Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran episode artwork

EPISODE · Oct 24, 2022 · 7 MIN

Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran

from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil

Mendampingi al-Quran adalah rezeki dan rahmat Allah.   Selain membacanya, kita juga dituntut melakukan TADABBUR.   Tadabbur datang daripada kata akar د ب ر yang bermaksud hujung sesuatu.  Tadabbur adalah proses untuk menyampaikan kita kepada hujung makna ayat-ayat  al-Quran.   Selepas lebih seribu tahun kita hidup dengan al-Quran dengan jumlah ilmuan yang mengkaji, menafsir serta menghurainya, hujung al-Quran itu masih terbuka untuk kita meneruskan perjalanan sampai kepadanya.   Hujung itu bukan hujung yang menghadkan al-Quran. Ia adalah mukjizat, kalam Allah. Sebaliknya, hujung itu adalah hujung yang mengundang kita menyertai perjalanan.  Perjalanan itulah yang penting untuk kita lakukan, sepanjang hayat.   Firman Allah:   أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ ٱلْقُرْءَانَ أَمْ عَلَىٰ قُلُوبٍ أَقْفَالُهَآ ٢٤   "Mengapa mereka tidak melakukan tadabbur terhadap al-Quran? Atau apakah ada kunci yang yang mengunci ke atas hati mereka?" [Muhammad 47: 24] Tadabbur pula, bukan proses eksklusif untuk sarjana. Ia untuk semua.  Pertanyaan Allah di dalam surah Muhammad ayat ke-24 itu dituju kepada orang munafik. Tidak munasabah orang munafik bersalah kerana tidak bertadabbur, seandainya tadabbur itu memerlukan kesarjanaan yang mereka tidak miliki.   Namun, kita perlulah mencari keseimbangan antara amaran Rasulullah ﷺ agar kita tidak berpendapat sesuka hati mengenai al-Quran, dengan perintah Allah untuk kita tadabbur.   Apabila kita tiba kepada ayat-ayat yang mesejnya kompleks, membabitkan hukum hakam, yang memerlukan satu set ilmu yang hanya dimiliki oleh para ilmuan, fahamlah batasan diri dengan tidak cuba mengeluarkan hukum sendiri, tetapi rujuk kepada mereka yang ahli, dan sumber-sumber yang sejahtera.   Apa yang mengunci hati seseorang daripada bertadabbur, kunci itu disebut sebagai aqfāl (أقفال).  Ia berasal daripada perkataan ق ف ل yang mempunyai konotasi sesuatu yang tersusun lagi berangkai, seperti gerombolan pedagang yang disebut qafilah.  Untuk membuka kunci yang menghalang tadabbur, ia tidak berlaku dengan hanya menekan satu butang. Sebaliknya anak kunci itu perlu mempunyai gigi-gigi yang tepat, masuk satu demi satu, dan terbuka perlahan-lahan.    Bukalah kunci kejahilan dan mazmumah kita, dengan anak kunci yang tepat.    Caranya, teruskan agenda mempelajari al-Quran, sepanjang hayat. 📌   Terima kasih kepada members halaman ini dan patreon yang menyokong usaha-usaha pendidikan di platform media sosial saya.   Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal

NOW PLAYING

Gigi-gigi Anak Kunci Untuk Tadabbur al-Quran

0:00 7:08

No transcript for this episode yet

We transcribe on demand. Request one and we'll notify you when it's ready — usually under 10 minutes.

Frequently Asked Questions

How long is this episode of Hasrizal?

This episode is 7 minutes long.

When was this Hasrizal episode published?

This episode was published on October 24, 2022.

What is this episode about?

Mendampingi al-Quran adalah rezeki dan rahmat Allah.   Selain membacanya, kita juga dituntut melakukan TADABBUR.   Tadabbur datang daripada kata akar د ب ر yang bermaksud hujung sesuatu.  Tadabbur adalah proses untuk menyampaikan kita kepada hujung...

Can I download this Hasrizal episode?

Yes, you can download this episode by clicking the download button on the episode player, or subscribe to the podcast in your preferred podcast app for automatic downloads.
URL copied to clipboard!