EPISODE · Oct 6, 2022 · 1H 16M
Krisis Pendidikan Anak-anak Lelaki Kita | The Boy Crisis - Episod 3
from Hasrizal · host Hasrizal Abdul Jamil
𝗦𝗲𝘀𝗶 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗕𝘂𝗸𝘂 𝗧𝗵𝗲 𝗕𝗼𝘆 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗗𝗿 𝗪𝗮𝗿𝗿𝗲𝗻 𝗙𝗮𝗿𝗿𝗲𝗹𝗹 - 𝗖𝗵𝗮𝗽𝘁𝗲𝗿 𝟰: 𝗧𝗵𝗲 𝗖𝗿𝗶𝘀𝗶𝘀 𝗼𝗳 𝗢𝘂𝗿 𝗦𝗼𝗻𝘀’ 𝗘𝗱𝘂𝗰𝗮𝘁𝗶𝗼𝗻 Kupasan saya mengenai cabaran-cabaran budak lelaki di dalam beberapa siri video sebelum ini bukanlah khayalan peribadi atau pendapat yang tidak berasas. Ia adalah siri membincangkan kandungan buku The Boy Crisis yang ditulis oleh Dr Warren Farrell. Jika anda mengikuti perkembangan tulisannya, anda mungkin tahu bahawa Warren Farrell adalah satu-satunya anggota lelaki di dalam New York City Board of the National Organisation for Women. Pembabitan beliau di tahun 1970an itu asalnya adalah untuk menyumbang kepakarannya di dalam psikologi, women's studies, sains politik, gender dan keibubapaan, pada memperbaiki hak asasi kaum wanita. Di kala itu, beliau terkenal dikecam sebagai lelaki yang anti lelaki. Dalam aktivisme dan penyelidikannya, Farrell mendapati dunia akademia di USA amat jarang menyertakan perpektif lelaki di dalam penyelidikan berkaitan jantina malah lebih cenderung untuk menggambarkan sisi lelaki secara negatif. Dekad ini, beliau aktif memainkan peranan untuk memperbaiki keperluan lelaki terutamanya di dalam rumahtangga, keluarga serta keibubapaan dan pendidikan kerana data-data besar hasil penyelidikan berdekad memperlihatkan krisis generasi lelaki yang membarah. Saya tidak berkecil hati dengan kecaman netizen menganggap wacana yang saya bawa ini sebagai mengarut, ustaz bodoh kerana wacana saya bukan untuk meraih persetujuan dan sokongan sesiapa. Saya berkongsi agar kita sama-sama dapat berfikir mengenai topik yang dibincangkan. Ia adalah usaha kecil saya untuk menyuarakan kebimbangan yang sama dibawa oleh Dr Farrell. Pada masa yang sama, saya berusaha untuk menyaring dapatan serta analisis beliau dengan pandangan alam Islam kerana kita memerlukannya. Sesi panjang sebegini mungkin membosankan khalayak. Namun, Insya-Allah di dalamnya ada butir diskusi yang bermanfaat. Jemput bersabar saya, kita telusi bersama topik kali ini. Anda boleh membantu menyokong saya pada mendapatkan bahan bacaan dan penyelidikan berterusan, serta kos langganan aplikasi untuk perkongsian seperti ini dengan melayari capaian berikut: Patreon: https://www.patreon.com/hasrizal Paypal: https://paypal.hasrizal.com Revolut: https://revolut.me/hasrizal
What this episode covers

NOW PLAYING
Krisis Pendidikan Anak-anak Lelaki Kita | The Boy Crisis - Episod 3
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
Jun 8, 2026 ·8m
Feb 28, 2026 ·8m
Feb 23, 2026 ·2m
Feb 19, 2026 ·6m
Feb 9, 2026 ·3m
Feb 4, 2026 ·2m