LEGASI.tv Podcast podcast artwork

PODCAST · religion

LEGASI.tv Podcast

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

Publisher-supplied feed metadata · PodParley refreshed Apr 14, 2026 · Source feed

  1. 629

    Mazmur 26 Periksalah Aku, Ya TUHAN & Dugalah Aku, Ujilah Fikiran dan Hatiku

    "Tunjukkanlah kebenaranku, ya TUHAN, kerana aku telah hidup dalam ketulusan; dan aku percaya kepada TUHAN maka aku tidak tergelincir. Periksalah aku, ya TUHAN, dan dugalah aku, ujilah fikiran dan hatiku; kerana aku melihat belas kasih-Mu, dan aku telah hidup dalam kebenaran-Mu" (Mazmur 26:1-3) 💬 🫀 ⚡ #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  2. 628

    Mazmur 25 Ya TUHAN, Jangan Biarkan Aku Malu & Janganlah Ingati Dosaku!

    "Kepada-Mu, ya TUHAN, kuserahkan jiwaku; Ya Allahku, aku percaya kepada-Mu. Janganlah biarkan aku malu, janganlah biarkan musuhku menewaskan diriku. Sesungguhnya, janganlah biarkan sesiapa yang menantikan-Mu menanggung malu, biarlah yang dimalukan itu mereka yang berbuat khianat tanpa sebab" (Mazmur 25:1-3) 🙌😥😢 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  3. 627

    Mazmur 24 TUHAN Ialah Raja Kemuliaan & Dia Akan Berangkat Masuk!

    "Siapa yang boleh naik ke bukit TUHAN? Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya? Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya, yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala atau sumpah palsu" (Mazmur 24:3-4) 🔥🫀🙌 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  4. 626

    Mazmur 23 TUHAN Ialah Gembalaku & Dia Ada Bersamaku!

    "TUHAN ialah gembalaku, aku tidak akan kekurangan apa-apa pun... Ya, meski aku melangkah di lembah bayangan maut, aku tidak akan takut kepada kejahatan, kerana Engkau ada bersamaku; gada dan tongkat-Mu menetapkan hatiku" (Mazmur 23:1, 4) 📖🐏📢 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  5. 625

    Mazmur 22 Ya Allahku, Ya Allahku, Mengapa Engkau Meninggalkan Aku? (Raja Daud + Anak Daud)

    "Ya Allahku, ya Allahku, mengapa Engkau meninggalkan aku? Mengapa Engkau terlalu jauh untuk menolongku, dan untuk mendengar kata-kata rintihanku? Ya Allahku, aku meratap sepanjang siang, tetapi Engkau tidak mendengar, dan semalaman aku tidak berhenti merayu" (Mazmur 22:1-2) 🤲❓⁉️😢 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  6. 624

    Mazmur 21 Percaya Penuh kepada TUHAN & dengan Kasih Setia-Nya, Kita Tidak akan Dapat Digugat!

    "Penyelamatan-Mu memberinya kemuliaan yang besar; Engkau mengurniainya kehormatan dan kedaulatan. Kerana Engkau telah menjadikannya paling diberkati selama-lamanya Engkau membuatnya paling bahagia dengan kehadiran-Mu. Kerana raja percaya penuh kepada TUHAN; dengan kasih setia Yang Maha Tinggi dia tidak akan dapat digugat" (Mazmur 21:5-7) 🙌 🙌 🙌 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  7. 623

    Mazmur 20 Meletakkan Kepercayaan & Mengingati Nama TUHAN, Allah Kita!

    "Kini aku tahu TUHAN menyelamatkan orang yang dipilih-Nya; Dia akan mengabulkan doanya dari syurga-Nya yang suci dengan tangan kanan-Nya yang menyelamatkan. Ada orang yang meletakkan kepercayaan pada pedati atau kuda, tetapi kita semata-mata mengingati nama TUHAN, Allah kita" (Mazmur 20:6-7) 📖🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  8. 622

    Mazmur 19 Wahyu TUHAN Itu Nyata Melalui Ciptaan-Nya & Taurat-Nya (Secara Mutlak, Melalui Anak-Nya!)

    "Seluruh langit mengakui kemuliaan Allah; dan cakerawala menunjukkan ciptaan-Nya... [dan] Taurat TUHAN sempurna, mengubah jiwa" (Mazmur 19:1, 7a) 🔆🌙📖 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  9. 621

    Mazmur 18 Dengan Kekuatan daripada TUHAN Allah, Aku Mengalahkan Para Musuhku!

    "Aku mengasihi-Mu, ya TUHAN, Engkaulah kekuatanku... Engkau, ya TUHAN, akan menyalakan lampuku; TUHAN, Allahku akan menerangi kegelapanku. Dengan kekuatan daripada-Mu aku dapat melawan musuh yang ramai; dengan kekuatan daripada Allahku aku dapat melompati tembok" (Mazmur 18:1, 28-29) ⚔️💯🙌 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  10. 620

    Mazmur 17 Peliharalah Aku, Ya TUHAN, Seperti Biji Mata-Mu

    "Peliharalah aku seperti biji mata, sembunyikanlah aku dalam naungan sayap-Mu" (Mazmur 17:8) 👁️🥇📖 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  11. 619

    Mazmur 16 TUHAN Tidak Akan Membiarkan Orang Suci-Nya Binasa

    "Ya TUHAN, Engkaulah warisan dan cawanku; Engkau memberiku rezeki untuk hidup. Garis ukur terjatuh bagiku di tempat yang indah; sesungguhnya, warisan pusakaku sungguh baik. Aku memuji TUHAN yang telah membimbingku; sesungguhnya pada waktu malam suara hatiku juga mengajarku" (Mazmur 16:5-7) 🙌 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  12. 618

    Mazmur 15 Ya TUHAN, Siapakah Yang Boleh Tinggal di Khemah Suci-Mu?

    "Ya TUHAN, siapakah yang boleh tinggal di khemah suci-Mu? Siapakah yang boleh duduk di bukit suci-Mu? Orang yang hidup tulus dan mengamalkan kebenaran serta berkata benar dalam hatinya" (Mazmur 15:1-2) 🔥⛺🙌 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  13. 617

    Mazmur 14 Orang Bodoh berkata Tidak Ada Allah! (atau, Allah Tidak Peduli!)

    "Orang bodoh berkata dalam hatinya, 'Tidak ada Allah.' Mereka rosak akhlak, mereka melakukan perbuatan keji; tiada yang berbuat baik. TUHAN memandang dari syurga kepada anak-anak manusia untuk melihat kalau ada yang mengerti, yang mencari Allah. Semuanya telah berpaling, bersama-sama rosak akhlak; tiada yang berbuat baik, tidak ada, tiada seorang pun" (Mazmur 14:1-3) 🧐❌0️⃣ #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  14. 616

    Mazmur 13 Berapa Lamakah, Ya TUHAN, Aku Akan Bergelut dengan Fikiranku Sendiri?

    "Berapa lamakah, ya TUHAN, akan Kaulupakan aku selama-lamanya? Berapa lamakah Engkau akan menyembunyikan wajah-Mu daripadaku? Berapa lamakah aku akan bergelut dengan fikiranku sendiri sedangkan hatiku duka setiap hari? Berapa lamakah musuhku akan mengatasiku?" (Mazmur 13:1-2) 😔😣😭 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  15. 615

    Mazmur 12 Firman TUHAN adalah Murni, Teguh dan Dapat Diandalkan

    "Firman TUHAN adalah murni,seperti perak yang teruji di dalam relau tanah, dimurnikan tujuh kali" (Mazmur 12:6) #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  16. 614

    Mazmur 11 Berhati-Hati dengan Nasihat Orang, Percaya kepada TUHAN!

    "Kepada TUHAN aku bernaung... TUHAN adalah benar, Dia mencintai keadilan; wajah-Nya menghadap kepada orang yang tulus" (Mazmur 11:1, 7) ☂️☔💯 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  17. 613

    Mazmur 10 Mengapakah Engkau Menjauhkan Diri, Ya TUHAN?

    "Mengapakah Engkau menjauhkan diri, ya TUHAN, dan bersembunyi pada masa kesusahan? ...Bangkitlah, ya TUHAN! Ya Allah, angkatlah tangan-Mu. Jangan lupakan orang yang tertindas" (Mazmur 10:1, 12) 🤜🤛 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  18. 612

    Mazmur 9 Kasihanilah Aku, Ya TUHAN, Timbangkan Penderitaanku di Tangan Orang yang Menganiayaku!

    "Kasihanilah aku, ya TUHAN, timbangkan penderitaanku di tangan orang yang menganiayaku! Engkau yang mengangkatku daripada gerbang maut, supaya aku dapat memuji-Mu di gerbang Puteri Sion, aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkanku" (Mazmur 9:13-14) 🤲 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  19. 611

    Mazmur 8 Keagungan Nama TUHAN & Keistimewaan Manusia Ciptaan-Nya

    "Apabila aku melihat langit-Mu, hasil kerja jari-Mu, bulan dan bintang, yang Kautentukan, apakah manusia maka Engkau mengingatnya, dan anak manusia maka Engkau mengendahkannya? Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada Yang Ilahi dan memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan" (Mazmur 8:3-5) ✨🌙👥 #PreachTheWord #ServeToLead #KitabMazmur

  20. 610

    Mazmur 7 Ya TUHAN (YHWH), Ya Allahku, Pada-Mu Aku Bernaung & Berlindung!

    "Ya TUHAN, ya Allahku, pada-Mu aku bernaung; selamatkan dan lepaskan aku daripada semua yang memburuku, jangan biarkan mereka mengoyak-ngoyakkanku seperti singa dan mencarik-carikku tanpa sesiapa melepaskanku" (Mazmur 7:1-2) 🤲🤲🤲 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  21. 609

    Mazmur 6 Kubanjiri Tempat Tidurku dengan Tangisan, Oh, Selamatkan Aku TUHAN!

    "Aku letih lesu kerana mengerang; sepanjang malam kubanjiri tempat tidurku dengan tangisan dan kubasahi katilku dengan air mata. Mataku menjadi lemah kerana kesedihan; dan semakin kelam kerana musuhku" (Mazmur 6:6-7) 🥹😢😭 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  22. 608

    Mazmur 5 Pada Waktu Pagi, Ya TUHAN, Kaudengar Suaraku!

    "Dengarlah kata-kataku, ya TUHAN, pertimbangkan keluhanku. Dengarlah jeritanku meminta tolong, wahai Rajaku dan Allahku, kerana kepada-Mu aku berdoa" (Mazmur 5:1-3) 🙏 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur🤭 Pengenalan berkata, "Injil Lukas... Lukas 5" belum move-on dengan Injil Lukas... maaf, Kitab Mazmur... Mazmur 5 sebenarnya 😝

  23. 607

    Mazmur 4 Hai Manusia, Apabila Kamu Marah, Janganlah Sampai Melakukan Dosa!

    "Apabila kamu marah, janganlah sampai melakukan dosa..." (Mazmur 4:4a) ❌😡⚠️ Apa kaitan diantara "penderitaan" atau "kesusahan" (v.1) pemazmur dengan ayat ini? Bagaimana untuk meredakan kemarahan? Kenapa pemazmur akhirnya boleh "tidur dalam sejahtera" (v.8)? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  24. 606

    Mazmur 3 TUHAN (YHWH) Ialah Perisai Yang Melindungiku & Daripada Dia Datang Penyelamatan!

    "Ya TUHAN, betapa ramainya musuhku! Betapa ramai yang bangkit melawanku! Ramai yang berkata tentangku, 'Allah tidak akan menyelamatkannya.' Tetapi Engkau ialah perisai yang melindungiku, ya TUHAN..." (Mazmur 3:1-3) ⚔️🛡️📖 Bagaimana untuk terus percaya dan yakin bahawa TUHAN akan menyelamatkan dan melindungi kita? 🤔 #PreachTheWord #ServeToLead #KitabMazmur

  25. 605

    Mazmur 2 Kedaulatan TUHAN (YHWH) dan Yang Diurapi-Nya (HaMashiakh)

    "Aku akan mengisytiharkan firman TUHAN: Dia berkata kepadaku, 'Engkau Anak-Ku; pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu'" (Mazmur 2:7) 👑 Siapakah "Anak" ini? Apakah akibatnya menentang dan berkatnya bernaung kepada TUHAN dan yang diurapi-Nya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  26. 604

    Mazmur 1 Jalan Orang Benar vs. Jalan Orang Fasik - Diberkati vs. Dibinasakan

    Menurut firman Allah, orang benar diberkati tetapi orang fasik dibinasakan. Kenapa? "Kerana TUHAN menaungi jalan orang benar, tetapi jalan orang fasik akan binasa" (Mazmur 1:6) #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  27. 603

    Mazmur 0 - Pengenalan & Cabaran: Kenapa Kitab Mazmur Penting & Relevan Masa Kini?

    Tuhan Yesus Mesias berkata kepada para murid-Nya: “Inilah perkara-perkara yang telah Aku katakan kepadamu semasa Aku masih bersamamu dahulu: Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku" (Lukas 24:44). Bagi Yesus, Kitab Suci - termasuk kitab Mazmur - ialah tentang diri-Nya 📖 Siapa (para) penulis kitab Mazmur? Kenapa kitab ini revelan dan penting bagi kita? Bagaimana untuk membaca kitab Mazmur berdasarkan Mazmur? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #KitabMazmur

  28. 602

    Lukas 24:50-53 Yesus Mesias Memberkati Para Murid-Nya, Diangkat ke Syurga & Disembah sebagai Tuhan

    Dalam episod yang terakhir untuk siri pengajian Injil Lukas, saya ingin menjawab - melalui Alkitab - soalan-soalan ini: Dimana Yesus Mesias berada sepanjang 40 hari diantara kebangkitan-Nya dan pengangkatan-Nya? Apa signifikan "Bukit Zaitun" dalam PL & PB tempat Yesus diangkat ke syurga? Kenapa lebih baik Yesus pergi? Adakah Yesus "Tuhan"? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  29. 601

    Lukas 24:44-49 Tuhan Yesus Mesias Menerangkan Kitab Suci, Injil untuk Semua Bangsa & Kuasa Roh Kudus

    Tuhan Yesus berkata kepada para murid-Nya: “Demikianlah yang tersurat: Bahawa Mesias harus menderita lalu bangkit semula daripada maut pada hari yang ketiga, dan perkhabaran tentang pertaubatan dan pengampunan dosa akan diisytiharkan demi nama-Nya kepada semua bangsa, mulai di Yerusalem" (Lukas 24:46-47) 📯Benarkah Kitab Suci memberi kesaksian tentang Yesus? Apakah implikasi utama kematian dan kebangkitan Yesus? Bagaimana para murid Yesus - malah kita juga - boleh bersaksi demi nama-Nya? Ini dan banyak lagi 💥 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  30. 600

    Lukas 24:36-43 Tuhan Yesus Mesias Bangkit Semula Dengan Tubuh Baru - Kamu Percaya?

    Tuhan Yesus Mesias tiba-tiba berdiri di tengah-tengah para murid-Nya dan berkata kepada mereka, “Damai sejahtera kepada kamu!” Mereka terkejut dan berasa sangat takut kerana menyangka mereka melihat hantu. Tetapi Yesus berkata kepada mereka, “Apakah sebabnya kamu takut? Mengapakah hatimu ragu-ragu?" "Tengoklah tangan dan kaki-Ku. Inilah Aku. Sentuhlah Aku dan tengok. Hantu tidak berdaging dan bertulang sebagaimana yang kamu lihat ada pada-Ku.” Setelah Dia berkata demikian, Dia menunjukkan tangan dan kaki-Nya kepada mereka (rujuk Lukas 23:36-40) ✋🩸🦶 Apa yang terjadi seterusnya? Ada apa dengan tubuh Yesus yang baru? Dan apakah implikasinya kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  31. 599

    Lukas 24:28-35 Mata Para Murid Yesus Mesias Dicelikkan dan Mengenali-Nya!

    Lukas 24:16 mengatakan: "Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali-Nya" (AVB) atau "ada sesuatu yang menghalangi mata mereka, sehingga mereka tidak dapat mengenali Dia" (TB). Tetapi selepas mendengar Tuhan Yesus menerangkan Kitab Suci dan membahagikan roti kepada mereka, ayat 31 menyatakan: "Pada ketika itu juga mata mereka dicelikkan dan mereka pun mengenali Dia" 👁️✨✝️Kenapa mereka tidak mengenali Yesus pada mulanya? Dan bagaimana mata mereka dicelikkan? Apa dua (2) hal luar biasa yang terjadi kepada mereka? Bagaimana tiga (3) kesimpulan untuk petikan ini boleh diaplikasikan kepada kita pada masakini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  32. 598

    Lukas 24:27, 44 Kitab Suci Memberi Kesaksian tentang Yesus Sebagai Mesias dan Tuhan

    Dalam perjalanan ke kampung Emaus, Yesus Mesias menerangkan kepada dua orang murid-Nya apa yang tersurat tentang-Nya dalam seluruh Kitab Suci mulai kitab-kitab Musa sehingga semua kitab para nabi yang lain (Lukas 24:27). Tidak lama kemudian, Dia berkata kepada para murid yang lain juga: "Segala perkara yang tersurat tentang Aku dalam Taurat Musa, kitab-kitab nabi dan kitab Mazmur pasti akan berlaku" (v.44b) 📖Menurut Yesus, segala yang tersurat dalam Kitab Suci (Tanakh) - Torah, Nevi'im & Ketuvim - adalah tentang diri-Nya! 😲 Benar atau tidak? Jika benar (bagi saya benar!), apa respon kamu? 🫵 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  33. 597

    Lukas 24:13-27 Mereka Nampak Tuhan Yesus Mesias Tetapi Tidak Mengenali Dia

    Ada dua orang antara murid Yesus Mesias sedang dalam perjalanan ke kampung Emaus. Mereka tidak percaya bahawa Yesus sudah bangkit semula dan menganggap berita itu sebagai 'karut.' Kedua-dua mereka berbual-bual tentang segala yang telah berlaku. Kemudian, Alkitab menyatakan, "Ketika mereka berbual-bual dan berbincang, Yesus sendiri menghampiri mereka lalu berjalan bersama-sama. Mereka nampak Yesus tetapi mereka tidak mengenali Dia" (Lukas 24:15-16) 😮Kenapa mereka "tidak mengenali" Yesus? Apa yang mereka sebenarnya percaya tentang Yesus? Bagaimana Yesus menegur mereka dan apakah sebab utama mereka (dan kita) tidak percaya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  34. 596

    Lukas 24:1-12 Yesus Mesias Sudah Bangkit Semula dan Dia ialah Tuhan!

    Ini kesaksian para malaikat kepada para perempuan setelah melihat makam Yesus Mesias kosong: “Mengapakah kamu mencari Dia yang hidup di antara orang mati? Dia tiada di sini. Dia sudah bangkit! Ingatlah apa yang telah dikatakan oleh-Nya kepadamu ketika Dia di Galilea: 'Anak Manusia harus diserahkan kepada orang berdosa. Dia akan disalib dan bangkit pada hari yang ketiga'" (Lukas 24:5-7) 🙌Yesus tiada di makam dan tidak di antara orang mati; Dia sudah bangkit semula dan hidup selama-lamanya! 🆙 Pada hari apa Yesus bangkit? Kenapa ada yang percaya dan ada yang tidak? Bagaimana mungkin Yesus ialah "Tuhan"? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  35. 595

    Lukas 23:57 Dimana Yesus Mesias Berada Diantara Kematian dan Kebangkitan-Nya?

    Sebenarnya Lukas 23:57 tidak wujud (periksa Alkitab kamu)... tetapi ayat ini sesuai untuk menimbulkan pertanyaan yang menarik: Dimana Yesus Mesias berada - lebih kurang 3 hari - selepas Dia mati di kayu salib dan sebelum Dia bangkit daripada kematian? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  36. 594

    Lukas 23:50-56 Yesus Dimakamkan, Nubuat Kitab Suci, Murid yang Berahsia & Para Perempuan yang Setia

    Alkitab menyatakan bahawa Yesus Mesias "menghembuskan nafas-Nya yang terakhir" (Lukas 23:46) di kayu salib. Yesus sesungguhnya manusia, oleh itu, Dia sesungguhnya mati. Dia BUKAN hanya koma atau pengsan separuh mati seperti penjelasan 'The Swoon Theory' dan BUKAN terus diangkat dan tidak disalibkan seperti ajaran Al-Quran. Yesus sesungguhnya telah mati dan telah dimakamkan ✍️Kenapa fakta tentang Yesus dimakamkan atau dikuburkan sangat penting? Apa yang kita boleh belajar daripada Yusuf dari Arimatea dan para perempuan dari Galilea? Bagi kamu, siapa Yesus itu? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  37. 593

    Lukas 23:44-49 Kematian Yesus Mesias dan Tirai Bait Suci Terbelah Dua! (& Implikasinya kepada Kita)

    Seluruh daerah Yudea diselubungi kegelapan kerana matahari berhenti bersinar. Tirai yang tergantung di dalam Bait Suci pun terbelah dua. Yesus Mesias berseru dengan kuat, “Ya Bapa, Aku menyerahkan roh-Ku ke dalam tangan-Mu!” Setelah Yesus berkata demikian, Dia pun menghembus nafas-Nya yang terakhir (Lukas 23:44-46)🩸Kematian Yesus - rancangan orang jahat berjaya atau rencana TUHAN Allah terlaksana? Bagaimana mungkin tirai Bait Suci terbelah dua? Apakah implikasi kematian Yesus kepada orang yang percaya kepada-Nya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  38. 592

    Lukas 23:39-43 Pada Hari Ini Juga Kamu [Boleh] Bersama dengan Yesus Mesias dalam Firdaus

    Seorang penjahat lagi berkata kepada Yesus Mesias, “Ya Yesus, ingatilah aku ketika Engkau menaiki takhta kerajaan-Mu.” Dia menjawab, “Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, pada hari ini juga engkau akan bersama-Ku dalam Firdaus" (Lukas 23:42-43) 🙌Injil Matius dan Markus menyatakan kedua-dua perompak mencela Yesus tetapi Injil Lukas menyatakan hanya seorang sahaja, jadi, kedua-dua atau seorang sahaja? Apakah empat (4) sebab seorang penjahat akhirnya bertaubat? Apa itu "Firdaus"? Dan, bilakah masa yang sesuai untuk seseorang diselamatkan? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  39. 591

    Lukas 23:32-38 Tiga (3) Komedi Sepanjang Penyaliban Yesus Mesias, Raja Orang Yahudi

    Bayangkan keadaan Yesus Mesias di kayu salib... sakit, seksa, sengsara, separuh mati... apa yang para pemimpin masyarakat lakukan? Bersimpati? Tidak! Malah, mereka mengejek-Nya! Mereka berkata, "Orang lain diselamatkan-Nya; biarlah Dia menyelamatkan diri-Nya sekarang jika Dia sesungguhnya Mesias yang dipilih Allah" (Lukas 23:35).Di Tempat Tengkorak (Golgota), mereka menganggap apa yang terjadi kepada Yesus seperti suatu komedi 🎭 Apa tiga (3) komedi dalam petikan ini? Apa respon Yesus terhadap perbuatan mereka? Apa tiga (3) hal yang kita harus teladani daripada Yesus? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  40. 590

    Lukas 23:27-31 Janganlah Menangisi Yesus Mesias Melainkan Tangisilah Dirimu & Anak-anakmu Sendiri

    Dalam perjalanan ke tempat orang disalib, ada beberapa perempuan mengikuti Yesus Mesias sambil menangisi dan meratapi-Nya. Kenapa Dia berkata, "Kaum perempuan Yerusalem, janganlah tangisi Aku melainkan dirimu dan anak-anakmu sendiri"? (Lukas 23:28) 🤔Bukan itu sahaja, Dia juga berkata, "Jika perbuatan begini dilakukan mereka terhadap pokok kayu yang masih hijau, apatal lagi terhadap pokok yang kering?" (v.31) 🤔 Apa maksud Yesus? Bagaimana semua ini sangat relevan untuk kita sekarang? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  41. 589

    Lukas 23:26 Simon dari Kirene Memikul Salib Yesus Mesias - Rencana Allah BUKAN Kebetulan

    Ketika askar-askar membawa Yesus Mesias ke tempat orang disalib iaitu Golgota ("Tempat Tengkorak"), mereka berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Simon. Dia berasal dari Kirene dan sedang dalam perjalanan ke kota. Askar-askar menangkapnya, memaksanya memikul salib Yesus dan berjalan di belakang-Nya (Lukas 23:16) ✝️Bagaimana keadaan atau kondisi Yesus pada ketika ini? Apa yang askar-askar paksa Yesus lakukan? Kenapa mereka memilih Simon dari Kirene? Apa yang TUHAN Allah ingin sampaikan kepada KAMU melalui ayat ini? 🫵 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  42. 588

    Lukas 23:17-25 Barabas Yang Berdosa Dibebaskan vs. Yesus Mesias Yang Kudus Disalibkan & 3 Kebenaran

    Jika Yesus Mesias berkuasa dan ada autoriti, kenapa Dia boleh ditangkap? Kenapa Pontius Pilatus tidak boleh membebaskan Yesus walaupun dia mahu dan tahu Yesus tidak bersalah? Kenapa para guru agama dan orang ramai memilih Barabas dan bukannya Yesus? Adakah Yesus tewas? 🤔 Untuk mendengar jawapan/ respon kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi, dengar episod ini 👍 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  43. 587

    Lukas 23:13-16 Lima Kali Yesus Mesias dikatakan TIDAK BERSALAH (malah, TIADA dan TIDAK BERDOSA)

    Para musuh Yesus Mesias tahu Dia sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ mereka yang bukan musuh Yesus juga tahu Dia sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌ kita - orang yang percaya dan yang belum percaya - yang membaca Kitab Injil Lukas pun tahu Yesus sebenarnya TIDAK BERSALAH ❌Jadi, kalau TIDAK BERSALAH ❌ kenapa Yesus akhirnya dijatuhkan hukuman mati di kayu salib? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  44. 586

    Lukas 23:8-12 Jangan Bersikap Seperti Herodes Antipas, Jika Ingin Mengikuti Yesus Mesias

    "Apabila Herodes melihat Yesus, dia sangat gembira. Sudah lama dia hendak bertemu dengan Yesus kerana dia telah mendengar banyak hal tentang Yesus. Lagipun, dia berharap dapat menyaksikan Yesus melakukan mukjizat" (Lukas 23:8).Kenapa Pontius Pilatus mengutus Yesus Mesias kepada Herodes Antipas? Kenapa Herodes "sangat gembira" melihat Yesus? Kenapa perbicaraan terhadap Yesus ini boleh menjadikan Pilatus dan Herodes bersahabat semula? Dan apa dua (2) hal kritikal yang kita harus elak untuk mengikuti Yesus sesungguhnya? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  45. 585

    Lukas 23:1-7 Yesus Mesias Tidak Bersalah, Pontius Pilatus Berasa Bersalah, Majlis Agama Bersalah!

    Alkitab menyatakan bahawa SEMUA anggota Majlis Agama bangun lalu membawa Yesus Mesias menghadap Pontius Pilatus. Mereka mula menuduh-Nya, “Kami telah mendapati orang ini menyesatkan bangsa kami, menghasut orang supaya tidak membayar cukai kepada Kaisar dan mengaku diri-Nya Kristus, seorang raja!” (Lukas 23:1-2)Menurut perspektif Majlis Agama atau Sanhedrin, kenapa mereka ingin membunuh Yesus? Kenapa pula mereka harus membawa Yesus menghadap Pilatus? Apakah tuduhan-tuduhan mereka terhadap-Nya? Kenapa Pilatus tidak mendapati Yesus bersalah? Apa kaitan semua ini dengan kita masa kini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  46. 584

    Lukas 22:66-71 Yesus Mengakui Bahawa Dia Ialah Mesias (Kristus), Anak Manusia & Anak Allah

    Ada dua soalan yang para pemimpin Majlis Agama mahu Yesus jawab. Pertama, "Jika Engkau Kristus [atau Mesias], katakanlah kepada kami" (Lukas 22:67); dan kedua, "Kalau begitu, Engkaulah Anak Allah?" (v.70a). Oleh kerana Yesus tidak boleh berbohong, jadi Dia berterus-terang, "Benarlah katamu" (v.70b). Apa bukti bahawa Yesus ialah benar-benar Kristus dan Anak Allah? Apakah maksudnya Yesus menggelar diri-Nya Anak Manusia? Akhirnya, apa respon kamu kepada siapa Yesus itu? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  47. 583

    Lukas 22:63-65 Yesus Mesias Diejek, Dipukul, Dihina, Ditampar dan Diludahi Tetapi...

    Alkitab menyatakan bahawa orang yang mengawal Yesus Mesias mengejek dan memukul Dia. Mereka menutupi mata Yesus dan bertanya, "Siapakah yang memukul Engkau? Buatlah nubuat!" Mereka mengatakan banyak lagi perkara yang menghina kepada-Nya (Lukas 22:63-65). Tidak cukup dengan itu, Matius 26:67 menambah malah mereka dan para pemimpin agama juga "meludahi muka-Nya dan memukul-Nya. Ada yang menampar-Nya" 😭Jadi, Yesus bukan hanya diejek, dipukul, ditutupi mata dan dihina tetapi juga ditampar dan diludahi! 😡 Namun begitu, bagaimana Yesus meresponi semua ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  48. 582

    Lukas 22:54-62 Simon Petrus Menyangkal Yesus Mesias Tiga Kali & Tiga Pengajaran Utama untuk Kita

    Buat kali ketiga, Petrus menyangkal Tuhan Yesus Mesias dengan berkata, “Aku tidak memahami apa yang kaukatakan.” Pada ketika itu juga, sedang Petrus berkata-kata, ayam berkokok. Tuhan berpaling dan memandang kepada Petrus lalu Petrus pun teringat akan apa yang dikatakan Tuhan kepadanya bahawa, “Sebelum ayam berkokok pada hari ini, engkau akan menyangkal Aku sebanyak tiga kali" (rujuk Lukas 22:60-61) ❌❌❌ Kenapa Petrus menyangkal Yesus? Ada apa dengan pandangan Yesus kepada Petrus? Apa tiga pengajaran yang kita boleh belajar daripada petikan ini? 🤔 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  49. 581

    Lukas 22:47-53 Yesus Mesias Ditangkap, Kedaulatan-Nya & Masa Kuasa Kegelapan!

    Tahukah kamu lebih daripada 600 orang dengan bersenjatakan pedang serta belantan pergi ke Taman Getsemani untuk menangkap Yesus Mesias seorang? Tahukah kamu Yesus bukan mangsa keadaan tetapi tetap berdaulat walaupun Dia ditangkap? Tahukah kamu Yesus boleh sahaja melepaskan diri tetapi membiarkan masa kuasa kegelapan bertindak? Ini dan banyak lagi! 💪 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

  50. 580

    Lukas 22:39-46 Yesus Mesias Berdoa di Taman Getsemani, Cawan Penderitaan & Peluh Seperti Darah

    Yesus Mesias pergi jauh sedikit daripada para murid-Nya, iaitu sepelempar batu jauhnya lalu berlutut untuk berdoa, “Ya Bapa, jika berkenan kepada-Mu, jauhkanlah kiranya cawan penderitaan ini daripada-Ku. Tetapi bukannya kehendak-Ku melainkan kehendak-Mu yang dilaksanakan" (Lukas 22:41-42) 🙏 Mari saya ajak kita untuk mendalami petikan ini dengan bertanya dan menjawab tujuh (7) soalan-soalan utama 📖 #ServeToLead #PreachTheWord #InjilLukas

Type above to search every episode's transcript for a word or phrase. Matches are scoped to this podcast.

Searching…

We're indexing this podcast's transcripts for the first time — this can take a minute or two. We'll show results as soon as they're ready.

No matches for "" in this podcast's transcripts.

Showing of matches

No topics indexed yet for this podcast.

Loading reviews...

ABOUT THIS SHOW

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB: https://facebook.com/LEGASI.tv/IG: https://www.instagram.com/legasi.alkitabYouTube: https://youtube.com/c/LEGASItv TikTok: tiktok.com/@legasi.tvBlog: https://legasitv.blogspot.com/

HOSTED BY

Richard Angelus

Frequently Asked Questions

How many episodes does LEGASI.tv Podcast have?

LEGASI.tv Podcast currently has 50 episodes available on PodParley. New episodes are automatically indexed when they're published to the podcast feed.

What is LEGASI.tv Podcast about?

LEGASI.tv Podcast komited untuk memberitakan Firman Allah (2 Timotius 4:2) melalui eksposisi Alkitab dari bab ke bab, ayat ke ayat dalam Bahasa Malaysia supaya para pendengar boleh mengenal Yesus Kristus dan datang kepada-Nya sebagai Tuhan dan Juruselamat #ServeToLeadFOLLOW, LIKE, SUBSCRIBE 🤳 FB:...

How often does LEGASI.tv Podcast release new episodes?

LEGASI.tv Podcast has 50 episodes. Check the episode list to see recent publication dates and frequency.

Where can I listen to LEGASI.tv Podcast?

You can listen to LEGASI.tv Podcast on PodParley by clicking any episode. We provide an embedded audio player for direct listening, and you can also subscribe via your preferred podcast app using the RSS feed.

Who hosts LEGASI.tv Podcast?

LEGASI.tv Podcast is created and hosted by Richard Angelus.
URL copied to clipboard!