysia (NASOM) Hos: Aina Natasha & Firdaus Tourisz Sering kali timbul stigma negatif bahawa individu autisme ini bersikap kasar dan agresif. Di dalam episod kali ini,  kami mengupas dengan lebih lanjut tentang hubungan antara individu autisme dengan perlakuan agresif. Membincangkan tentang apakah penyebab utama individu autisme bertindak dengan agresif.

  49. 5

    Autisme dan Media Sosial #ep4 #bosxnasom

    Tetamu: i) Puan Dorothy, Ibu Individu Autism Spectrum Disorder (ASD) ii) Abraham Isaac Pereira, Individu Autism Spectrum Disorder (ASD) Hos: Nabiqah Erien & Amirah Izzati Podcast episod keempat ini membincangkan tentang isu bagaimana seorang anak autisme aktif dalam media sosial. Serta bagaimana reaksi ibu dari seorang anak autisme yang terlibat dalam dunia digital tanpa sempadan. Selain itu, perbincangan turut berkisar mengenai pengalaman anak autisme tentang kejayaan beliau di media sosial mengharumkan nama NASOM di Malaysia.

  50. 4

    Menerima atau Diterima: Persepsi Ahli Keluarga terhadap Autisme #ep3 #bosxnasom

    Tetamu: i) Chermaine Kang, Pengurus Sekolah Muzik ii) Clarence Kang, Pemain Piano ASD Hos: Nurul Athirah & Nurul Syafiqah Pada episod ke 3 bagi musim kedua Podcast Sosiowara ini akan dimulakan dengan perkongsian oleh ahli keluarga mengenai persepsi mereka terhadap individu autistik. Perbincangan kali ini akan berkisar mengenai persepi ahli keluarga, cabaran serta contoh sokongan yang mereka berikan kepada individu autistik

Type above to search every episode's transcript for a word or phrase. Matches are scoped to this podcast.

Searching…

We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.

No matches for "" in this podcast's transcripts.

Showing of matches

No topics indexed yet for this podcast.

Loading reviews...

ABOUT THIS SHOW

'Sosial dari Kaca Mata Siswa' Mahasiswa berbicara mengenai isu-isu sosial berbangkit dalam masyarakat Malaysia kini.

HOSTED BY

Podcast Sosiowara: Sosial dari Kaca Mata Siswa

CATEGORIES

Frequently Asked Questions

How many episodes does Podcast Sosiowara have?

Podcast Sosiowara currently has 50 episodes available on PodParley. New episodes are automatically indexed when they're published to the podcast feed.

What is Podcast Sosiowara about?

'Sosial dari Kaca Mata Siswa' Mahasiswa berbicara mengenai isu-isu sosial berbangkit dalam masyarakat Malaysia kini.

How often does Podcast Sosiowara release new episodes?

Podcast Sosiowara has 50 episodes. Check the episode list to see recent publication dates and frequency.

Where can I listen to Podcast Sosiowara?

You can listen to Podcast Sosiowara on PodParley by clicking any episode. We provide an embedded audio player for direct listening, and you can also subscribe via your preferred podcast app using the RSS feed.

Who hosts Podcast Sosiowara?

Podcast Sosiowara is created and hosted by Podcast Sosiowara: Sosial dari Kaca Mata Siswa.
URL copied to clipboard!