EPISODE · Mar 18, 2023 · 35 MIN
Lukas 2:21-24 Anak Allah Dilahirkan di Bawah Hukum Taurat
from LEGASI.tv Podcast · host Richard Angelus
Salah satu sebab, pada pendapat saya, ramai orang tidak mengkaji Lukas 2:21-24 dengan lebih teliti ialah kerana petikan ini banyak berkata tentang "mengikut Hukum Taurat Musa"; "tersurat dalam Hukum Tuhan"; "mengikut apa yang ditetapkan dalam Hukum Tuhan." Ayat "Hukum" menjadikan ramai orang - termasuk orang Kristian sendiri - kurang selesa dan asing bagi mereka. Tetapi kita harus sedar bahawa Yesus Mesias apabila Dia datang ke dunia menjadi manusia, Dia dilahirkan dalam kalangan orang Israel sebagai seorang Yahudi. Firman Allah menyatakan: "Apabila sampai waktunya, Allah telah menghantar Anak-Nya, yang dilahirkan melalui seorang perempuan, di bawah Hukum Taurat..." (Galatia 4:4). Kenapa Yesus harus dilahirkan di bawah Hukum Taurat? (klu: Galatia 4:5) Bagaimana kita boleh mendapat berkat dan janji TUHAN kepada Abraham? Kenapa Injil Kristus ialah berita baik bagi orang miskin dan yang tertindas? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas
Embed this episode
NOW PLAYING
Lukas 2:21-24 Anak Allah Dilahirkan di Bawah Hukum Taurat
No transcript for this episode yet
Similar Episodes
No similar episodes found.
Similar Podcasts
No similar podcasts found.